^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Tuesday, December 1, 2009

Memahami Musibah Dari Persepsi Positif

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:34 AM 3 pandangan dari kamu
Hidup kita dimuka bumi ini sering dilanda ujian, dugaan dan musibah. Selalu kita dengar nasihat dari teman-teman dan sesiapa jua yang menggalakkan kita bersabar, seperti ungkapan ini:

Bersabarlah, ini ujian dari Allah, ada hikmah disebaliknya....."

Bagaimanakah biasanya penerimaan kita tatkala mendengar ungkapan ini? Apakah reaksi atau pun respon dari diri kita sendiri apabila kita ditimpa musibah dan ujian? rata-rata masyarakat sekarang, sama ada yang memberikan nasihat, atau yang menerima nasihat, tidak memahami konsep ungkapan tersebut dari persepsi yang positif.

Malah ada yang memandang negatif atau pun meluat, apabila dinasihati supaya bersabar dengan musibah yang melanda. Secara tak langsung, kita sebenarnya menyalahkan takdir ataupun lebih tepat lagi telah bersangka buruk dengan Allah.

Hikmah apa? apa hikmahnya? Nak bersabar macamana lagi. Aku dah tak ada kesabaran lagi dalam diri aku ini!! Kenapa aku ditakdirkan untuk melalui perkara ini. Aku tak sanggup untuk menderita lagi......dan seterusnya

Firman Allah dalam Hadis Qudsi : Barang siapa yang bersangka buruk padaKu, nescaya Aku akan mengikuti (Memenifestasikan) sangkaan-sangkaan buruk hambaKu itu.

Mengapakah Allah amat melarang kita dari bersangka buruk (negative thinking) padaNya dalam apa keadaan sekalipun? Walaupun sedang ditimpa musibah?

APAKAH ITU MUSIBAH

Kita telah mempelajari bahawa fikiran negatif akan menarik frekuensi tenaga negative kepada kita, dengan bentuk thoughts yang kita pancarkan tadi. Firman Allah dalam Hadis Qudsi tadi telah membuktikan Hukum ini. Tetapi bagaimanakah untuk tetap bersangka baik walaupun kita sedang mengalami satu situasi yang kita rasakan amat sulit untuk kita bersabar dan bersangkabaik?

Disini, amat penting untuk kita memahami dari persepsi positif tentang sesuatu musibah yang melanda. Kita ambil contoh:

Senario pertama

Seorang lelaki yang mengalami sakit pada dadanya. Dia kemudiannya datang berjumpa doktor untuk meminta rawatan dan pertolongan. Setelah diperiksa, maka dia disahkan mengalami kerosakan pada jantung dan perlu dibedah. Ketika dibedah, doktor akan melakukan perkara-perkara yang kita nampak seperti kejam contohnya, membelah dada pesakit, darah yang memercik keluar, dan segalanya yang amat mengerikan. Tetapi mengapa kita membenarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa marah pada doktor itu? Mengapa kita boleh bersabar menunggu hingga pembedahan selesai, sehingga luka-luka tersebut sembuh, dan akhirnya jantung pesakit itu berjaya diubati, malah pesakit itu berterimakasih pada doktor tersebut. Ini adalah kerana kita faham, bahawa doktor tersebut bukan berlaku kejam atau sengaja hendak menyeksa pesakit tersebut. Sebaliknya doktor itu bertujuan untuk merawat dan menolong pesakit itu, tetapi terpaksa melalui proses pembedahan yang menyakitkan.





Senario kedua

Kereta anda telah cukup tempoh untuk digantikan timing belt. Anda ke bengkel kereta untuk menggantikan timing belt yang baru. Mekanik akan membuka dan membawa turun ejin kereta anda dan ketika ini kereta anda yang amat anda sayangi kelihatan tak ubah seperti humpunan besi buruk yang berselerak, ketika mekanik sedang melakukan proses memasang timing belt itu. Tetapi anda tidak merasa marah atau runsing kerana anda tahu, selepas segalanya selesai, kereta anda akan kembali seperti keadaan asal. Anda juga sanggup menunggu kereta anda disiapkan dengan sabar. Semua ini adalah kerana anda memahami apa yang berlaku.

Cuba kita renungkan sejenak, dalam kehidupan kita , kebanyakan perkara atau benda yang ingin kita menambahbaik (upgrade) atau ingin dibaiki, pasti akan melalui proses yang membabitkan keadaan tidak selesa/berselerak/bersepah atau buruk, ketika proses upgrade tadi dijalankan. Tak kira apa jua senarionya, seperti membetulkan sistem paip didalam rumah, membaikpulih jam tangan, rumah, komputer dan sebagainya.Tetapi apa yang kita tahu, sebaik sahaja proses membaikpulih ini selesai, segalanya akan menjadi lebih baik dan lebih produktif. Seperti komputer yang telah diupgradekan, ditukar rem dan lain-lain, ianya akan berfungsi lebih laju dan efisien.

Maka begitu jugalah dengan sesuatu musibah yang melanda diri kita. Bukankan kita semua selalu mendengar dan bersetuju dengan ungkapan ini:

"Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia sendiri...."

Benar! Allah hanya memberikan yang terbaik sahaja pada semua hamba-hambaNya. Maka cubalah kita ubah pandangan kita terhadap apa jua musibah yang melanda diri kita kepada 'proses pembaikan/perawatan' dari Allah supaya diri manusia itu bersedia untuk menerima kebaikan yang ingin diberikan Allah pada manusia itu, kerana, mungkin sekiranya tanpa melalui suatu proses pembaikan/perawatan hamba tersebut tidak dapat/tidak bersedia untuk menerima pemberian yang ingin diberikan kepadanya.. Maka kerana itulah, kita selalu mendengar ungkapan :

Apabila Allah ingin memberikan kebaikan pada hamba-hambanya, Dia akan mulakan dengan musibah.

Maka sekarang kita lebih nampak dan faham apakah sebenarnya musibah itu, dan faham apakah yang dimaksudkan dengan 'ada hikmah disebaliknya'.
Sebenarnya, apabila dilanda musibah, kita perlu memahami/ beranggapan bahawa apa yang kita doakan telah dimakbulkan Allah maka kerana itulah, proses pembaikan/rawatan ini melanda kita, kerana sesuatu yang kita doakan/hajatkan selama ini telah dimakbulkan. Bukan sahaja dalam kes penyakit, musibah boleh juga dalam bentuk kegawatan ekonomi, masalah rumahtangga, masalah anak-anak, kerjaya dan sebagainya. Selidikilah dan renung-renungkanlah, apakah yang kita pernah doakan dan apakah sebenarnya sedang kita lalui dalam apa jua masalah hidup yang melanda kita.

Seperti diterangkan pula dalam hadits sahabat Abu Hurairoh bahwa Nabi Saw bersabda, “Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa dosanya.” (hari Bukhori dan Muslim). Sahabat Ibnu Mas’ud juga meriwayatkan dari hadits lain, ia menyebut, Bahwasanya tiada seorang muslim pun yang tertimpa kerusakan dan penyakit, atau bencana yang lebih ringan lagi, kecuali Allah Ta’ala akan menggugurkan dosa dosanya, bagaikan gugurnya daun dari dahan pohon.”

Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah ra. meriwayatkan pula sabda junjungan Rosulullah Saw,
“Barangsiapa diuji dengan beberapa kesulitan, dan ia dapat mengatasi kesulitan itu dengan ketabahan dan menerimanya dengan ikhlas, tertulis baginya di sisi Allah dengan derajat yang mulia dan dihapus dosa dosanya.”
Seorang muslim yang soleh tidak boleh mengira dan berprasangka bahwa Allah tidak memperhatikan lagi dirinya. Karena perkiraan seperti ini adalah pandangan yang sempit dan dangkal. Seorang muslim memandang Allah tidak semata mata dari segi pemberian Allah yang jelas dan dirasakan dengan alam jasmani, akan tetapi ia harus melihat pemberian Allah dari sisi yang lain yang tidak dapat dilihat dan dinyatakan dengan mata kepala.

Seorang hamba hendaklah dapat merasakan pemberian Allah sebagai anugerah, maka ia pun harus dapat merasakan percobaan dari Allah itu juga suatu anugerah kasih sayang dari Allah Swt. Hikmahnya seorang hamba dalam keadaan kesusahan, atau sedang tertimpa bencana, ia akan bertambah dekat kepada Allah Swt. Dengan dekatnya si hamba kepada-Nya, maka akan berlimpahlah kasih sayang kepada si hamba. Itulah anugerah yang tak ada taranya. Orang yang keimanannya tebal, akan menerima setiap bencana, selain sebagai ujian atas keimanan, termasuk Allah menunjukkan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada si hamba, sebagai bukti Allah adalah Robbun (pengasuh, pendidik) bagi alam semesta dan seluruh makhluk-Nya. Nabi Muhammad Saw dalam hal ini bersabda, “Allah Ta’ala menguji seorang hamba dengan bencana. Apabila si hamba sabar menerima, maka ia termasuk pilihan. Apabila ia ridho menerima, maka ia termasuk orang istimewa.”

Antara tindakan yang boleh kita lakukan setiap kali merasakan kita dilanda musibah.

1. Kita diajarkan untuk mengucapkan kalimah: Innalillahiwainnailaihirrojiuun

...dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali....Ucapkanlah, dan berdoalah semoga musibah itu sebentar sahaja dan berdoa memohon kekuatan dalam menghadapinya. Ini diajarkan sendiri oleh Allah kepada kita. Mengapa kita tidak mahu mengamalkannya? Sama seperti amalan membaca Bismillah sebelum makan.

2. Rasulullah S.A.W bersabda : Bersalawatlah padaku dipermulaan musibah itu adalah sangat baik sekira kamu mengetahui.

Rasulullah menyarankan supaya bersalawat padanya ketika saat permulaan mengalami apajua musibah/ masalah. Bersalawat keatas Nabi adalah bermaksud mendoakan kesejahteraan Nabi seperti: Allahumma solli ala saidina muhammadinnabiyyil umiyyi

Mengapakah mendoakan kesejahteraan Nabi, sedangkan kita yang dilanda masalah? Ramai yang tidak menyedari akan khasiat daripada mendoakan Nabi S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W : Sesiapa yang bersalawat kepada ku (mendoakan kesejahteraanku) sekali (1), maka Allah akan memberikan kesejahteraaan kepada sesiapa yang bersalawat tadi sebanyak sepuluh (10) kali. Lihatlah betapa besarnya fadhilat bersalawat ini. Nabi S.A.W adalah kekasih Allah. diturunkan kebumi ini sebagai rahmatallilalamin (rahmat buat sekalian alam). Maka mendoakan untuk orang sangat dikasihi Allah, Allah akan membalas sepuluh kali ganda pada orang berdoa tadi.
Maka selalulah kita bersalawat dengan ikhlas, tak kira diwaktu senang atau pun susah. Tak perlu tunggu hingga menerima musibah untuk bersalawat.

3. Bersangka baik dengan Allah (HusnulDzon/Positive Thinking) kepada Allah. Kenalilah Allah yang kita sembah itu dengan persepsi yang betul dan benar dengan mempelajari dan menghayati sifat-sifatNya yang telah diajarkan kepada manusia. Juga dari 99 nama Allah, kita dapat belajar sifat Allah. Sekiranya kita melihat seorang gadis yang cantik rupawan, acapkali kita terpanggil untuk melihat gadis itu sekali lagi, kerana apa? kita terpegun dengan kejelitaan wajah gadis itu. Maka cuba kita fahami bahawa Yang Menciptakan gadis tersebut tentulah lebih Indah, lebih cantik, sepertimana yang diriwayat bahawa didalam syurga kelak, apabila Allah membuka hijabNya kepada manusia, para ahli syurga akan terpegun dan ternganga melihat Kecantikan/Keindahan Allah hingga tidak berkata apa-apa selama 40 tahun.

Ini baru sifatNya yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Bagaimana dengan sifat-sifatNya yang lain seperti Maha Pengasih, Maha Penyayang?

Allah memberitahu kita, Dia amat menyayangi hamba-hambaNya melebihi seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya. Bolehkah kita fahami betapa besarnya kasih sayang yang sebegini rupa? Maka wajarkah kita mengatakan Allah itu tidak adil? Pilih kasih? Kejam dan sebagainya yang hanya merupakan sangkaan buruk yang tidak benar?

Ubahlah persepsi kita pada Allah mulai sekarang, semoga Allah memberikan hidayah dan rahmatNya pada kita semua, semoga kita semua sentiasa dilindungiNya dari persepsi yang salah dan memudaratkan diri kita sendiri.

Firman Allah dalam hadis Qudsi:

Wahai hamba-hambaKu! sekiranya hamba yang mula-mula sekali diciptakan sehingga hamba yang terakhir sekali dicipta dari kalangan manusia dan jin merupakan hamba-hamba yang bertaqwa semuanya, maka tidaklah dapat menambahkan sedikit pun dari Kekuasaan dan KebesaranKu. Sekiranya hamba yang pertama dicipta sehingga hamba yang terakhir dicipta dari kalangan manusia dan jin merupakan hamba-hamba yang paling jahat, yang demikian tidaklah dapat mengurangkan sedikit pun Kekuasaan dan KebesaranKu.

Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari kita, tetapi kitalah yang memerlukan dan berhajat kepada Allah. Oleh itu, peliharalah hubungan kita dengan Allah dan salah satu caranya ialah dengan bersangka yang benar tentang Allah, iaitu bersangka baik (Berfikir Positif) kepada Allah, dengan ikhlas. Kerana faedahnya adalah untuk kebaikan manusia sendiri, Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari kita.
Manusia sebagai hamba Allah dalam menjalankan hidupnya di dunia ini hendaklah jauh dari prasangka jelek kepada Allah, agar jiwanya tidak risau dan tertimpa penyakit yang dapat menegangkan saraf. Kita harus berprasangka baik (Husnuzzon ) kepada Maha Pencipta. Kita harus memahami dengan penuh keyakinan bahwa Allah Ta’ala Maha Adil dan Maha Pemelihara. Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada manusia sesuai dengan rencana Allah.

Wednesday, November 25, 2009

NK BUKU PERCUMA TAK?????????????

^_^ lina mursyidah hamzah at 2:34 PM 0 pandangan dari kamu


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Wednesday, November 11, 2009

SYARAHAN PERDANA PROF DR SYED NAQUIB AL-ATTAS

^_^ lina mursyidah hamzah at 7:23 AM 0 pandangan dari kamu

Tuesday, November 3, 2009

pesanan surah At-Taubah

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:06 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
Petikan ayat-ayat suci Al-Quran ( Surah At-Taubah 12-18) ini dihimpun untuk punya hubung kait dengan isu kezaliman yang berlaku di bumi palestin. Moga kita bersama-sama dapat renungkan isi penting dari surah ini..

12: Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).

13: Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?

14: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.


15: Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

16: Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

17: Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.

18 : Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Moga kita punya kekuatan untuk selamatkan bumi palestin dari kezaliman israel. Umat islam harus saling melindungi & membantu yang lemah dizalimi dan dianiaya.

Allah Huakbar!!

sumber > http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2030

Monday, October 5, 2009

Menyusuri Diari Hidup Seorang Hamba

^_^ lina mursyidah hamzah at 7:14 PM 1 pandangan dari kamu
Photobucket
Sungguh, perjalanan ini terkadang mengelirukan. Tatkala bertanya hati kepada jasad, siapakah dirimu? Mulut yang rancak berbicara awalnya, diam seribu bahasa. Tubuh yang bebas kaku serta merta. Tiada lagi lagu riang, tiada puji tiada kutukan, tiada lagi gerakan riang. Yang ada...hanya sunyi dan kaku sebagai pengganti.

Lalu, datanglah si yakin menjawab, ’kitalah insan mulia khalifah di muka bumi’. Mulia kita di angkat melalui akal yang di jana fikiran, hati dan taat yang mewakilkan pengabdian kepada ILAHI.

Bertanya lagi si hati, ’Kau hanya tahu jasadmu (fizikalmu), beritahu aku tentang jiwa mu wahai insan yang mulia?’. Si yakin lalu terdiam, mulutnya tertutup rapat. Kaku tertunduk kepada hati.

Kemudian, datang pula si alim memberitahu, ‘Jiwamu adalah bahagian yang tidak bisa kaulihat, tetapi bisa kau ketahui dengan pengetahuanmu yang dalam. Kebenaran akan kewujudan mu ada di dalam jiwamu. Hal lainnya hanyalah pengabdi bagi jiwamu.’

Hati selalu tertafsir dengan nafsu yang bijak dan terkadang rakus, lantas ia berulang tanya,’Kalian benar tahu siapa diri mu, lalu beritahu ku dimana letaknya kebahagiaan sejati mu?’. Si alim tertunduk memandang lantai hati.

Akhirnya hadirnya si alim wal yakin dengan penuh hatinya menjawab,

“Wahai hati, benar selalu kita bicarakan ‘aku memahami diriku’, sedangkan kita tahu itu suatu yang salah. Dan tiada salahnya kamu mahu memahami kewujudanmu kerana dengan ‘Hanya dengan mengenal dirimu maka kamu akan mengenal TuhanMU’. Namun wahai hati, jangan kau rakus dalam memahami, kerana keseluruhan hidupmu sebenarnya adalah pelayaran mengenal erti/ fungsi diri. Engkau pengemudinya, jadi belajarlah untuk melayari nya dengan mutiara dirimu, ia ada di dalam mu. Mutiara itu kita bahasakannya dengan IMAN. Kemudilah dengan iman, ia menifestasi dari hakikat penghambaan pada ILAHI. Jangan biarkan diri (hati) mu mati dengan hanya mempersoalkan. Carilah dengan iman, lakukan dengan ibadah dan amal soleh mu. Kelak nanti, dengan izinNYA, akan kau temui kesejatian dalam dirimu atas nama yakin mu dengan hakikat penciptaan oleh ILAHI.’

Sungguh waktu itu hati tertunduk malu dengan iman si alim wal yakin. Fahamlah hati dalam memasuki kesejatian yang hakiki itu harus di iringi perbuatan zahir dan batin, agar kesedaran penciptaan enyatu, selebihnya akan terserah kepada diri sendiri memilih jalan yang mana buat menuju cintaNYA.

The entire universe was created for the sake of this secret within you, but this secret within you was created for Allah, and no one else besides…the proper way

sumber > http://ukhwah.com/article.php?sid=2628&mode=&order=0

Friday, October 2, 2009

dah jumpa jgn nk cari2 lagi...kalo tak, jenuh nk pilih..",

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:32 PM 1 pandangan dari kamu
Photobucket

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Friday, September 25, 2009

selamat ulang tahun kelahiran yang ke 44..syg abah!

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:59 AM 1 pandangan dari kamu

gambar semasa sehari selepas pru 12..holiday!! walopun esoknye tu aku exam final sem kat uia nilai tp aku tetap turun mase pru 12 bg sokongan pd abah..biarlah exam semester paling akhir menanti di alam matrik..",

ari ni 25 sept, besday abah..dah 44 tahun umo abah..selamat ulang tahun! moga2 dgn pertambahan umur, seiring dgn peningkatan amalan..teruskan perjuangan kerna abah merupakan salah satu sumber inspirasi kakak utk terus thabat di dalam jalan dakwah ini. melihat kpd kesungguhan dan semangat yg ada pd abah, membuatkan kakak pun bersemangat jugak..
bg kakak, abah mmg ayah yg best! sgt2 memahami kakak..itu yg kakak rasa la..hehe..tak reti nk tulis ape lg..nasihat2 yg abah bagi, teguran2 yg abah bg, insyaAllah kakak dgr..cuma biase la..kalo nampak kakak mcm merajuk tu..senanye tgh muhasabah diri tu time abah ckp..hehehe...

syg abah sokmo!

Thursday, September 24, 2009

alam rohani

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:43 PM 0 pandangan dari kamu
Bermula dari alam rohani
Kita berjanji pada Ilahi
Hidup didunia sebagai hamba
Menyembah Tuhan buat bekalan hari kemudian

Biarpun dalam beronak duri
Cobaan Tuhan silih berganti
Kerana iman tetap dihati
Demi akhirat betapa berat ditempuh jua

Telah menjadi resam dunia
Akan beruntung siapa yang leka
Iman termahal paling berharga
Perlu berkorban mendapatkannya

Miskin dan kaya bukan ukuran
Iman dan taqwa nilaian Tuhan
Ganjaran syurga sedia menanti
Hidup disana kekal abadi

Kepada Tuhan panjatkan doa
Petunjuk jalan pada yang Esa
Moga dipimpin dipelihara
Dunia akhirat bakal mendapat nikmat barakah

damba redhaMu

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:41 PM 0 pandangan dari kamu

Tirai malamku singkap
Perlahanku tersentuh
Memoriku penuh dosa ketika itu
SuruhanMu kupandang hina
LaranganMu kusanjung tinggi
Hanyutlah aku dalam mengenal namaMu

Agungnya kasihMu
Diriku yang hina kau berikan hidayahMu
Kubagaikan hidup semula
Subur kembali mengharap redhaMu Illahi

( korus )
Tuhan mulia cintaMu
Tuhan azimnya kudratMu
Tuhan sucinya cahayaMu Ya Rahman

Andai keampunan ini izinkan dosa nodaku pergi
Meninggalkan ku buat selamanya... ooh...
Andai keampunan ini izinkan dosa nodaku pergi
Meninggalkanku buat selamanya

Semoga redhaMu bersamaku

bila diri disayangi

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:40 PM 0 pandangan dari kamu
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

SIAPALAH AKU

^_^ lina mursyidah hamzah at 3:11 AM 2 pandangan dari kamu
tibe2 terjumpe lirik ni n nk postkan lirik ni di sini..tak kesah la org nk ckp ape..sape tanak baca lirik ni..takpe..bleh abaikan ye..",

Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku

Friday, September 18, 2009

award dr adik iqmal

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:00 AM 3 pandangan dari kamu

thanks to adik iqmal..akak jwb la n accept la..karang awk nangis plak..

5 fakta psl iqmal
-ant adik yg cpt masuk ngan aku
-suka jadikan aku MPH dy..ahaha
-nama dy syed putra iqmal
-org perak
-penah bg aku lagu tanggo song yg aku tgh pakai skrg utk meses..

10 fakta psl lmh
-nama lina mursyidah
-seorg yg garang
-bab2 pempuan out sket
-tak suke menunggu coz aku pun ade gak masa utk buat mende lain
-blaja kat uiam
-duduk kat taman melewar
-kalo shopping tu aku tak suke round satu kedai baru nk pilih barang..jenis aku, berkenan terus amik..sbb aku susah nk berkenan brg..
-ade 9 org adik beradik
-anak sulung
-sy org kelantan pure tau..lahir kat pahang tp menetap di gombak..tp aku org kelantan!

sama mcm yg sebelum ni..takmo tag sape2..
blogger-emoticon.blogspot.com

award dr naheed..

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:44 AM 0 pandangan dari kamu

thanks naheed...ok..rule tag ni gtau 5 perkara pasal diri pemberi n 10 hobi / fakta diri sendiri..

about naheed...
-very2 innocent girl
-sgt2 lembut orgnya
-teliti, cermat
-humble
-sukakan ilmu..tak segan belajar, mengajar dan diajar...syg kamu!!
-mempunyai member yg nakal yg bernama lina mursyidah (hehehe..tambahan)

pasal diri penerima award
-nama lina mursyidah
-seorg yg garang
-bab2 pempuan out sket
-tak suke menunggu coz aku pun ade gak masa utk buat mende lain
-blaja kat uiam
-duduk kat taman melewar
-kalo shopping tu aku tak suke round satu kedai baru nk pilih barang..jenis aku, berkenan terus amik..sbb aku susah nk berkenan brg..
-ade 9 org adik beradik
-anak sulung
-sy org kelantan pure tau..lahir kat pahang tp menetap di gombak..tp aku org kelantan!

hari ni aku nk jd kedekut..takmo bg award ni pada sape2..eheheh..blogger-emoticon.blogspot.com


ISTERI2 RASULULLAH DARI PERSPEKTIF PERJUANGAN MASA KINI

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:39 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

“ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : Jika kamu sekalian menginginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya ku berikan kepada mu saguhati dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki ( keredhaan ) ALLah dan RasulNya serta ( kesenangan ) di akhirat, maka sesungguhnya ALLah menyediakan bagi siapa sahaja yang berbuat baik di antara mu pahala yang besar.” ( Al Ahzab : 28 - 29 )

MUQADDIMAH

Penglibatan Muslimat di dalam perjuangan Islam bukanlah suatu perkara yang baru. Bahkan, kejayaan, kemenangan dan keunggulan kaum Muslimat, yang menjadi sayap kiri perjuangan Islam telah tercatat di dada Sejarah semenjak dari wujudnya ‘alam maya ini.Peranan Muslimat di kalangan kaum wanita adalah penting dalam usaha menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Muslimat yang juga merupakan Isteri bagi para suami dan ibu kepada anak-anak perlu memahami kewajipan, bijaksana dalam membuat pembahagian masa, memiliki kekuatan, kecekapan berfikir dan bertindak dalam melakukan tugas kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara. Kita kembali mengambil pengajaran daripada kehidupan Ummahatul Mukminin yang banyak menyokong dan membantu Nabi dengan kekuatan peribadi mereka, kebijaksanaan, kecerdasan, ketabahan, kesetiaan, harta, pengaruh dan pergaulan yang luas dalam memperluaskan syariat ALLah dan pengaruh Empayar Islam di muka bumi ini. Mereka ini adalah golongan yang dikatakan oleh ALLah melalui firmanNya….

“ Sesungguhnya ALLah akan memasukkan mereka ke dalam suatu tempat ( syurga ) yang mereka menyukainya. Dan sesungguhnya ALLah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun ”
( Al Hajj : 59 )

GEDUNG ‘ILMU

Ummahatul Mukminin yang terdiri daripada 13 orang tersebut selain daripada menjadi Isteri kepada baginda Rasul SAW juga menjadi tempat rujukan ilmu para Muslimat zaman tersebut . Bahkan, selepas RasuluLLah SAW wafat maka beberapa di antara mereka terus menjadi sumber rujukan utama kaum Muslimin. Ini dapat kita lihat melalui peranan Saidatina Saudah .a , Saidatina Aisyah .a , Saidatina Hafsah .a , Saidatina Raihanah .a, Saidatina Syafiyah .a, Ummu Habibah .a dan Ummu Salamah .a . Saidatina Aisyah .a pula memang termasuk sebagai ahli Ilmuan dalam Al Qur’an, hadith, fiqh, sejarah dan bahasa Arab. Sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Burdah bin Musa dari ayahnya .…

“…setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah . a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah…”

Selain daripada itu, tercatat dalam tinta sejarah bahawa Saidatina Aisyah .a termasuk salah seorang daripada 7 orang ahli Majlis Syura selain Umar Ibn Khattab .a, Ali bin Abi Talib .a , Abdullah Ibn Mas’ud, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar. Saidatina Aisyah .a, Hafsah .a dan Ummu Salamah juga banyak meriwayatkan hadith daripada baginda RasuluLLah SAW yang menjadi mereka sebagai golongan Muhaddisah . Kehadiran mereka ini sesungguhnya telah dapat membantu baginda Rasul SAW dalam menyampaikan mesej Islam sehingga ke semua peringkat termasuklah kaum wanita hari ini .

Seterusnya menaikkan martabat wanita yang pada awalnya dinilai sebagai golongan yang sial dan berada pada tahap yang sebegitu rendah dari sudut kaca mata masyarakat Arab Jahiliah ketika itu.Ini seterusnya membuktikan kepada kita pada hari ini bahawa wanita yang berilmu juga harus diberikan penghormatan yang tinggi dalam Islam dan memberikan satu input yang cukup berguna dalam meneruskan kesinambungan perjuangan. Firman ALLah SWT yang mafhumnya……

“ ALLah meninggikan orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ‘ilmu pengetahuan beberapa darjat…” ( Al Mujaadalah : 11 )

KEKUATAN EKONOMI & SIKAP PEMURAH – DANA PERJUANGAN

Perjuangan Islam sejak daripada awal perjuangan baginda Rasul SAW lagi menunjukkan kepada kita akan peri pentingnya kemantapan ekonomi untuk menjana dan meneruskan kelangsungan perjuangan. Baginda SAW banyak dibantu oleh kemantapan dan keutuhan ekonomi yang dimiliki oleh Isteri baginda yang tercinta iaitulah Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Sayyidah Khadijah, Ummul Mukminin pertama dalam sejarah Islam adalah seorang wanita bangsawan dan hartawan yang gigih. Beliau senantiasa memberikan dorongan besar terhadap perjuangan RasuluLLah SAW di samping memainkan peranan sebagai penolong, pembela, pelindung RasuluLLah SAW daripada ancaman orang-orang Musyrikin Quraisy.

Selepas kewafatan Sayyidah Khadijah ketika berusia 65 tahun, Rasul SAW begitu bungkam sekali. Sehinggakan tahun tersebut dicatatkan dalam Sejarah Islam sebagai Tahun Duka Cita ( bukan setakat terhadap baginda SAW tetapi juga kepada semua makhluk yang beriman kepada ALLah ). RasuluLlah juga beranggapan bahawa baginda bukan setakat kehilangan Isteri yang setia tetapi kehilangan seorang pembantu dan pembela baginda dalam melanjutkan tugas suci iaitu menyeru manusia kepada ALlah SWT.

Di samping itu, sejarah telah menukilkan betapa Ummahatul Mukminin semuanya adalah insan-insan beriman yang bersikap pemurah dan dermawan. Contohnya, Sayyidah Sauda .a mengikut catatan sejarah pada tarikh kewafatannya, tidak langsung meninggalkan harta yang masih menjadi miliknya walau sedikit. Kesemua hartanya telah dibahagi-bahagi kepada sesiapa yang memerlukan ketika hayatnya. Demikian jugalah halnya beberapa Ummahatul Mukminin yang lain. Sayyidah Zainab .a misalnya terkenal dengan gelaran Ibu Orang-orang Miskin ( Ummul Masakin ) lantaran sifatnya yang cukup mengambil berat kebajikan dan nasib kaum dhu’afa’ serta memberikan bantuan kepada mereka.

KEMAHIRAN PSIKOLOGI YANG TINGGI

Psikologi atau juga yang dikenali sebagai Ilmu Kejiwaan amat memainkan peranan penting dalam bidang kehidupan seseorang khususnya para pemimpin/ pejuang dan juga gerakan yang dibawanya. Mengimbau ketinggian Ilmu Psikologi yang ada pada Ummahatul Mukminin, dapat kita simpulkan bahawa mereka berjaya menguasainya sehingga dapat membantu perjuangan baginda SAW dalam perjalanan yang terarah, tenang di samping ketetapan bantuan ALLah SWT.

Pernah berlaku satu peristiwa di mana RasuluLLah SAW amat sedih lantaran arahan baginda ( selepas perjanjian Hudaibiyah ditandatangani dengan pihak Quraisy ) kepada para Muslimin agar menyembelih haiwan sebagai dam ( denda ) kerana mereka tidak menunaikan haji pada tahun tersebut dan kemudian menyuruh mereka mencukur rambut sebagai tanda tahallul tidak diikuti oleh seorang pun. Maka baginda kembali ke rumah Ummu Salamah dan menceritakan hal tersebut dengan nada bersedih. Lantas, dengan ketinggian ilmu Psikologi yang ada pada Ummu Salamah yang memahami keadaan suaminya yang tercinta maka beliau berkata :

“Ya RasuluLlah…! Sukakah engkau mengerjakan itu..? Kalau engkau suka hendaklah engkau keluar dan jangan berkata-kata walau sepatahpun dengan mereka, sehingga engkau menyembelih untamu kemudian engkau panggil tukang cukur untuk mencukur rambutmu….!”

Nasihat isteri tercinta dituruti oleh baginda kerana pada pandangan baginda ia suatu saranan yang bagus. Ternyata keberkesanannya kerana apabila melihat tindakan Rasul SAW itu, semua kaum Muslimin mengikuti perbuatan baginda. Baginda berasa amat gembira dan memahami bahawa hanya dengan kata-kata sahaja kurang berkesan dalam mengajak manusia. Di sini juga dapat kita rumuskan betapa psikologi terhadap anak-anak buah/ orang-orang bawahan amat perlu dipertingkatkan dalam usaha kita mengarah mereka ke jalan ALLah SWT.

Ummu Salamah merupakan antara salah seorang Ummahatul Mukminin yang bijak dan berwibawa. Ini termasuklah dalam peranannya menasihati Siti Aisyah yang melibatkan diri dalam pertelingkahan antara Muslim selepas kewafatan RasuluLLah SAW dan juga nasihatnya kepada Sayidina Usman Affan agar mendekati dan memahami rakyat di bawah pemerintahannya. Sesungguhnya, Ummul Mukminin ini telah berjaya memainkan peranannya dalam 3 zaman iaitu zaman Rasul SAW, Zaman Khulafa Ar Rasyidin dan pemerintahan Muawiyah, pemula kepada pemerintahan Bani Umaiyyah.

Sikap, ketegasan dan pengorbanan Ummu Salamah dalam melayani karenah-karenah kaum Muslimin khususnya selepas kewafatan Rasul SAW juga harus dijadikan contoh. Ketika Muawiyah berkempen mengajak ummat Islam untuk mengutuk Ali bin Abi Talib dalam suatu tabligh akhbar, Ummu Salamah segera mencabar dan memberikan nasihat kepada Muawiyah dan kaum Muslimin. Beliau berkata dengan penuh semangat lagi pantas….

“Sesungguhnya kamu sekalian telah melaknati ALLah dan RasulNya di atas mimbarmu. Kerana kamu telahpun melaknati dan mengutuk Ali bin Abi Talib serta orang-orang yang mengikutinya. Dan saya bersaksi bahawa ALLah dan RasulNya amat mencintai Ali bin Abi Talib.”

HUBUNGAN DIPLOMATIK & ANTARA KAUM

Seerah perkahwinan Rasul SAW dengan para isteri baginda SAW amat jelas bukanlah didasari atas kehendak dan kepentingan nafsu. Bahkan, sejarah telah membuktikan betapa di antara kalangan 13 orang wanita yang dinikahi baginda, hanya seorang sahaja yang bertaraf gadis iaitu Sayyidatina Aisyah .a . Manakala selebihnya telah pernah berkahwin . Ada yang merupakan janda daripada para sahabat yang telah gugur syahid di medan jihad mempertahankan Islam . Ada pula yang merupakan abdi/ tahanan perang dan ada juga yang telah diceraikan oleh para suami terdahulu. Rasul SAW menikahi mereka sebagai langkah untuk menjaga kebajikan mereka dan tidak kurang juga hasil daripada arahan wahyu ALLah, contohnya pernikahan baginda dengan Siti Aisyah .a dan Zainab binti Jahsyi .a .

Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah peranan perkahwinan tersebut dalam perspektif hubungan diplomatik dan antara kaum . Ummahatul Mukminin , Mariyah Al Qibtiyah .a contohnya ialah Puteri Syam’un dari kalangan penganut agama Nasrani ( Kristian ) Mesir, manakala ibunya berasal dari Rom , Itali. Beliau menjadi salah seorang penghuni Istana Muqauqis. Raja Muqauqis pula amat sayangkan dan menghormati beliau. Walau bagaimanapun, sebagai menghormati Nabi Muhammad SAW yang telah mengutuskan warkah kepada Raja Muqauqis, maka Mariyah telah dihadiahkan untuk Nabi Muhammad SAW.

Dalam perjalanan menuju ke Madinah, Mariyah telah tertarik dengan kecantikan akhlaq Islam yang ditunjukkan oleh Hatib bin Balta’ah, orang kepercayaan RasuluLLah SAW, lantas beliau memeluk Islam . Rasul SAW pula telah mengangkat martabatnya menjadi salah seorang daripada Ummahatul Mukminin. Hasil daripada hubungan ini, maka ahli keluarga Mariyah Al Qibtiyah juga kagum dengan akhlaq yang ditunjukkan dalam Islam . Hubungan antara ketiga-tiga buah negara semakin baik dan Islam selanjutnya dapat dikembangkan di Mesir dan Romawi, melalui hubungan perkahwinan tersebut.

Selain daripada itu, perkahwinan baginda SAW dengan Barrah bin Al Harris atau kemudiannya ditukarkan nama oleh baginda kepada Juwairiyah .a juga telah merapatkan hubungan antara kaum iaitu antara Kaum Quraisy - Islam dengan Kabilah Bani Al Mustaliq, satu kelompok yang begitu memusuhi Islam di Madinah . Ini dapat kita lihat melalui kata-kata Ummahatul Mukminin Sayyidatina Aisyah .a ……….

“ Sungguh, telah dimerdekakan dengan sebab perkahwinannya itu, serratus keluarga kaum Bani Mustaliq. Maka tidak pernah ku ketahui seorang wanita yang banyak berkatnya atas kaumnya, lebih daripada Juwairiyah…….”

Ayahanda Juwairiyah .a iaitu Al Harrsi Abi Dhirar juga telah memeluk Islam di hadapan menantunya, Muhammad SAW. Ummahatul Mukmini ini juga telah menjadi tempat rujuk berkenaan hukum selepas kewafatan baginda SAW .

KHIDMAT MASYARAKAT

Kalangan Ummahatul Mukminin juga telah meninggalkan contoh kepada perjuangan masakini khususnya di kalangan Muslimat berkenaan persoalan khidmat masyarakat. Ini dapat kita perhatikan melalui peranan yang telah dimainkan oleh Ummahatul Mukminin, Maimunah .a. Walaupun baginda SAW telah tiada, namun Maimunah .a tetap menunjukkan kesetiaan yang penuh kepada Nabi SAW. Beliau tetap menjaga silaturrahim antara beliau dan madunya . Terdapat dalam catatan sejarah bahawa Maimunah .a banyak mengarahkan perhatiannya kepada masalah kaum wanita, terutama remaja Islam. Beliau membentuk satu pertubuhan wanita bagi memberi bantuan pertolongan cemas terhadap para pejuang yang tercedera dalam peperangan.

Oleh itu, beliau sangat menonjol dalam Perang Tabuk yang terjadi dalam Bulan Rejab tahun ke 9 Hijrah, ketika itu RasuluLLah SAW masih hidup. Saat itu, Maimunah .a berada di antara kaum Muslimin pada barisan terdepan sekali . Ketika itu, beliau menyantuni para pejuang Islam yang tercedera dan merawat mereka dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, bahkan beliau sendiri pernah hampir disambar anak panah musuh. Sikap dan kemahiran ini terus beliau kembangkan setelah RasuluLLah SAW wafat, bahkan para sejarahwan mengatakan bahawa beliaulah orang yang pertama sekali menubuhkan Persatuan Wanita. Kelebihan beliau ini juga mendapat pujian daripada Sayyidatina Aisyah .a melalui kata-katanya……..

“ Beliaulah ( Maimunah ) orang yang paling taqwa di antara kami ( para isteri RasuluLLah SAW ) dan yang paling banyak melakukan silaturrahim !”

RUMUSAN

Ummahatul Mukminin begitu banyak meninggalkan suri tauladan kepada pejuang-pejuang Muslimat masakini. Dalam soal keilmuan, komunikasi, diplomasi, perdamaian, atursiasah dan langkah-langkah strategi serta termasuklah apa jua aspek sekalipun . Pengorbanan yang ditumpahkan ikhlas oleh mereka bukan setakat membantu kaum Muslimat bahkan juga kaum Muslimin dan yang lebih penting ialah khususnya perjuangan baginda RauluLLah SAW itu sendiri. Tetapi malangnya, dewasa ini ramai ummat Islam yang terpengaruh oleh kenyataan kaum intelektual sekular yang menyatakan bahawa peranan Ummahatul Mukminin ini hanya terbatas dalam soal melayani kehendak individu Rasul SAW . Semoga apa yang dibentangkan ini akan menjadi input yang berguna dalam menjana sokongan dan kerjasama seluruh pejuang Islam, tidak kira Muslimin atau Muslimat. Wallahu’alam.

sumber>http://ukhwah.com/article.php?sid=1147

apakah???

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:09 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

Dahulu, Rasulullah telah mendidik para sahabat dengan tarbiyyah terbaik hanya selama 23 tahun. Rasulullah juga telah mewasiatkan mereka untuk meyebarkan agama islam ini... lalu mereka pun menyebarkan dakwah² mereka. Selepas itu, disusuli para tabi'in, dan tabi' tabi'in, disusuli selepas mereka pula para aimmah dan seterusnya.
Tetapi...

Tetapi...
bagaimanakah sekarang?
Rasulullah pernah bersabda dalam hadithnya: .
memandangkan sekarang keadaan ummah di zaman ini mereka IAITU PARA ULAMã' menghilang.

Ke manakah perginya pewaris² ini?
apakah tugas ini dipandang hina?
apakah tidak terasa kemuliaan?
apakah kerana tiada ganjaran?
apakah kerana iman itu telah berkurang?

hakikatnya,
jika ummah kita memerlukan doktor, mereka terlalu banyak.
hakikatnya,
jika ummah kita memerlukan arkitek, mereka terlalu banyak.
hakikatnya,
jika rumah memerlukan jurutera, mereka terlalu banyak.
hakikatnya,
jika ummah memerlukan para ulamã',
mereka menghilang...

Wahai pemuda, bangkitlah setelah berfikir. kembalikanlah sinar islam itu. MerEka ibarat cahaya dan kini cahaya itu semakin malap dan tidak lama untuk padam. Jika bukan kita, siapakah yang akan kita harapkan? Kita telah dididik untuk meng'islah' dan kini wahai pemuda, MASANYA TELAH TIBA...

sumber > http://ukhwah.com/article.php?sid=1292

Tuesday, September 15, 2009

aku syg ko...

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:24 PM 0 pandangan dari kamu

saje2 nk luah kat sni..aku kawan ngan dy ni dari dajah 2 lagi..mcm2 da kitorg lalui..n terbaru smlm..kenangan pahit tp indah berlaku..aku tau ko tgh sakit sbb aku pun merasainya..ko sanggup jugak teman aku smlm walopun kita sama2 mcm ketaq smlm..mekasih timah...mekasih sbb sudi jd teman sama2 sakit ngan aku..sama2 susah ngan aku..aku terharu sgt smlm tp aku tak tunjuk..kite leh lagi gelak2 smlm..sbb terkejut..n sama2 la kita amik ibrah dr ape yg berlaku..hehe..syg ko selalu...

Monday, September 14, 2009

PKPIM Lancar “Gagasan Ta’dib Kepemudaan”

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:40 AM 0 pandangan dari kamu



Krisis umat hari ini yang memperlihatkan kemelut berpanjangan menampilkan cerminan negatif kepada situasi yang akan berlaku menjelang 30 tahun mendatang. Senario ketidaktentuan masyarakat yang penuh dengan kebejatan dan keruntuhan dari sudut integriti, moral, budi, serta kegagalan mereka menjiwai rukun yang terkandung dalam “akhlaq al-karimah” mendesak kita untuk mencari rencah yang “solid” sebagai jawapan kepada krisis berkenaan.

Sedar atau tidak, persoalan umat yang masih belum terungkai ini telah menuntut generasi muda hari ini untuk menawarkan suatu gagasan baru sebagai alternatif pemulihan kepada krisis berkenaan.

Maka, atas bebanan amanah dan taklifan qiyadah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” suatu gagasan yang baru diperkenalkan dalam konteks harakah. Majlis pelancaran “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz pada 6 September 2009 bersempena dengan program Majlis Iftar Mahabbah (Miftah 09) yang bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Menurut Prof Syed Naquib Al-Attas, “ta’dib” bermaksud keadaan di mana seseorang kenal tempat letak sesuatu dan akhirnya bertindak berdasarkan pengenalan tersebut. Sebagai contoh pengetahuan seseorang untuk meletakkan Allah pada tempatnya sebagai Tuhan yang Agung dan bertindak berlandaskan pengenalan tersebut dengan mentaati segala perintah Allah.

Faktor krisis hari ini bukan disebabkan kejahilan umat dalam agama memandangkan penyebaran ilmu tentang Islam telah tersebar meluas ke seluruh masyarakat, tetapi kekeliruan mereka dalam meletakkan Ad-din, Allah, Nabi, dan diri mereka di tempat yang sepatutnya seperti mana yang dituntut agama. Maka, gagasan Ta’dib ini adalah merupakan gagasan yang bersesuaian dengan konflik zaman ini bagi memantap dan melangsungkan gagasan Islamisasi pada era 70-an lalu.

Dalam pada itu, pelancaran gagasan berkenaan selaras dengan resolusi yang diputuskan bersama oleh pimpinan PKPIM Pusat dalam Induksi Pimpinan bertarikh 28-30 Ogos 2009 ke arah untuk membentuk suatu generasi yang ideal dan mampu menjadi suri tauladan terbaik kepada umat secara keseluruhan

Dengan bermotokan Meneraju Generasi Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur” gagasan idea besar anak muda ini akan mengambil kira perencanaaan jangka panjang yang meliputi kerangka 25 tahun. Matlamat akhir gagasan ini adalah untuk menjadi medium penerus kesinambungan kepada kebangkitan ledakan ubudiyyah sekitar era 70-an lalu. Atas kapasiti pengalaman beberapa siri dasawarsa,

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM optimis untuk menjelmakan semula fenomena kebangkitan dakwah era 70-an tersebut untuk siri kedua sekiranya seluruh pihak berperanan dan beriltizam bersungguh-sungguh merakyatkan gagasan ini ke seluruh anak muda dan masyarakat kampus. Walau bagaimanapun, gagasan ini masih dalam proses perencanaan dan penyusunan sebelum dirakyatkan ke seluruh generasi pelajar. Justeru, bagi memastikan prinsip dan pelaksanaan gagasan ini bersifat holistik dan integral, maka pandangan dan kritikan membina semua pihak adalah sangat dialu-alukan.

Sunday, September 13, 2009

pandangan sarwa

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:25 PM 0 pandangan dari kamu

Photobucket

Istilah worldview atau weltanschauung sering diterjemahkan dengan ungkapan yang berbeza-beza seperti pandangan sarwa, pandangan jagat, pandangan dunia dan pandangan hidup. Yang dimaksudkan dengan worldview pada umumnya ialah persepsi, perspektif, tanggapan, tasawwur atau mental attitude (sikap mental) terhadap segala sesuatu. Persepsi sesuatu bangsa terhadap segala sesuatu atau alam semesta biasanya dicirikan oleh agama atau budaya yang dianuti. Kerana itu worldview kadang-kadang ditakrifkan sebagai, “the way people characteristically look outward upon the universe.” (Redfield, R., The Primitive World and its Transformation, 1966, hlm. 85). 


Dalam kaitan ini apa yang disebut sebagai pandangan sarwa Islam; atau Islamic worldview itu biasanya diertikan sebagai “how Islam looks at things”, yakni bagaimana Islam melihat segala sesuatu. Penjelasan tentang Islamic worldview seperti itu sebenarnya tidak memadai, malah mungkin mengelirukan. Kerana itu huraian Prof. Syed Naquib al-Attas mengenai hal ini memang sangat relevan. Menurut beliau worldview dari perspektif Islam tidak hanya pandangan minda (mind’s view) terhadap alam fizikal atau penglibatan sosial, politik, budaya dan sejarah manusia di dalamnya; sebagaimana yang tergambar dalam ungkapan Arab nazrat al slam li al-kawn yang membawa maksud penglihatan Islam terhadap alam (fizikal). Pentakrifan pandangan sarwa Islam seperti itu dinilai tidak tepat kerana dengan menggunakan istilah nazrat, seolah-olah worldview Islam hanyalah spekulasi falsafah yang berasaskan semata-mata pada pengalaman inderawi dan data-data yang tampak di mata. 

Demikian juga dengan pemakaian istilah kawn (alam fizikal) yang membawa implikasi seolah-olah worldview Islam hanya terbatas pada dunia inderawi dan alam ciptaan (created things). Cara pentakrifan sedemikian itu jelas memperlihatkan pengaruh pemikiran saintifik-sekular Barat moden. Worldview Islam merentas alam fizikal, meliputi alam-alam dunia dan akhirat. 

Worldview Islam sebenarnya amat terkait dengan persoalan realiti atau haqiqah, yakni kebenaran dalam erti yang setulen dan seluasnya. Realiti dalam konteks worldview Islam adalah lebih luas dari cakupan istilah waqi’iyyah yang terbatas hanya pada fenomena peristiwa-peristiwa faktual, tidak meliputi segala yang terkandung dalam istilah haqiqah itu. 

Dalam hubungan ini worldview dari perspektif Islam menurut Prof. Syed Naquib al-Attas ialah, “vision of reality and truth”, yakni wawasan realiti dan kebenaran yang tampak pada mata akali tentang segala yang wujud. Bertolak dari kenyataan tersebut Prof. al-Attas mendefinisikan worldview Islam sebagai, “ru’yat al-Islami li al-wujud atau wawasan/visi Islam tentang segala kewujudan.” (Al-Attas, S.M.Naquib, The Worldview of Islam: An Outline, 1996, hlm. 25-26) 

Pandangan Sarwa Islami (Islamic Worldview): Tauhid dan Implikasinya 

Worldview adalah bahagian terpenting daripada ajaran Islam. Ia menentukan bagaimana seseorang Muslim itu melihat, mendekati dan berinteraksi dengan segala sesuatu dalam kehidupannya. Apabila seseorang itu bertukar agama, maka perubahan paling mendasar yang dialaminya ialah perubahan worldview. Demikianlah erti dan implikasi proses pengislaman sesuatu umat, iaitu perubahan dan anjakan dari worldview pra-Islam kepada worldview Islam. Dengan demikian persepsinya tentang Tuhan, manusia, alam, kehidupan dan segalanya adalah berdasarkan worldview Islam yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah. 

Pandangan Sarwa Tauhidik 

Tuhan bagi orang Islam bukan lagi dewa dan bukan lagi semangat pada objek-objek tertentu, tetapi Allah s.w.t., Tuhan Rabb al-’Alamin (Tuhan seluruh dan seisi alam), Tuhan Yang Maha Tinggi (al-A’la), Maha Pencipta (alladhi khalaq), Maha Penyempurna (fasawwa), Maha Pengatur (alladhi qaddara) dan Maha Pembimbing (fahada) – Surah al-A’la: 1-3). Tuhan bukan bahagian dari alam, tetapi di luar alam dalam erti Divine transcendence. Ia juga bukan sekadar suatu idea yang abstrak tetapi kekuatan dinamis yang menyatakan kekuasaan dan kebesaran ketuhanan-Nya menerusi nama-nama-Nya yang 99 (al-Asma’ al-Husna), dengan penekanan pada keesaan dan kelainanNya daripada segala sesuatu (al-Syura: 11). 

Kerana penekanannya yang istimewa pada tauhid (pengesaan Tuhan) maka worldview Islam selalu disebut tauhidic worldview. Memang keesaan Allah (Tuhan yang bersifat Ahad) merupakan teras ajaran Islam. Kesaksian terhadap tauhid merupakan inti kalimah syahadat (Ashhadu an la ilaha illa ‘Llah: Aku naik saksi bahawa tidak ada tuhan, melainkan Allah). Ungkapan syahadat (penyaksian) tersebut membawa pelbagai implikasi besar terhadap kehidupan seseorang Muslim. 

Tauhid mempunyai dua dimensi, tauhid rubbubiyyah dan tauhid uluhiyyah. Tauhid rubbubiyyah bermaksud meyakini keesaan Allah sebagai al-Rabb, satu-satu Tuhan Yang Mencipta, Menyempurnakan, Memberi aturan dan petunjuk kepada seluruh alam dan manusia sebagai khalifah-Nya di bumi. Tauhid uluhiyyah pula bermaksud meyakini keesaan Allah sebagai al-Ma’bud, satu-satunya Tuhan Yang Disembah oleh manusia selaku ‘abdu’Llah (hamba Allah). 

Faham tauhid dalam kedua-dua dimensi tersebut membawa implikasi bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan tumpuan rasa hormat, syukur, cinta, takut, setia, pengabdian, kebaktian, asal (dari mana manusia datang) dan kesudahan (ke mana ia akan pulang). Selain sebagai satu-satunya tumpuan, Allah juga adalah satu-satunya sumber nilai, aturan, petunjuk dan ilmu. 

Ungkapan kalimat syahadat (la ilaha illa ‘Llah: tiada tuhan melainkan Allah) adalah merupakan deklarasi pembebasan manusia dari segala bentuk pengabdian sesame makhluk. Di samping itu ia juga merupakan deklarasi komitmen manusia untuk melaksanakan kehendak-kehendak Allah baik dalam hubungan vertical (hubungannya dengan Tuhan) mahupun dalam hubungan horizontal (hubungannya dengan sesame manusia dan alam). Bagi manusia Muslim, segala perintah dan kehendak Tuhan itu menjadi nilai-nilai hidupnya yang kudus dan abadi. 

Tauhid pada hakikatnya bukan sekadar suatu faham atau idea yang hanya bersifat konseptual. Sebenarnya ia adalah suatu kaedah integrasi (pemaduan) yang sebaik-baiknya. Penghayatan tauhid dapat menghasilkan kesepaduan peribadi manusia (integrated personality). Keperibadian yang sepadu ialah keperibadian yang dicirikan oleh keserasian yang harmonis di antara pemikiran, perasaan, cita rasa dan perlakuan. Tidak ada konflik atau percanggahan di antara pemikiran dengan perlakuan, di antara cita rasa dengan pemikiran atau seumpamanya. 

Keperibadian yang mengalami percanggahan-percanggahan adalah keperibadian yang pecah (split personality) dan ia bukan keperibadian yang dicerna oleh tauhid. Demikianlah manusia tauhidik selamanya dalam kesepaduan yang menepati semangat ayat “sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku (seluruhnya) semata-mata kerana Allah, Tuhan sarwa alam”. Manusia tauhidik memang tidak mengenal dualisme seperti beribadat kerana Allah, tetapi bekerja kerana yang lain. 

Sebagai kaedah integrasi, tauhid juga dapat membawa kesatuan umat manusia. Dilihat dari perspektif tauhid, manusia dari segala bangsa dan warna adalah warga keluarga besar anak-cucu Adam a.s., dan semuanya adalah hamba dan makhluk Tuhan Yang Maha Esa. Lebih daripada itu tauhid juga membawa semangat kekeluargaan dan keharmonian di kalangan segala jenis makhluk warga alam, termasuk manusia dan persekitarannya. 

Tidak kurang pentingnya ialah tauhid sebagai kaedah integrasi ilmu. Kesepaduan ini adalah berasaskan hakikat bahawa satu-satunya sumber ilmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, dan semua cabang ilmu adalah bermatlamat untuk pengabdian kepada-Nya. 

Demikianlah worldview Islam tentang Tuhan. Usaha pendakwahan dan pendidikan Islam di mana-mana umumnya sangat menekankan pembentukan worldview. Ini dilakukan menerusi tradisi pengajian agama yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu terutama usuluddin, tasawwuf, tafsir dan hadith. Dalam konteks masyarakat kita, manuskrip Melayu tertua (abad 16M), al-’Aqa’id al-Nasafiyyah adalah sebuah kitab yang kandungannya tidak lain dari worldview tauhidik.


Sumber : http://drsiddiqfadzil.blogspot.com/

Wednesday, September 2, 2009

PKPIM BAKAL MENGANJURKAN MAJLIS IFTAR MAHABBAH 2009 (MIFTAH '09)

^_^ lina mursyidah hamzah at 4:53 PM 2 pandangan dari kamu


Kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia akan sekali lagi diraikan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh oleh seluruh umat. Di peringkat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), kehadiran bulan Ramadhan tahun 1430H ini sekali lagi tepat dengan suasana dan keadaan semasa. Kesempatan untuk berpesta ibadah, untuk melakukan muhasabah, membersihkan jiwa serta mendidik diri perlu dimanfaatkan oleh seluruh ahli PKPIM yang baru sahaja selesai melaksanakan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) yang ke-48.

Sebagai sebuah gerakan pelajar Islam peringkat kebangsaan, PKPIM sekali lagi akan mengadakan program tradisinya dalam bulan Ramadhan yakni Majlis Iftar Mahabbah (MIFTAH) dengan tema “Sentuhan Kasih Ramadhan Pertaut Hati Umat”. Peluang untuk bersama-sama meraikan bulan Ramadhan, mengukuhkan ukhuwwah sebagai elemen penting dalam gerakan ini, serta bersama-sama melaksanakan ibadah secara berjemaah adalah kesempatan yang perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Selain daripada itu, peluang untuk melakukan pendidikan dan pembaikan diri sempena bulan Ramadhan ini juga tidak harus dilepaskan.

Justeru, bagi sambutan MIFTAH 1430H ini, PKPIM mengambil kesempatan yang sangat baik ini bagi mengeratkan lagi ukhuwwah, serta memperkukuh kesatuan hati, fikir dan tindakan para ahli. Di samping ibadah-ibadah khusus yang biasa dilakukan dalam bulan Ramadhan, MIFTAH 1430H ini juga akan memberikan penekanan kepada pengisian-pengisian yang fundamental dan penting tentang hal-hal gerakan (harakiyyah) dan da’wah. Selain itu, PKPIM mengambil inisiatif untuk membincangkan isu perundangan Islam yang menjadi topik perbualan hangat hari ini agar seluruh mahasiswa mendapat kefahaman yang jelas tentang isu yang berlegar di sekeliling kita.





TENTATIF MIFTAH '09

Jumaat, 14 Ramadhan 1430H

3.00 petang: Pendaftaran

4.30 petang: Solat Asar
Bacaan Wirid Al-Ma’thurat
Majlis Pembukaan & Ucapan Aluan
Oleh:
Sdr. Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad
-Timbalan Presiden PKPIM 2009/2010

6.30 petang: Urus diri

7.20 petang: Berbuka Puasa
Solat Maghrib
Makan Malam

8.30 malam: Solat Isya’
Solat Sunat Tarawikh

10.00 malam: Minum Malam
Tadarus Al-Quran

11.30 malam: Tidur


Sabtu, 15 Ramadhan 1430H

4.30 pagi: Qiyamullail

5.00 pagi: Sahur

5.50 pagi: Solat Subuh
Bacaan Wirid Al-Ma’thurat
Kuliah Subuh:
“Selamat Datang Ramadhan”
Oleh:
Sdr. Fadzril Bin Salleh
- Exco Dakwah & Tarbiah 2009/2010

7.15 pagi: Urus Diri
Solat Dhuha

8.30 pagi: Pengisian MIFTAH 1:
“Jatidiri Penda’wah dan Gerakan Da’wah”
Oleh:
Prof. Sidek Baba - Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

9.45 pagi: Rehat

10.00 pagi: Pengisian MIFTAH 4:
“Perundangan Islam dan Peranan Mahasiswa Masa Kini”
Oleh:
Prof. Aziz Bari
Pensyarah Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


11.15 pagi: Rehat

11.30 pagi: Pengisian MIFTAH 3:
“Ramadhan dan Misi Ketaqwaan”
Oleh:
Ustaz Muhadir Bin Joll
-Pensyarah Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya

12.30 t/hari: Rehat

12.45 petang: Tadarus Al-Qur’an

1.20 petang: Solat Zohor

2.00 petang: Pengisian MIFTAH 2:
“Gagasan Ta’dib Islami Dalam Gerakan Da’wah”
Oleh:
Dr. Mohd Farid Mohd Shahran - Mantan Timbalan Presiden ABIM 2008/2009

3.00 petang: Rehat


3.15 petang: Bengkel Penyelarasan Silibus Usrah Kampus & BGN

4.30 petang: Solat Asar
Bacaan Wirid Al-Ma’thurat
Tadarus Al-Qur’an

6.00 petang: Rehat dan Urus Diri

7.20 petang: Berbuka Puasa
Solat Maghrib
Makan Malam

8.30 malam: Solat Isya’
Solat Sunat Tarawikh

10.00 malam: Minum Malam
Tadarus Al-Quran
Tidur

Ahad, 16 Ramadhan 1430H

4.30 pagi: Qiyamullail

5.00 pagi: Sahur

5.50 pagi: Solat Subuh
Bacaan Wirid Al-Ma’thurat
Kuliah Subuh:
“Ramadhan: Medan Muhasabah dan Latihan Aktivis Gerakan”
Oleh:
Sdr. Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad
- Timbalan Presiden PKPIM 2009/2010

7.15 pagi: Urus Diri

9.00 pagi: Majlis Menghadam Ucapan Dasar Presiden PKPIM 2008/2009

10.30 pagi: Majlis Penutupan (Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz)
-Presiden PKPIM 2009/2010

Bersurai

Monday, August 31, 2009

beruntunglah bagi mereka yang asing

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:36 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
by : ustaz hasrizal abdul jamil

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT:

“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]

Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]

Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,

“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Tooba lil Ghurabaa’!

Firman Allah SWT:

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]

Allah SWT juga menyebut:

”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)”
[Yusuf 12: 103]

Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”
[al-Maa’idah 5: 49]

Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran:

“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur”
[Yusuf 12: 38]

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.

Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

sumber-> http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1893

Saturday, August 29, 2009

ibu para pahlawan

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:00 PM 0 pandangan dari kamu

Photobucket

Sabda Sallallahu alaihi wa Sallam: ” Wahai Ummu Saad, terimalah khabar gembira dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, bahawa orang-orang yang terbunuh di antara mereka saling berteman di dalam syurga, semuanya dan mereka diberi syafaat untuk keluarganya” 


Ibu Para Pahlawan 

Inilah dia, Kabsyah bintu Rafi’ bin Muawiyah bin Ubaid bin Al-Abjar Al-Ansyariyah Al-Khudriyah. (Thabaqat Ibn Saad, 8/37; Al-Isti’ab, 4/383; Usdul Ghabah [7230]; Al-Istibshar,hal. 129) 
Beliaulah ibu yang Arasy Ar-Rahman pun bergoncang kerana kematian anak-anaknya. Beliaulah ibu yang memutuskan perkara dengan hukum Allah dari atas langit ketujuh. Anak beliau ialah penjaga Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ketika Perang Badar, yang juga pemegang panji dari golongan Ansar, serta salah seorang ahli majlis syura Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ketika itu. Anak beliau adalah As-siddiq kedua setelah Abu Bakar Radiallahu Anhu. Anak beliau jugalah wakil Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam di saat Perang Buwath. Kelebihan ini turut diakui oleh Ibn Saad dengan berkata: “ Orang yang pertama berbaiat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ialah Ummu Saad, Kabsyah bintu Rafi’ bin Ubaid, Ummu Amir bintu Yazid bin As-Sakan serta Hawa’ bintu Yazid bin As-Sakan.” 

Peniup Semangat Jihad Anak-anaknya

Di dalam Perang Badar, beliau meniupkan semangat kepada kedua anak beliau, Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz Radiallahu Anhuma, agar berangkat dan berjihad kerana Allah dengan sebenar-benar jihad. Di dalam Perang Uhud, Ummu Saad turut terlibat secara langsung bersama beberapa wanita Muslimah lainnya. Berita kekalahan tentera kaum Muslimin dan gugur syahidnya anak beliau, Amru bin Muadz sampai ke pengetahuan beliau. Namun, berita-berita tersebut ternyata kurang penting bagi ibu ini berbanding keselamatan baginda nabi. Beliau lantas bersegera ke medan peperangan dan melihat dengan mata kepala sendiri keadaan dan keselamatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Saat itu juga, beliau memanjatkan puji dan syukur kepada Allah seraya berkata: ”Selagi aku melihat engkau dalam keadaan yang selamat, maka musibah ini (kematian Amru bin Muadz) adalah terasa sangat ringan” .

Di saat Perang Khandaq meletus, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam mengarahkan para wanita muslimat dan kanak-kanak yang turut serta untuk berlindung di dalam benteng Bani Haritsah yang telah siap dibina. Turut sama di kalangan mereka ialah Aisyah Ummul Mukminin Radiallahu Anha dan Ummu Saad. Aisyah menuturkan bahawa Saad bin Muadz berlalu untuk menyertai pasukan perang dengan mengenakan baju besi yang pendek, sehingga seluruh tangannya terdedah. Ummu Saad menasihatkan anaknya agar bersegera supaya tidak ketinggalan walau sesaat pun tanpa bersama-sama Rasulullah. Beliaulah yang tidak henti-henti menasihati dan meniupkan semangat jihad di dalam dada anak-anaknya. Beliau berkata: ”Wahai anakku, cepatlah berangkat kerana demi Allah, engkau sudah terlambat!” 

Di dalam peperangan tersebut, Saad terkena anak panah lemparan Hibban Al-Urqah yang memutuskan urat di dekat mata kakinya. Saat itu, Saad sempat berdoa kepada Allah dengan doanya yang sangat masyur, ” Ya Allah, jika Engkau masih menyisakan peperangan melawan Quraisy, maka berikanlah aku sisa umur untuk aku menyertainya. Tidak ada kaum yang lebih aku sukai untuk memeranginya kerana Engkau, selain dari kaum yang telah menyakiti Nabi-Mu, mendustakannya dan mengusirnya. Ya Allah, jika Engkau menjadikan peperangan antara kami dengan mereka, maka jadikanlah mati syahid bagiku dan janganlah Engkau uji aku sehingga aku merasakan senang kerana dapat mengalahkan bani Quraizhah” Tenyata Allah mengabulkan doa Saad bin Muadz. Yahudi Bani Quraizhah melanggar perjanjian yang telah dimeterai bersama Baginda Nabi. Keputusan tentang Bani Quraizhah diserahkan kepada Saad bin Muadz. Beliaulah yang memutuskan agar kaum lelaki Bani Quraizhah dibunuh, manakala kaum wanita dan kanak-kanaknya dijadikan tawanan. Sebaik saja urusan Bani Quraizhah diselesaikan, luka di kaki Saad semakin parah dan akhirnya beliau meninggal dunia. Sekali lagi, Ummu Saad diuji dengan kehilangan anak beliau. Jasad Saad diusung dan dikebumikan di Baqi’. Kesedihan Ummu Saad terpancar jelas di wajahnya. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam menghibur beliau dengan bersabda, ” Adakah air matamu tidak dapat dibendung dan apakah kesedihanmu tidak dapat dihilangkan? Sesungguhnya anakmu adalah orang pertama, Allah tersenyum kepadanya dan Arasy bergoncang kerana kematiannya“ (Siar Alamin-Nubala’, 1/293: Thabaqat Ibn Saad, 3/434; Majma’ Az-Zawa’id, 9/309) 

Hatinya lantas gembira dengan perkhabaran Baginda. Beliau hanya mengharapkan pahala kebaikan di sisi Allah dan RasulNya di atas kematian kedua-dua anaknya sebagai syuhada’, apatahlagi setelah mengetahui ketinggian martabat seorang syahid. Beliau mendahulukan kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala sesuatu yang di mata manusia lainnya sangat berharga, termasuklah harta dan anak-anak. Di atas sifatnya inilah, maka beliau layak mendapatkan khabar gembira daripada Allah dan RasulNya sebagai penghuni syurga. 

 

Baginya Jaminan Syurga

Ummu Saad menerima khabar gembira sebagai penghuni syurga secara langsung dari Rasulullah sewaktu berakhirnya Perang Uhud. 
(Al-Maghazy, 2/315-316; As-sirah Al-Halabiyah, 2/545-546). 
Saat Baginda Nabi mengetahui gugurnya Amru bin Muadz selain sebelas orang lagi syuhada’ medan uhud, Baginda lantas bersabda, ” Wahai Ummu Saad, terimalah khabar gembira dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, bahawa orang-orang yang terbunuh di antara mereka saling berteman di dalam syurga, semuanya dan mereka diberi syafaat untuk keluarganya”.
Baginda turut mendoakan Ummu Saad dengan doa yang istimewa, ” Ya Allah, singkirkan kesedihan hati mereka, ringankanlah musibah mereka dan berilah pengganti yang baik bagi orang-orang yang mereka tinggalkan”. 
Dari Anas bin Malik Radiallahu Anha, beliau berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda, ”Barangsiapa yang sabar dan ikhlas mencari pahala kerana kematian tiga anaknya, maka dia akan masuk syurga” Ada seorang wanita yang berdiri seraya berkata, ” Bagaimana dengan dua orang anak?” Baginda kemudiannya menjawab, ”Begitu pula dua orang anak” [HR Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasaei dan Ahmad]. 

Semoga keikhlasan dan kesabaran beliau dalam mendidik anak-anaknya sehingga menjadi pendamping utama Rasulullah di medan dakwah dan jihad menjadi teladan yang layak untuk dicontohi oleh ibu kaum muslimin hari ini. Wallahu'alam.


sumber->http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1887

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea