^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Friday, January 30, 2009

satu lagi contoh pejuang buat muslimat

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:01 AM
Photobucket
Siapakah yang tidak kenal dengan khalifah Umar bin Abdul Aziz? Beliau adalah cicit dari Sayidina Umar Al Khattab menjadi khalifah Bani Umayyah yang ke-lapan dan mujaddid kurun pertama dan lebih dikenali dengan sebutan ‘Umar kedua’.

Tokoh politik yang berjiwa sufi dan tangkas dalam mengendalikan urusan negara. Terkenal dengan kepimpinannya yang adil lagi amanah. Dan di sisinya ada seorang yang dapat menjadi pendorong dan memahami tugas-tugasnya yang berat dan dapat memberikan inspirasi bagi membantu perjuangannya. Itulah Fatimah isteri beliau, cucu khalifah Abdul Malik yang kaya-raya.

Pengorbanan Fatimah dalam perjuangan Islam waktu itu begitu besar. Dia rela mengorbankan semua harta yang dimilikinya untuk diserahkan ke jalan Allah. Dengan begitu ia akan lebih memudahkan dirinya untuk lebih dekat dengan Allah, mendapatkan cinta dan redha dari Allah SWT. Fatimah juga memainkan peranan penting dan besar dalam membantu perjuangan suaminya. Sebagai isteri dia sanggup berkorban apa saja demi melayani, mentaati dan mendorong suaminya untuk menegakkan keadilan. Bukan hanya harta yang dikeluarkannya tetapi juga tenaga, fikiran, waktu, kesenangan hingga berkorban jiwa dan perasaan.

Semuanya diserahkan untuk Allah dan suaminya. Seorang yang ingin berjuang maka dia harus sanggup berkorban. Pernah suatu hari khalifah Umar berkata kepadanya,
“Wahai isteriku Fatimah. Aku kini telah diangkat dan diamanahkan untuk menguruskan umat Muhammad. Tanggung jawabku terhadap rakyat semakin hari semakin besar dan kerana itulah aku tidak dapat memberikan sepenuh waktuku untuk bersamamu dan anak-anak. Aku takut aku tidak dapat menunaikan tanggung jawabku terhadap keluarga dan memberikan hak suami terhadap isterinya. Oleh itu pilihlah ingin terus bersamaku dalam keadaan susah atau izinkan aku berpisah denganmu agar engkau dapat bebas dan tidak terikat serta mendapat kesenangan.”

Dan jawapan yang diberikan oleh Fatimah bukan atas dasar dorongan nafsu tapi kerana ketaqwaan dan keimanan yang tinggi kepada Allah.
“Suamiku yang dikasihi. Aku lebih rela untuk tetap bersamamu walau dalam keadaan apapun. Asalkan kita dapat terus bersama meneruskan perjuangan agung yang sedang engkau jalani ini.”

Ketaatan yang kuat terhadap suami dan kecintaannya yang besar terhadap Islam yang menjadi pendorong kuat untuk Fatimah berjuang dan berkorban. Jawatan suami baginya bukan segala-galanya. Malah tidak mengambil sebagai peluang untuk memperkaya diri seperti yang biasanya berlaku hari ini, tapi bahkan dia korbankan segalanya demi mendokong amanah Tuhan yang diletakkan di atas bahu suaminya.

0 pandangan dari kamu:

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea