^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Sunday, March 8, 2009

5 nilai penting yang...

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:31 PM
Photobucket
"Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."(al-anbiya':107)

Rasulullah diutuskan utk menjadi pemberi rahmat kepada semesta alam. setelah baginda wafat, seharusnya kita yang masih hidup wajib menyambung risalah 'rahmatan lil'alamin' yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw.5 nilai penting dapat digariskan untuk mencapai misi rahmatan lil'alamin seperti ayat di atas. menurut en Azam dalam slot ceramah DAKWAH:MENGAKAR DAN MERIMBUN pada KURSUS LATIHAN PRAKTIKAL DAKWAH baru2 ni di masjid As-Syakirin KLCC,5 nilai penting yang harus ada di dalam diri setiap daie untuk mencapai misi rahmatan lil'alamin ialah:

- nilai intelektualisme
pembudayaan ilmu sgt penting dlm diri setiap insan. wahyu pertama yg Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah 'IQRA'. Allah tidak menjadikan politik,kerohanian,teknologi sebagai seruan pertama untuk kaum Muhammad SAW tapi Allah menekankan ILMU. Kepentingan ilmu tidak sama sekali dpt disangkal kerana dari ilmu lah kita bisa memahami apa itu politik,apa itu kerohanian apa itu agama dan apa itu teknologi.

-nilai spiritualisme
hubungan dengan Allah amat penting untuk dijaga. Ungkapan 'hablu minallah hablu minannas' sering kali menjadi ungkapan yang bermain di bibir2 mujahid dan mujahidah Islam. namun sejauh mana kah kita memahami 'peribahasa' itu? tepuk dada, tanya la iman..

-nilai aktivisme
mencipta ruang yang tiada kepada ada. tidak dinafikan amat susah untuk memulakan sesuatu perkara yang sepatutnya ada dalam masyarakat kita. analogi yang sy dpt untuk menentukan samada sesebuah masyarakat itu 'sihat' atau tidak adalah tgk pada masjid di kawasan itu. jika masjidnya sentiasa penuh 5 waktu solat, mmg diakui masyakat di kawasan itu pasti 'sihat'. hakikatnya di malaysia kita boleh tgk dan kira brp masjid je yang 'menyihatkan' sesebuah masyarakat di kawasannya.

-nilai ummatisme
nilai ini yang akan menampakkan kita sebagai org yang jenis 'ummah centric'. keprihatinan terhadap isu ummat tanpa mengira siapa yang memulakan isu itu dulu sangat perlu dititik beratkan. melihat dulu persatuan mana yang menimbulkan isu dan ingin membuat agenda ummat tak sepatutnya dijadikan kayu ukur untuk sama2 bersatu dlm menangani masalah ummat. bila dikatakan isu ummat, haruslah kita sama2 berganding bahu untuk sama2 turun. perkara yang baik kita sokong,perkara yang mungkar kita tegur dan cuba betulkan.

-memahami konsep globalisme
ummat islam bukan hanya di MALAYSIA. kita harus sedar bahawa kita juga ada peranan di peringkat global. mmg benar, kes dalam malaysia pun tak selesai lagi ni kan pula nak sibuk2 tlg negara org.persoalannya di sini, apakah kita harus berdiam diri melihat isu2 yang menlanda dunia? isu yang berkaitan dgn agama,penindasan saudara2 kita dan isu ekonomi misalnya yang sgt memberi pengaruh yang besar dlm hidup kita. kita boleh butakan mata dan pekakkan telinga namun smpai bila kita boleh tahan untuk terus mencipta hijab antara kita dengan dunia luar? fikir2kan lah..



0 pandangan dari kamu:

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea