^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Wednesday, March 25, 2009

uzlah qiyadah PKPIM-GAMIS-KARISMA-TERAS

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:42 AM
Photobucket
usai menjawab quiz subjek guidance and counseling and planning program and evaluation, aku bergegas ke masjid abu bakar di bangsar untuk menghadiri uzlah mahabbah qiyadah PKPIM-GAMIS-KARISMA-TERAS. tazkirah yang diberikan oleh presiden gamis tidak dpt ku ikuti kerana ketika itu masih lagi berada di uia.

alhamdulillah, Allah memberi aku peluang utk mengikuti kuliah dari DR.FARID SHAHRAN(DFS) dari awal hingga akhir. terlalu banyak yang aku perolehi, ingin sekali aku berkongsi di sini beberapa mutiara ilmu yang sempat ku tangkap dan ku simpan dlm kotak ingatanku.

Peranan ilmu dalam konteks untuk melakukan perubahan antara isi penting yang tersemat di ingatanku. Proses pengislahan dari keadaan yang buruk kepada baik dan dari keadaan baik kepada yang lebih baik memerlukan ilmu yang harus diserap di dalam pemikiran untuk dijadikan ideologi bagi melestarikan 2 tanggungjawab sebagai khalifah, iaitu ta'muru na bil ma'ruf wa tanhauna 'anil munkar.

mengimbau kembali asbab turunnya Rasul kepada ummat manusia adalah untuk membetulkan qidah, jiwa dan pemikiran manusia. pemikiran merupakan aspek yg penting dalam pembentukan jiwa manusia. boleh di rujuk pada entri ini. dari ilmu la akan lahir pemikiran, pembentukan jiwa dan pemahaman aqidah manusia.

DFS juga ada menyebut mengenai proses pembinaan generasi berdasarkan buku yang menjadi pilihanku di kanan blog ini. Salahudin Al-Ayubi dibentuk dan dilahirkan dari tokoh2 terdahulu seperti Al-Ghazali ,Abd Qadir Al-Jailani, Nurudin Az-Zinki. Pembentukan generasi seperti Salahudin Al-Ayubi, memakan masa yang panjang sesuai dengan proses2nya yang teliti dan teratur di mana konsep memberi perhatian kepada individu yang diamalkan oleh Al-Ghazali memberi impak yang besar kepada dunia Islam ketika zaman kegemilangan apabila Al-Quds berjaya di tawan oleh generasi Salahudin. Rasulullah saw sendiri pun menggunakan konsep mendekati individu kerana dari individu lah akan lahirnya beberapa kelompok individu yang dipanggil masyarakat. Penguasaan dari segi psikologi amat penting dalam memastikan agenda pembentukan generasi ini dpt dicapai. Dr. Majid Irsan Kailani menukil di dalam bukunya 'kEbangkitan Generasi Salehudin dan kembalinya jerusalem ke pangkuan Islam' .."jika mahu melakukan perubahan, ia haruslah bermula dengan pemikiran" jelas sekali bahawa peranan ilmu sangat penting di dalam semua aspek dalam kehidupan. Dari pembacaan, perbincangan, akan melahirkan dan mengembangkan pemikiran seseorang.

itulah antara intipati yang kuperoleh di dalam kuliah td. usai kuliah, sesi taaruf di jalankan..mungkin kerana agak gugup berada di kalangan saf pimpinan yang hebat2..membuatkan diri ini ter'malu' seketika..tak biasa sgt bercakap kat depan org ramai..insyaAllah, sem 1 akan dtg ni aku telah pun mendaftarkan diri utk kelas PUBLIC SPEAKING subjek ccac skill di uia..nak dekat tahun 2 dah aku upenye..dan malam ni aku epi sgt sbb akhirnya dpt juga aku jumpa kak nurul shuhada sbb aku mmg peminat setia blog dy..hehe..

MOGA UKHWAH YANG TERJALIN PADA MALAM INI AKAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIRNYA..KITA MEMPUNYAI MATLAMAT YANG SAMA MERUPAKAN TITIK KESATUAN KITA SEMUA..

wallahu'alam

nota kaki: lagi ulasan dr presiden pkpim di cni..

0 pandangan dari kamu:

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea