^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Tuesday, April 21, 2009

Kekuatan ilmu berlandas hikmah asas peradaban insan sejagat

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:06 AM

Photobucket

AL-QURAN memberikan landasan bahawa diutuskan Rasul bagi membawa rahmat bagi seluruh alam. Konteks rahmah alamiah ini menjadi asas penting bagi tasawwur Islami atau “world-view” Islam.


Islam bukanlah agama ras atau bangsa yang berkembang dalam skop budaya terbatas. Nilai Islam yang ditertibkan oleh faktor syarak sifatnya merentasi budaya dan daerah geografi. 

Tamadun Islam pada masa lalu menjadi tunjangan kepada tamadun Eropah dan akhirnya tamadun dunia. Ilmu yang berkembang dalam zaman gemilangnya menjadi suluh peradaban yang amat membanggakan. 

Oleh itu Risalah Kenabian atau Nubuwwah membawa maksud Islam bukanlah agama khusus untuk bangsa Arab saja, tetapi landasan perkembangannya di bumi Arab memberi kesan alamiah yang luar biasa. 

Islam sebagai sifatnya agama dakwah tidak terbina dalam keadaan statik. Hasil dukungan dai’, murabbi dan ilmuwan, ia berkembang ke seluruh pelusuk dunia dengan menampilkan risalah yang sama, iaitu membawa manusia kembali kepada hidup yang fitrah.

Tersebarnya Islam ke seluruh dunia bersebab dari faktor alamiah yang juga Allah. Rahmah dalam erti kata konsep wehdah atau kesatuan adalah tunjang kepada perkembangan agama tauhid ini. Lahirnya bangsa yang pelbagai adalah suatu fitrah dan diiktiraf oleh Allah (Al Hujurat: 13). Tetapi Allah memberikan asas bagi berlakunya kesalingan (litaarrafu) yang sifatnya merentasi kaum dan budaya. Allah mengekalkan faktor ras bagi sesuatu bangsa tetapi dalam masa yang sama Allah memberi rahmah kesejagatan dengan menghubungkan faktor ras ditindikkan dengan faktor ummah.

Contohnya, ada beza konsep bangsa Melayu dengan umat Melayu. Pendewasaan bangsa Melayu tanpa dukungan agama tidak menjadikannya memiliki rahmah alamiah, tetapi menghubungkan rahmah alamiah dalam pengertian ummah kepada bangsa Melayu memberikan asas tamadun yang sifatnya sejagat. Hal yang sama juga boleh berlaku kepada bangsa lain yang apabila dihubungkan dengan faktor alamiah ini menjadikannya sebahagian daripada konsep ummah yang satu. 

Umat Arab, Turki, Amerika Syarikat, Cina, India dan lainnya memberikan konotasi atau makna bahawa kewujudan sesuatu bangsa itu adalah sesuatu yang fitrah. Apabila sesuatu bangsa itu menghubungkan dirinya dengan konsep yang ummatik, bangsa itu bakal dewasa dalam pembentukan tasawwur yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sumbernya, Rasulullah sebagai qudwahnya, faktor syarak sebagai jalan ikutannya. Meskipun, ada kelainan dalam faktor fiqh menangani faktor setempat namun konsep wehdah menjadikan bangsa yang ada berkembang dalam wilayah pengaruh masing-masing dan memiliki faktor alamiah yang nyata. Sifat kesejagatan inilah yang akhirnya melahirkan tamadun Islam yang mampu bertahan lebih 700 tahun dalam lingkungan ‘ummatan wasata’ atau umat terbaik (khaira ummah).

Satu aspek yang sangat menarik dalam memahami rahmah alamiah ialah menerusi perkembangan ilmu. Ilmu dalam tradisi Islam sifatnya sepadu dan memiliki faktor pemersatu (wehdah). Ilmu yang berasaskan faktor rabbani (ilmu wahyu) menjadi sumber penting dalam pembentukan akidah, sahsiah dan ibadat, di samping mentatacarakan kehidupan manusia atas dukungan syariah dan fiqh. Ia menjadi jalan pembentukan nilai yang amat diperlukan oleh manusia. 

Tanpa nilai, manusia kehilangan ukur tara untuk membezakan yang baik dengan buruk, makruf dengan mungkar, adil dengan zalim, jujur dengan dusta, ikhlas dengan munafik, amanah dengan curang dan sebagainya.

Allah menggariskan nilai itu, sebagai asas memahami diri, kehidupan dan hubungan kehidupan dengan persekitaran. 

Pada masa sama, Allah memberikan manusia akal membolehkannya berfikir,

tahu akan sesuatu dan menerima maklumat berguna sebagai faktor pengukuh dan alat mengembangkan ilmu rabbani. 

Ilmuwan silam dalam tradisi Islam cuba melakukan integrasi di antara kedua-duanya hingga melahirkan hikmah (wisdom) yang luar biasa sifatnya sehingga perkembangan ilmu tidak hanya terbatas dalam bidang usuluddin dan syariah. Malah, nilai rabbaniah ditautkan dengan disiplin perubatan, sains, teknologi, falsafah, seni bina dan astronomi tanpa menghilangkan dimensi menegak dengan Allah (hablummina’llah) dan dimensi merentas dengan manusia (hablum minannas). 

Hari ini, perkembangan ilmu sudah jauh terpisah dengan hikmah. Ilmu dijadikan alat dan sekali gus matlamat semata-mata untuk faktor duniawi seperti sumber membangunkan kekuatan ekonomi, teknologi, ketenteraan dan kebudayaan. Ini supaya sesuatu kuasa dapat memaksakan visi dan misi globalisasinya ke atas kuasa lain tanpa mengambil kira tertib hak asasi dan nilai kemanusiaan. 

Pertimbangan ekonomi lebih banyak menumpu kepada perspektif pertumbuhan yang menafikan pembabitan adil dan seimbang dari kuasa yang lebih kecil. Pertimbangan teknologi pula dalam banyak hal mengekalkan keupayaan kuasa lain hanya dalam batas pengguna yang setia. Pertimbangan ketenteraan hanya membawa kuasa lain tunduk dengan kehebatan peralatan canggih yang mampu mereka hasilkan dan menafikan perkembangan teknologi ketenteraan kuasa lain. Pertimbangan kebudayaan yang sifatnya popular untuk menimbulkan minat konsumerisme-hedonistik (keseronokan) yang membantu mempercepatkan keruntuhan akhlak dan adab insan. 

Situasi yang menggerhanakan martabat dan peradaban insan ini memerlukan jalan kembali supaya faktor globalisasi atau pensejagatan kembali kepada fitrah dirinya, iaitu maju dan berubah atas landasan mengukuhkan nilai murni, adab dan tamadun yang meletakkan insan sentiasa dalam lingkungan rahmah. 

Misi rasul sebagai pendukung konsep rahmah alamiah seharusnya menjadi teras membangunkan umat manusia. Ini supaya acuan pembangunan dan perubahan menjadikan faktor pembangunan diri insan yang utama, di samping pembangunan ilmu alat yang amat berguna dalam pengurusan hidup dan sistem. Ilmu Islam yang asalnya sepadu harus mampu memainkan fungsi memperbetulkan tasawwur, pembangunan dan perubahan yang tempang dengan nilai murninya. 

Memurnikan kembali kekuatan ilmu adalah asas membangun semula peradaban insan supaya tidak saja faktor duniawi menjadi gelanggang memimpin insan, malah faktor ukhrawi dijadikan pertimbangan natijah akhirnya insan. Perspektif ini amat penting bagi manusia untuk kembali kepada nilai manusiawi seperti yang digambarkan dalam qudwah rasul dan jejak sunnahnya.

13 pandangan dari kamu:

Peminggir Kota said...

assalamualaikum, saudari lina.
saya gembira saudari menulis tentang ilmu dan peradaban. Tahniah.
sekadar renungan, kiranya SUNGGUH bagi kita merealisasikan pembinaan tamadun berasaskan ilmu, perlu diingat pembangunan kekuatan intelek dan spirit individu perlu dibangunkan terlebih dahulu. hari ini, kebanyakn pendokong gerakan Islam sebenarnya pendokong slogan-slogan yang ideal tapi kelam,berkata-kata tentang apa yg mereka tdk ketahui. mudah mereka menulis tntg ilmu dan peradaban, hakikatnya, mereka langsung tidak mampu berfikir walaupun bagi menjawab soalan yg hanya punya pilihan jawapan 'ya' dan 'tidak'.
saudari Lina,
saya tahu saudari seorang aktivis gerakan Islam. Kiranya benar apa yg saudari cetuskan dlm post ini, saya sarankan usrah-usrah yg saudari jalani perlu di'dekonstruk' semula. pada hemat saya, Usrah bukan bertujuan membina ukhuwah, kerna ukhuwah memang telah sedia terbina dalam kalangan muslim, tapi usrah sebagai 'pengikat' ukhuwah. bezanya ketat atau longgarnya ukhuwah. persoalannya, apa yang mengikat ukhuwah? makan? tidur? qiyam? tidak.. sudah tiba masanya, ilmu menjadi pengikat kpd ukhuwah. ilmu yg benar itu kekal, sedang makan, tidur malah qiyam sekalipun, apabila tiba masa selesai melakukan aktiviti2 tersebut, maka terputuslah pengikatnya. sedang ilmu yg benar lg kekal itu tidak akan selesai usaha menuju ke arahnya, akhirnya mempernampak tajalli yg Maha Perkasa. (tak menafikan peranan makan bersama, tidur bersama, main bersama qiyam bersama: perkara2 ini boleh kita kategorikan sbg syarat sah, tapi ilmu dan perjalanan ke arahnya itu merupakan rukun- tiada kompromi)
Sudah tiba masa kita berubah. Reformasi besar2an perlu kita lakukan. Islah secara menyeluruh, melibatkan perkara yg substancial, bukan lagi superficial-cosmetic. Kritikal terhadap asas pemikiran sendiri supaya tdk selamanya terperangkap dalam tabiat yg sama; yg kita fikirkan betul tapi hakikatnya tidak. Anda mampu cetuskan ide ini dlm setiap lapangan yg saudari jejaki. Implementasikan budaya ilmu sebenar. buat orang berfikir. Itu sahaja, sekadar renugan.

soalan terakhir sblm berundur;- cuba tanya diri sendiri dan sahabat2 : PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEHINGGA PENAT?

p/s: penat selepas pergi kuliyah: kita berfikir ke dalam kelas? atau otak cuma berperanan sebagai pemproses maklumat ketika itu?

lina mursyidah hamzah said...

to peminggir kota: terlebih dahulu lina nk gtau artikel ni bukan lina punya..tp lina simpan dlm word..mmg lina jenis suka kumpul artikel..n artikel asal ni tak tahu kat mana..
tp lina jenis suka share ap yg lina ade..sbb tu lina publish artikel ni..hurm..mekasih atas cadangan2 n komen peminggir kota..
cuma persoalan yg nak diutarakan kembali pd awk, islah secara meneyluruh tu..mksud dy mcm mn ye?
sy mungkin tidak se'intelek' awk..
usrah2 yg perlu di'konstruk' tu nk contruct tang mana ek? hrp saudara leh bg jwpn..
wallahu'alam

Peminggir Kota said...

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEHINGGA PENAT?

dekonstuk atau pembinaan semula - kerangka dn pelaksanaan usrah mengikut manhaj para ulama 'amilin.
#naqib dan naqibah sebagai PEMUDAH CARA bagi ahli usrah MENCAPAI sumber authentic (berwibawa.
#Pembangunan motivasi diri untuk semangat CINTAKAN ILMU wajib disemai.
#hentikan perbincangan kosong tanpa fakta dan bukti ataupun paling kurang setiap perbincangan mesti ada asasnya, bukan sekadar pandangan peribadi yg simplistik.
wallahu ta'ala a'lam

lina mursyidah hamzah said...

>pemingir kota: cdagn yg agak bagus..mekasih ye..kalau la sy berpeluang ikut usrah yg dikendalikan oleh peminggir kota..

ilham nur said...

Menyibuk sebentar, hehe.

Mencari sisi baru usrah memang perlukan keberanian untuk menongkah arus daripada kebiasaannya.

Usrah yang baik, apakah penanda arasnya?

Dan persoalan asasi usrah itu sendiri, apakah usrah itu?

p/s: hehe, dah lama tak "join" usrah.

lina mursyidah hamzah said...

asas segala seswatu adlh ilmu bertepatan dgn firmah Allah yg petama diturunkan 'IQRA' ..
dari 'iqra' akan lahir pemikiran2 yang dipandu 'iqra' yang telah dibuat..
apakah itu intelektual? mcm mn baru dikatakan org itu digelar intelektual?
dgn jutaan ilmu yang pelbagai..knp Allah jadikan kepelbagaian dlm setiap perkara..ilmu..pun pelbagai..kerana manusia itu pelbagai..pendekatan yang digunakan juga perlu dinamik..

apa yg betul2 dimaksudkan dgn ilmu?
kepada PEMINGGIR KOTA: apakah itu budaya ilmu yg sebenar? anggap la sy ni insan yg sedang blaja..mcm mn cara pelaksaan usrah manhaj 'amilin? kalo tak kesah, leh emelkan kat lina_mursyidah@yahoo.com.my...seperti anda kenal benar sape sy...

to nur ilham: mencari sisi baru usrah..idea yg bagus..nk lakukan pembaharuan mesti la kena berani..dan idea biar realistik..bukan retorik..

Peminggir Kota said...

salam, wah.. menarik. banyak komen! polemik tercetus! baru betul diskusi mahasiswa!
ni yg buat saya tergerak nak menulis tentang 'usrah' , 'intelektualisme', 'ilmu' - secara mencapah..namun, ambil masa untuk buat rujukan.
saya jawab secara ringkas persoalan2 yg ditimbulkan.
secara harfi (literal)

intelek- daya fikir (kuasa utk berfikir), org yg berfikirintelektual - cendiakawan, golongan terpelajar/cerdik pandai

bakal kita kupas lanjut pd kesempatan akan dtg. mgkin melalui emel peribadi

AMARAN : BACA BETUL-BETUL DAN SECARA VERBATIM (BACA BARIS DEMI BARIS, AYAT DEMI AYAT, PERKATAAN DEMI PERKATAAN) SUPAYA TAK BERLAKU SALAH FAHAM ATAU SILAP FAHAM.

..... budaya ilmu sepatutnya tak jadi slogan; seperti yg dilakukan oleh pertubuhan2 tertentu hari ini.
budaya ilmu bertitik tolak daripada perasaan "CINTA KEPADA ILMU". melahirkan keghairahan merasai kenikmatan bercinta; seperti org bercinta- sanggup buat apa saja utk yg TERCINTA (tengok drama TV!), maka begitu juga orang yg berbudaya ilmu.

Budaya itu tsaqafah,kultur,culture,adat; walau punya nada serupa, tapi konotasinya berbeza.

sepatutnya indikator(kayu ukur) 'berbudaya ilmu' tdk terletak pada perseorangan/individu. indikator dinilai pada ijtimaei (masyarakat) kerana budaya ilmu adalah asas kepada ketamadunan dan tamadun adalah sebuah konsep yg bersifat plural (banyak).(maksudnya, hidup sorang2 tak boleh bina tamadun) Namun, pembentukan ijtimaei/komni sperti kejujuuniti/masyarakat yg berbudaya ilmu perlu dibina melalui individu kerna individu itu punya kekuatan jiwa (soul), sedang masyarakat tidak.

Cuba kita lihat keadaan budaya ilmu pada zaman Rasulullah, walaupun ramai tak pandai membaca, mereka tetap cinta kepada ilmu, menghafaz ilmu, kasih kpd orang berilmu, asymengamalkan ilmu walau sedikit, mengangkat darjat ilmuwan dalam masyarakat. Abad ke 16 & 17 pada zaman kegemilangan islam menyaksikan pembinaan tamadun berasaskan budaya ilmu. Orang berlumba-lumba belajar ilmu kerana ilmu itu sebagai satu bentuk kemuliaan (tasyrif) kerana kemuliaan ilmu itu sendiri. Cuba renung sikap Nenek moyang kita dulu yg berbudaya ilmu. Cikgu dan para guru disanjung, Ustaz dan para syeikh dijunjung. jadi, budaya ilmu bukan sekadar budaya membaca semata-mata! budaya ilmu juga meliputi pembacaan, analisa, diskusi, suhbah (berdampingan dgn org berilmu), nilai2 murni sprti ketelusan ilmiah, rujukan, kewibawaan ilmu, berkat, nur dan sebagainya.

Menariknya, budaya ilmu dlm Islam sgt menitikberatkan soal ke'shahih'an. sebab itu ada tradisi sanad.

saya akui manusia itu pelbagai. maka pendekatan perlu dinamik. memang betul. tapi, bagi saya pendekatan yg dinamik itu adalah perlu sekiranya kita mula 'menjinak-jinakkan' diri kita atau orang lain atau dlm kata lain mencetuskan KESEDARAN AWAL dalam aktiviti ilmiah termasuk usrah. namun, akhirnya, kita perlu kembali kpd manhaj dan kaedah para ulama;- dengan cara belajar bi talaqqi (bersemuka dgn guru).

mungkin pendapat saya nampak agak konservatif, namun saya tetap bertegas dgn pendirian ini. mesti dgn cara ini pada akhirnya.seperti manusia makan pelbagai jenis makanan. orang Barat makan roti, orang melayu makan nasi, orang latin makan pasta, tapi semua mesti makan menggunakan mulut, makanan yg pelbagai itu melambangkan orang yg pelbagai ragam. tujuan makanan makanan yg pelbagai itu adalah bagi mengenyangkan perut dan memberi tenaga. sama seperti manusia yg pelbagai ragam, tujuannya adalah untuk mencari ilmu;- mesti mengenyangkan perut dengan makanan walau apapun ia dengan menggunakan mulut; mesti dapat ilmu dengan manusia walau apapun ragamnya dengan cara berguru.

Islam menitik beratkan soal shahih dan kewibawaan - shahih dan wibawa (authentic) ini dilihat pada sumbernya dan bagaimana cara memahami sumber tersebut. manhaj ulama amilin ini punya kaedah tertentu dlm ilmu, bukan ikut faham sendiri.

sebab itu, saya bertegas untuk membawa ide baru pelaksanaan usrah kerna usrah bukan ruang menyampaikan ilmu, tetapi ruang memudahkan cara untuk sampai kepada ilmu (ilmu dlm Islam perlu kpd sumber yg benar).

indikator usrah muntijah ialah mampu membawa ahli2nya ke arah cintakan ILMU, kerana dengan cinta ilmu baru dapat cinta Allah, Rasul, ibu ayah.
Insya Allah, kita bicara lanjut pd kesempatan akan datang.

lina mursyidah hamzah said...

penjelasan oleh peminggir kota(PK)memuaskan hati sy..alhamdulillah..selama sy ikut usrah2 yg sy 'ikut', mmg sgt2 menitik beratkan dan sgt2 memberi kesedaran kepentingan ilmu tu sendiri...
teringat nasihat seseorang kpd sy " carilah kebenaran di sebalik setiap ilmu yang kamu pelajari"

tp sy agak tak jelas psl usrah yg PK mksudkan tu..da berkali2 baca pun masih tak fhm..

dan sy masih tercari2 apakah dy kaedah manhaj ulama amilin yang PK mksudkan..

p/s: sy yakin PK kenal sy..sy ni kan jenis 'LAMBAT' dlm hal2 mcm ni..tak secekap PK dan pembaca lain..

Peminggir Kota said...

assalamualaikum,
sementara menyiapkan penulisan mengenai perbahasan di sini, saya rasa elok saya jawab beberapa persoalan oleh saudari.

(soalan 1)
tp sy agak tak jelas psl usrah yg PK mksudkan tu..da berkali2 baca pun masih tak fhm..

jawapan peminggirkota

*usrah-keluarga
-DIIKAT oleh perkara yg bersifat kekal,bukan sementara seperti ilmu yg benar, bukan makan bersama (dgn tdk menafikan kepentingan mkn bersama itu). usrah itu akan kekal sebagaimana kekalnya ilmu itu.
-contoh : guru kami pernah menceritakan pengalaman beliau belajar bersama dgn Syeikh al-Habib Sayed Muhammad Ibn Alawi al-Maliki. katanya, "selepas abuya (panggilan kpd Alhabib Syed Muhammad- kerana ukhuwah usrah yg diikat dgn ilmu dan kasih sayang) meninggal dunia, kerinduan mereka trhdp pemergiannya dirasai lebih daripada kehilangan ahli keluarga sendiri. walaupun slps kematiannya, ketika mana kami ditimpa masalah dan kepayahan, terngiang di teliga kami suara abuya menasihati kami berbuat begitu dan begini, atas sebab kasih dan sayangnya beliau kpd kami, sehinggakan selepas meninggalnya dia, masih lg datng menasihati kami. itu baru hubungan guru dn anak didiknya, apatah lagi hubungan Rsulullah dgn kita; yg sngt sayangkn ummatnya shingga matinya smpat menyebut-nyebut ummatnya"
(maka layak bg kita ummat nabi Muhammad jumpa nabi samada dlm mimpi atau yaqazah-peminggirkota)

Kalau saudari nampak,itu antara kesannya usrah dan ukhuwah yg dibina drpd ilmu dan kasih sayang.

pernah ke dlm usrah2 kita hari ini dpt membina ukhuwah yg seperti itu. rujuk kembali komen2 saya sebelum ini.

* dalam konteks kita,saya rasa memang tak mampu utk mencapai tahap ukhuwah seperti guru saya dlm contoh td. cuma kita perlu tahu dan berlaku adil terhadap kedudukan diri kita. kita bukan ulama besar, ilmu cuma seciput, kesedaran dan istiqamah kurang. Maka, usrah yg saya cadangkan ialah usrah yg menjadi Pemudah Cara untuk kita mencapai ilmu yang benar, bukan tempt mendapat ilmu itu.

Tamsilan:
kita mahu mencedok air daripada perigi. jadi kita perlukan timba (baldi).

usrah (dlm kelompok kita)umpama timba (baldi) bagi kita mencedok atau menimba air dari perigi. perigi itu pula umpama ilmu yg benar.

maka usrah dlm kalangan kita adalah jalan menuju sumber ilmu yg berwibawa (authentic).

silapnya kebnyakan org yg usrah hari ini ingat yg usrah itu adalah perigi.

pengisian usrah harus berkualiti, tinggi, ada sumber2 rujukan, bermotivasi untuk cinta ilmu dan ulama, menyebarkan aura kasih sayang.

*tentang ukhuwah dan kasih sayang: ini masalah kita- kita meletakkan kasih sayang sesama kita atas ikatan yg kita ada. "Kita ahli usrah jadi harus berkasih sayang" atau retorika yg lebih popular, "kita berkasih sayang kerana Allah (Ukhuwah fillah)"..
Bagi saya semua ini adalh retorika palsu yg meniti di bibir kebanyakkan ahli usrah.

-sememangnya ukhuwah kita perlu disandarkan kepada Allah dn Rasulillah, kerana kasih sayang Allah mengatasi segala-galanya dan kasih sayg Rasulullah membawa lebih kasih Allah kpd kita. ksesedaran kasih kpd Allah dan Nabi SAW perlu disemai dlm usrah. dan kita perlu sedar, kata2 kita tak sama seperti kata2 ulama 'amilin. kalau kita sebut tentng cinta Allah dan cinta Rasul, mgkin tak beri kesan. sebab itu, bila cerita tentang cinta Allah dan Rasul, dalm usrah kita wajar wujudkan saranan untuk pergi menemui para ulama, majlis ilmu dan sebagainya sebagai susulan drpd usrah.


(soalan 2)
dan sy masih tercari2 apakah dy kaedah manhaj ulama amilin yang PK mksudkan..

*saya petik drpd komen saya yg lepas..

"...namun, akhirnya, kita perlu kembali kpd manhaj dan kaedah para ulama;- dengan cara belajar bi talaqqi (bersemuka dgn guru)".

kita tak akan dapat kefahaman tentang sesuatu dan kenikmatan memahami sesuatu melainkan daripada mulut dan telunjuk ulama 'amilin (yg beramal dgn ilmunya)

sekian,Allahu Ta'ala a'lam.. wassalam

lina mursyidah hamzah said...

>PK: mekasih atas penjelasan yg anda berikan..teruskan usaha anda...rata2ny kesemua point yg anda tuliskan sy setuju..tp ada 'segelintir' yg sy kurang setuju..
pandangan masing2..dan semua org berhak bertegas dengan pandangan peribadi masing2..

skali lagi terima kasih atas perkongsian anda..

Anonymous said...

Salam peminggir kota...Sebenarnya saya pun x berapa faham mesej apa yg nak disampaikan tuan.(mungkin sy perlu baca post berkenaan telebih dahulu kot.-sy x baca pun)tp saya faham akan point2 yang diutarakan tuan

Atau..mungkin tuan pernah mengikuti usrah penulis kot.Saye bukan nak masuk campur tp nak kongsi sedikit pandangan..

Mengikut manhaj ulama amilin..itu point yang saya amat2 bersetuju.Apa yang saya nampak(pemerhatian saya xlah begitu adil)usrah hari ini hanya berdasarkan pemahaman individu itu masing2.Tidak ada seorang guru yang mursyid yang menyelianya dan itu adalah satu kelemahan yang ketara.

Kenapa ia satu kelemahan?kerana masyarakat sekarang hanya memandang logik yang mana terhasil daripada tindakan-tindakan mereka.Mereka lupa akan hal-hal seperti hikmah,barokah,dan yg sebagai denganya.Seolah-olah nak tegakan islam hanya bergantung pada taktikal.Semuanya bersifat tecknikal dan tektikal.

Bangsa yahudi menggunakan sains untuk mendapatkan teknologi sepertimana yang dimiliki oleh Asif yg memindahkan istana puteri balqis.Bagaimana dan apakah teknologi milik asif ini?Tak lain hanya yang mampu memilikinya adlah orang yang muqorrobin dan arif billah shj.

Apa itu guru yang mursyid?bagaimana dan apakah yang dapat menentukan ciri-cirinya?Tuan lebih tahu dari saya..Tanpa guru yang mursyid,apakah bisa ilmu yang authentic itu tercapai?.

pada tuan punya blog..
minta maaf main masuk mecelah je mcm mat rempit..mintak izin.heheh


wallahua'lam

lina mursyidah hamzah said...

to anonymous: takpe..perbincangan mcm ni kita galakkan...smoga kita semua dpt manfaatny...

Peminggir Kota said...

assalamualaikum, terima kasih tuan yg mulia, tuan yang tidak bernama (anonymous) atas pandangan saudara. sejak mula saya baca komentar saudara tak bernama (anonymous), saya rasa 'sesuatu'.. sukar digambarkan 'sesuatu' itu

(bahasa Melayu lama menggunakan perkataan saudara/tuan sebagai panggilan hormat kpd seseorg samada lelaki mahupun perempuan)

pertamanya, saya pohon maaf kpd saudari Lina kerana mungkin saya telah mencetuskan rasa tidak senang saudara.

Dan saya buat keputusan utk memberi komentar terakhir bagi post ini. segala perbincangan selepas ini harap dilakukan dalam medium2 lain.

..................................

Islam tidak pernah memisahkan antara intelektual dan spiritual. Malah, dlm Islam- apabila kita merujuk kpd tulisan2 para ulama' besar yg muktabar,mereka meletakkan spiritual dan intelektual sebagai perkara yg sama dan tak patut dipisahkan.

'aql,nafs,ruh,dan qalb diletakkan sbg perkara yg sama, cuma bertindak dan berperanan mengikut situasi yg tertentu sehingga dikenali dgn nama2 yg demikian. (rujuk tulisan imam alGhazali, Imam Junaid alBaghdadi, alQusyairi,khatib baghdadi,izzudin abdussalam)

contoh: saya Peminggir Kota. Saya apabila berdepan dgn ibu bapa, saya berperanan sbg anak; ketika berdepan dgn isteri dan anak2, saya berperan seorg bapa, tika menghadap guru,saya sebagai seorg anak murid, pabila bersama para pekerja, saya adlah seorg majikan;- tapi semuanya itu sebenarnya ialah saya yg satu,Peminggir Kota.
(contoh sahaja yg di atas tu..)

kalau nak diikutkn, perkataan intellektual itu sendiri tdk sejajar dgn nilai2 sebenar keilmuan dlm Islam. Intellektual berasal drpd perkataan latin 'intellectus' yg merujuk kpd penanggapan nilai2 rohaniah. Ratio pula merujuk kpd perkara yg bersifat akliah yg akhirnya kita kenal sebagai rational.

(rujuk Islam & secularism: Prof Syed Naquib AlAttas)

Tak dak dikotomi antara aqal dan hati dlm Islam.

Maka, kedua2 elemen ini perlu dibangun dan diperkuat.

Rasulillah SAW tidak meninggalkan kita harta, monumen, negara, melainkan ILMU; ALQURAN & SUNNAH.

Pokok pangkalnya ILMU yg BENAR.
Syaratnya mesti melalui JALAN & SUMBER YG BENAR.

Bukan boleh dibuat sperti orang2 yg katanya berada pada jalan Salafiy, tapi dengan hanya membaca blog, buku2, dan dengar2 daripada orang yg bukan ahli dlm sesuatu bidang.

mereka bukan salafi, tapi mutasallif. Mereka lah orang yg banyak melakukan penyelewengan ilmu; mencetak kembali karya2 agung ulama dgn membuang bahagian yg mereka tak suka (lihat mussanaf abdurRazak cetakan baru Saudi- dibuang Hadis Jabir tntg Nur Muhammad; juga Kitab Al-Adzkar Imam AnNawawi cetakan Saudi dibuang bab ziarah kubur).

Jadi, kena belajar dgn cara BERGURU walau ilmu apa sekalipun. Math, Sains, Bahasa, Perundangan apatah lagi agama.



Soalan Saudara Tak Bernama:

Apa itu guru yang mursyid?bagaimana dan apakah yang dapat menentukan ciri-cirinya?Tuan lebih tahu dari saya..Tanpa guru yang mursyid,apakah bisa ilmu yang authentic itu tercapai?.

Jawapan Peminggir Kota:

Guru mursyid ialah guru yg bukan sekadar mampu membawa kita kpd ilmu tapi lebih dari itu; kepada al-Futuh. Mereka yg bertanggungjawab membantu membuka hijab yg membelenggu hati kita. secara jujur, saya masih belum ketemu mursyid saya. Pohon doa dr Allah utk ketemu mursyid saya.

sengaja tak hurai lanjut,
pohon dilanjutkan perbincangan dalam medium lain.
salam

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea