^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Tuesday, June 2, 2009

antara fantasi dan realiti

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:00 AM
Photobucket 

kebanyakan kita mempunyai gambaran asas bahawa isteri Solehah kebanyakannya mempunyai karekter seperti dibawah:

1. Rajin baca Al Quran (kalau selalu khatam lagi bagus)
2. Tudung labuh(kalau purdah lagi mantop)
3. lemah lembut tutur kata
4. comei @cantik (tak percaya cuba tanya kaum Adam)
5. Solat berjemaah.
6. Ilmu agama tinggi(ustazah lagi baguih)
7. Pakai Jubah
8. selalu join aktiviti keagamaan
9. Halus budi pekerti
10. pendek kata macam-macam kebaikanlah .


Pada saya setelah membuat pemerhatian , isteri solehah sebenarnya mempunyai makna yang lebih REALITI iaitu:

1. Pandai baca Al Quran memang bagus.tetapi pandai mengurus rumah tangga lagi bagus.sebab apabila mempunyai anak kadangkala masa tu penuh dan kena pandai berasimilasi contohnya bacalah al Quran secara perlahan-lahan semasa menidurkan anak.

2. Tudung labuh sebenarnya bukan criteria wajib bagi wanita solehah.hati yang ditudung dengan iman yang sepatutnya.yang wajib ialah tudung yang menutup aurat.

3. Ya dengan suami dan anak-anak dan keluarga terdekat perlu berlemah lembut, sedikit tegas kepada non mahram

4. comei @cantik?Ini semuanya satu penipuan syaitan dan media, sebab kalau yang dipaparkan dalam media islam atau video klip nasyid semuanya muslimah yang cun dan lawa sahaja…sampai orang warak dan pendakwah pun terpengaruh .hakikatnya tidak begitu.

5. Ya solat berjemaah dengan suami dan anak-anak.hakikatnya kalau dua-dua bekerja dan terpaksa bergilir-gilir menjaga anak yang masih kecil (1-2 tahun) mungkin jarang dapat peluang berjamaah bersama.

6.ya ilmu agama yang tinggi itu bonus…tetapi kepandaian dan pengalaman dalam mengurus kehidupan itu yang lebih baik. Biarlah kurang sedikit ilmu agama asalkan kehidupan terurus, anak terbela, rumah sentiasa kemas

7. Jubah itu satu ciri menutup aurat. Jika memakai pakaian lain yang memenuhi skima menutup aurat juga boleh dikategorikan isteri solehah.sebab dia paham maksud menutup aurat tu.itu yang penting.

8. Masih boleh join aktiviti, namun sekali sekala sebab tuntutan bekerluarga tu lebih mencuri masa. Apa pun dengan kecangihan teknolgi media, masih boleh medengar kuliah di TV atau radio atau internet secara berjemaah bersama suami dan anak-anak.

9 halus budi pekerti ,pendiam ya ini satu karekter yang pasti perlu di transferkan kepada anak –anak.tapi karekter pendiam tak semestinya halus budi pekerti...

10. kesimpulannya manusia tak sempurna. Isteri yang solehah yang sebenar dan sepatutnya ialah yang pandai menguruskan dirinya,agamanya dan keluarga secara bersama, itu sahaja.


Ini pula maksud tipikal tentang SUAMI SOLEH

1 AL hafiz
3. pendakwah.
5. rajin pakai kopiah(berserban lagi baik)
6. rajin solat berjemaah
7. ada janggut
8 pakai baju raihan
9 bekas student U (kalau course agama lain bagus)
10 Bahasakan diri ana anta.
11. involve aktiviti keagamaan.
12 dan banyak lagi persepsi tipikal yang lain


Tapi hakikatanya

1. Al hafiz- Alhafiz pun hantar anak pergi sekolah belajar Al Quran, hakikatnya di zaman ni sukar sebab dengan suami dan isteri yang bekerja.

2. Tak semestinya suami soleh itu pendakwah, tetapi suami yang soleh ialah suami yang pandai menyebarkan kebaikan didalam keluarganya.

5. Serban dan kopiah bukan criteria suami soleh, ini hakikat.

6 Solat berjemaah adalah di tuntut, tetapi kefahaman yang diperolehi dalam solat berjemaah itu tadi mistilah dinikmati keluarganya.

7. janggut adalah sunnah tapi bukan criteria suami soleh hakikat nya kumpulan rock jerman “scorpion” pun ada janggut.

8. suami yang pakai jeans dengan T shirt pun ramai yang soleh, jangan ukur pakaian sahaja.

9. tahap pendidikan mempengaruhi tahap IQ dan kebijakkan tetapi tahap kematangan EQ adalah lebih penting, so jangan pandang rendah orang kerja kampong.

10. ana anta, itu hanya istilah bahasa arab, dan bukan citeria suami soleh.

11. ya involve dalam aktiviti keagamaan itu sangat baik, tetapi sebagai suami soleh ianya perlu memastikan keluarganya tidak terabai ,anak-anak dan isteri mendapat cukup perhatian.kalau tidak dia bukan suami soleh.

12. Kesimpulannya Suami soleh ialah suami yang secara praktikalnya membina keluarga secara Islam yang sebenar dengan konsisten. Itu sahaja.

copy paste from ->http://wsyahida.multiply.com/journal/item/124/Reality_of_Soleh_amp_Solehah

16 pandangan dari kamu:

ilham nur said...

em...

lina mursyidah hamzah said...

nape em je?

limaumaniss said...

setuju setuju..ada jugak betulnya...

lina mursyidah hamzah said...

to kak limaumanis aka kak wani:
sy senanye mmg agak stuju ngan artikel ni..
so sama2 kita muhasabah diri..sbb kebanyakan mentaliti org skrg..yg soleh solehah ni diorg judge by cover je...
jd pasni..kita sama2 la berusaha menjadi yg terbaik sedaya yg kita mampu..selebihny pandangan Allah yg kita kejar..bukan pandangan manusia..
wallahu'alamt

Anonymous said...

post ni juga berdasarkan pemikiran ustazah ke?

lina mursyidah hamzah said...

to tanpa nama: tak pasti la dr pemikiran sape..sbb copy paste dr blog org..tp da reality is true..mungkin sbb sy hadapi kot..x sangka plak terjumpa post ni..hny sbg perkongsian..
kalo ade silap,betulkan..kalo ada yg terasa hrp dimaafkan..

Rasyid Rohim said...

btul3... huhuhuhu

Anonymous said...

Saya setuju dengan artikel ni, tak semua yang kita nampak secara fizikal tu baik di mata kita tapi sebenarnya sebalik itu..ape yg penting biarla bersederhana dalam ape jua sekalipun

lina mursyidah hamzah said...

to tanpa nama lagi: sesunguhnya, islam ni benar2 indah jika kita hayati dan btul2 amalkan..sederhana itu lebih baik..bersangka baik itu perlu..dan jgn lah memusnahkan sangkaan baik itu dengan akhlak yg tak sepatutnya..

lina mursyidah hamzah said...

to rasyid rohim: ni mesti ad pengalaman kan? kan? kan?

Anonymous said...

MEMANG BENAR. ZAMAN SEKARANG NI SUKAR MENCARI SOLEH DAN SOLEHAH.

KEBIASAANNYA ORANG LIHAT PADA LUARAN. LUARAN JUGA PENTING. KITA KENA BERASA SERONOK JIKA ADA YANG DAPAT MENINGGIKAN SYIAR ISLAM MELALUI PAKAIAN.

JIKA ADA YANG KEKURANGAN PADA LUARAN, MAKA KITA JUGA JANGAN MEMPERLEKEH DAN MEMPERSENDAKAN MEREKA.

CONTOHNYA KITA LIHAT PEMAKAIAN DIA SEAKAN-AKAN JIWANG-JIWANG, TETAPI MANA KITA TAHU NTAH-NTAH DIA TU WALI...

lina mursyidah hamzah said...

ramai btul buat 'tanpanama'..ape2 pun kita berbalik pada diri kita..muhasabah diri seeloknya..islam itu indah jika dihayati dan diamalkan dgn sepenuh hati..

mungkin sbb sy dah berpengalaman berhdapan dgn fantasi 'soleh wa solehah' ni dan sbb itulah sy mengakui realiti 'soleh wa solehah' ini..

wallahu'alam

lina mursyidah hamzah said...

tp sy tak la judge semuanya begitu..cuma lebih berhati2 shj ngan org2 fantasi solehah n soleh ni..

Anonymous said...

BETUL3

tanpanama yang komen mula-mula said...

wah, dah 14 komen..
orang segan kot tu yg tak letak nama..
pape pun,penampilan melambangkan identiti..

lina mursyidah hamzah said...

to>tanpa nama yg mula2

owh..segan ek..ok2..phm..

'penampilan melambangkan identiti' ..'judge book by it's cover???'

ade kaitan tak?

islam dah bagi panduan cara kita berpakaian..as long as syariat kita tak langgar..termasuk syariat dalam berpakaian..

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea