^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Saturday, January 31, 2009

selamat hari lahir kekandaku..

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:07 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

buat kekanda kesayanganku mariati roslan..dgr2..lina nak nyanyi utk akak nih..:please:

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman, biggrin
Dihari lahirmu kekandaku,
:ahaha:
Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,
:woooh:
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.

:inlove:selamat hari lahir kak mar..ketahuilah..sesungguhnya lina syg sgt kat kak mar..tapi lina bukan jenis yg pandai tunjuk perasaan lina. lina tau akak nak balik sarawak dah tak lama lagi..takde lagi riuh suara kak mar..mesti lina rindukan ciuman mesra kak mar..nasihat2 kak mar..:tsk:
lina mintak maaf kalo2 lina penah sakiti hati kak mar..tp yg mampu lina luah kat cni..lina mmg syg sgt pd akak..tak tahu mcm mn keadaan lina kalo akak takde..asbabny akak la yg menarik lina dan mengajar lina smpai lina di tahap ini..akak byk sentuh hati lina..lina mmg syg sgt2 kat akak..
smg akak sentiasa di bawah rahmat ilahi..sengaja lina takmo sms akak..utk wih..sbb lina da siapkan entri indah ni utk akak..hehehe


::( jangan tinggalkan daku..isk3...:puppyeyes:

ni utk akak..penat lina buat tau...akak kena makan kek ni smpai abes...syg sgt kat akak!


yang mana menjadi pilihanmu

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:42 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

Rahsia Buah Kegemaran Mengikut Kajian Dr. Barnet

Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Barnett, beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi. Menurutnya lagi, kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini juga dikenali sebagai “Science of Fructology”. Terdapat 7 kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia.


1-JENIS LIMAU.

Contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau bali. Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu.Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ianya memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.


2-BUAH-BUAHAN TROPIKA.

Contohnya seperti pisang, betik, jambu, kiwi dan nenas. Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah di dekati dan gemar berseronok.Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih kepada orang di sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.


3-JENIS BUAH LADANG.

Contohnya seperti epal dan pear. Kata kunci di sini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat kepada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri. Kamu tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang kamu miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap perkara yang kamu lakukan.


4-JENIS TEMBIKAI.

Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu. Seseorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain.Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantic. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yang berhati-hati.:woooh: :eheh:


5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI.

Contohnya seperti blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi, anggur dan tomato. Kamu gemarkan party dan keseronokkan. Kamu suka menggembirakan orang lain. Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorang yang peramah. Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yang amat pelik. Kamu bercitarasa unik. Hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain.Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.


6-JENIS KEKACANG.

Contohnya seperti walnut, hazel, gajus dan lain-lain. Kamu ini “moody” lah!! Kadangkala mood kamu berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu. Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia. Kamu sanggup mengenepikan teman-teman kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.:woooh::eheh:


7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU.

Contohnya kundur. Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segala-galanya melebihi dari apa yang mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yang sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling kamu. Teman-teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-cabaran mendatang. Kamu cenderung pada warna-warna yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.

testing2...

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:26 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
thanks a lot to adik nurul syifa sbb ajar akak cara nk insert emoticons best2 dlm blog ni..n ajar akak pasal nk bela pet dlm blog...mekasih dik..:eheh:..epi sgt tgk katun2 ni..mencriakan idup..:woooh:
tapi kena rajin update la blog..lol..huhu..:astig:
:wave::wave::wave::wave::wave::wave::wave::wave::wave::wave::wave::wave::wave::wave:

Friday, January 30, 2009

hari yang indah

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:03 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

hari ni merupakan hari lahir adikku NUR ADILAH. dah 19 tahun usianya menginjak..semoga kau jadi insan yang solehah. baru td abah datang ke bilikku
abah memberitahu bahawa adikku HUSNA dpt tawaran dari MARA untuk melanjutkan pelajaran ke London. alhamdulillah...luas sungguh rezeki adikku sorg ni dlm bidang pendidikan. mmg dari kecik dy ni cerdik.

"abah bagi ke kak cik pergi?"

abah anggukkan kepala..alhamdulillah..tak ku sangka abah akhirnya membenarkan puterinya berjihad dalam medan ilmu di luar malaysia. sbb sebelum ni aku nk g yaman 2 bulan pun abah tak bagi..huhu..takpe2..rezeki masing2..bersangka baik dgn Allah..

aku ke dapur utk tanya kat umi psl KC..n umi ckp Kc TOLAK TAWARAN TU

aku terus mesej kak cik akak inyap

"salam..btul ke ko dpt offer g london? pape pun..tahniah..ko wat la istikharah"-CK

"tp x tau la tu mmg offer atau hny terpilih utk interview je..rasanya aku tak g kot"-inyap

"jd ko tolak la offer tu" - CK

"mcm tu la kot" - inyap

"ok..bagusla tu..teruskan menghafal..lagi bagus"-aku

apa2 pun..to kak cik: Alhamdulillah..ko mmg buat pilihan yang tepat..dulu aku nk masuk DQ tapi tak yakin nk hantar borang..skrg ni ko tlg la smbung impian aku tu ek..g london tu master pun bley..gud luck n be a masyi hafizah..

to angah : smg sukses slalu..ko dah tua..hehehe...be a good girl..

aku tatau nape ape rase seronok sgt dinner ngan fmly aku mlm ni.makan mee goreng basah yang umi buat..makan eskrem sama2 sebekas..abah mesti tgh cari ilham mcm mn la eskrem kurma leh wujud..2-3 bekas eskrem kurma dibelinya. itulah abah. tak penah nak putus asa cari idea memajukan ekonomi islam. walopun meniaga kecik2 aje..tp alhamdulillah..cukup la utk kami 11 beranak idup. masa makan eskrem,aku rase mcm nak menangis sbb aku terlalu gembira dpt berkumpul sesama..tp still rasa lacking coz angah n kak cik takde..ntah bila la kami 11 beranak dpt berkumpul sama2 lagi..mcm mn pun,aku syg sgt2 fmly aku. argh...jgn nangis2..tak comey..tapi aku betul2 rasa bahagia malam ni..aku bahagia dgr tawa abah..celoteh adik2..abah dtg bilik aku sembang2..umi pun sama2 gelak tgk cite..aku merasa sgt bahagia..alhamdulillah..moga kebahagiaan ini kekal...

untuk kalian

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:25 AM 0 pandangan dari kamu

khas untuk rumet,namakunamamu and abg ipar..nak sgt eh nasi minyak..sile2 jamu selera n tambah2 la ye..

satu lagi contoh pejuang buat muslimat

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:01 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
Siapakah yang tidak kenal dengan khalifah Umar bin Abdul Aziz? Beliau adalah cicit dari Sayidina Umar Al Khattab menjadi khalifah Bani Umayyah yang ke-lapan dan mujaddid kurun pertama dan lebih dikenali dengan sebutan ‘Umar kedua’.

Tokoh politik yang berjiwa sufi dan tangkas dalam mengendalikan urusan negara. Terkenal dengan kepimpinannya yang adil lagi amanah. Dan di sisinya ada seorang yang dapat menjadi pendorong dan memahami tugas-tugasnya yang berat dan dapat memberikan inspirasi bagi membantu perjuangannya. Itulah Fatimah isteri beliau, cucu khalifah Abdul Malik yang kaya-raya.

Pengorbanan Fatimah dalam perjuangan Islam waktu itu begitu besar. Dia rela mengorbankan semua harta yang dimilikinya untuk diserahkan ke jalan Allah. Dengan begitu ia akan lebih memudahkan dirinya untuk lebih dekat dengan Allah, mendapatkan cinta dan redha dari Allah SWT. Fatimah juga memainkan peranan penting dan besar dalam membantu perjuangan suaminya. Sebagai isteri dia sanggup berkorban apa saja demi melayani, mentaati dan mendorong suaminya untuk menegakkan keadilan. Bukan hanya harta yang dikeluarkannya tetapi juga tenaga, fikiran, waktu, kesenangan hingga berkorban jiwa dan perasaan.

Semuanya diserahkan untuk Allah dan suaminya. Seorang yang ingin berjuang maka dia harus sanggup berkorban. Pernah suatu hari khalifah Umar berkata kepadanya,
“Wahai isteriku Fatimah. Aku kini telah diangkat dan diamanahkan untuk menguruskan umat Muhammad. Tanggung jawabku terhadap rakyat semakin hari semakin besar dan kerana itulah aku tidak dapat memberikan sepenuh waktuku untuk bersamamu dan anak-anak. Aku takut aku tidak dapat menunaikan tanggung jawabku terhadap keluarga dan memberikan hak suami terhadap isterinya. Oleh itu pilihlah ingin terus bersamaku dalam keadaan susah atau izinkan aku berpisah denganmu agar engkau dapat bebas dan tidak terikat serta mendapat kesenangan.”

Dan jawapan yang diberikan oleh Fatimah bukan atas dasar dorongan nafsu tapi kerana ketaqwaan dan keimanan yang tinggi kepada Allah.
“Suamiku yang dikasihi. Aku lebih rela untuk tetap bersamamu walau dalam keadaan apapun. Asalkan kita dapat terus bersama meneruskan perjuangan agung yang sedang engkau jalani ini.”

Ketaatan yang kuat terhadap suami dan kecintaannya yang besar terhadap Islam yang menjadi pendorong kuat untuk Fatimah berjuang dan berkorban. Jawatan suami baginya bukan segala-galanya. Malah tidak mengambil sebagai peluang untuk memperkaya diri seperti yang biasanya berlaku hari ini, tapi bahkan dia korbankan segalanya demi mendokong amanah Tuhan yang diletakkan di atas bahu suaminya.

bila MALAIKAT MAUT mencabut nyawa

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:55 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar .a. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar .a: "Roh itu menuju ketujuh tempat :-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wednesday, January 28, 2009

buat isteri @ bakal isteri pejuang

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:50 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

Isteriku...
Apabila kusentuh telapak tanganmu...
Ku usap-usap, ianya semakin kasar dan keras...
Apabila kurenung wajahmu...
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun ku tahu...
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat...
Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyingsing...
Aku terpana dek munajatmu yang syahdu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isteriku...
Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...
Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka...
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu...
Hanyasanya untuk Islam....
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti dengan pelbagai hiasan duniawi yang indah...
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...
Pakaian-pakaian mereka pula anggun persis puteri kayangan...
Wajah mereka diwarnai dan dipalit barangan berjenama..
Tapi kau tidak seperti mereka wahai zaujahku...
Kau umpama ladang ummah...
Kau menginfakkan seluruh jiwa dan ragamu demi kebangkitan Islam...
Kau tak pernah bersungut-sungut, meminta-minta, mengadu domba.. Apatah lagi untuk merungut lelah akan semuanya...
Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isteriku...
Bukan aku tidak mampu membelikan hiasan-hiasan tersebut...
Tetapi zaujahku...
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku...
Kau melafazkan, "Ana sudi menjadi sayap kiri perjuangan anta, tetapi dengan syarat.."
Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam...
Aku termangu sendirian..
Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah?
Bosniakah? Perabot mahal dari Italikah?
Atau berbulan madu di Kota Pariskah?
Katakan... Aku mampu memberikan...
Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata.
Akhirnya...
Arghhh..! Permintaanmu itu...
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman ku...
Dengan penuh keyakinan kau berkata...
"Anta, mampukah anta menjadikan ana sebagai isteri yang kedua anta..?
Mampukah anta menjadikan Islam sebagai isteri pertama anta yang lebih memerlukan perhatian?
Mampukah anta meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan duniawi?
Mampukah anta menjual diri anta semata-mata kerana Islam?
Mampukah anta berkorban meninggalkan kelazatan dunia?
Mampukah anta menjadikan Islam laksana api yang membara...?
Dan anta perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...
Mampukah anta menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam...?
Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di 'on' kan bila perlu dan di 'off' kan bila terasa ianya tidak perlu..
Mampukah anta mendengar hinaan yang bakal dilontarkan...
kepada anta kerana perjuangan anta..?
Dan... Mampukah anta menjadikan ana isteri seorang pejuang..
Yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia..?
Adush!! Banyaknya syarat-syaratmu itu wahai zaujahku...
Namun aku terima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu...
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Dan bukannya kau yang diubah oleh dunia..insyaAllah..!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isteriku...
Akhirnya jadilah kau penolong setiaku sebagai nakhoda..
Yang membantu mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dek segala kebaikanmu...
Kau jaga akhlakmu...
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan...
Dek tugasku untuk menjulang Islam ke persada keagungan...
Kau sanggup menyekang mata menungguku...
Sambil memberikan aku sebuah senyuman yang menjadi pengubat hatiku...
Dikala di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam...
Malah, kau sering meniupkan semangat untuk aku terus thabat di medan perjuangan ini...
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita...
Masih jauh dengan haruman kemenangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isteriku...
Tangkasnya kau selaku suri...
Biarpun kau sibuk bersama mengembeleng tenaga bersamaku selaku sayap kiriku...
Kau jaga teratak kita dengan indahnya...
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih-sayang..
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk lari dari amanahmu...
Meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat kaum sejenismu...
Cekalnya kau mendidik anak-anak...
Kau kenalkan mereka dengan Allah swt, Rasulullah saw, Ahlul bait serta mujahid dan mujahidah Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...
Kau asuh mereka membaca Al-Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya peperiksaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isteriku...
Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al-Khomeini...
Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia...
Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah saw masih ada...
Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam..
SEPERTIMU... WAHAI ZAUJAHKU...!!!
~~~~~~
Kata-kata pujangga: Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra, jadilah semulia Ali KW.. Andai impikan seorang suami sehebat Ali KW, bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra."


sumber-http://mujahidah-fisabilillah90.blogspot.com

sikit je pasal CK

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:53 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

tb2 rs mcm nk tulih sumting..start dari jumaat la cite.jumaat pagi tatau nape badan rase berat sgt.mmg tak leh bgn. bgn solat subuh pun mata pejam smbil kaki jalan..tp still nampak sket2 la jalan..tp sakit badan ni hny tuhan yg tahu.

"oi,lina mursyidah..ko ni baru pegi perhimpunan palestin sket je da sakit satu badan.lembik btul..tak pyh ar berangan2 nk g palestin kalo ni pun ko dah lembik mcm ape je."

hurm..terksima gak aku dgn kata2 dari hati aku tu. tp aku menonong je amik wudhu' n solat..tersyahid smula smpai kul brp ntah. dian col aku..aku btul2 tak leh gerakkan badan..lalu ku ter'mc' kelas kokurikulum..petang tu lepas agak2 tenaga dah pulih kan..aku siap2 la utk bertolak ke perak. utk g kem kpimpinan mahasiswa islam adik2 uia pj n nilai..aku rase mcm x uat pape je utk kem ni. dtg tgk2 je..sbb tu mood aku mcm ape je spjg aku kat kem tu..
n aku buat kesimpulan bahawa lenkali aku kena plan n sediakan keje utk diri aku..aku rase mcm dtg mlancong ke perak je..tp aku suka tgk smngat adik2 aku ni..

hari ahad, time abg naim bagi talk..aku g merayap dan hampir dilanggar oleh merc..hurm.. da abes semua2 kem tu..g ziarah umah abg mk..muda btul mak abg mk..aku ingatkan kakak dy..cantik lagi..n paling best ade adam..teringat plak aku kat mursyid,azim n amin time main ngan adam..smpai2 je umah..aku tgk alphard takde.sah! derang semua balik kmpung..maka utk ptama kalinya aku bermalam sorg2 kat umah.

esoknya isnin malam baru fmly aku smpai dari jerantut..org petama yg aku peluk adalah abdul muhaimin al-mursyid..huhu..windu2..

tapi angin aku tak elok..hmm..perubahan umur kot..n aku nak mintak maaf pada kak akma,kak izzah,kak sumey,kak syafaf sbb mereka ber4 tersangat la sabar layan kerenah aku yang mcm budak umo 12 tahun ni..maaf byk2 kakak2 sekelian..

dan isnin lepas juga..hari yg istimewa utk aku..ALHAMDULILLAH..terima kasih YA ALLAH atas pemberianMU. KAU hilangkan seswatu dan kini KAU GANTIKAN seswatu yang bermakna buat diriku..akan ku jaga dan pelihara pemberianMU dan akan aku ingat sentiasa bahawa itu adalah pinjamanMU..

adab menuntut ilmu

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:39 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

seswai dengan statusku sebagai pelajar..lalu ku hidangkan entri ini untuk tatapan diri sendiri..hehehe

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya. Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak.

Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

1. Ikhlas kerana Allah.
Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya :
"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat".( hari: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah

Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan syahadah (MA atau Doktor, misalnya) bukan kerana ingin mendapatkan dunia, tetapi kerana sudah menjadi peraturan yang tidak tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini - insya Allah - termasuk niat yang benar.

2. Untuk menghilangkan kebodohan dirinya dan orang lain.
Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk meng-hilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faedah dari ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat pada orang lain itu kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi manfa'at pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban yang benar adalah yang kedua; karena Rasulullah bersabda :
"Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (hari: Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at.
Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Kerana kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah. Hal ini tidak ada yang bisa melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qor'an dan As-Sunnah.

4. Lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat.
Apabila ada perbedaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbedaan itu dengan lapang dada selama perbedaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, karena persoalaan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbedaan pendapat di kalangan salaf. Berbeda dalam masalah ijtihad, perbedaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah masih hidup. Karena itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeda pandapat dengan kita.

5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.
Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, karena amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Karena orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.
Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

7. Mencari kebenaran dan sabar
Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.

Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting karena sesungguhnya pembawa berita terkadang punya maksud yang tidak benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.Wallahu 'Alam.

Dikutip dari " Kitabul ilmi" Syaikh Muhammad bin Shalih Al'Utsaimin (Abu Luthfi)

Tuesday, January 27, 2009

::muka baru..yeah!!!::

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:38 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

baru je buat template ni..ingat tak nak tuka dah..hahaha..
nampak sgt jiwa keibuan CK makin terserlah..huhu...
daaa~

::menghias hati dengan menangis::

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:13 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (hari. Bukhari dan Muslim) Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.

Menyadari bahwa dosa diri tak akan terpikul di pundak orang lain
Siapa pun kita, jangan pernah berpikir bahwa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di pundak orang lain. Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang punya banyak pengikutkah, orang kayakah. Semua kebaikan dan keburukan akan kembali ke pelakunya.

Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An’am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”

Lalu, pernahkah kita menghitung-hitung dosa yang telah kita lakukan. Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu. Jangan-jangan, hitungannya tak beda dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi.

Masihkah kita merasa aman dengan mutu diri seperti itu. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahwa esok kita belum berpisah dengan dunia. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun bisa yakin bahwa esok ia masih bisa beramal. Belumkah tersadar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan.

Menyadari bahwa diri teramat hina di hadapan Yang Maha Agung
Di antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahwa kita begitu hina di hadapan Allah swt. Saat itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Ia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan selembar kain putih. Itu pun karena jasa baik orang lain.

Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah yang tersalur lewat lingkungan. Kita pandai karena orang tua menyekolah kita. Seperi itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua. Kekayaan yang kita peroleh bisa berasal dari warisan orang tua atau karena berkah lingkungan yang lagi-lagi Allah titipkan buat kita. Kita begitu faqir di hadapan Allah swt.

Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 sampai 17, “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah.”

Menyadari bahwa surga tak akan termasuki hanya dengan amal yang sedikit
Mungkin, pernah terangan-angan dalam benak kita bahwa sudah menjadi kemestian kalau Allah swt. akan memasukkan kita kedalam surga. Pikiran itu mengalir lantaran merasa diri telah begitu banyak beramal. Siang malam, tak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. “Pasti, pasti saya akan masuk surga,” begitulah keyakinan diri itu muncul karena melihat amal diri sudah lebih dari cukup.

Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat pemandangan lain. Bahwa, para generasi sekaliber sahabat pun tidak pernah aman kalau mereka pasti masuk surga. Dan seperti itulah dasar pijakan mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.

Begitulah ketika turun perintah hijrah. Mereka menatap segala bayang-bayang suram soal sanak keluarga yang ditinggal, harta yang pasti akan disita, dengan satu harapan: Allah pasti akan memberikan balasan yang terbaik. Dan itu adalah pilihan yang tak boleh disia-siakan. Begitu pun ketika secara tidak disengaja, Allah mempertemukan mereka dengan pasukan yang tiga kali lebih banyak dalam daerah yang bernama Badar. Dan taruhan saat itu bukan hal sepele: nyawa. Lagi-lagi, semua itu mereka tempuh demi menyongsong investasi besar, meraih surga.

Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Albaqarah ayat 214. “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Menyadari bahwa azab Allah teramat pedih
Apa yang bisa kita bayangkan ketika suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah. Jangankan hak istimewa, pakaian pun tak ada. Yang jelas dalam benak manusia saat itu cuma pada dua pilihan: surga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang anak manusia.

“Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (QS. 80: 34-37)

Mulailah bayang-bayang pedihnya siksa neraka tergambar jelas. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara, di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan pedihnya siksa. Terus, dan selamanya.

Seperti apa siksa neraka, Rasulullah saw. pernah menggambarkan sebuah contoh siksa yang paling ringan. “Sesungguhnya seringan-ringan siksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan ia berpendapat bahwa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu, padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka.” (hari. Bukhari dan Muslim)

Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah. Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita. Imam Ghazali pernah memberi nasihat, jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis karena takut dengan kekuasaan Allah, justru menangislah karena ketidakmampuan itu.

::memerhati yang tersayang tidur::

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:10 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka...
Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda.... Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai.. sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah Kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...

Saturday, January 17, 2009

::senyum::

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:23 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

bila berbicara mengenai senyuman
ia membawa pelbagai pengertian
aku tersenyum kerna aku mahu
aku tidak akan senyum jika aku tak mahu
memang benar senyuman itu bisa menipu
menutup kedukaan
menahan kepedihan
menghilangkan kegusaran
menggembirakan insan
namun, senyuman bagiku
biarlah lahir dari hati nurani yang ikhlas
bukan kerna ingin menawan hati insan
tapi sebenarnya menawan hati sendiri
penting dirikah aku kerna senyum sesuka hati
bagiku..senyuman yang ku ukir
khas untuk menjadi penawar hatiku sendiri
aku tersenyum untuk kepuasan diri

~mifqiah syahidah~

Thursday, January 15, 2009

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:29 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

duri hati mula menyucuk
terasa sakit ngilu yang teramat
ku sangka dia adalah debunga yang menyenangkan
namun hakikatnya dia adalah duri yang tajam menikam
perjuangan demi perjuangan dilaungkan
namun hampa..
kerna ia tidak seiring dengan perbuatan
apabila ulama makin dipinggirkan
pemimpin dunia diagung-agungkan
lantas, pengisian dalaman goyah mungkin bakal tumbang
dek kerna duri yang semakin mencengkam
ku gagahkan diri membaluti luka
darah kecewa mengalir hampa
akibat terpedaya dengan debunga kepalsuan
ku yakin ini merupakan petanda akhir zaman
hidup ini cuma persinggahan
kerna apa yang dilakukan akan ditimbang
tak ingin ku menjejakkan kaki ke neraka jahanam
walaupun kelayakan ku untuk ke syurga amat kurang
hanya rahmat Tuhan yang ku harapkan..

diambil dari : koleksi wardatul mujahidah


 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea