^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Tuesday, February 24, 2009

tensen????

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:09 PM 6 pandangan dari kamu
Photobucket
dalam menjalani hidup ni, kita semua tak lepas dari satu benda iaitu TEKANAN aka tensen..CK pun alami gak sindrom ni..:tsk:. jd nak kongsi sikit la pasal tekanan ni..mcm mn nk atasi sindrom yang dtg sekejap2 ni..

apakah langkah2 yg boleh diambil ye...:ha?:

1. Dekatkan diri pd Allah
rajin2 la berzikir kerana dgn mengingati Allah itu hati menjadi tenang..ayat2 cintaNy juga dpt menyejukkan hati n menghilangkan keserabutan..

2. Terbuka kepada orang lain.
Mencuba untuk mengungkapkan perasaan di hati mahupun apa yang ada di fikiran merupakan salah satu bentuk aktualisasi diri sehingga kompensasi yang didapatkan hasilnya tidak terlalu buruk.

3. Ikut kegiatan olahraga / organisasi secara efektif.
Kesibukan yang bervariatif telah terbukti mampu menurunkan stress negatif dan mampu memotivasi secara bertahap dan terus menerus.

4. Makanan bergizi/seimbang secara teratur.
Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Didalam jiwa yang sihat terdapat tubuh yang sihat”, dan hal itu cukup membuktikan pentingnya makanan yang bergizi di dalam fizik kita supaya psikologis kita juga sihat.

5. Istirehat dan tidur yang cukup serta teratur.
Jika fikiran dan hati terlalu letih maka dengan sendiri nya akan menimbulkan timbul stress. Jadi jika anda letih berehat sejenak, jangan lupa tidur yang teratur, jangan terlalu sering berjaga malam hal ini kurang baik untuk kesehatan.

6. Hindari semua godaan dan kebisingan.
Godaan disini maksudnya godaan duniawi yang cenderung dengan kemewahan, glamour dan bersifat foya-foya. Jika anda stress jauhilah tempat-tempat yang bising dan ramai, itu akan menimbulkan stress saja.

7. Jangan terlalu memendam rasa / diamkan diri
Jika ada permasalahan segera selesaikanlah atau minta bantuan saran maupun nasihat dari keluarga, saudara, teman, kaunselor ataupun orang bijak(mursyid/ulamak)

8. Ramah dan bergumbira
Orang yang mudah bergaul dan berhadapan disetiap situasi dan lingkungan selalu dapat mengatasi masalah yang dihadapinya, hal ini karena tiap orang seperti ini lebih mudah memberi dan menerima berbagai macam hal.

9. Belajar menerima setiap perubahan yang terjadi.
Dalam kehidupan selalu ada perubahan baik itu berupa peningkatan mahupun penurunan dan ini merupakan ujian terhadap bagaimana kita mampu menghadapi setiap perubahan yang terjadi.

10. Berfikiran Positif.
Segala sesuatu yang terjadi, baik dan buruknya cubalah untuk selalu mengambil hikmahnya, dan jangan mudah berfikiran buruk terhadap orang lain. Melakukan sesuatu hal disertai fikran positif lebih mampu memotivasi seseorang untuk meraihnya daripada yang berfikiran negatif.

11. Bercita-cita dan berusaha meraihnya.
Tentukan cita-cita anda sebaik mungkin, setelah itu susunlah rencana untuk meraihnya, dengan hal itu waktu anda tidak akanmembuang masaa hanya erana memikirkan masalah yang sama dan hanya menimbulkan stress saja.

ok tak tips2 ni????:anongnangyari: jadi lepas ni leh tdo ngan tenang...:sleep:

Monday, February 23, 2009

kem mujahidah solehah...

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:21 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
mungkin en3 kali ni agk pjg..hurm..nak cite psl KAMUS (kem mujahidah solehah) yang aku join baru2 ni. alhamdulillah da selesai pun..rasa btul2 mcm tak cy dpt buat KAMUS ni. menjadi timb pengarah bukan lah mudah dan byk yg aku dpt pelajari dr kem ni..smile

okeh..start jumaat..aku,kak akma,abg wan bertolak ke gunung datuk sekitarkul 4..walopun rancang 2.45. lepas isi minyak kat karak highway,isi angin plak.maklumla aku ni mmg zero bab kereta..tapi aku terdetik rase nk isi angin tayar..arrowterus ke seremban..ngan keta kancil pemberian abah tu aku cuba bawak selaju yg mungkin..hehe..pdhl 130 je pun paling laju ari tu. alhamdulillah kami bertiga sampai dlm kul 5.30.n terus g jumpa pacik rahman bertanyakan tntg khemah. sedikit mslh la time tu sbb ade miscomunication tp alhamdulillah dpt gak 15 biji kemah dan kami bertiga pasang semua kemah tu sbb peserta bertolak dr gombak kul 10 mlm. jd kitorg psg la kemah dan aku cuma masukkan dy punya besi kemah je..sbb aku tak reti nak naikkan kemah..hehe..rolleyes

lebih kurang kul 12 peserta sampai, aku sambut mereka dgn senyuman sbb aku tgk muka masing2 mcm da blur2 letih agaknye mereka ni. dan ramai sgt org2 baru yang join sbb di pihak pengurusan duk bajet ramai qiyadah yg dtg..tp takpe..ni salah satu cara nak berdakwah..tak la memilih org..semuanya bleh pergi dan mmg kami jumpa hikmah yg besar di sebalik nape ramai bdk2 baru yg dtg..yg tak tahu pun hewi tu ape..pkpim tu ape..back to the story..aku kuarkan beg2 diorg dr bas..n jmput mereka ke dewan..utk taklimat ringkas dr pihak kami n pihak kem..buat halaqah n baca al-mulk ramai2 and then kamilepaskan mereka utk tdo. kami pihak ajk buat meting utk modul yg perlu diubah pendekatan memandangkan ramai ahli yg terlalu baru..then kul 3 br la kami semua tdo..tapi aku tak tdo sbb aku nk koyak kain utk dibuat head ban..aku terpk cara tak pyh pakai tag tapi pakai head ban..biar bagi rasa zuuq sket mujahidah tu..lolpkul 5 br tdo

sabtu plak..
arrowqiam..riadhah..makan..talk pertama yg dismpaikn oleh dr hasnah sgt menarik..isu wanita yg perlu berpatisipasi dlm segala hal. terutama yg melibatkan perempuan.mmg pembentangan dr dr hasnah mmg betul2 marik minat aku..even peserta pun sgt2 berminat..yg bestnya suami dr dr.azam pun bersama2 dgn dy mempertahankan keselamatan wanita ni..mmg jarang nk tgk lelaki yg terlibat dgn isu wanita..soal partisipasi slm ummat jugak sgt ditekankan..mmg memberi kesedaran utk lebih aktif lg pasni..

tgh hari..RESOMA (rehat+solat+makan)..talk kedua dr abg azuan effendy..yg byk bercerita isu femenisme..mmg sgt membuka mata dan minda aku n perserta tntg hakikat isu ni..mcm mn semua benda pun nk diratakan..sister in islam makin didengari suaranya..apa tindakan yg sepatutnya wanita islam buat..mmg semua pengisian itu sgt2 memberi kesan tntg bagaimana utk menghadapi isu mcm ni..then petang tu explorace..RESOMA lagi..kuliah maghrib yg dsmpaikan oleh ustzah zaiton juga memberi pengisian yg menarik tentang mslh hubungan laki-perempuan. usai slot ustzah zaiton, pengisian kak shamsiah hj mahli menjadi santapan rohani kami. slot ni sgt2 mendapat sambutan yg luar biasa dr peserta..sbb kak sham mmg menyatakan realiti keadaan sebenar bagaimana nak berperanan dlm sesebuah gerakan dlm konteks kita sebagai mahasiswi @ pelajar. kak sham menyatatakan perkara yang realistik..bukan retorik semata2...alhamdulillah syabas n tahniah utk semua penceramah n peserta..idea

ahad

arrow sepanjang hari ahad, hanya difokuskan kekuatan fizikal setelah sabtu tu pgsian berbentuk rohani dan intelektual diisi..ahad ni aktiviti mendaki gunung datuk merupakan cabaran n latihan fizikal yg perlu dititik beratkan utk maltih menjadi seorg mujahidah..biarlah seimbang rohani,interlektual dan jasmaninya..dan program berakhir pd pukul 4 petang..

alhamdulillah..walopun diuji dgn dugaan tayar kereta aku tiba2 tercabut kat tgh jalan..hny guna tayar spare je dr gunung datuk ke gombak..saiz pun lg kecik..bawak pun slow2..tapi tu semua dugaan..mmg best 'perjalanan' program kali ni..dr awal program dr gombak..smpai la akhir program yg balik ke rumah n smpai kul 12 mlm td..suatu pengembaraan yg menarik..

terima kasih utk semua HEWI PKPIM pusat n ajk2 yg terlibat dlm menjayakan kem mujahidah solehah..semoga ap yang kita buat ni mendekatkan diri kita dgn Allah dan mendapat redha.. semoga mujahidah2 yang menghadiri program ini akan menjadi lebih kaya dgn semangat,intelektual dan kekuatan mental dan fizikal..cool

Tuesday, February 17, 2009

wasiat HAB..

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:38 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
1) Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan,walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah al-quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik,ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana ia adalah syiar islam.

4) Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberi apa-apa faedah.

5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7) Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8 ) Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberi kebaikan.

9) Berkenal-kenallah dengan saudara muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah perkenalan dan berkasih-sayang.

10) Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada ,oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri ,maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Saturday, February 14, 2009

AMHR..

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:41 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

Aktivis M
uslimah Harapan Rasulullah

Dari : Ustadzah Yoyoh Yusroh

Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat peduli terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam surga."

Di masa baginda hidup kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semestinya. Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.

Berbeza dengan situasi sekarang, ketika banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada ditengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat sholat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!':astig::astig::astig::astig:

jom baca...

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:02 PM 4 pandangan dari kamu
Photobucket

hanis bertanya..

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:21 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
lebih kurang 2 bulan lepas ada sorg adik ni nama dy HANIS ZAKARIA. dy bertanya pd aku..

"kak..penting sgt ke BAITUL MUSLIM ni utk HEWI"-hanis

"mestila penting dik..nati akak cerita lanjut tntg baitul muslim sbb akak ade keje ni"-aku

"ok kak..nis tunggu tau"-hanis

itulah antara perbualan 'sms' aku dgn adik aku sorg tu..hehe..berminat benar dy nak tahu.tp smpai skrg aku tak ingat nk bg penjelasan pd dy..jd aku tulis kat cni je la..nanti suh dy baca..

sec peribadinya aku tgk mmg baitul muslim ni penting utk hewi @ muslimat terutama yg terlibat ngan jemaah. sbb dlm jemaah kita dah 'didoktrinkan' dgn pemahaman perjuangan,istiqamah. lantas sudah pastinya apabila seseorang muslimat itu bernikah, secara automatiknya ketaatan kepada suami adalah perjuangan yang wajib dilaksanakan.

tapi adakah dapat kita nafikan apa yang kita lakukan d zaman2 kampus dahulu dapat dilupakan begitu shj? nah,inilah kepentingan baitul muslim dapat kita lihat. menginginkan seorang suami yang sama2 berjuang menyebarkan risalah Rasulullah saw adalah idaman setiap muslimat yang aktif dalam gerakan. membantu dan bersama-sama suami yang sama2 berada dalam satu gerakan merupakan saat yang terindah di mana perkara ini lah yang membezakan pasangan baitul muslim dengan pasangan2 yang tidak terlibat dgn mana2 gerakan.

suka tgk suami isteri yg sama2 aktif..duk bincang2 hal2 masalah ummat..mmg seronok sgt tgk..
hurm...aku sec peribadinya nak jugak share pahala perjuangan tu ngan suami aku..eheheredface

tapi aku pun tak leh nk komen byk2 sbb tak baca lagi buku RUMAH TANGGA DAKWAH yg kak mariati suh bace..hehe..

tapi satu je pesan utk diri aku khasnya..jgn jadikan nak cari pasangan tu matlamat utama dlm jemaah..kalo ade niat mcm tu,betulkan balik..tak salah nk pk..tp jgn fokus sgt bab ni sbb kita ade byk lagi bab n keje yang kite kene buat n pk..

nota kaki: asif jiddan sbb entri ni mcm tak 'komprehensif'..aku ni bab menulis tak berapa pandai..kalo bercakap bleh la sket2...hurmm..masih lagi dlm proses baiki diri..

Friday, February 13, 2009

bersukan...

^_^ lina mursyidah hamzah at 3:36 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

:hi:dah dua minggu termasuk minggu ni aku n member2 kelas EDC 1701.."the organization of school co-curriculum". kitorg blaja mcm mn nak main BOLA TAMPAR selama 2 minggu..minggu2 sebelum ni hny belajar teori mcm mn nk uruskan liga, apa itu persatuan,unit beruniform..mula2 belajar rasa kelakar..tp lama2 rasa seronok..utk subjek ni siap kena buat folio lagi psl salah satu sukan yang ada..dan group ku memilih BOLA KERANJANG untuk dijadikan folio..:woooh:dah aku bygkan folio2 kami berwarna warni mcm zaman2 skolah buat folio dulu..
utk minggu depan,kami semua kena p stadium plak:ha?:..main lumba lari..balapan..tiba2 rasa mcm tanak p je minggu depan..hehehe..segan la nak main lari2 kalo ade brothers..main bola tampar ni pun brothers yg ajar..sir ajar mule2 je..sogan2..:sigh:
agak terkilan sbb tak dpt join Bedsa sport carnival pd 22 feb ni sebab time tu tgh sibuk nak panjat gunung datuk kat negeri sembilan..
btul2 rase mcm zaman skolah..kami ade rumah sukan..n aku dpt rumah biru..:wala:tp syg sgt tak dpt join..huhu...:inis:
mungkin tahun depan aku leh join agaknya..harap2 la..tak penah aku nak 'merakyat' dgn student2 edu ni..tak patut btul aku ni..huhu..
da tatau nk ckp ape..hurm...sekian..wassalam

Monday, February 9, 2009

luahan hatiku..

^_^ lina mursyidah hamzah at 5:31 PM 6 pandangan dari kamu
Photobucket
sekadar luahan hati..

alhamdulillah..aku masih lg diberi kesempatan utk bernafas..menjalankan amanah sbg hamba dan khalifah yg sudah pastinya teramat berat utk ku laksanakan..
pelajaranku juga..alhamdulillah..tugasan demi tugasan yg ku terima kadang2 terkeluar keluhan dr bibirku..sehingga aku lupa utk bersyukur kerna melalui tugasan itu yg akan menyenangkan aku di masa hadapan kelak..

mempunyai keluarga yg sgt memahami juga membuatkan aku benar2 berterima kasih dgn anugerah yang Maha Esa ini..penetapan olehNya yang menempatkan aku di UIAM dlm pengkhususan PENDIDIKAN KAUNSELING juga merupakan aturan yg sgt indah dan memudahkan utk aku bergerak..tak dinafikan,terima kasih padaMu ya Allah kerana menggerakkan hati abah utk menghadiahi aku sebuah kereta yang bisa melancarkan lagi segala urusan hidupku..

kepada shbt2 yang sentiasa memahamiku..selalu benar aku membuat silap dengan kalian..acap kali aku mengguris hati kalian namun kalian tetap sabar melayani kerenahku..walaupun aku selalu tidak dapat bersama dengan kalian namun percayalah wahai sahabatku sekelian,doaku sentiasa tak lupa ku titip buat kalian yang ku iktiraf sebagai sahabatku dunia akhirat. byk mesej2 yg tak ku balas..perlakuan dan perkataanku yang mungkin boleh diistilahkan 'cakap lepas'. hanya sejuta kemaafan yang mampu ku pohonkan..

masa yang ada tidak mencukupi utk segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. pernah hati kecilku berbisik untuk melepaskan segalanya yang tergalas di bahu. namun ada suara lain jauh di lubuk hati yang memjuk supaya tidak melepaskan apa yang telah ditaklifkan. apa yang berlaku ada hikmahnya..hikmah perlu dicari..bukan lah perlu dipersoalkan mengapa begitu dan mengapa begini..

aku seorang manusia biasa..normal.memerlukan sokongan dari insan2 yg berada di sekelilingku..keluarga,shbt2. aku sangat2 memerlukan sokongan kalian. terima kasih kepada UMI dan ABAH dan ADIK2 kerna menjadi sumber kekuatanku dalam meneruskan langkah ini. kepada shbt2..aku sedar tak byk masa aku luangkan bersama kalian. tapi fahamilah setiap detik aku bersama ngan kalian..makan bersama..mandi sungai bersama..aku sgt2 menghargai waktu itu kerna itulah waktu aku bersama ngan kalian.

kadangkala aku cemburu kerna aku tak seperti org lain yg bisa menghabiskan masa dgn keluarga dan shbt2..tapi seringkali aku memujuk diri dengan selalu mengatakan pd diri sendiri..
"lina..Allah itu Maha Adil..mungkin kau tak dapat bersama mereka seperti insan lain di dunia..dan Allah akan menggantikan masa itu di syurga kelak"
SUNGGUH ku rasa diri ini tak layak utk mencium bau syurga..namun insan mana yang mahu melangkah ke neraka..

buat sahabat2ku..
fahamilah aku sangat sayangkan kalian. aku akui aku bukan jenis yang reti tunjuk bahawa aku sayangkan kamu. tapi aku benar2 menyayangi sahabat2ku..cuma aku tak tau nak tunjuk macam mana..hny doa yang mampu ku titpkan..mungkin doa2 aku tak cukup ikhlas kerna tak smpai menyentuh hati kalian..barangkali Allah tidak menginzinkkanya lagi utk menguji persahabatan kita..

aku sekadar ingin meluah rasa..bukan ingin menagih simpati para pembaca..maaf sbb entri ni mcm skema..wallahualam

Monday, February 2, 2009

minggu ENJOY

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:03 AM 4 pandangan dari kamu
Photobucket
just nak gtau kat diri sendiri melalui blog ni..(sbb blog ni dikira tmpt nak lepaskan geram)
:ayokona:..oleh kerana CK takde langsung midterm utk 8 subjek sem ni..maka dilambakkan dgn assignment dan presentation yang berlambak2..huhu..:hilo:..lebey rela ade midterm dr kena buat assignment yang berlambak2..tu la..sem lepas terlampau relaks..sem ni..terlampau ENJOY..alhamdulillah..lectrer semua sporting n sgt best blajar..:woooh:cumanya time diberi assignment..mmg "LAGI BEST"..:sakit: dengan kredit hour 20.5..tak la banyak mcm kak sumey n abg kemey..hehehe..tapi mmg sem ni terasa SAKITNYA..:sweaty: di kesempatan ni..nak mintak maaf pd diri sendiri sbb amat la tak pandai bahagi masa..kepada member2..kepada jemaah..really sorry...:puppyeyes:saya CUBA utk siapkan semua sebelum MULTAQA NUQABA..doakan..sekian..wassalam:wave:

Sunday, February 1, 2009

takmo manja2..

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:58 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

http://muntalaq.wordpress.com/2008/11/17/bukan-untuk-si-manja/

Pencerahan bukan untuk orang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti; yang senang dan mudah =join, yang penat pula bersusah payah elak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.

Bukan juga
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia peroleh, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.

Tapi segala-galanya tak bermakna tanpa tarbiyyah.

Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan masih terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah,
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda pun.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.:puppyeyes:
 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea