^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Tuesday, March 31, 2009

peperiksaan????????????

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:55 PM 2 pandangan dari kamu



2 april - - - >CIVICS AND CITIZENSHIP EDUCATION
5 april - - - >THE ORGANIZATION OF THE SCHOOL COCURRICULUM
5 april - - - >GUIDANCE AND COUNSELING PROGRAMME PLANNING AND EVALUATION
10 april - - >MORAL DEVELOPMENT FROM THE PSYCHOLOGICAL PERSPECTIVE
12 april - - >ETHICS IN COUNSELLING
14 april - - >MORAL DEVELOPMENT FROM THE SOCIOLOGICAL PERSPECTIVE
14 april - - >CAREER DEVELOPMENT

siapa aku????

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:25 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
Ana in saaltal-qouma 'anni man ana

Andai kau tanya manusia siapa aku
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
Aku adalah Mu'min yang selamanya hidup sebagai seorang MU'MIN
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
BIar semua yang ada di sini tahu bahawa AKU
Lan anhani lan antani lan arkana
selama-lamanya takkan berlembut,takkan goyah,takkan bertolak ansur(demi ISLAMku)

Inni ra`aitullaha fi akwanihi
Sungguh aku melihat (kebesaran) Allah dalam alamNya
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
Dan aku mendengar suara kebenaran dari Qur'anNya
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
Dan aku merasai hikmahNya serta belas ihsanNya
Fi siratil-mukhtari fi imanihi
Dari Sirah insan terpilih(Muhammad S.A.W) dan dari imannya

Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
AKU adalah umpama mushaf Qur'an yang berjalan dan ISLAM yang diperlihatkan
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
Aku bagai hembusan angin meniupkan ISLAM di muka bumi
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
ALAM ini diciptakan untukku dan telah berkhidmat untukku
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara
DAN DIRIKU UNTK SIAPA? Diriku hanya untuk ALLAH,Pencipta segala-galanya

Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Aku akan menjadi BINTANG membimbing mereka yang mengembara dalam kegelapan
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat
Dan aku menjadi cahaya yang menyala saat aku melihat KEMUNGKARAN
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
Aku TIADA apa-apa,melainkan HANYA SATU JIWA untuk ku perdagangkan
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara
ku JUALKAN kepada ALLAH, dan ALLAH telah membeli


-Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi-

Sudahkah kita menjadi seperti itu?

cergas2 soleha

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:13 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
sedikit gmbr cergas2 soleha yang diadakan baru2 ini..HEWI bermain futsal.badan yang bertenaga baru la minda pun berfungsi..badan kuat, kerja pun boleh buat..

Friday, March 27, 2009

kau murobbi..bukan selebriti..

^_^ lina mursyidah hamzah at 4:52 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

Leaders are learners
- pemimpin adalah individu yang sentiasa belajar. Begitu saya diingatkan berkali-kali. Malah, satu ungkapan yang sering menjadi pegangan saya ialah saat kita berhenti belajar saat itulah kita akan berhenti memimpin - when you stop learning, you stop leading. Ya, walaupun saya bukan pemimpin dalam skla yang besar tetapi saya adalah pemimpin keluarga dan setidak-tidaknya pemimpin diri sendiri. Hakikat ini mengingatkan saya kepada perbualan bersama Pak Long - orang tua kampung saya pada minggu yang lalu.


“Kau asyik mengajar sahaja, bila kau belajar?” tanya Pak Long pada satu hari.Saya diam. Saya tahu, Pak Long bukan bertanya sebenarnya, tetapi dia mengingatkan.

“Apa yang kau selalu tulis dan cakapkan tu… betul-betul sudah kau amalkan?” Saya bertmbah diam. Selain ayah, Pak Long adalah orang yang paling saya hormati… malah saya takuti (kadang-kadang).

Namun begitu, Pak Longlah tempat saya ‘ziarah’ apabila ada sesuatu keputusan, kemusykilan atau kecelaruan berlaku dalam episod hidup saya. Sejak saya masih di sekolah rendah, hinggalah kini Pak Long adalah ‘guru’ saya.

“Saya hanya penyampai Pak Long. Apa yang saya tulis dan cakap merupakan gugusan pengajaran yang bukan hanya diambil dari pengalaman diri saya tetapi juga orang lain. Saya juga berharap apa yang telah saya sampaikan, dapat juga saya amalkan.”

“Jangan hanya berharap, berusaha!” pintas Pak Long.

“Insya-Allah,” jawab saya pendek.

“Bagus tu. Jangan menulis ‘diri’ sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.”

Saya mengangguk perlahan. Dalam maknanya kata-kata Pak Long kali ini.
“Pak Long lihat ada kecenderungan sestengah penulis asyik menulis tentang dirinya. Begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang ‘aku’nya.”

“Tapi Pak Long, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi oleh orang lain. Malah itu lebih ‘real’ daripada apa yang dialami orang lain.”

“Betul. Tak salah. Tetapi jangan keterlaluan.”

“Kenapa Pak Long?”

“Sebab, kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri.”

“Kenapa Pak Long?” Pak Long merenung tajam. Dia faham kali ini saya bukan hanya menyoal tetapi mempersoalkan.

“Pak Long lihat, penulis atau pendakwah masakini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahlah Pak Long huraikan lebih terperinci… muhasabahlah diri masing-masing.”

“Maksud Pak Long, golongan ini banyak kelemahan? Biasalah Pak Long. Siapa yang sempurna? Apakah hanya apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?”

“Tidaklah begitu. Tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya ‘lebih sempurna’ sedikit daripada golongan yang diserunya.”

“Kalau tidak?”

“Masyarakat akan kecewa, apabila melihat figur-figur yang mereka kagumi malah ingin teladani… tidak seperti yang mereka harapkan.”

“Pak Long, sejak dulu kita diajar bertoleransi dalam hal-hal yang begini. Pendakwah tidak sempurna seperti ‘bahan’ dakwahnya. Begitu juga Islam, dengan umat Islam. Islam sentiasa hebat, tetapi muslim adakalanya hebat adakalanya tidak, bergantung sejauhmana mereka mengamalkan Islam itu sendiri!”

“Hujah lama,” balas Pak Long.
“Tapi masih relevan… Pak Long,” saya seakan merayu.
“Kalau hujah tu diputar-balik begini macam mana… Ya, kalau Islam sentiasa hebat tetapi umatnya belum tentu. Jadi kalau begitu, di mana letaknya keupayaan Islam dalam menjana kehebatan umatnya?”

Sahih, saya terperangkap. Seperti biasa, hujah Pak Long akan bertambah gagah, kalau disanggah. Justeru, kerana itulah saya selalu ‘melawan’. Pak Long bukan guru - kau diam, aku cakap! Tetapi dia adalah guru yang ‘demokratik’ - prinsipnya: Mari sama-sama kita cari kebenaran.


“Kau tidak pernah terbaca tulisan Dr. Yusuf Al Qaradhawi tentang kelohan seorang intelektual Barat yang baru memeluk Islam? Apa keluhannya?”

“Maha suci Allah yang telah memperkenalkan aku Islam sebelum aku mengenal muslim…”

“Tahu pun. Jika intelektual itu kenal muslim, mungkin dia tidak tertarikpun untuk memeluk Islam. Jadi dari segi tertib…siapa yang kita nak perkenalkan dahulu? Muslim atau Islam?”

“Islam Pak Long,” saya akur. Tunduk.

“Ya, itulah maksud Pak Long… pendakwah atau penulis, mesti mengenegahkan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personalitinya. Bawa orang kepada Allah, bukan kepada diri, bawa orang kepada Islam, bukan kepada produk atau kumpulan. “

“Terimakasih Pak Long… selalu-selalulah ingatkan saya.”

“Ingat pesanan Pak Long ni… pendakwah adalah seorang murabbi bukan selebriti!”

sumber:genta-rasa

Wednesday, March 25, 2009

uzlah qiyadah PKPIM-GAMIS-KARISMA-TERAS

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:42 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
usai menjawab quiz subjek guidance and counseling and planning program and evaluation, aku bergegas ke masjid abu bakar di bangsar untuk menghadiri uzlah mahabbah qiyadah PKPIM-GAMIS-KARISMA-TERAS. tazkirah yang diberikan oleh presiden gamis tidak dpt ku ikuti kerana ketika itu masih lagi berada di uia.

alhamdulillah, Allah memberi aku peluang utk mengikuti kuliah dari DR.FARID SHAHRAN(DFS) dari awal hingga akhir. terlalu banyak yang aku perolehi, ingin sekali aku berkongsi di sini beberapa mutiara ilmu yang sempat ku tangkap dan ku simpan dlm kotak ingatanku.

Peranan ilmu dalam konteks untuk melakukan perubahan antara isi penting yang tersemat di ingatanku. Proses pengislahan dari keadaan yang buruk kepada baik dan dari keadaan baik kepada yang lebih baik memerlukan ilmu yang harus diserap di dalam pemikiran untuk dijadikan ideologi bagi melestarikan 2 tanggungjawab sebagai khalifah, iaitu ta'muru na bil ma'ruf wa tanhauna 'anil munkar.

mengimbau kembali asbab turunnya Rasul kepada ummat manusia adalah untuk membetulkan qidah, jiwa dan pemikiran manusia. pemikiran merupakan aspek yg penting dalam pembentukan jiwa manusia. boleh di rujuk pada entri ini. dari ilmu la akan lahir pemikiran, pembentukan jiwa dan pemahaman aqidah manusia.

DFS juga ada menyebut mengenai proses pembinaan generasi berdasarkan buku yang menjadi pilihanku di kanan blog ini. Salahudin Al-Ayubi dibentuk dan dilahirkan dari tokoh2 terdahulu seperti Al-Ghazali ,Abd Qadir Al-Jailani, Nurudin Az-Zinki. Pembentukan generasi seperti Salahudin Al-Ayubi, memakan masa yang panjang sesuai dengan proses2nya yang teliti dan teratur di mana konsep memberi perhatian kepada individu yang diamalkan oleh Al-Ghazali memberi impak yang besar kepada dunia Islam ketika zaman kegemilangan apabila Al-Quds berjaya di tawan oleh generasi Salahudin. Rasulullah saw sendiri pun menggunakan konsep mendekati individu kerana dari individu lah akan lahirnya beberapa kelompok individu yang dipanggil masyarakat. Penguasaan dari segi psikologi amat penting dalam memastikan agenda pembentukan generasi ini dpt dicapai. Dr. Majid Irsan Kailani menukil di dalam bukunya 'kEbangkitan Generasi Salehudin dan kembalinya jerusalem ke pangkuan Islam' .."jika mahu melakukan perubahan, ia haruslah bermula dengan pemikiran" jelas sekali bahawa peranan ilmu sangat penting di dalam semua aspek dalam kehidupan. Dari pembacaan, perbincangan, akan melahirkan dan mengembangkan pemikiran seseorang.

itulah antara intipati yang kuperoleh di dalam kuliah td. usai kuliah, sesi taaruf di jalankan..mungkin kerana agak gugup berada di kalangan saf pimpinan yang hebat2..membuatkan diri ini ter'malu' seketika..tak biasa sgt bercakap kat depan org ramai..insyaAllah, sem 1 akan dtg ni aku telah pun mendaftarkan diri utk kelas PUBLIC SPEAKING subjek ccac skill di uia..nak dekat tahun 2 dah aku upenye..dan malam ni aku epi sgt sbb akhirnya dpt juga aku jumpa kak nurul shuhada sbb aku mmg peminat setia blog dy..hehe..

MOGA UKHWAH YANG TERJALIN PADA MALAM INI AKAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIRNYA..KITA MEMPUNYAI MATLAMAT YANG SAMA MERUPAKAN TITIK KESATUAN KITA SEMUA..

wallahu'alam

nota kaki: lagi ulasan dr presiden pkpim di cni..

Monday, March 23, 2009

jwb tag lagi...

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:19 PM 2 pandangan dari kamu
Photobucket

tag dari cik fiza...

1. Kenapa kamu berblog?
sbb blog ni dari lepas spm lagi..utk jadikan tmpt perkongsian..
2. Apakah method penulisan dalam blog kamu?
bergantung pd mood..
3. Antara rupa dan isi blog, yang mana lebih kamu utamakan?
pd pendapat sy rupa menjadi pilihan..sbb sy suka baca seswatu dengan keadaan mata sy selesa
4. Adakah kamu meletak widget lagu di blog kamu? Kenapa kamu memilih lagu tersebut?
tak letak..hny letak radio nasyid.fm..sbb dy ade byk lagu
5. Antara banyak-banyak artikel di blog kamu, yang mana paling kamu suka dan kenapa?
6. Pernah terasa nak hapuskan blog kamu? Sebabnya?
pernah je..sbb org da tau ni blog kite..hehe
7. Apakah pendapat kamu mengenai blog kepada pemilik blog yang tag kamu ni?
blog dy best...byk info yg sy leh dpt..cute je!
8. Senaraikan 5 orang yang akan kamu tag.
kak syafaf,azrul,azym,fatimah,abid
9) So far apa yang anda tahu tentan,g pemilik blog yang tag anda?
orang kelantan..sgt baik orgnye..dy org petama yang makan sedulang dgn sy waktu kat al-amin dulu..pandai..skrg kat uia kuantan..jujur..setiakawan

Friday, March 20, 2009

air mata...

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:44 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api
neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
? Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi .a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
From : the gravediggers anonymous & those beautiful houris
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

di luar jangkaanku..

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:22 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
meneliti kembali entriku di sini, setelah dilalui hari2 itu..tak semua perkara yang aku dapat lakukan. Subhanallah, perancanganNy benar2 perancangan yang indah buat diriku..
antara agenda yang tidak dpt kupenuhi..

-kursus 'setup' tadika asbabnya balik dr kursus latihan praktikal dakwah lewat..
-TOF UNISEL asbabnya aku mendapat panggilan kecemasan dr abah yang meminta aku utk pulang ke kampung untuk menghadiri majlis pernikahan sepupu aku yg agak rapat denganku..usai ujian INSAK, aku terus memandu bertemankan iqa,naimah,kak maziah n kak suliyati ke jerantut..pertama kali mereka melihat jerantut..hehe..
-muktamar PKPIM UIAM juga tak dpt ku ikuti sehingga pengakhirannya..kerna aku bergegas ke raub untuk berjumpa dengan adik2 kembara ipt dr IKATAN..

subhanallah...aku sungguh kagum dengan perancangan yang Maha Esa..menjejakkan kaki di bait baru di kampung membuatku rasa tenang..bersama2 dengan shbt2 membuatku senang..dikelilingi kanak2 riang...hilang segala resah yang bertandang..kegembiraan memenuhi seluruh ruang hati dan perasaan..diusik oleh abah..saudara mara membuatkan aku begitu bahagia..kalau lah boleh aku menetap di kampungku,alangkah indahnya! tapi saat ini, masih ada perkara yang aku selesaikan..usai ia selesai..mungkin saban minggu aku cuba utk pulang ke kampung halamanku...

21 mac - peperiksaan akhir utk subjek halaqah 2
21-22 mac - kuliah pengajian kitab di kolej dar hikmah (jom p rmai2)
24 mac - uzlah qiyadah PKPIM,GAMIS,TERAS,KARISMA
28 mac - qiyamullail perdana + cergas2 solehah

aktiviti2ku yang masih berbaki untuk bulan MAC ini...kita boleh merancang dan Allah juga merancang..sebaik2 perancangan adlh perancangan Allah kerana hanya DIA tahu apa yang terbaik utk hambaNya..

Wallahu'alam

Tuesday, March 17, 2009

wahai ummat quran: HASAN AL-BANNA

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:15 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan bumi dengan langit tidak patah atau terputus.

(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan,barisan dan kesatuan umat!
Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

(2) Worabbaka fakabbir
Besarkan Tuhanmu, di atas segala!
Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa. Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

(3) Wathiabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!
Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat engkau jalankan. Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda. Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini. Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini.
Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia.

(4) Warrujza fahjur !
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat!
Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu. Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu daripada maksiat dan mungkarat dan dosa dan noda. Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.

(5) Wala tumnun tastakthir’
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!
Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dan manusia. Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntungan benda dan material. Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan pegangan? Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.


(6) Walirabbika fasybir !
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!
Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan.
Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah. Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan.

Haza dzikrun!
Inilah enam peringatan dan enam arahan!
Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru. Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama?
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua.

Dipetik daripada buku usrah dan dakwah: Hassan albanna

http://ustazfadhil.blogspot.com/

tag pertama untukku...

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:16 PM 4 pandangan dari kamu
Photobucket
dapat dari kak siti..mekasih kak...

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
titipan mifqiah...sbb aku suka tulis n copy paste apa yang aku nak..
mrgreen

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://mifqiah.blogspot.com..timbul idea nama ni dari form 3 lagi..member2 al-amin mesti tahu psl nama ni..tertarik ngan nama ni tapi tatau maksud..biggrinbiggrin

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
ikut mood la..kalo rasa nak ber'emo' maka hasilnya jadi emo la..tp biasanya santai2 je..

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
pernah je..sbb tanak org tahu ni blog kepunyaanku..konon2 nk buat private..tapi tak jadi la pulak..huhu

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
kak siti..seorg yg sgt romantis..suka sgt2..baik orgnye..walopun tak pernah bersua muka..tapi permintaan lina tak pernah kak siti hampakan..mekasih kak..

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
azrul, kak jie, kak marwah, hafizah hasyuden,azym

Tuesday, March 10, 2009

alhamdulillah..bestnye!!!!

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:16 PM 2 pandangan dari kamu
Photobucket
memula, aku tak plan nk balik umah ari ni. tp td tiba2 dpt lagi satu tugasan baru dr pensyarah memaksa aku utk balik gak umah cari bahan kat internet..hehemrgreen. lalu memandu la aku dari uia gombak ke taman melewar..

tak kusangka..mlm ni abah ajak dinner kat luar..abah,umi,aku,dilah,husna,amin,azim n mursyid pun kuar la naik kereta n g la makan..suka btul aku tgk umi abah gurau2 dlm kereta. tgk diorg ni mcm baru kawin pun ade..hehe..:blush:. ditambah pulak ngan lawak adik2 aku yang 3 org tu,tergelak2 tiga anak dara pasangan hamzah n hasnah ni..nak nangis je aku rase sbb da lame sgt tak dpt 'spend' masa mcm ni..tapi syg..lagi 3 org takde..nani,fifa n hafiz takde..kat asrama..

bila da smpai kedai makan, aku pun pesan la horlick ais n tomyam n nasi..n aku mintak sate..aku ni hantu sate sket..sate daging la sudah pastinya..hehe..byk tul aku makan..:woooh: pastu bila pesanan sate smpai kat meja kitorg, org yg jual sate tu ckp rm7 semuanya..sbb abah pesan 10 je..anak dara sulung dy nak makan..tp aku makan sebatang je..hehe..sbb umi ckp dy tanak makan nasi..umi ckp nk makan sate je..aku pun nak gak merasa nasi + tomyam nati..

"mahalnya rm7...singgit satu cucuk.pakdin lagi murah..6posen je.."-aku

"ha'ah..pandai btul matematik..10 batang sate harga rm7..satu singgit"-abah

yg laen semua da gelak2..(umi,dila,husna).mula2 tu aku tak dpt tangkap nape diorg ni gelak..pastu..

"dah tu bukan bidang dy.."-umi

pastu baru la aku paham..upenye sebatang 7posen je secucuk.aku plak gelak sorg2..yg laen dah benti gelak dah..tu la aku..tak suka math dr kecik lagi..huhu..basic pun leh kantoi..adeh..malu2
:blush:..

tapi hari ni aku gembira sssgggttttt....alhamdulillah..sbb ade hikmahnya Allah aturkan aku balik jugak tido umah malam ni..sbb dpt sama2 gembira ngan fmly..suka sgt2...kalo tetiap malam mcm ni lagi best..tp aku kena sedar..setiap ahli fmly aku ade komitmen masing2..komitmen terhdp ummat..kecuali yg kecik2 tu (azim,amin,mursyid) tak terikat lagi dgn komitmen lain2..pagi esok abah ke jerantut..aku plak ke sime darby..umi tetap tlg uruskan bisnes..amin,azim,mursyid ketiga2 mereka pengawas skolah(azim, mursyid)..pengawas pusat sumber(amin) ada lawatan..

dan sesungguhnye perjalanan balik kmpung duk dlm kereta tu pun satu masa yang sgt indah bg kami sekeluarga..syg semua!!!

Sunday, March 8, 2009

khas utk cik ct sbb smlm tak balas mesej dy

^_^ lina mursyidah hamzah at 5:47 PM 4 pandangan dari kamu
Photobucket
pada mulanya,aku membuat keputusan untuk tidak pergi ke demostrasi isu PPSMI niat nak siapkan tugasan dari pensyarah tapi bila difikir2 kembali..kalau bukan skrg bila lagi..tak smpt nk tuka bj, aku redah je ngan jubah2 n beg laptop kat blakang. beramai2 bertolak dari klcc--->pasar seni. turun -> jalan kaki smpai masjid negara. semua solat zohor dulu..

abes solat zohor ada ucapan 'aluan2' sket dr wakil2 yang nak bg ucapan. wakil PKPIM mesti la ade..
mrgreen.abes sesi ucapan,berarak la kami ke istana negara. ngan hujan2 tu redah aje.agak seronok berada dalam 'laungan takbir'.cumanya yang politik2 tu tak gemar la dgr sbb ni kan perhimpunan psl bhs..hurm..tiba2...smpai kat divider,ade la mcm tinggi pinggang aku..dalam hati aku..'aisey..tak bleh ni' dah rasa mcm nk patah balik dah..tapi kuasa ALLAH bagi,aku lepas lompat divider tu..

terus lagi berarak..dan berarak..laungan takbir bergema..makcik2 pakcik2..adik2 semua berarak..yg pakai wheel chair @ kerusi roda pun pegi. tapi depan tu kena sekat. dah kena daki bukit plak. aku ni ngan berjubahnya mula2 tak yakin.tup2 je..abg wan tegur aku..terkejut sgt..dy ni dtg dr mane tibe2 muncul..questionpastu ALLAH tlg lagi..aku panjat jugak bukit tu ngan dimulakan dgn langkah longkang.ada pakcik tlg..naik tu mmg tawakal la..harap2 sandal BATA aku ni tahan sket. nak smpai puncak bukit,aku capai tangan org yang tlg2 utk naik..maka naik lah kami dengan berjubah.aku ngan kak khairiah pakai jubah waktu tu.

naik2 je..kena gas pemedih..dari bawah bukit dah rasa..ni dy tembak lagi..serius!!!!mmg pedih dan memeningkan..:hilo: baru la aku tahu knp org tak suka FRU tu..aku rasa mcm tak keterlaluan aku ckp derang ni mmg KEJAM!!!! tembak tak henti2..ramai gak pakcik2 yg prihatin ngan kami ni..bagi air garam,garam..aku ni petama kali amik garam sapu kat satu muka. berlari2 la aku,kak khairiah,kak mai,kak mariati dan diiringi abg khairullah n abg wan..cari tmpt utk berlindung sbb asap dy mmg sadis btul rasanya..(mcm mn la agak2ny kalo kat palestin..mesti lg sadis:argh:) tgh2 berlari tu..kena lagi asap..kali ni lagi teruk..ya ALLAH..FRU ni takde hati perut ke? sian makcik2 pakcik2..adik2..aku tatau nk ckp ape..mmg KEJAM..org2 awam dah menyumpah2 ckp diorg ni "ZIONIS..YAHUDI" dan aku tatau nape aku stuju ngan gelaran tu..

abg wan n abg khairullah usaha cari jalan keluar untuk balik ke masjid..tgh2 cari jalan kena lagi..n berlari2 la kami..n terserempak ngan kak asma yg terpisah sorg2 dy..alhamdulillah..jumpa kami..
kami pun lari lagi turun ke bawah...nak balik ke masjid..yg aku tak puas hatinya..jalan ke masjid pun tak leh balik sbb diorg sembur air asid tu kat masjid..kitorg duk tgh2 jalan..(tp kat bhgn tepi la) bila mcm dah reda..baru la kitorg gerak ke masjid..dan yg paling tertarik hati..ada sorg budak perempuan kecil dlm perjalanan tu bercerita tentang perjuangan RASULULLAH SAW lagi hebat..apa yg kita lalui ni secebis pun tak smpai..kagum ngan budak tu..petah dan matang..tgk2 dlm linkungan darjah 5..kalau dah anak2 kecil sekolah rendah pun bantah PPSMI ni,knp perlu diteruskan lagi? yang menderita RAKYAT..generasi muda..

smpai je masjid negara, solat asar n PKPIM buat keranda n gimik mcm solat jenazah kat keranda tu. sesi bergambar2 semua n bersurai balik ke KLCC balik untuk mesyuarat selari..
tu je kot..wallahu'alam

notakaki: terima kasih utk seseorang sbb sgt prihatin dan memberi kata2 semangat utk aku 2-3 hari ni n terima kasih jugak sbb tlg belikan air..walaupun air tu rasa garam..hehe..

5 nilai penting yang...

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:31 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
"Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."(al-anbiya':107)

Rasulullah diutuskan utk menjadi pemberi rahmat kepada semesta alam. setelah baginda wafat, seharusnya kita yang masih hidup wajib menyambung risalah 'rahmatan lil'alamin' yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw.5 nilai penting dapat digariskan untuk mencapai misi rahmatan lil'alamin seperti ayat di atas. menurut en Azam dalam slot ceramah DAKWAH:MENGAKAR DAN MERIMBUN pada KURSUS LATIHAN PRAKTIKAL DAKWAH baru2 ni di masjid As-Syakirin KLCC,5 nilai penting yang harus ada di dalam diri setiap daie untuk mencapai misi rahmatan lil'alamin ialah:

- nilai intelektualisme
pembudayaan ilmu sgt penting dlm diri setiap insan. wahyu pertama yg Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah 'IQRA'. Allah tidak menjadikan politik,kerohanian,teknologi sebagai seruan pertama untuk kaum Muhammad SAW tapi Allah menekankan ILMU. Kepentingan ilmu tidak sama sekali dpt disangkal kerana dari ilmu lah kita bisa memahami apa itu politik,apa itu kerohanian apa itu agama dan apa itu teknologi.

-nilai spiritualisme
hubungan dengan Allah amat penting untuk dijaga. Ungkapan 'hablu minallah hablu minannas' sering kali menjadi ungkapan yang bermain di bibir2 mujahid dan mujahidah Islam. namun sejauh mana kah kita memahami 'peribahasa' itu? tepuk dada, tanya la iman..

-nilai aktivisme
mencipta ruang yang tiada kepada ada. tidak dinafikan amat susah untuk memulakan sesuatu perkara yang sepatutnya ada dalam masyarakat kita. analogi yang sy dpt untuk menentukan samada sesebuah masyarakat itu 'sihat' atau tidak adalah tgk pada masjid di kawasan itu. jika masjidnya sentiasa penuh 5 waktu solat, mmg diakui masyakat di kawasan itu pasti 'sihat'. hakikatnya di malaysia kita boleh tgk dan kira brp masjid je yang 'menyihatkan' sesebuah masyarakat di kawasannya.

-nilai ummatisme
nilai ini yang akan menampakkan kita sebagai org yang jenis 'ummah centric'. keprihatinan terhadap isu ummat tanpa mengira siapa yang memulakan isu itu dulu sangat perlu dititik beratkan. melihat dulu persatuan mana yang menimbulkan isu dan ingin membuat agenda ummat tak sepatutnya dijadikan kayu ukur untuk sama2 bersatu dlm menangani masalah ummat. bila dikatakan isu ummat, haruslah kita sama2 berganding bahu untuk sama2 turun. perkara yang baik kita sokong,perkara yang mungkar kita tegur dan cuba betulkan.

-memahami konsep globalisme
ummat islam bukan hanya di MALAYSIA. kita harus sedar bahawa kita juga ada peranan di peringkat global. mmg benar, kes dalam malaysia pun tak selesai lagi ni kan pula nak sibuk2 tlg negara org.persoalannya di sini, apakah kita harus berdiam diri melihat isu2 yang menlanda dunia? isu yang berkaitan dgn agama,penindasan saudara2 kita dan isu ekonomi misalnya yang sgt memberi pengaruh yang besar dlm hidup kita. kita boleh butakan mata dan pekakkan telinga namun smpai bila kita boleh tahan untuk terus mencipta hijab antara kita dengan dunia luar? fikir2kan lah..



Friday, March 6, 2009

harus aku penuhi..bulan yg sibuk

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:56 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
1 mac - hari keluarga pkpim
6 mac - kursus latihan praktikal dakwah
7 mac - demo ppsmi
-mesyuarat selari
8 mac - amanat presiden
-kursus 'set up' tadika
-pengijazahan kitab n 30 selawat oleh syeikh fuad
*mcm kena rushing giler je ari ahad ni..
9 mac - maulud Nabi saw
- perjumpaan wadah-helwa-hewi
10 mac - hantar tugasan cikgu tahrim
14 mac - INSAK
- TOF UNISEL
*kpd warga2 unisel, insyaAllah lina akan dtg lepas exam INSAK
15 mac- muktamar PKPIM
17 mac - hantar tugasan encik siraje
20-22 mac - kuliah pengajian kitab
28 mac - cergas2 solehah

nota kaki: sesaje je buat modal bg blog dikemaskini..hehe..bulan april plak penuh ngan peperiksaan akhir..dan bulan 5 pun bley tahan jadualnya ditambah lagi dengan akan mengambil pengajian utk semester pendek..:wave:

Wednesday, March 4, 2009

moh ler kita p ramai2...

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:04 AM 0 pandangan dari kamu

Tuesday, March 3, 2009

mcm tu rupanya

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:25 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucketaku g byr saman ari ni. .tp aku sesat.:ha?: last2 aku amik keputusan ikut papan tanda ke kepong dan terjumpa plak papan tanda susur keluar ke FRIM. aku pun tawakal je la..amik jalan tu n terus je jalan..pastu jumpe mydin aku pun benti tgh jalan..aku membuat panggilan pada 2 org abg aku untuk bertanya tentang jalan. abg pertama yang aku tanya dy ckp nak dekat2 dah tu..dy cadangkan tny org sekeliling. tiba2 abg kedua plak call n aku ckp aku kat mydin bla3....pastu abg kedua suh aku terus je. pastu aku jumpa papan tanda balai polis gombak n ngikut je papan tanda tu dan alhamdulillah smpai pun..:sigh:

masuk la dlm balai tu tanya mana nak pergi dan aku pun amik pas pelawat kat pondok polis n g la kat tmpt trafik. aku da kuar duit rm300 siap2..maklumla..pengalaman pertama..ehehemrgreen

rupa2nya aku punya saman tu tak di key in lagi tp akhirnya dpt la gak byr..alhamdulillah..aku diam je..nak merayu mcm mn ni..mintak dikurangkan:hilo:belum sempat aku bukak mulut buat rayuan,kak sakinah(polis trafik pempuan yg jaga kat kaunter tu aku tgk kat tag dy) "adik kena byr RM40 je" alhamdulillah...jmat kos!!..aku tanya polis tu nati bg kesan tak kat point aku sbb aku ni P lagi. dy ckp tak kena..
:sweaty: sekali lagi aku mengucapkan syukur padanya. dlm perjalanan pulang aku sesat lagi..tak jumpa jalan balik. last2 aku jumpa bas rapid kl..aku pun pk bas ni mesti nk g menghala kuantan..akup un tawakal ngekor je blakang bas tu dan alhamdulillah..jumpa gak jalan..

kat cni aku nk buat ucapan sket. terima kasih pd umi abah sbb mengajar aku erti idup..syg sgt umi abah..abah train aku mmg best..buat aku berpikir dan berdikari..mekasih abah...
mekasih gak buat seorg insan yg slalu tlg aku ketika aku dlm susah..da byk kali da aku mintak tlg dy..penah gak aku berjanji tanak mintak tlg dy..tp 'ter' mintak jugak tlg ngan dy..

:inlove:TERIMA KASIH PADAMU YA ALLAH KERANA TANPA IZIN DARIMU,MEREKA TIDAK AKAN HADIR DALAM HIDUPKU..

Monday, March 2, 2009

akhirnya aku kantoi...

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:36 PM 6 pandangan dari kamu
Photobucket
lepas je isi minyak kat shell ginwud aku terus ke highway nak ke nilai amik adik aku. sbb dy da abes peperiksaan terakhir utk sem ni. dlm perjalanan ke sana, aku tiba2 nampak beberapa polis trafik. dengan pandainya aku g benti tgh jalan n pakai tali pinggang keledar(TPK). sememangnya aku tak suka pakai sbb rasa lemas.
tapi aku redha sbb aku ditahan jugak akhirnya. tajam sungguh mata polis2 ni.dari jauh da leh detect yg aku pakai TPK tgh2 jalan. akhirnya aku dpt surat cinta dr pak polisi yang sgt garang mukanya. aku nak senyum pun takut.huhu..
aku pun cuba positifkan diri..ap yg aku pk...

1. bagus gak kena saman ni..sekurang2ny aku phm perasaan org yg kena sama..
2. merasai pengalaman cuak kena saman..
3. nak g pejabat polis ape ntah kat selayang untuk bayar saman..aku plak jenis yg tak tahu jalan..ni peluang aku nak kenal jalan2 kat sekitar selayang ni..
4. leh survey2 harga saman...ade yg kata aku kena masuk court..ada yang kata aku kene bayar 4m40-rm80..ada yang kata aku kena byr 300..akupun tatau mane satu btul
5. patut la aku rase mcm tanak belanjekan rm500 terakhir ptptn aku.niat di hati nak simpan utk pesta buku..tp rasanya mcm kena habiskan utk pesta saman je..hehehe..

tp ape2 pun..esok aku nak g kat pejabat yg aku kena pegi tu kat selayang..brp kena bayar..kena masuk court ke tak..akan diketahui esok..lenkali aku kena la pakai TPK walopun rase mcm nak tercekik je tekak..huhu...:woooh:

isteri perkasa???

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:13 AM 0 pandangan dari kamu


Isteri perkasa

Mereka mahukan muslimat perkasa
Yang mampu berdikari
Yang mampu bercakap di tengah demonstrasi
Yang lantang bersuara memberi pandangan
Yang mampu mempertahankan hak dan perjuangan
Cuma dia rasa seperti mahu bertanya


Mahukah mereka pada isteri perkasa?
Acapkali terkena sejuknya angin malam
Kadang- kadang panas terik dan juga hujan
Terpaksa bersaing dengan pelbagai kenderaan
Yang selalu memberi pandangan atau kritikan


Namun dia berserah dan cuba
Untuk tidak ambil kisah
Baginya dia mahu jadi seperti saidatina Fatimah
Kuat hatinya seperti Nusaybah
Penuh keibuan seperti saidatina Khadijah
Cerdik aqalnya sepeti saidatina Aishah
Agung cintanya seperti Rabiatul Adawiyah


Dan dia tak boleh duduk diam di dunia sekarang
Kerna musuh itu sedang menyerang
Sister in Islam, Secularisme, Pluralisme
Jadi dia perlu terus bergerak
Mempertahankan Islam dan kebenaran
Membantu para muslimin di medan juang
Walau kadang dia bertanya
Perlukah sebagai muslimat, isteri, ibu
Untuk terus berdiri di medan perjuangan?


Apapun dia sentiasa katakan pada diri
Bahawa hidup ini hanya untuk tuhan
Manusia itu hanya sandaran
Jadi biarlah tuhan yang menentukan
Cuma dia ada satu soalan untuk para pejuang
Jika mahukan muslimat perkasa,
Bersediakah anda menerima isteri perkasa?


dipetik dari rehlah2syahid.blogspot.com

10 M.T

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:25 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
kali ni nak share plak pasal 10 MUWASAFAT TARBIYAH..jom baca!!!

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Sunday, March 1, 2009

rindu sgt....

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:02 PM 2 pandangan dari kamu
Photobucket

sunyi..cry..tanpa suara amin,azim mursyid..3 khalifah kecil yang selalu menghiburkan hati aku..
tahun ni amin atau nama ikut surat beranak dy..abdul halim al-amin da masuk darjah 5..abdul hakim al-azim da masuk darjah 4..si kecil abdul muhaimin al-mursyid plak dah masuk darjah 2..waktu skrg ni mereka semua mungkin dalam perjalanan balik ke gombak..sunyi sgt kalo mereka ni takde..mustahil utk aku bagi diorg ni membesar..skrg kat umah tinggal 3 org je..nati semua da g asrama..sape nak main ngan aku..sape nak hiburkan hati aku..aku nak bermanje ngan sape..tanak bg diorang besar!!!::(. kalau da takde budak2 kat umah ni..mmg muram durja la idup aku..aku abes lagi 4 tahun..tahun aku grad,mursyid darjah 6...ok la kot..tp aku tetap perlukan diorg ni...sbg teman aku..

:inlove:
ni gambar abdul hakim al-azim
ni plak si kecil abdul muhaimin al-mursyid
ni abdul halim al-amin...

rindu....cepat la balik....:puppyeyes:
 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea