^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Saturday, May 30, 2009

hanya 3 kali...

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:37 AM 2 pandangan dari kamu
Photobucket 
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah.Aku bertanya pada Ibu. "Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah...?" 
Maklumlah, ini pertama kali aku berumrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya menunaikan untuk Umrah di bulan Julai 2007 yang lalu.Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku mempunyai kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata,"Luqman, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..."
Keningku berkerut."Sedikitnya Allah memanggil kita...?"Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala. 

 

"Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu. "Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih tenang, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, baik hambaNya itu menjawab panggilan azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya ketika hari Kiamat nanti". Saya terpaku,mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meetinglah, sibuk berurusan dengan rakan sepejabatlah, dan lain lain. Masya Allah. 

 

Ibu menyambung, "Luqman,panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. 
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" .Seorang hambaNya mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labbaik", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu". Mata saya semakin berkaca-kaca.Subhanallah.Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.Alhamdulillah... 

 

"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebiasaan, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Luqman, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. 
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.Insya Allah syurga adalah balasannya..." 
Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.
  Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan kain Ihram dan berniat.Aku menjawab panggilan UmrahMu,ya Allah, Tuhan Semesta Alam.


sumber-> http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1679

Thursday, May 28, 2009

3rd award

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:02 AM 2 pandangan dari kamu

mekasih skali lagi adik suhana sbb bg akak award ni...ukhwah award..besar nilainya ni dik..'ala kullihal..syukran jazilan..moga ukhwah kita 'hidup' mewangi hingga ke negara abadi..biarpunjarang chatting tp percayalah doa yg kita saling titipkan menjadi pengikat hati kita..syg awk!

award ni nak bagi kat...

1.afzan comey

2.fidz

3.kak saidah

4.kak mariati

5. kak syafaf

6. islinda

nota kaki: anda kena copy paste gambar award tu ke blog anda..kalo nak bagi sape2 pun boley..

halaqah ilmuan muda (HAKIM) pada 27 MEI 09 dI RUMAH DR.MOHD FARID MOHD SHAHRAN

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:51 AM 0 pandangan dari kamu

Photobucket

“Perlakukan pihak lain itu sebagaimana kamu ingin diperlakukan oleh mereka”:

                                         Satu Pengamatan Awal terhadap The Golden Rule  

                                                            Dr. Mohd Zaidi b. Ismail
                                                           Fellow Kanan / Pengarah
                   Pusat Sains dan Teknologi,Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Latarbelakang dan Erti The Golden Rule
Kira-kira satu setengah dekad yang lalu, pada bulan September 1993, bertempat di Chicago, Amerika Syarikat, telah dianjurkan satu “Dewan Perwakilan Agama-Agama Sedunia” (Parliament of the World’s Religions) yang dihadiri oleh sejumlah individu daripada pelbagai agama dan suku-bangsa. Mereka kemudiannya telah menandatangani satu perisytiharan yang telah didokumentasikan dan yang kini dikenali sebagai Declaration Toward a Global Ethic (Deklarasi Ke Arah Etika Sejagat). Dalam Bahagian Pendahuluan kepada Deklarasi tersebut, dinyatakan antara lain bahawa “Kita mesti perlakukan pihak lain itu sebagaimana kita ingin diperlakukan oleh mereka” (We must treat others as we wish others to treat us). Pernyataan ini merupakan sesuatu yang menyusul daripada pengisbatan mereka bahawa “sudah sedia terdapat satu kumpulan nilai-nilai teras yang sama dalam ajaran-ajaran agama-agama itu yang merupakan asas kepada suatu etika sejagat” (We affirm that a common set of core values is found in the teachings of the religions, and that these form the basis of a global ethic). Pernyataan itulah, bersama-sama dengan beraneka bentuk olahan dan ungkapannya, yang dirujuk pada umumnya sebagai The Golden Rule (Lunas Panduan Paling Berguna). Adakalanya, ia dinamakan “Etika Timbal-Balik” (The Ethic of Reciprocity), dan oleh sebahagian pihak, “Etika Peralihan Sudut Pandangan” (The Ethic of Transference of Perspective). [Untuk rujukan seterusnya dalam Kertas Kerja ini, Lunas Panduan ini akan diringkaskan sebagai GR.] 

Bukannya sesuatu yang asing lagi bahawa GR sering dipetik dan dimajukan dalam pelbagai karya, ucapan, majlis dan pentas yang berupakan “Dialog Antara Agama dan Peradaban” sebagai asas kepada persefahaman dan kerjasama antara warga pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama. Sukar juga untuk dimungkiri bahawa GR memiliki ciri-ciri yang melayakkannya dianggap sebagai halwa telinga meskipun baru pertama kali kedengaran. Bagi para Pendokong kepada GR [selepas ini diringkaskan sebagai PGR], GR layak dinobatkan sebagai piawaian yang digunapakai oleh pelbagai agama dan bangsa dalam menyelesaikan pertembungan dan pergolakan yang berlaku sesama mereka; malah, ia semakin dirasakan sebagai sesuatu yang mendesak dalam ruang-lingkup dunia tanpa sempadan kini yang dicirikan oleh hubungan timbal-balik antara warga pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama yang jauh lebih kerap berbandingkan masa-masa yang lalu. 

Menurut jangkaan PGR, apabila orang ramai menerima GR, mereka juga akan turut menerima cita bahawa setiap seorang manusia itu berkongsikan beberapa hak asasi manusia semata-mata atas dasar bahawa mereka itu manusia. Sehubungan dengan itu, “Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu Tentang Hak-Hak Asasi Manusia” (United Nations Universal Declaration of Human Rights (UDHR)) seringkali dianggap oleh PGR sebagai bukti bahawa ia semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa. Sebahagian PGR bahkan mendakwa bahawa kegagalan terbesar “agama-agama yang dilembagakan” (the organized religions) ialah ketidakupayaan mereka pada masa-masa yang lepas untuk meyakinkan para penganut mereka bahawa GR ini sebenarnya melibatkan semua manusia, bukan hanya para penganut agama-agama tersebut sahaja. Oleh kerana itu, mereka ini mendesak agar agama-agama yang ada menggesa para penganut mereka untuk menggunapakai GR apabila berhubung dengan pelbagai PIHAK YANG LAIN (THE OTHERS)—iaitu: orang-orang perseorangan daripada agama yang lain, jantina yang lain, suku yang lain, pembawaan seks yang lain, dan sebagainya. 
 
Sememangnya wajar jika PGR—termasuk yang di Malaysia—dituntut untuk mencari jalan dan mengariskan rencana tindakan bagi menzahirkan GR dalam bentuk amalan yang dapat diterima oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pergolakan dan pertembungan yang bercirikan perkauman dan keagamaan. PGR yang tulen sebenarnya patut mengelak daripada gejala berslogan-sloganan (sloganeering) dan berpuas hati dengan retorik semata-mata. Mereka, sebaliknya, bertanggungjawab untuk membekalkan satu penjelasan yang tuntas tentang GR. Kertas Kerja ini bertujuan untuk melakukan satu tinjauan dan pengamatan awal terhadap beberapa segi dan usaha yang berkaitan dengan penjelasan yang tuntas tersebut. Penjelasan yang komprehensif yang dimaksudkan di sini merangkumi, antaranya, langkah-langkah untuk menerangkan secara ilmiah (1) apa yang bukan GR; (2) tahap kekukuhan GR sebagai sandaran kepada amalan; dan (3) kelemahan-kelemahan yang ada pada GR untuk kemudiannya diatasi. 


Penelitian Kritis terhadap The Golden Rule
Satu usaha ke arah menerangkan apa yang bukan GR, misalnya, telah menggariskan bahawa GR bukannya (1) tit-untuk-tat, atau kesetimpalan dalam pembalasan (retributive justice); (2) prinsip ketiadaan keganasan atau kemudaratan (non-aggression, or harm, principle); (3) satu lunas berkenaan dengan perkara-perkara yang terperinci (a “rule” in specifics); dan (4) fahaman bahawa golongan yang terbanyak harus diutamakan (majoritarianism). Yang dimaksudkan dengan “tahap kekukuhan GR sebagai sandaran kepada amalan” pula ialah kemampuan GR untuk menghasilkan keyakinan dalam diri seseorang bahawa ia adalah asas yang benar untuk beliau bertindak. Sehubungan dengan ini, perlulah diputuskan sama ada GR merupakan suatu lunas yang bersifat awwalą (atau a priori) dari segi kekukuhannya kerana lawannya sama sekali tidak dapat diterima oleh akal sebagai benar ataupun ianya memiliki kekukuhan yang bertaraf lebih rendah daripada itu. Contoh lawan kepada GR ialah pernyataan “Janganlah kamu bertindak terhadap orang lain itu sebagaimana kamu mahu dirimu diperlakukan olehnya.”

Usaha untuk menjelaskan kelemahan-kelemahan yang ada pada GR pula pastinya akan melibatkan usaha-usaha untuk mengenalpasti keadaan-keadaan di mana pelaksanaan GR secara tegar bakal memberikan dampak yang sebaliknya kerana ia mampu memudaratkan orang lain. Oleh kerana terdapat banyak keburukan yang telah dilakukan dalam sejarah atas nama membantu orang lain, sebelum menggunapakai GR, PGR harus memastikan bahawa mereka benar-benar membantu, dan bukannya memudaratkan, orang ramai. Ini selalunya menuntut kebijaksanaan yang lebih daripada biasa. Malah, hal ini juga menjurus kepada persoalan: apakah berakhlak sekiranya kita memudaratkan segolongan kecil daripada anggota masyarakat demi untuk menyelamatkan anggota-anggota masyarakat yang lain daripada kemudaratan yang lebih besar? 

Apabila kita menelaah kitab-kitab suci pelbagai agama dan ajaran akhlakiah yang ada, kita akan dapati bahawa pada amnya terdapat dua bentuk pernyataan GR ini, iaitu: bentuk yang positif (misalnya: layanilah orang lain itu sepertimana kamu mahu kamu dilayani olehnya) dan bentuk yang negatif (contohnya: janganlah kamu layani orang lain itu dengan cara yang kamu tidak ingin dirimu diperlakukan). Selain daripada itu, bentuk olahan dan ungkapan juga berbeza-beza. PGR beranggapan bahawa walaupun terdapat beraneka versinya, semua itu pada dasarnya menayangkan prinsip dan makna yang sama. Apakah betul anggapan PGR ini? Apakah tiada mungkin jangkauan makna GR dalam pernyataan yang berbentuk positif itu tidak benar-benar sama dengan liputan pengertiannya dalam pernyataan yang berupa negatif? Malah, sebenarnya, terdapat pihak yang menamakan pernyataan GR dalam bentuknya yang negatif itu sebagai the silver rule kerana pada anggapan mereka, ianya tidak benar-benar sama dengan pernyataannya dalam bentuk yang positif dan menduduki taraf keluhuran yang lebih rendah. Sekiranya ada perbezaan pada jangkauan maknanya, bagaimanakah PGR dapat mengatasinya? 

Sekiranya PGR tersebut juga merupakan penganut yang setia (adherents)—bukan semata-mata pengikut pada nama sahaja (nominal followers)—kepada mana-mana agama, mereka turut perlu menjelaskan pendirian mereka yang sebenar berhubung dengan kefahaman yang berlainan yang dinyatakan oleh para ilmuwan tertentu berkenaan dengan nas-nas, atau keterangan-keterangan, dalam agama mereka yang dianggap oleh PGR sebagai suatu bentuk pernyataan GR? Contohnya, pemahaman Al-Imām Muḥy al-Dīn al-Nawawī terhadap hadis Nabi s.a.w. “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga ia sukakan untuk saudaranya apa yang ia sukakan untuk dirinya” (lā yuʾmin aḥadukum ḥattā yuḥibba li-akhīhi mā yuḥibbu li-nafsihi). Dalam huraiannya, al-Nawawī, antara lain, menjelaskan bahawa sabda Nabi itu, pertama-tamanya, perlu difahami sebagai memaksudkan “keumuman persaudaraan” (ʿumūm al-ukhuwwah) yang meliputi orang-orang kafir dan orang-orang Islam. Justeru, agar seseorang Islam itu sempurna imannya, ia patut sukakan untuk orang kafir itu apa yang ia sukakan untuk dirinya dalam pengertian “masuknya ia dalam Islam” dan ia juga patut sukakan untuk orang Islam itu apa yang ia sukakan untuk dirinya dalam pengertian “kekalnya ia dalam Islam.” Kesukaan (al-maḥabbah) yang dimaksudkan dalam sabda Nabi ini juga ialah “keinginan kepada kebaikan dan kemanfaatan” (irādat al-khayr wa al-manfaʿah) dan berikutan daripada itu, kesukaan yang dimaksudkan merupakan “kesukaan yang bersifatkan agama” (al-maḥabbah al-dīniyyah), bukan “kesukaan yang bercirikan pembawaan jasad manusia” (al-maḥabbah al-bashariyyah), kerana tabiat yang bercirikan jasad manusia itu (al-ṭibāʿ al-bashariyyah) ada kalanya membencikan bukan sahaja keterhasilan kebaikan tetapi juga ketinggian pihak lain itu mengatasinya. Diterangkan juga bahawa hasad, atau kedengkian, itu lahir pada seseorang itu tatkala ia tidak sukakan untuk saudaranya apa yang ia sukakan untuk dirinya.  

Selain daripada hal-hal yang ditimbulkan di atas tadi, PGR yang tersebut itu juga perlu menjelaskan mana-mana potongan keterangan atau ajaran dalam kitab-kitab suci mereka yang dianggap sebagai bertentangan dengan GR ini. Hal ini, menurut beberapa pemerhati, selalunya timbul ketika golongan yang tidak mempercayai agama tersebut menjadi bahan atau sasaran perbincangan. Dalam kes-kes yang didakwa sebagai saling bercanggah itu, PGR yang terbabit dijangka memilih untuk menjadikan keterangan yang mengandungi GR sebagai prinsip teras manakala ajaran-ajaran yang lain itu dianggap sebagai bersifat cabangan dan perlu ditafsirkan agar sesuai dan selari dengan GR. Namun, untuk mewajarkan langkah atau pilihan mereka ini, hujah-hujah yang bernas lagi kukuh harus dikemukakan.

Segelintir pemerhati berpandangan bahawa sementara terdapat beberapa polisi yang bermanfaat bagi golongan terbanyak dalam sesuatu masyarakat itu yang berkemungkinan bermudarat kepada segelintir khalayak dalam masyarakat yang sama, lunas-lunas seperti GR ini seakan mengandaikan kewujudan piawaian yang mutlak (absolute) dan menyeluruh (universal) berkenaan dengan apa yang bermanfaat dan apa yang memudaratkan. Jika demikian itu halnya, maka sekiranya seseorang itu perlu menghindari sebarang kemudaratan, dia pasti akan terhalang daripada melakukan banyak kebaikan. Bagi peneliti yang berpandangan sebegitu, George Bernard Shaw berkemungkinan betul apabila beliau mengujarkan, “Janganlah bertindak terhadap orang lain itu sebagaimana kamu mahu dirimu diperlakukan olehnya. Citarasa mereka mungkin tidak sama” (Do not do unto others as you would that they should do unto you. Their tastes may not be the same). Sebahagian pemerhati ini juga telah menunjukkan bahawa GR ini akan kehampaan makna sekiranya tidak terlebih dahulu dikenalpasti (1) pihak yang menjadi sasaran tindakan tersebut (the recipient) dan (2) keadaan di mana berlakunya tindakan itu (the situation). Menurut para pemerhati ini, jika kedua-dua unsur tersebut dibiarkan kabur, maka boleh sahaja terjadi situasi di mana seseorang yang terdesak yang inginkan dirinya dibunuh akan bertanggungjawab secara akhlakiahnya untuk membunuh pihak yang lain. Ataupun, seseorang yang sangat gemarkan kacang merasa perlu untuk memberikannya kepada pihak-pihak yang mempunyai alahan terhadapnya. Malah, ada juga peneliti  

 Berikutan daripada itu semua, terdapat usaha oleh beberapa pihak untuk merumuskan semula GR ini dalam bentuk yang dijangka dapat mengurangkan paradoks atau kemustahilan yang berkemungkinan timbul sekiranya lunas tersebut dibiarkan dalam bentuk harfinya yang asal. Salah satu daripadanya ialah pentafsiran yang dikemukakan oleh Harry J. Gensler, seorang sarjana yang telah menjalankan penelitian ke atas GR ini secara falsafi, dalam bentuk: “Layanilah pihak yang lain itu hanya dengan cara yang kamu mahu dirimu dilayani oleh mereka dalam keadaan yang benar-benar sama” (Treat others only in ways that you are willing to be treated in the same exact situation). Sekiranya GR dikemukakan dalam bentuk seperti itu, pelaksana GR disyaratkan agar memiliki pengetahuan dan daya khayalan yang sewajarnya; bukan sahaja mereka perlu mengetahui kesan tindakan mereka ke atas kehidupan pihak yang lain itu tetapi mereka juga perlu mampu untuk membayangkan diri mereka, secara jelas dan tepat, pada kedudukan pihak yang menerima kesan tindakan mereka itu. 

Meskipun GR ini telah dirumus semula dalam bentuk yang sedemikian rupa demi mengelakkan beberapa kelemahannya yang tersebut, dalam pengamatan Gensler seterusnya, GR ini sebaiknya dilihat sebagai satu prinsip ketekalan (a consistency principle) semata-mata. Ia tidak dapat menggantikan lunas-lunas panduan akhlakiah yang lazim terpakai (regular moral norms), bukan juga ia petunjuk yang serba-serbi betul (an infallible guide) dalam menentukan tindakan apa yang betul dan tindakan apa pula yang salah, dan tidak pula dapat ia perincikan apa yang sepatutnya dilakukan oleh kita. GR ini hanya mewajibkan ketekalan—bahawa kita tidak bertindak terhadap pihak yang lain secara yang tidak serasi dengan tindakan yang kita dambakan dalam suasana yang sama yang sebaliknya. Ia menguji kemunasabahan dan keselarasan dalam pelbagai tindakan kita (one’s moral coherence); sekiranya kita melanggar GR, maka kita telah melanggar semangat kesaksamaan dan keprihatinan (the spirit of fairness and concern) yang merupakan teras kepada akhlak (lie at the heart of morality). 

 Sehubungan dengan itu, dan sebagai penutup kepada Kertas Kerja ini, satu kritikan yang diketengahkan oleh Bernard Gert, profesor Falsafah Moral di Dartmouth College, dalam makalahnya yang berjudul “Morality versus Slogans” merupakan sesuatu untuk PGR pertimbangkan. Ujar Gert: 

“I am not denying that the Golden Rule, in some cases, tells us to do the moral thing. What I am saying is that in those cases, you already knew what was immoral before you applied the Golden Rule. If you are wondering whether to kill somebody, you don’t need that Golden Rule to tell you, ‘I wouldn’t want to be killed, therefore I shouldn’t kill him.’ You knew it was wrong to kill him before you applied the Golden Rule. The Golden Rule is of no help at all because it gives you the wrong answers as often as it give you the right ones. Using procedures that are not very reliable, that sometimes give you the right answer but just as often give you the wrong answer, is not very useful.”  

Rencana, atau Ringkasan, Perbincangan

a. Erti The Golden Rule ini.
1. Contoh The Golden Rule:
a) “Perlakukan pihak lain itu sebagaimana kamu ingin diperlakukan oleh mereka.”
b) Kaitannya dengan isu murtad.
2. Sebabnya:
Keperluan kepada asas yang sama-sama disepakati sebagai landasan kepada hubungan antara kaum, budaya dan agama yang semakin meningkat (lebih kerap dan lebih luas)
3. Penzahirannya di zaman sekarang:
Declaration Toward a Global Ethic (Deklarasi Ke Arah Etika Sejagat) anjuran Dewan Perwakilan Agama-agama Dunia (Parliament of the World’s Religions) di Chicago, 1993.
b. Bersifat teliti dan kritis terhadap panduan, atau prinsip, umum yang digelar The Golden Rule ini, antara lain, melibatkan pengemukaan beberapa soalan dan pencarian jawapannya:
1. Apakah ada bentuk-bentuk rumusan, atau ungkapan, yang lain yang juga boleh dianggap sebagai The Golden Rule?
a) Benarkah bentuk-bentuk itu semuanya seerti pada segenap segi?
Bentuk yang positif dan bentuk yang negatif
b) Bagaimana pula dengan pendapat bahawa sebahagian daripada ungkapan itu (iaitu: ungkapan dalam bentuk yang negatif) hanya boleh dianggap sebagai The Silver Rule?
c) Bagaimana pula dengan pentafsiran berbeza yang diberikan kepada ungkapan-ungkapan tertentu dalam satu-satu agama itu yang berlainan dengan semangat para pendokong The Golden Rule ini?
Contoh: Hadis Nabi s.a.w. “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga ia sukakan untuk saudaranya apa yang ia sukakan untuk dirinya.” 
2. Apa yang bukan The Golden Rule?
a) tit-for-tat, atau kesetimpalan dalam pembalasan (retributive justice);
b) prinsip ketiadaan keganasan atau kemudaratan (non-aggression, or harm, principle);
c) satu lunas berkenaan dengan perkara-perkara yang terperinci (a “rule” in specifics); dan
d) fahaman bahawa golongan yang terbanyak harus diutamakan (majoritarianism).
3. Kukuhkah The Golden Rule ini sebagai sandaran kepada amalan? Berapa kukuhkah ia? Apakah tahap kekukuhannya? 
4. Sekiranya The Golden Rule ini tidak benar-benar kukuh, apakah kelemahan-kelemahan yang ada pada The Golden Rule ini?
a) Dakwaan bahawa The Golden Rule ini, biarpun memikat, sebenarnya hampa dari segi intisari dan isi-kandungannya.
b) Dakwaan bahawa sesungguhnya lebih bermanfaat sekiranya tumpuan dan penekanan diberikan kepada ajaran-ajaran akhlak dan agama yang lebih asas—seperti perintah (imperative) untuk tidak berbohong, mencuri dan membunuh—kerana semua ini lebih bermakna dan dapat dijadikan asas kepada tindakan dan perlakuan yang baik kepada pihak-pihak yang lain.
c) Segelintir pemerhati berpandangan bahawa sementara terdapat beberapa polisi yang bermanfaat bagi golongan terbanyak dalam sesuatu masyarakat itu yang berkemungkinan bermudarat kepada segelintir khalayak dalam masyarakat yang sama, lunas-lunas seperti The Golden Rule ini seakan mengandaikan kewujudan piawaian yang mutlak (absolute) dan menyeluruh (universal) berkenaan dengan apa yang bermanfaat dan apa yang memudaratkan. Jika demikian itu halnya, maka sekiranya seseorang itu perlu menghindari sebarang kemudaratan, dia pasti akan terhalang daripada melakukan banyak kebaikan.
d) George Bernard Shaw berkemungkinan betul apabila beliau mengujarkan, “Janganlah bertindak terhadap orang lain itu sebagaimana kamu mahu dirimu diperlakukan olehnya. Citarasa mereka mungkin tidak sama.” Ini berlawanan dengan The Golden Rule dan jika ianya diterima, maka The Golden Rule ini gagal menjadi panduan atau piawaian umum.
e) Dengan kata-kata lain, The Golden Rule ini akan kehampaan makna sekiranya tidak terlebih dahulu dikenalpasti:
1. pihak yang menjadi sasaran tindakan tersebut (the recipient); dan 
2. keadaan di mana berlakunya tindakan itu (the situation).
Jika kedua-dua unsur tersebut dibiarkan kabur, maka boleh sahaja terjadi situasi di mana seseorang yang sangat gemarkan kacang merasa perlu untuk memberikannya kepada pihak-pihak yang mempunyai alahan terhadapnya. 
5. Bolehkah kelemahan-kelemahan itu diatasi? Jika boleh, bagaimanakah untuk mengatasinya?

Saturday, May 23, 2009

usrah generasi salehudin (UGS)

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:56 AM 1 pandangan dari kamu

Photobucket

Assalamu'alaikum teman-teman yang dirahmati Allah sentiasa.


Teman-teman dijemput menghadiri USRAH GENERASI SALAHUDDIN akan diadakan seperti kebiasaannya iaitu:

Pada hari ISNIN bertarikh 25 MEI 2009 di Surau As-Sahabah Kota Damansara

Tentatifnya seperti berikut:
Iftar berjamaah
Solat Maghrib
Makan Malam
Bacaan Al-Ma'thurat
Kupasan Buku Kebangkitan Generasi Salahuddin
BAB 2: PENGARUH KEGIATAN INTELEKTUAL DALAM MASYARAKAT ISLAM
Perbincangan isu-isu semasa
Bacaan Hizb al-Bahr
Bersurai

SINOPSIS DISKUSI USRAH KALI INI:
BAB 2 dari Buku Kebangkitan Generasi Salahuddin mengandungi 4 Fasal;
Fasal 5) Ketidakseimbangan Ekonomi,
Fasal 6) Ketidakseimbangan Sosial,
Fasal 7) Perpecahan Politik dan Pertikaian antara Sunni dan Syi'ah dan
Fasal 8) Ketidakupayaan Negeri Islam menghadapi Serangan Tentera Salib.

Sekiranya BAB 1 yang juga terdapat 4 Fasal menghuraikan kekeliruan dan kerancuan dimensi ilmiah-ruhaniah umat ketika golongan Kristian menakluki wilayah umat Islam, 
BAB 2 juga dengan 4 Fasal memperhalusi ketidakseimbangan dan kekacauan sosial,ekonomi, politik dan pertahanan umat Islam. Dalam UGS yang lalu telah dinyatakan pendekatan Dr. Majid Irsan Kailani selari dengan pandangan kita bahawa isu-isu sosial,ekonomi dan politik adalah kesan praktikal dari keadaan (state of affairs) pemikiran/teoretikal kita. Keadaan kehidupan praktikal semasa umat Islam adalah terjemahan langsung keadaan dunia fikiran mereka.

Contoh nukilan dari Buku Kebangkitan Generasi Salahuddin:

1. Ketidakseimbangan Ekonomi: Kekayaan negara diperolehi dengan cara yang bertentangan dengan agama. Cukai dan ufti (tol) yang melampau-lampau. Pemerintah dan pentadbir berlumba-lumba memperkayakan diri sendiri. Perampokan harta rakyat. Pembaziran dan amalan-amalan bersenang-lenang dengan harta negara.
2. Ketidakseimbangan sosial: Huru-hara dan kekacauan masyarakat. Para perompak dan pencuri bermaharajalela di kota dan di desa. Keruntuhan akhlak, kehidupan berseronok-seronok dan berfoya-foya, nyanyian dan hiburan menjadi pemandangan umum.
3. Perpecahan Politik: (seperti yang berlaku pada hari ini)
4. Ketidakupayaan Menghadapi Musuh Bukan Islam: (lebih kurang sekarang) "beberapa sumber sejarah menyajikan kepada kita peristiwa paling buruk dan menyedihkan tentang ketidakpedulian khalifah dan para sultan terhadap perlakuan keji tentera Salib (pembantaian) di Jerusalem (Bayt al-Maqdis), daerah pantai Syria dan Lebanon. Salah seorang utusan telah mengumpulkan beberapa tengkorak, rambut wanita dan anak-anak di dalam sebuah tas besar lalu memperlihatkannya kepada para pemerintah, tetapi jawapan khalifah kepada menterinya adalah sangat menyedihkan, "Tinggalkan saya menguruskan sesuatu yang lebih penting dari ini! Burung merpati saya yang berwarna belang-belang (hitam putih) telah pergi tiga hari yang lalu dan sampai sekarang saya belum melihatnya." Khalifah pada waktu itu memiliki merpati berwarna belang-belang yang telah terlatih. Permainan ini sangat digemari orang ramai dan khalifah pun sangat senang, begitu pula orang-orang kaya dan kelas atasan." Sekarang mungkin pemerintah dan pentadbir sibuk bermain golf, kapal-layar dsb. sehingga tidak mempedulikan pembantaian umat Islam ditempat2 lain termasuklah Palestin.

Justeru bagaimanakah perspektif kita dalam menangani kemelut sosial-ekonomi-politik umat sepertimana yang telah ditunjuk oleh Generasi Salahuddin dahulu. Ini InsyaAllah akan dibincangkan dalam UGS kali ini.

Sekian, Jazakumullah.

Friday, May 22, 2009

2nd award by miss afzan comey..

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:25 PM 2 pandangan dari kamu


mekacih afzan comey!!!!

HEBAHAN PROGRAM

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:17 AM 0 pandangan dari kamu


Wednesday, May 20, 2009

fiqh hadarah 5 :tasawur reformis modenis Islam

^_^ lina mursyidah hamzah at 4:26 PM 0 pandangan dari kamu

Photobucket

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan kedamaian kepada junjungan kami, Muhammad, pembawa dan penyampai khabar gembira kepada orang-orang muhsinin (aktif dalam berbuat kebaikan), sebagaimana firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bersalawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersalawatlah baginya dan berilah salam kepadanya dengan penuh penghormatan (al-Qur'an 33:56). Dia akan memberikan kepadamu dua bahagian dari rahmatNya dan memberikan kepadamu cahaya penerang yang dengannya engkau berjalan, dan Dia akan mengampunimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (al-Qur'an 57:28)

Pengenalan kepada pemikiran reformis modenis Islam
Antara slogan dan retorik yang sering berkumandang dalam dunia semasa umat satu-dua abad yang lalu ialah keperluan kepada agenda "reform", perubahan, tajdid dan islah. Golongan reformis modenis dari pelbagai aliran kecenderungan biasanya adalah antara golongan paling vokal dan agresif dalam mendesak agenda ini. Seolah-olahnya agenda ini tidak dapat tidak mestilah dilaksanakan sesegera mungkin tanpa berfikir panjang dan tanpa menoleh-noleh kebelakang. Dimomok-momokkan bahawa umat dalam kekeliruan dan kejumudan yang amat sangat. Maka digembar-gemburkan bahawa ajaran Islam mestilah ditafsirkan semula sesuai dengan kehendak zaman dan lingkungan, bahawa pintu-pintu ijtihad masih terbuka luas kepada sesiapapun tanpa bersyarat, bahawa para ulama silam bukan sahaja telah menambah-nambahkan malah menyusah-nyusahkan ajaran Islam, bahawa umat tidak perlu terikat atau mengikuti mana-mana kaedah-kaedah memahami dan menghayati agama sepertimana yang ditunjukkan oleh para ulama, dan bahawa umat mesti disuci-bersihkan dari segala macam amalan bida'ah, khurafat dan ajaran yang karut-marut, penuh tahyul dan kesaktian.
 
Kelompok reformis modenis ini menyangka bahawa kesemua perkara yang disebutkan tadi adalah punca utama kenapa dunia umat Islam menjadi lemah, tertindas, mundur, tidak bermaya jika dibandingkan dengan dunia umat-umat lain. Secara praktikalnya, segala kelemahan dan ketinggalan umat Islam dalam sektor politik, sosial dan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan kebendaan dikaitkan dengan perkara-perkara diatas sebagai sebab-musababnya. Justeru dengan menafsirkan semula Islam, membuka pintu ijtihad, mempermudahkan kaedah beragama, membebaskan agama dari panduan ulama dan membuang segala macam amalan yang dianggap bida'ah, maka umat Islam akan memecut laju kehadapan tanpa sebarang halangan dan akhirnya berjaya untuk setanding dengan umat-umat bukan Islam yang lain. Sebenarnya inilah juga gesaan Immanuel Kant (failusuf Jerman) kepada orang Eropah dalam gagasan Pencerahan "Enlightenment/Afklarung" beliau pada abad ke 18 dahulu dalam konteks agama Kristian. Bahawa umat Kristian Eropah mestilah "dare to know", "dare to be brave" meninggalkan belenggu, rantai dan bebanan tradisi dan autoriti silam mereka untuk menjadi moden, untuk mendapat pencerahan jiwa-raga dan untuk memperolehi kebebasan yang hakiki. Kant juga adalah pemikir agung Eropah yang memperjelaskan lagi faham rasionalism Decartes (failusuf Perancis) dan faham empiricism Locke (failusuf British).

Kritikan utama kita kepada golongan reformis modenis bukanlah sangat terhadap niat dan semangat mereka untuk membuat perubahan dalam masyarakat Islam. Semua insan yang mengambil amanah sebagai khalifah (wakil Allah) di muka bumi mestilah insaf dan sedar akan kewajipan memakmurkan muka bumi ini sesuai dengan kehendak Ilahi. Tentu sekali kita bersama dengan mereka dalam niat dan semangat untuk melakukan penambahbaikan (islah) dalam kehidupan duniawi ini. Tetapi Allah juga menyebut orang-orang yang walaupun mengistiharkan bahawa mereka adalah golongan muslihun (pelaksana penambahbaikan), reformis dan islahiyyun; mereka sebenarnya tidak lain dari golongan mufsidun (pelaksana kerosakan) dalam kehidupan ini tanpa mereka sedar. Golongan reformis modenis biasanya terpedaya dengan sangkaan merekalah sebenarnya pembawa tajdid dan islah kepada umat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.
 
Bayangkan jika umat Islam hari ini mengikut jejak langkah reformis modenis, dengan menafsir semula Islam, berijtihad sendiri, mempermudahkan agama, tidak mengikuti autoriti, tradisi dan mazhab dan membuang segala amalan yang dianggap 'bida'ah'. Bagaimanakah agaknya rupa dan gaya agama Islam hari ini tanpa itu semua? Bukankah ini yang diperjuangkan selama ini dikalangan reformis modenis Islam yang liberal misalnya dalam konteks negara kita sendiri atas nama gender, profesionalism dan hak asasi manusia? Bukankah itu juga yang diseru selama ini dikalangan reformis modenis Islam yang literal dalam negara kita atas alasan membasmi kejumudan, membersihkan pengaruh bida'ah, syi'ah dan israiliyyat? Malah lebih penting lagi bukankah itu yang dicanangkan oleh para orientalis, pendialog antara agama, politikus Barat supaya ajaran Islam ini mestilah dirubah sistem aqidah, syariah dan akhlaqnya supaya menyamai pengalaman Kristian Eropah untuk menjadi moden dan selari dengan semangat modeniti? Lalu dicarilah beberapa sarjana Islam supaya setaraf dengan Luther (Reformis ulung Kristian) untuk menjadi An Islamic Luther, Islamic Mordenist Reformist par-excellence. Meskipun pengkategorian reformis modenis liberal/literal perlu kepada penjelasan lanjut sekiranya dianggap sebagai tindakan tuduhan self-labelling. Kita mendapati di kalangan reformis modenis sendiri telah dengan bangganya mengistiharkan diri mereka sebagai pendokong Islam liberal, Islam progresif, Islam moderat dan seumpamanya. Disebalik pelbagai kencenderungan kelompok reformis modenis ini, terdapat persamaan yang rapat di kalangan mereka ini dalam kerangka pandangan dan perolehan ilmu dan sumber-sumber ilmu iaitu faham reformis modenis yang berpegang kuat kepada rasionalism dan empiricism. Inilah dampak epistemologi atau faham ilmu modeniti yang mempengaruhi worldview/pandang alam dan lifeworld/pengalaman mereka dalam melaungkan slogan dan retorik agenda "reform", perubahan, tajdid dan islah yang mereka.
 
Epistemologi reformis modenis liberal Islam (ala muktazilah - obsesi kepada akal-rasional)
Telah kita nyatakan bahawa teori ilmu atau epistemologi modeniti ditegakkan atas dasar rasionalism dan empiricism. Rasionalism bermaksud akal-rasional / akal-ratio / akal juz'iy (akal serpihan) adalah kaedah dan alat bagi memperolehi kebenaran dan ilmu. Dalam faham epistemologi modeniti semasa, ini kita boleh kaitkan dengan proses abstraksi, konseptualisasi atau kognisi. Ilmu yang bersifat abstrak, konseptual dan kognitif adalah penghasilan utama faham rasionalism. Tetapi ilmu sebegini bukanlah definisi ilmu dan kebenaran yang sebenar dalam tradisi Islam. Ilmu kognitif yang hari ini ialah kriteria/kategori paling utama dalam sistem pendidikan dan peperiksaan adalah salah satu komponen kecil (juz'iy) dalam faham ilmu Islam. Ilmu tidak boleh hanya ditakrifkan sebagai entiti kognitif, abstrak, konseptual semata. Malah dalam Islam, ilmu itu adalah makna, realiti atau hakikat sesuatu benda. Dan ilmu ini pula rumahnya atau pengkalannya menurut epistemologi Islam ialah di HATI/QALB bukan di akal juz'iy atau akal rasional. Oleh kerana ilmu itu adalah sifat dan tabi'at hati dan bukan sekadar akal maka apa yang kita namakan TAJDID mestilah juga disertai dengan TAZKIYYAH. Dalam ertikata yang lain, proses perubahan / reform / islah bukanlah sekadar proses TAJDID AQLIYYAH/INTELEKTUAL/RASIONAL tetapi sebarang bentuk tajdid mestilah juga TAJDID/TAZKIYYAH RUHIYYAH/NAFSIYYAH. Reformis modenis liberal Islam kebiasaannya tidak mengambil komponen tazkiyyah sebagai mauduk atau objek tumpuan mereka dan mereka lebih menumpukan kepada "intellectual/conceptual reforms/changes". Mereka sering berkata masyarakat Islam, sistem Islam, aqidah, syariat dan akhlak, hukum-hakam Islam mestilah diubah dan perlu kepada perubahan sesuai dengan perubahan semasa tanpa sedikitpun merujuk kepada diri mereka sendiri. Apakah mereka telah benar-benar berada dalam ijmak umat Islam, mentaati sistem aqidah, syariat dan akhlak Islam, menghormati hukum-hakam Islam dan perkara-perkara asasiah dalam ajaran agama Islam seadanya? Ataupun sebenarnya mereka inginkan agar umat Islam juga mengikuti mereka untuk menyesuaikan Islam menurut kehendak hawa-nafsu mereka? Memanglah wajar kehendak mereka itu jika TAJDID itu hanya TAJDID INTELEKTUAL. Tetapi TAJDID dalam Islam adalah menyeluruh dengan sifat dan tabi'at insan itu sendiri yang terkandung pada diri mereka aqal, ruh dan nafs. Tajdid aqliyyah mestilah diselarikan dengan tajdid ruhiyyah dan nafsiyyah kerana Islam itu bukan sahaja agama yang mengislahkan aqal tetapi juga agama yang mengislahkan ruh dan nafs. Malah jika aqal itu tidak dipandu oleh ruh ia akan menjadi rosak lebih-lebih lagi kalau nafs itu yang lebih dominan. Lihat sahajalah kepada sifat dan sikap para pendokong reformis modenis Islam liberal, dimensi aqliyyah mereka kelihatan "smart" lagi "sharp" tetapi dimensi ruhani dan nafsani mereka seperti terbiar dan terabai. Mana mungkin tajdid Islam boleh berlaku tanpa tazkiyyah ruh dan nafs. Melainkan kita mengikut ideologi modeniti iaitu tajdid / reform ke arah - secular religiousity - beragama tetapi sekular. Akan tetapi perubahan Islam bukanlah sekadar perubahan konsep/kognitif, ia mesti juga perubahan ruh dan nafs insan juga. Justeru itulah kita mendapati agenda reformis modenis liberal Islam ini jarang mendapat perhatian dari umat Islam majoriti. Kalau pun ada ia bersifat musiman dan "trendy". Faktor paling utama tertolaknya atau penolakan agenda reformis modenis liberal Islam ialah kerana agenda mereka hampa dan kosong dengan keruhanian dan kekudusan yang mencahayai sebarang proses tajdid Islam sejak zaman berzaman. Dalam faham modeniti, agenda reformis modenis liberal Islam gagal kerana mereka melakukan tajdid yang entzauberung/engotterung iaitu tajdid tanpa rasa taqwa, tawwadu', ta'zim dan ta'jub kepada Islam dan Rasullullah dan Allah itu sendiri atau dalam bahasa kasar tajdid tanpa Tuhan. (Mungkin dinegara kita puak-puak anti-hadis, muslim feminist sisters, human rights lawyers adalah contoh terdekat reformis modenis liberal Islam - wallahu'alam)
 
Epistemologi reformis modenis literal Islam (ala mujassimah - obsesi kepada panca-indera)
Kita juga telah menyebutkan bahawa empiricism juga menjadi teras epistemologi modeniti dalam mencari kebenaran dan ilmu. Empiricism berpegang bahawa ilmu dan kebenaran hanya boleh diperolehi melalui jalan panca-indera, sense-perception, hissi, tajribah, eksperimentasi atau pengalaman diri insani semata-mata. Segala sesuatu yang selain dari ini tidak dianggap ilmu dan kebenaran yang sahih lagi boleh diterima. "Hard-facts" dan "hard-evidences" adalah the sole source of truth dan knowledge. Kepada empiricist, ilmu dan kebenaran hanya diperolehi dari MATA-KEPALA (ainul-basyariyyah). Seperti rakan-rakan mereka rasionalist, empiricist juga tidak menerima HATI sebagai rumah atau pengkalan ilmu, justeru MATA-HATI (ainul-qalbiyyah)tidak pernah mendapat tempat dikalangan empiricist. Oleh kerana itu tajdid bagi golongan reformis modenis literal Islam hanya boleh bersumberkan "hard-facts" atau "hard-evidences" maka secara automatis nas atau teks adalah satu-satunya rujukan bagi kelompok ini. Dalam konteks semasa nas dan teks adalah sumber yang kita perolehi secara inderawi meskipun pada asalnya dalam epistemologi Islam ia dinamakan khabar sadiq atau perkhabaran yang benar. Justeru sebagai empiricist, reformis modenis literal Islam tidak akan menerima apa-apa sumber termasuk ijmak dan qiyas sebagai input memahami dan menghayati agama. Dan sering disebut, tajdid bagi mereka hanyalah melalui nas dan teks al-Qur'an dan al-Hadith (itupun hanya yang sahih) tolak ijmak dan qiyas yang bagi mereka tidak lebih dari rekaan dan ciptaan para ulama silam semata-mata. Disebabkan proses tajdid itu hanya dicakupi dari perspektif empiris iaitu hanya al-Qur'an dan al-Hadith sebagai "hard-facts/hard-evidences" yang boleh digarap dengan MATA-KEPALA maka sumber-sumber tradisi Islam dengan segala pengalaman ijma' dan qiyas dan keagamaan dan keruhanian yang begitu kaya itu mesti diexpungekan atau disingkirkan dalam proses tajdid. Dan kalau diambilpun hanya secara terpilih (selective recalling) untuk sekadar mengesahkan sifat empiris mereka. Sekali lagi akibat tersirna dengan pengaruh entzauberung/engotterung modeniti, tajdid dilaksanakan secara gersang dan kering dari suluhan dan pancaran tradisi keilmuan, keruhanian, peradaban Islam dengan segala kepelbagaiannya. TAJDID yang simplistic, naive dan reductionist ini dibuat dengan menyahkan segala unsur-unsur keta'ziman dan keta'juban insan tehadap Allah dan Rasul malah Alam itu sendiri. Maka dalam konteks ini tajdid / reform /islah reformis modenis literal Islam lebih bersifat TAJDID ZAHIRIYYAH/HISSIYYAH di mana seperti juga TAJDID AQLIYYAH reformis modenis liberal Islam soal TAZKIYYAH RUHIYYAH DAN NAFS tidak mendapat tempat dalam agenda tajdid mereka. Sekali lagi atas pengaruh modeniti, akal juz'iy dan bukan HATI menjadi sumber ilmu dan kebenaran tajdid. Justeru apa yang menjadi keprihatinan reformis modenis literal Islam ialah soal-soal amalan, ritual dan ibadah tradisi umat Islam yang perlu diubah agar benar-benar mengikuti nas dan teks seperti yang difahami oleh akal-rasional moden mereka. Sangat sedikit penghormatan dan tawadhu' mereka kepada tafsiran dan penghuraian para ulama muktabar dalam tradisi ahli sunnah wal jamaah terhadap amalan, ritual dan ibadah tersebut. Selagi tidak terdapat dalam nas dan teks, semuanya ditolak sebagai bida'ah, khurafat dan karut-marut. (Mungkin dinegara kita puak-puak yang sering menganggap umat Islam berada dalam lingkungan bida'ah, khurafat, taqlid buta, menolak kebenaran barakah dan karamah, ilham dan kasyaf dan melabelkan ini semua sebagai "ajaran sesat dan sakti yang tahyul dan karut-marut" adalah contoh terdekat reformis modenis literal Islam - wallahu'alam)
 
Kesimpulan Epistemologi reformis modenis Islam
Pada dasar dan prinsipnya epistemologi reformis modenis Islam sama ada yang liberal, literal, moderat dan progresif jelas bersumber dari ideologi modeniti yang sama iaitu rasionalism dan empiricism. Oleh kerana ideologi ini mula mempengaruhi umat Islam selepas abad 17 (waktu kebangkitan modeniti) dan terutamanya pada abad ke 18-19 (era penjajahan ke atas dunia umat Islam) dan abad ke 20 (tokoh-tokoh sarjana Islam mula terikut-ikut dengan modeniti akibat kejayaan sains, teknologi dan industri Barat dan kegagalan politik, ekonomi dan sosial Islam), tidak dapat tidak reformis modenis Islam juga terperangkap dengan faham rasionalism dan empiricism ini dalam pelbagai bentuk dan walaupun kadang-kala bercanggah antara mereka. Tetapi jelas semangatnya sama iaitu rasionalism dan empiricism yang berpaksi kepada manusia moden (human-centric/anthrophocentric) tidak akan menerima tradisi dan autoriti silam, pengalaman ruhani dan intuisi, potensi barakah dan karamah dalam melaksanakan agenda agenda "reform", perubahan, tajdid dan islah. Akhirnya seperti juga agama Kristian yang telah melalui modenisasi melalui rasionalism dan empiricism hanya menjadi agama peribadi, gersang dan hampa dari cahaya, nur ataupun limpahan rahmah Tuhan. Apakah Islam juga mesti melalui nasib seperti agama Kristian menjadi agama legalistik, ritualistik, literal-liberal dan hampa kerana keengganan atau kesombongan manusia moden untuk menerima hakikat bahawa tradisi dan autoriti silam, pengalaman ruhani dan intuisi, potensi barakah dan karamah adalah manifestasi kekudusan kehidupan beragama yang dilatari oleh limpahan cahaya dan nur Ilahiyyah. Maka tidak dapat tidak segala bentuk tajdid yang hakiki mestilah diiringi dengan takzkiyyah meliputi taqwa, tawadhu', ta'zim dan ta'jub kepada kebesaran dan kehendak Allah dan ketentuan dan keredhaan kepada qada dan qadarNya. Tanpa elemen-elemen ini Tajdid Modeniti tanpa Tuhan ala Nietzcshe hanyalah usaha-usaha insaniyyah basyariyyah yang tidak akan mendapat perhatian apatah lagi pertolongan dari Allah SWT kerana para pentajdid itu sendiri tidak kenal siapa Tuhan, Pesuruh dan PenolongNya.
 
Wallahu'alam
Al-Faqir Ibn Muhammad


DR.AMRAN MUHAMMAD

Saturday, May 16, 2009

penghargaan dr adik comel...suhana...^_^

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:59 AM 4 pandangan dari kamu

special thanks to adik suhana ..blog akak pun ijau..award pun ijau..hehe..mekasih skali lagi ye dik..tak sangka plak ade org bg award..tp dulu2 ade la dlm 3-4 kali dpt cabutan bertuah..hehe..

10 penerima dariku...kalian harus copy paste award tu dlm blog kalian ya..

kak mar

kak syafaf

kak akma

kak izah

abg am

imah

khairul

faten

kak marwah

adik iqmal

nota kaki: kalian juga harus menghadiahkan award ini kepada 10 org teman blogger kalian..

Friday, May 15, 2009

fiqh hadarah 4 : moderniti dan kiasan kehidupan gua

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:06 PM 0 pandangan dari kamu

Photobucket

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

 
Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Junjungan kami, Nabi Muhammad, pembuka bagi sesuatu yang terkunci, penutup segala nabi yang terdahulu, pembela kebenaran dengan kebenaran dan petunjuk ke jalanMu yang lurus. Limpahkanlah juga rahmat ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya dengan kurniaan yang layak dengan kadar dan darjatnya yang agung pada setiap kerlipan mata dan nafas, sebanyak mana luasnya ilmu Allah.

Tanpa memahami sifat dan tabi'at epistemologi dan ontologi modeniti sangat sukar untuk kita melihat bahaya racun dan tuba modeniti menyelinap masuk dalam weltanschauung (worldview/pandang-alam) umat Islam apatah lagi lebenswelt (lifeworld/peng-alam-an) mereka. Apresiasi terhadap faham epistemologi dan ontologi modeniti mesti kita miliki dahulu kerana ia merupakan latarbelakang ilmu (background knowledge) yang membentuk kefahaman dan kesedaran kita terhadap ilmu dan realiti kehidupan semasa secara tidak sedar. Hakikatnya ilmu, sikap dan kesedaran semasa kita bersifat paradigmatik atau dalam ertikata yang lain kita adalah anak kelahiran semangat zaman (zeit-geist). Cara berfikir dan kehidupan zaman itu mempengaruhi, menanam-benih, membesarkan dan menjadi darah-daging kita. Lebih bergelumangnya kita dengan semangat zaman tersebut lebih kental dan mantap pegangan kita terhadap semangat zaman tersebut. Semangat zaman atau era kehidupan mewarnai pandang-alam kita dan mempengaruhi peng-alam-an kehidupan kita. Modeniti dan segala pecahannya adalah satu proses kebangkitan semangat zaman selepas terungkainya semangat zaman Kristian Abad Pertengahan bermula abad ke 17. Dari Renaissance, kepada Enlightenment, kepada Scientific, Technological dan Industrial Revolutions sehinggalah kehari ini dengan segala macam "post-ideologies". Justeru modeniti adalah asalnya satu fenomena tempatan khusus dalam konteks zaman dan lingkungan Eropah tetapi telah dipropagandakan sedemikian rupa untuk menjadi fenomena sejagat/universal dan dipaksakan ke atas semua umat manusia, satu ketika dahulu kolonialisasi kini globalisasi tanpa soal-jawab tanpa sedar.
 
 
Antara semangat zaman modeniti yang penting yang telah memberikan dampak kepada sifat dan tabi'at Islam ialah ini deklarasi Friedrich Nietzsche ahli falsafah German bahawa Gott ist tot/God is dead (Tuhan telah mati). Dan bagi Nietzsche manusia modenlah yang telah membunuh Tuhan. Akibat matinya Tuhan maka matilah manusia, yang tinggal hanya automaton, robot yang gersang dari ruh ketuhanan. Agama juga menjadi kering dan layu akibat tidak lagi mendapat sinaran dan pancaran nur Ilahi. Justeru kehidupan menjadi kering-kontang dan tidak mempunyai makna (meaninglessness). Begitu juga deklarasi Karl Marx ahli falsafah German bahawa Religion is opium of the people (Agama adalah candu masyarakat). Lalu agama sekadar menjadi ideologi sosio-politik bagi memperdayakan masyarakat yang lemah pemikiran dan bukannya sebagai jalan mengenal dan menuju Tuhan. Selepas Nietzsche malah sebelum beliaupun kebanyakan ideolog2 modeniti secara jelas bukan sahaja menolak sebarang elemen keagamaan/ketuhanan dalam kehidupan malah berusaha keras mengeluarkan keseluruhan sifat-tabi'at agama/tuhan dari kehidupan. Ini disebut mereka sebagai entzauberung/ menyahkan kekudusan, agama dan tuhan (disenchantment) . Faham ini mempengaruhi pemikiran positivism, nihilism, solipsism, existentialism, deconstructivism, relativism dan post-modernism. Entzauberung ini akhirnya membawa kepada natijah desakralisasi dan sekularisasi kehidupan. Proses ini telah berlaku lebih dari 300 tahun sejak zaman Renaissance dan kini menjadi satu-satunya paradigm dominan kehidupan manusia yang bergelar manusia "moden". Proses ini telah menjadi begitu natural/semulajadi sehingga tidak terasa dipaksakan dan diterima pula sebagai satu-satunya realiti kehidupan manusia. Modeniti yang telah sebati menjadi weltanschauung dan lebenswelt manusia "moden" rasanya boleh saya kiaskan dari karya Aflatun "Republika" melalui dialog sifunya Sokrat.
 
Bayangkan sekumpulan penghuni gua yang bukan sahaja diikat kaki-tangan mereka malah kepala mereka juga dibelenggu agar hanya menghadap untuk melihat hanya ke dinding gua di hadapan mereka. Lalu di belakang mereka terdapat pintu gua yang agak besar yang manusia lalu-lalang antara keduanya. Di depan sedikit pintu gua itu terdapat pula unggunan api. Di siang hari penghuni gua sekadar mendengar bunyi manusia yang mundar-mandir tetapi bayangnya tidak begitu kelihatan pada dinding gua. Tetapi di malam hari, manusia yang lalu-lalang dihadapan unggunan api meninggalkan bayang-bayang pada dinding gua yang boleh dilihat jelas oleh penghuninya berserta suara mereka. Sudah pasti setelah sekian lama apatah lagi 300 tahun, bayang-bayang manusia itu dianggap sebagai secara epistemologinya sebagai kebenaran dan ontologinya sebagai realiti kewujudan. Malah sekiranya manusia yang mundar-mandir itu memikul pula patung-patung manusia, bayang-bayang yang terkesan pada dinding gua tidak akan berbeza dengan bayang-bayang manusia sebenar. Lebih kurang 300 tahun rasionalism dan empiricism menjadi satu-satunya epistemologi yang diterimapakai secara dominan oleh manusia "moden". Lebih kurang 300 tahun physicalism dan materialism menjadi satu-satunya ontologi dominan manusia "moden". Kemunculan post-positivism dan post-modenism dengan segala bentuk subjectivism dan relativism jelas sekali memusnahkan rasionalism dan empiricism sebagai sumber kebenaran yang mutlak dan physicalism dan materialism sebagai realiti kewujudan yang mutlak.
 
Katakan seorang penghuni gua tersebut bernasib baik dapat melepaskan diri dari ikatan dan belenggu 300 tahun tersebut. Lalu dia keluar dari gua dan melihat manusia yang sebenarnya dan bukan lagi sekadar bayang-bayang manusia. Beberapa kemungkinan boleh berlaku; 1) Dia mungkin keliru yang mana satukah lebih real - bayang2 atau manusia kerana selama 300 tahun ini yang real baginya adalah bayang2 malah dia mungkin tidak kenal siapa itu manusia kerana dia hanya kenal bayang2; 2) Dia mungkin kesakitan akibat terlihat unggun api di waktu malam kerana cahayanya yang menyakitkan matanya; 3) Dia mungkin akan kembali mengikat dan membelenggu dirinya untuk melihat semula bayang2 kerana tidak memahami dan keliru dengan kehidupan di luar gua; 4) Malah dia mungkin pengsan dan buta jika terlihat cahaya matahari yang begitu menyilaukan. Katakan pula ada seseorang yang berusaha untuk melepaskan penghuni gua tersebut dari kehidupan guanya yang palsu itu kepada hakikat sebenar kehidupan di luar gua yang lebih luas dan bercahaya terang-benderang. Mungkin sahaja terdapat seorang dua dari mereka yang diberi hidayah dan taufik untuk menjalani kehidupan baru yang serba real. Kemungkinan juga orang tersebut akan dimarahi malah dibunuh kerana dianggap pengacau mengganggu keseronokan penghuni gua melihat bayang2 manusia yang mereka anggap sebagai kebenaran dan kewujudan yang hakiki. Bagi manusia "moden" sejati rasionalism, empricism, physicalism dan materialism adalah segala-galanya. Mu'jizat, karamah, barakah, tradisi, autoriti, ilham, spirituality, metaphysics, ghaybiyyat dan sami'yyat adalah perkara-perkara yang tidak wujud dan tidak real. Justeru sesiapa yang membawa perkara-perkara ini perlu dihapuskan kerana mengganggu-gugat epistemologi dan ontologi mereka sejak 300 tahun yang lalu.
 
Dalam konteks ini boleh kita sebut bahawa ketika abad ke 19-20, modeniti sudah sampai kekemuncaknya seperti kata Nietzsche bahawa Tuhan telah mati. Dan ketika ini juga reaksi langsung sarjana Muslim mula wujud terutamanya dalam menghadapi kolonialism. Dalam usaha mereka menghalau para penjajah mereka juga terpesona dengan rasionalism dan empiricism penjajah khusus hasil-hasil sains, teknologi dan industri kolonial. Tidak hairan sikap ini ditunjukkan apabila ada dikalangan mereka menafsirkan al-Qur'an secara saintifik misalnya menyebut burung ababil itu sebagai kuman dan virus yang menyebabkan epidemik bagi tentera Abrahah sedangkan ababil itu dalam tradisi tafsir itu memang burung-burung kecil tidak pernah ditafsirkan sebagai kuman dan virus. Sikap dan semangat rasionalism dan empiricism ini kemudian berkembang pula dalam dimensi-dimensi lain agama termasuklah hukum-hakam atau lebih besar syariat itu sendiri biasanya atas nama REFORM. Walaupun ada yang mengganggap label reformist dan modernist agama sebagai satu bentuk penghargaan ia sebenar lama-kelamaan hanya akan merosakkan sifat dan tabiat agama yang telah diterima secara tradisi. Sebahagian besar dari perkara2 seperti mu'jizat, karamah, barakah, tradisi, autoriti, ilham,spiritualiti, metaphysics, ghaybiyyat dan sami'yyat tentu sekali tidak akan melepasi kriteria dan kayu-ukur rasionalism dan empiricism dan mula dianggap bermasalah dan akhirnya disisih, tersingkir malah ditolak langsung dalam wacana keagamaan ilmiah juga amaliyyah ummat.
 
Meskipun Nietzsche adalah ikon modeniti anti-Tuhan yang ekstrem, modeniti secara umumnya masih lagi menerima kewujudan Tuhan tetapi dengan bersyarat. 1)Tuhan modeniti hanya diterima melalui kaedah akal-rasional, panca-indera dan alam-semesta. Tuhan tidak boleh diterima melalui kaedah-kaedah lain seperti tradisi, autoriti dan intuisi (rational, emprical, scientific and natural conception of God); 2) Tuhan mesti tidak terlibat langsung dalam pentadbiran dan pengurusan alam dan kehidupan kerana alam dan kehidupan telah ditentukan oleh "laws of nature" atau "sunan" yang telah ditentukan oleh Tuhan sendiri dan manusia berupaya mengatur/menentukan perjalanan kehidupan mereka (Transcendent God as watch/clock maker, non-intervention/non-interference policy and never imminent, human-centric or anthrophocentric universe); 3) Fenomena agama hanya boleh dihuraikan melalui akal-rasional dan tidak boleh dengan cara extra-rational seperti mukjizat, karamah, barakah, tradisi, autoriti, ilham, intuisi, ghaybiyyat, sam'iyyat dsb (rejection of religion as revelational, miraculous, mysterious, enchanted, extra-rational phenomena). Dan inilah proses yang disebut oleh Marx Weber sebagai entzauberung atau engotterung (melupuskan atau menyahkan peranan Tuhan, kekudusan, keruhanian, wahyu dan mukjizat, dan segala bentuk ketakjuban dari alam dan kehidupan). Dan inilah ziet-geist atau "ruh/semangat" modeniti yang telah menjadi gua kehidupan manusia moden meskipun mereka masih bertuhan dan beragama. Dalam hal ini umat Islam juga tidak terkecuali dari terhirup dan bernafas dengan "ruh/semangat" modeniti ini. Persoalannya mampukan manusia "moden" khususnya umat Islam keluar dari ikatan dan belenggu gua modeniti ini mencari epistemologi dan ontologi asal mereka? 
 

Sekian, wallahu'alam, Ibn Muhammad.

DR.AMRAN MUHAMMAD

Wednesday, May 13, 2009

KULIAH PENGAJIAN KITAB TURATH (SIRI 2)

^_^ lina mursyidah hamzah at 5:12 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket




MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2]
[23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H]


Anjuran
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
dan
Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

OBJEKTIF
• Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
• Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
• Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
• Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH & TEMPAT
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

TENAGA PENGAJAR
Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

SASARAN
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
• Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
• Orang Awam
• Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

YURAN
RM 15 [INDIVIDU]


MODUS OPERANDI
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah). [DIJUAL PADA HARI KEJADIAN]


(Talaqqi kitab/Pembentangan/)

TENTATIF PROGRAM


Sabtu (23/05/2009)


7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran


8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;
Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli
Timbalan Presiden PKPIM


9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).


10:45 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor


2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Kitab Mukhtasor (1).


4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Kitab Mukhtasor (2).


6:00 petang : Makan Malam


7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’


9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Penjelasan Bid'ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.


9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah).


10:00 malam : Minum malam & Berehat


Ahad (24/05/2009)


4:00 pagi : Qiamullail


6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi


8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


10:30 pagi : Minum pagi


11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah


12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;
Saudara Mohd Hilmi B. Ramli
Presiden PKPIM


1:00 tghari : Makan Tengahari


2:00 petang : (Check-out)


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;
Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

...MOHON SEBARAN...

Tuesday, May 12, 2009

peringatan untuk para pemimpin

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:34 PM 8 pandangan dari kamu
Photobucket
Menjadi pemimpin bukan mudah. Tapi zaman sekarang semua orang kemaruk untuk jadi pemimpin. Hayatilah kisah ini untuk menilai layakkah kita untuk meminta-minta jawatan pemimpin.

Dari hal keadilan, ketakwaan dan kemuliaan budi baginda Umar bin Abdul Aziz, tidaklah perlu lagi diterangkan panjang lebar. Kisahnya panjang lebar telah dikarang oleh ulama-ulama.

Sesungguhpun dia telah mencapai kedudukan yang semulia itu, belumlah dia kenyang dari petunjuk ulama dan pimpinan seorang yang arif.

Pada suatu hari berkirim suratlah baginda kepada ulama Tabi’in yang masyhur, Hasan Basri, bertanya kepada beliau dari hal sifat-sifat Imam (raja) yang adil. Maka telah menjawab Hasan Basri demikian bunyinya:

“Ketahuilah hai Amirul Mukminin, bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan raja yang adil laksana tongkat tua yang teguh condong yang akan menauri, lemah yang akan membila. Dia menjadi tujuan dari segala orang yang ragu, memperbaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, tempat mengadu bagi tiap-tiap yang teraniaya, tempat kembali dari tiap-tiap yang sengsara.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang pengembala yang hati rahim kepada binatang pengembalaannya; dibawanya ke padang yang berumput subur, dijaganya jangan jatuh ke lurah yang curam, dijaganya dan dipeliharanya jangan ditangkap binatang buas, dipeliharanya jangan ditimpa dahaga dan kepanasan.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ayah yang cinta akan anak-anaknya, diasuhnya semasa anak itu kecil, diajarnya setelah anak itu besar, dituntunnya di dalam mencari penghidupan, dikumpulkannya harta bersusah payah, untuk anaknya itu jika si ayah mati.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ibu yang pengasih, dikandungnya anaknya dalam perutnya dengan susah payah, diasuhnya setelah anak itu lahir. Tidak tidur matanya malam, jika anaknya bangun, dia termenung jika dilihatnya anaknya duka, disusukannya; puas disusukan digendungnya. Mukanya berseri-seri jika si anak sihat, mukanya muram jika si anak sakit.”

“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang yang berdiri di antara Allah dengan hamba-Nya, didengarnya Maha Tuhan dengan tenang, setelah itu diterangkannya bagaimana wajah-Nya kepada mereka. Dibimbingnya tangan umat supaya sama-sama ke hadrat Rabbi, memohonkan kurnia-Nya.”

“Oleh sebab itu ya Amirul Mukminin, janganlah paduka sebagai budak yang dipercayakan oleh penghulunya kepadanya menyimpan hartanya dan memelihara kaum kerabatnya, lantas budak itu khianat akan amanat, dimusnahkannya harta benda itu dan disia-siakannya petaruh.”

“Kemudian itu ingatlah ya Amirul Mukminin akan maut dan apa yang akan kejadian sesudah mati. Ingatlah bahwa persedian paduka agaknya sedikit, orang yang akan menolong paduka tidak ada. Bersiaplah untuk menghadapi mati, dan untuk menghadapi zaman sesudah mati.”

“Ketahuilah pula ya Amirul Mukminin, bahawa paduka akan tinggal dalam sebuah rumah yang tidak serupa dengan rumah yang paduka diami sekarang. Lama sekali paduka akan mengeluh di sana, dan tidaklah seorang juga yang akan menemuinya, hanya tinggal seorang diri dalam kesunyian."

"Oleh sebab itu berkemaslah dari sekarang dan bersiaplah. Kerana perkemasan dan persiapan yang disediakan lebih dahulu, itulah hanya yang akan menolong di sana kelak, iaitu pada waktu lari padanya manusia daripada saudaranya dan ibunya daripada ayahnya dan isterinya, daripada anaknya sekalipun.”



“Ingatlah ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan hati-hati, akan suatu masa kelak yang akan dibongkar segala isi kubur, akan dikupas segala isi dada, segala rahsia pada hari itu akan terbuka. Semuanya tertulis dalam kitab, baik besar mahupun kecil semuanya dihitung.

“Maka sekarang ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan saksama, sebelum ajal sampai janji mendatang, sebelum hukum putus angan berhenti:

Jangan paduka menghukum atas hamba Allah dengan kebodohan, jangan paduka bawa mereka ke jalan aniaya, jangan diangkat orang-orang yang takbur menjadi pegawai, memerintah orang yang lemah. Sebab m
ereka menjatuhkan perintah dengan sesuka hati dan semahu-mahunya saja. Kelak padukalah yang akan menanggungjawab atas dosa mereka, dan yang bertali dengan itu, dikumpulkan dengan dosa paduka sendiri.

Janganlah paduka terpedaya oleh tipuan orang-orang yang menelah nikmat kesusahan paduka. Mereka makan segala yang enak-enak di dunia, supaya paduka menelan segala kesusahan di akhirat.

Jangan paduka berbesar hati lantaran mempunyai kekuatan pada diri ini, tetapi fikirkanlah kekuatan untuk dari jiwa yang akan dicabut, pada waktu mana seluruh badan paduka diikat oleh rantai kematian, atau berdiri di hadapan Allah, dikelilingi oleh sekalian Malaikat. Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Pada waktu mana seluruh wajah makhluk, menghadap kepada Yang Hidup dan Yang Kekal!”

“Adapun patik sendiri ya Amiru Mukminin, meskipun nasihat patik ini tidak sebagus nasihat-nasihat orang-orang yang lebih muda daripada patik pada zaman dahulu, namun patik amat cinta kepada tuanku dan amat ikhlas. Oleh sebab itu pandanglah isi surat patik ini, laksana ubat yang diberikan oleh seorang kecintaan kepada kecintaannya yang sakit. Meskipun agaknya pahit, moga-moga di dalam kepahitan itu ada tersimpan kesihatan dan afiat.”



Dipetik dari Lembaga Hikmat, karya Hamka

Saturday, May 9, 2009

7 perkara yang buat kita rasa bermotivasi di waktu pagi

^_^ lina mursyidah hamzah at 7:46 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
sumber : http://www.iluvislam.com/(shukri abdullah)

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur. tersenyum sambil ucap 'alhamdulillah'
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. baca quran lagi elok..
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas. tazkirah pun elok..iman kita kan naik turun..
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang! ^_^
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan. hidup mesti ade tujuan
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif. mestilah ijau yg mcm kat bendang ^_^
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup. jgn duk buat benda ni time raya je..

Tuesday, May 5, 2009

fiqh hadarah : satu renungan awal (siri 2)

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:16 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, teman-teman yang dikasihi yang diberkati Allah hendaknya dalam kehidupan moden yang penuh tipudaya ini.

Segala Puji bagi Allah Tuhan Empunya Sekalian Alam,
Ya Allah! Yang dengan keperkasaan kegagahanMu, dengan kepantasan kedatangan pertolonganMu, dengan kecemburuanMu terhadap pencerobohan kehormatanMu dan dengan perlindunganMu ke atas orang yang mendapat perlindungan dengan ayat-ayatMu;


Ya Allah, Limpahkan rahmat dan kesejahteraan keatas kekasihMu yang juga kekasih kami al-Mustafa, para anbiya' wal-mursalin, para malaikat al-muqarrabin, para hambaMu yang solehin dari kalangan awliya', syuhada' dan ulama' dan juga sekalian penduduk-penduduk langit dan bumi yang mengikuti jejak-langkah mereka itu sehingga ke hari kiamat.



Fiqh al-Hadharah sebagai satu kerangka besar kehidupan adalah lanjutan dari tradisi kesarjanaan Islam berhubungan dengan peranan dan kedudukan insan dalam melaksanakan amanah sebagai 'abdillah dan khalifatullah fil'ardh. Al-Farabi mengungkapkannya dalam Madinah al-Fadhila, Ibn Khaldun pula dengan Ilm al-'Umran dan Umran Hadhari, Shah Waliyyullah al-Dahlawi menggagaskan model Irtifaqat ke arah masyarakat rabbaniyyah illahiyyah.

Literatur Nasihat al-Mulk dan Adab al-Din wal Dunya karangan para ulama kita banyak sekali mengupas dan mengulas persoalan tadbir-urus atau governance individu dan masyarakat. Malah Shaykh al-Akbar Muhyiddin Ibn 'Arabi mengarang al-Tadbirat al-Ilahiyyat fi al-Mulk al-Insan (Pentadbiran Ketuhanan dalam Kerajaan Kemanusiaan). Justeru saya menggangap Fiqh al-Hadharah ini sebagai satu usaha ilmiah/amaliah bagi membina satu kerangka governan diri dan negara berdasarkan tradisi pandangan (worldview) dan pengalaman (lifeworld) Islam.



Tetapi sebelum kita boleh mengungkapkan secara tuntas Fiqh al-Hadharah dari tradisi kita, wajar untuk kita mengenali dan menyedari konteks kehidupan semasa yang mana Fiqh al-Hadharah ini ingin dilaksanakan iaitu KEHIDUPAN DAN DUNIA MODEN. Maka tidak dapat tidak kita mesti memahami apa itu MODENITI, MODENISME, MODENISASI, dan pemikiran MODEN. Ini kerana individu dan masyarakat berfikir dan bertindak berdasarkan latarbelakang konteks, paradigma-paradigma ilmu yang telah mereka lalui selama kehidupan mereka. Paradigma, kerangka konsep, tasawwur, pandangan alam dan kehidupan semasa kita mestilah dijelaskan terlebih dahulu sebelum kita ingin mengemukakan alternatif baru paradigma atau tasawwur tesebut. "Thinking out of the box" atau berfikir diluar tempurung mestilah diusahakan terlebih dahulu sebelum perubahan benar-benar boleh berlaku.



Secara ringkasnya, Modeniti sebagai satu manifestasi kebangkitan semangat zaman dan lingkungan masyarakat yang kemudiannya mencetuskan ideologi modenisme bermula di Eropah sekitar abad ke 17. Modenisasi dianggap sebagai satu proses/usaha masyarakat Eropah membebaskan diri mereka dari belenggu tradisi dan autoriti khususnya gereja dan agama. Semangat zaman dan lingkungan modeniti cuba memutuskan diri mereka dengan tradisi dan autoriti ini dengan memisahkan era kehidupan kontemporari dari era kehidupan sebelum mereka yang dinamakan sebagai Medieval Era (Era Pertengahan) dan sebelum itu Ancient Era (Era Purba). Justeru Modern Era adalah satu proses "tajdid/islah" Eropah untuk meninggalkan Medieval Era dan Ancient Era yang mereka anggap membebankan kehidupan semasa.


Slogan-slogan seperti The Age of Discovery, The Age of Reason, The Renaissance, The Enlightenment, The Reformation semuanya merujuk kepada semangat modeniti. Slogan-slogan teoritikal ini dipropagandakan dari abad ke 17 yang kemudiannya diterjemahkan secara praktikal dalam Revolusi Perindustrian di Britain, Revolusi Politik di Amerika dan Perancis pada abad ke 18, dan pada abad ke 19 dan 20 pula modeniti telah disulam sepenuhnya ke dalam kehidupan sosial-ekonomi-politik, sains, teknologi dan inovasi, industri, budaya dan ketenteraan. Apa yang kita disogokkan oleh idea-idea modeniti seperti secularism, liberalism, developmentalism, urbanism, cosmopolitanism, positivism, globalism malah post-modernism (pasca-modenisme) itupun tidak lain dan tidak lari dari semangat modeniti, proses modenisasi dan ideologi modenisme.



Dari sejarah tercetusnya modeniti yang sebenarnya adalah penentangan masyarakat Eropah terhadap dogmatisme, kejumudan, kelesuan, bebanan silam beberapa hakikat dan sifat modeniti boleh kita kenalpasti:


1) Antrophocentric worldview and way of life: Sikap dan keyakinan bahawa keupayaan semasa manusia adalah paksi/kunci pembentukan kehidupan dan pandangan alam.


2) Rejection of tradition and traditional values: Ini sekaligus menafikan peranan tradisi dan autoriti dalam menentukan pandangan alam dan peraturan kehidupan.


3) Sacralization of society: Sebagai ganti kepada tradisi dan autoriti, masyarakat sendiri menjadi penentu kebenaran khususnya apa yang disebut sebagai suara majoriti.


4) Akibat dari mengkuduskan masyarakat, maka kehidupan pragmatik/praktikal sosial-ekonomi-politik menjadi tumpuan utama kehidupan mengatasi kepentingan penjernihan akal, pembersihan ruh, peningkatan diri yang menjadi fokus utama kehidupan pra-modeniti.


5) Obsesi terhadap kehidupan lahiriah ini menjadikan modeniti sangat menekankan soal fakta, visuality dan visibility dalam menilai kebenaran justeru membentuk satu faham epistemologi tentang kebenaran/ilmu yang rasionalis (bergantung kepada akal-ratio), empiris (bergantung kepada panca-indera) dan materialis (bergantung kepada kebendaan zahiriah).


6) Dan akhirnya ontologi modeniti hanya meyakini perkara-perkara yang dianggapa objektif dan real pada kehidupan zahiriah, menolak metafizik apatah lagi perkara-perkara ghaybiat.



Kesimpulan setakat ini menunjukkan bahawa sebarang bentuk perubahan individu dan masyarakat mestilah dimulakan dengan pemahaman dan perubahan epistemologi, faham ilmu dan kebenaran dan juga pemahaman dan perubahan ontologi, faham wujud dan kehidupan.

Tanpa pemahaman dan perubahan epistemologi dan ontologi tidak mungkin sebarang perubahan besar dalam diri dan masyarakat boleh berlaku. Perkara sebenarnya telah lama diperkatakan oleh Malek Bennabi, Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan saya juga mendapati Prof. Muhammad Said Ramadhan al-Buti dalam buku beliau Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah fi al-Qur'an juga membahaskan soal ontologi, hakikat insan, kehidupan dan alam dan juga epistemologi, hakikat ma’rifah dalam mengemukakan pandangan beliau.


InsyaAllah kita akan menyambung perbincangan ini bi iznillah.
Al-Dhaif ilallahi al-Qawiy Ibn Muhammad


Dr. Amran Muhammad,

Setiausaha Agung

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

FIQH HADARAH : PENGARUH MODERNITI TERHDAPA ISLAM (3)

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:52 PM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
Assalamu'alaikum teman-teman seperjuangan yang masih mengikuti wacana ini secara nyata dan mahupun maya.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Muhammad SAW Penghulu Segala Manusia, Para Anbiya', Para Awliya' Para Syuhada' dan Para Ulama'.
Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad, dengan salawat yang akan memenuhi perbendaharaan Allah dengan cahaya dan menjadi pelepasan (farajan), kegembiraan (farahan) dan keriangan (sururan) bagi kami dan juga kaum Mukminin.

Modeniti ternyata telah memberi dampak yang sungguh mendalam dalam jiwa sanubari dan akal budi umat Islam. Malah sejarah perkembangan umat Islam abad ke 19 dan 20 adalah sejarah pertembungan antara Islam dan modeniti dari sudut teori dan amali. Kesarjanaan tokoh-tokoh besar Islam abad ke 19 dan 20 bermula dari Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Redha, Muhammad Iqbal, Sayyid Ahmad Khan, Malek Bennabi sehingga ke Fazlur Rahman, Ismail Faruqi, Syed Naquib al-Attas, Syed Hossein Nasr adalah kesarjanaan pemikiran Islam vis-a-vis cabaran modeniti. Sarjana awal abad ke 19-20 seperti al-Afghani, Abduh dan Rasyid Redha sangat tersirna dengan pengaruh modeniti khususnya peranan akal rasional, rasionaliti, pemikiran saintifik, sains dan teknologi dalam pembentukan pandangan alam Islami. Malah mereka adalah tokoh-tokoh modenis Islam awal yang kemudiannya meninggalkan kesan langsung terhadap corak pemikiran Islam selepas dari itu. Tasawur Gerakan Islam khususnya Ikhwan al-Muslimin adalah salah-satu kesan langsung dari pemikiran al-Afghani, Abduh dan Rashid Redha dari sudut amaliyyah dan jamai'yyah. Sejarah awal as-Syahid Hassan al-Banna dan Ikhwan al-Muslimin jelas menunjukkan perhubungan yang rapat antara pemikiran ketiga-tiga tokoh ini dengan gerakan Islam.

Perkara ini sangat perlu untuk diteliti sekiranya kita ingin mengenalpasti paradigma atau kerangka falsafah dan pemikiran gerakan Islam atau harakah Islamiyyah. Ini kemudiannya memberi kesan terhadap orientasi, modus-operandi atau corak pemikiran gerakan Islam. Modeniti seperti mana yang telah dihuraikan dahulu terbina atas dasar anti-tradisi atau penolakan mutlak terhadap tradisi dan warisan silam. Bukan itu sahaja modeniti berpegang kepada epistemologi rasional dan empirikal dan kepada ontologi materialis dan objektivis. Selanjutnya modeniti melakukan entzauberung iaitu menyah kekudusan dari alam dan entgotterung menyahkan Tuhan dari kehidupan. Sikap anti-Tuhan dan desakrilisasi kehidupan inilah yang menjadi semangat zaman / ziet-geist modeniti. Akhirnya kehidupan moden adalah kehidupan sekular, peradaban moden adalah peradaban sekular.

Bagaimana modeniti menjangkit ke dalam pemikiran dan tindakan gerakan Islam moden abad ke 19-20 memerlukan perbincangan yang lebih terperinci kerana sekali imbas tidak mungkin gerakan Islam menjadi gerakan modenis. Secara mudahnya respon terhadap modeniti di kalangan umat Islam boleh dibahagikan kepada 3. (1). Menerima modeniti secara totok menolak agama dan menjadi sekular, modenis sekular seperti Kamal Atartuk. (2). Menerima modeniti secara epistemologi/ontologi tetapi masih mengekalkan peranan/kepentingan agama, modenis agama seperti al-Afghani, Abduh dan Rasyid Redha. (3). Menolak modeniti dan biasanya digelar tradisionalis-konservatif.

Modenis sekular mudah difahami manakala tradisionalis-konservatif juga tidak sukar dikenalpasti. Tetapi modenis agama lebih mempersonakan disamping mengelirukan kerana akhirnya ia akan merosakkan sifat dan hakikat agama Islam itu sendiri. Beberapa perkara asasiah modenis agama yang seiring dengan mereka yang berfaham modenis dalam keadaannya yang umum termasuklah. (1) Sikap menolak tradisi dan warisan silam peradaban Islam sebagai menjadi beban dan punca kelemahan dan kemunduran umat Islam (anti-tradition);(2) mengganggap tradisi keilmuan Islam seperti tradisi falsafah, kalam dan tasawuf sebagai tidak relevan sebaliknya kefahaman agama yang lebih 'rasional' dan 'saintifik' mestilah digunapakai (positivist epistemology); (3) banyak tradisi pemikiran dan amalan umat Islam telah bercampur-baur dengan unsur-unsur yang tidak Islamik sama ada dari unsur yunaniyyah, israiliyyah dan syiah, justeru proses 'penjernihan' mesti dilaksanakan (objectivist epistemology); (4) pergantungan kepada autoriti dalam pelbagai manifestasi seperti taqlid, mahzab, shaykh, tawassul, barakah dan karamah dianggap tidak benar dan sesat dalam ajaran Islam (materialist/objectivist ontology); dan (5) sebarang bentuk perubahan mestilah melalui perubahan sosial masyarakat, politik, kuasa dan undang-undang (sacrilization of society).

Secara tidak sedar, gerakan Islam banyak dipengaruhi oleh pemikiran modenis agama meskipun Islam tetap menjadi slogan utama perjuangannya. Sebagai contoh, sejarah gerakan Islam abad ke 19-20 adalah sejarah pertembungan politik gerakan Islam (baca modenis agama) dengan pemerintah sekular nasionalis (baca modenis sekular). The obsession with politics and the quest for power menjadi the reason of being gerakan Islam. Justeru agenda for change dari sacrilization of society adalah perubahan sosial, masyarakat, politik, kuasa dan undang-undang i.e negara Islam/ daulah Islamiyyah. Sedangkan dalam tradisi dan warisan silam Islam, semua perubahan bermula dari dalam diri insan bukan di luar sana dan justeru itu para ulama kita sangat menumpukan Ilm al-Nafs sebagai ilmu utama bukan ilmu masyarakat. Perbahasan mereka tentang politik kenegaraan dimulakan dengan persoalan etika atau akhlak malah buku-buku akhlak mereka jauh lebih banyak dari buku-buku siayah. Science of the soul mendahulu science of the state.

Manakala modeniti mengsakralkan masyarakat melalui aktivism politik-sosial, tradisi Islam mengsakralkan indvidu insan melalui aktivism intelektual-spiritual. Malah inilah yang menerbitkan konflik dan krisis sosial-politik kemanusiaan yang tidak berkesudahan akibat aktivism politik-sosial yang lupa tentang sifat dan hakikat diri insan sebagai makhluk ciptaan Tuhan. Itulah sebabnya para ulama kita sangat konsisten pada mengingatkan konflik dan krisis luaran sosial-politik kemanusiaan itu tidak lain hanyalah sebagai manifestasi konflik dan krisis intelektual-spiritual dalaman insan semata-mata. Inilah yang mereka huraikan sebagai faham alam saghir dan alam kabir. Bahawa tipudaya paradigma modeniti dalam mengalihkan tumpuan insan dari sifat dan hakikat sebenar insaniah kepada slogan dan retorik "social change" adalah tidak lain dari satu escapism ataupun pengelakkan amanah atau taklif hakiki manusia untuk melakukan "individual change" yang tentu lebih sukar dan mencabar berbanding dengan "social change".

Wallahu'alam, Ibn Muhammad.

DR.AMRAN MUHAMMAD
 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea