^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Monday, June 29, 2009

pelik tapi best!!!

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:22 PM 4 pandangan dari kamu

Photobucket

Peliknya daie ni..

Orang lain hujung minggu jalan-jalan/beristirehat..
Hidup daie ni ada 2 je : Ke program @ Belajar..

Peliknya daie ni..
Orang lain sibuk tengok filem dan main games..
Daie ni ada 2 je : Belajar @ Buat program (Usrah @ Meeting)..

Peliknya daie ni..
Jika orang biasa masa santainya bersembang dan menonton..
Bagi daie ni, masanya itulah untuk tumpu pada bahan bacaan bagi persiapan pengisian dalam usrah dan program..

Peliknya daie ni..
Duitnya entah ke mana, selalu tak cukup..
Tapi orang lain tak nampak, rm50, rm10, rm100 duitnya tu semuanya untuk apa?
Duit transport, topup, infak untuk program, bantu orang susah..
Manalah ada untuk dirinya sangat..

Hm, apa lagi ye yang pelik tentang daie ni..
Hidup pun kadang tak terurus, terlupa itulah inilah, macam-macam..

Tapi itulah daie, tetap senyum je dia..
Walau dalam hati menjerit,
Walau dalam hati dia menangis,
Tiada yang memahami..
Daie itu tetap senyum je.. (^_^)

p/s: pesanan utk diri...jgn nakal2..

tag from adik iqmal

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:37 PM 1 pandangan dari kamu
Photobucket

1. What is the most important thing in your life?

iman n islam...

2. What is the last thing that you bought with your own money?
air cincau yeos

3. Where do you wish to get married?
 tmpt yang semua org leh dtg ngan senang

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
tak phm soklan ni..(english mmg lemah..huhu)

5. Are you in love?
mestilah..

6. Where was the last restaurant you had dinner?
tak hingat...

7. Name the latest book that you bought?
falsafah ketuhanan

8. What is your full name?
lina mursyidah binti hamzah

9. Do you prefer your mother or father?
mother AND father

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Nabi Muhammad SAW

11. Christina or Britney?
dua-dua pun bukan

12. Do you do your own laundry?
eh..mestilah!!!

13. The most exciting place you want to go?
palestin..

14. Camera or MP3 or Handphone?
mp3 sbb suka mendengar

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
1.iqmal  ni budak BAR
2.amir PKPIM kat salah sebuah kampus
3.agak selamber adik ni..
4.suka ingatkan aku pasal ciken cop
5.adik yang bleh rapat ngan masa yang singkat

16. 3 things I am passionate about
merempit ngan kereta
membaca sambil tido
makan sambil ngulang

17. 3 things I say too often
ntah..sy ni pendiam..

18. Book I’ve read recently
Al-Quran n six thinking hats

19. 8 songs I could listen to over and over again
-doa rabitah
-muhasabah cinta
-aku ingin mencintaiMu
*jwb 3je dulu bleh? sbb tak rajin pun bukak lagu..kengkadang je

20. 3 things I learned last year
- buat keje sampai penat
-  manfaatkan mase yg ada
- buat sumting  ikut kemampuan diri

21. 8 people to tag
1.afzan
2.suhana
3.kak jihan
4.mazran
5.islinda
6.kak aida nadia
7.hafizah hasyuden
8.asila

Friday, June 26, 2009

biodata BAGINDA..

^_^ lina mursyidah hamzah at 4:56 PM 0 pandangan dari kamu

Photobucket

Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 


Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf 

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib 

Bapa-bapa saudara: 
• Al-Harith bin Abdul Muthalib 
• Muqawwam bin Abdul Muthalib 
• Zubair bin Abdul Muthalib 
• Hamzah bin Abdul Muthalib 
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib 
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib 
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib 
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib 
• Hijl bin Abdul Muthalib 
• Dzirar bin Abdul Muthalib 
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib 

Nama Ibu susuan Rasulullah: 
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: 
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun 

Nama isteri-isteri Rasulullah: 
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a 
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a 
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar) 
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab 
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah) 
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a 
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith 
8. Safiyah bt. Huyay 
9. Zainab bt. Jansyin 
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah 
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah 
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin) 

Nama anak-anak Rasulullah: 
1. Qasim 
2. Abdullah 
3. Ibrahim 
4. Zainab 
5. Ruqaiyah 
6. Ummi Kalthum 
7. Fatimah Al-Zahra' 
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah] 

Pengalaman bekerja Rasulullah: 
Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya. 
Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga. 
Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar. 
Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.  
Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak. 
Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak. 

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy. 

Sifat-sifat terpuji Rasulullah: 
- Berkata benar (siddiq) 
- Boleh dipercayai (amanah) 
- Penyampai ajaran Islam (tabliq) 
- Bijaksana (fatanah) 

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy. 

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: 
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun. 
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur. 
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." 
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah. 
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah. 

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam: 
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) 
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun) 
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam) 
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib) 

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah: 
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." 
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
- Berusia 40 tahun. 

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu: 
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: "Bacalah!" (Iqra'). Lalu Rasulullah menjawab; "Saya tidak pandai membaca." Lalu kata beliau: "Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: "Bacalah!" Tetapi aku jawab: "Aku tidak pandai membaca!" Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku. 

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: "Bacalah!", yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan," sampai kepada ujung "Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu." Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian. 

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: "Selimutilah aku, selimutilah aku." (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: "Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?" Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: "Aku ngeri atas diriku." 


SUMBER>http://www.iluvislam.com/v1//readarticle.php?article_id=1746

Sunday, June 21, 2009

tag n award from abid cyg!!!

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:07 PM 1 pandangan dari kamu

Photobucket

a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" diatas untuk diletakkan di blog anda

b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

dhabitah...huhu...kenai masa kat salah satu jk ukhwah..very1000x nice person..n tanpa diduga..dy ni member jugak kepada member baik sy wan iffah...abid ni da kawen...huhu...harus mengelakkan diri dari jumpe dy kerna pipiku akan menjadi sasaran cubitan dy..haha..peramah sgt2...mmg best jadik member dy..love u!!!

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri

- nama sy lina mursyidah binti hamzah

-ade umi,abah n 8 adik...

-study kat uia amik kos pendidikan bimbingan n kaunseling

-pelupa

-malas

-pendiam

-garang

-suka merempit dgn kereta

-suke membebel kat ym

-tak pandai jaga ati org

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda

-afzan

-suhana

-kak jihan

-ina

-imah

-hafizah hasyuden

Saturday, June 20, 2009

jeans..

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:54 AM 0 pandangan dari kamu

Photobucket

Seseorg bertanya kpd saya. Saya tahu, pertanyaannya itu hanyalah utk menguji saya. Menguji kefelsibelitian saya.


"Bolehkah perempuan pakai jeans?"
"Boleh..asalkan prinsip menutup aurat masih dijaga spt, longgar, tidak jarang dsb."
"Oh..sy ingatkan awak rigid. Sesetengah daie rigid akan hal ini."

Jeans.
Saya juga terperasan. Jeans sudah lama menjadi daging fesyen masyarakat Malaysia.
Anda ke mana2, silalah kira berapa ramai wanita memakai jeans, dan anda boleh bandingkan bilangannya dgn wanita yg mengenakan baju kurung.

Saya tidak kisah, pakailah mahu pakai apa...asalkan prinsip menjaga aurat masih dikekalkan.
Tp apa yg saya kesal, jeans rata2 ialah sejenis seluar yg ketat. Yang telah melanggar prinsip menjaga aurat.

Fakta ttg jeans:
dibuat drp denim
asalnya dicipta utk kerja spt pekerja kapal dan kilang2
pemilik Levi's ialah "Levi Strauss, seorang yahudi Jerman
Dan, saya menjumpai. Jeans yg ketat, tidak elok utk kesihatan, baik utk wanita mahupun lelaki. (Sebenarnya bukan jeans shj, ape2 shj pakaian yg ketat tidak elok utk kesihatan).

1) Menurut irishhealth.com, Levi Strauss & Co. telah diarahkan utk menilai kembali jenis jeans yg diperkenalkan krn didapati ia boleh menyebabkanp masalah pd kulit dan sistem pernafasan.

2) Pd thn 1986, 1 kajian saintifik telah mengatakan bahawa memakai pakaian ketat boleh mengurangkan bilangan sperma bg lelaki (boleh menyebabkan kemandulan). Sumber health.ninemsn.com

3) Searchwap mengatakan jeans yg terlalu ketat diketahui akan menyebabkan penyakit saraf pd wanita. Tambahan, ia boleh menyebabkan telefon bimbit anda hancur jika dimasukkan ke dalam poket jeans yg ketat.

4) Beberapa tahun lepas, Canadian Medical Association Journal menerima 1 surat mengenai kes penyakit saraf meningkat di kalangan wanita dan penyakit itu hampir sama dgn carpal tunnel syndrome akibat drp memakai seluar yg terlalu ketat. Doktor Canada telah memberi amaran bahawa seluar ketat akan menyebabkan tekanan kepada sensory nerve di bahagian tulang peha yang akan menyebabkan hilang deria rasa sentuh (paresthesia). jeansinfo

Berfesyen tidak salah. Tapi kesihatan perlu diutamakan. Inilah hikmah kenapa dalam menutup aurat, pakaian mestilah longgar. Semua utk kebaikan diri sendiri.

Hebatnya Pencipta manusia...!

p/s : TOP KILLER FASHION
HIGH HEELS AND WEDGES
TIGHT JEANS, LEOTARDS AND THONGS
BINDING BUSTIERS, CORSETS ETC

 

sumber>http://tintasalsabila.blogspot.com/

Friday, June 19, 2009

mendepani cabaran keluarga muslim

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:26 PM 0 pandangan dari kamu

Photobucket

SAYANGNYA, realiti dalam masyarakat kita, terlalu banyak permasalahan yang melanda keluarga Muslim hari ini. Kes-kes keganasan rumah tangga sama ada secara fizikal, mental dan seksual kerap kita dengar. Begitu juga dengan kes perceraian sehingga mencecah belasan ribu kes setiap tahun.


Selain itu, kita turut dipaparkan dengan kisah suami meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa khabar berita, apatah lagi melunaskan tanggungjawab menyediakan nafkah. Gejala sosial di kalangan remaja seperti; penagihan dadah, lepak merempit, seks bebas, juga semakin meruncing dari sehari ke sehari. Yang membimbangkan bilangan ini sentiasa dijuarai oleh kelompok Muslim.

Hakikatnya, semua ini adalah petanda bahawa keluarga Muslim di negara ini sudah tidak lagi berpandukan kepada ajaran agama Islam dalam melayari kehidupan ini.

Tambah malang, apabila ada segelintir daripada golongan ini langsung tidak mengendahkan garis panduan bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Mereka lebih suka memilih atau mencari jalan sendiri dalam kehidupan yang serba mencabar ini.

Keseriusan permasalahan di atas ini turut diakui Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dalam ucapan beliau ketika berucap pada Seminar Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa pada penghujung Mei lalu di IKIM.

Terang beliau, dalam satu kajian mendapati 34.7 peratus wanita bekerja menghantar anak kepada saudara mara untuk dijaga apabila mereka keluar bekerja, 19.2 peratus lagi menghantar anak kepada pengasuh yang merupakan jiran, 13 peratus menghantar anak ke pusat asuhan dan 7.9 peratus menggunakan khidmat pembantu rumah.

"Walau apapun bentuk jagaan yang dipilih, apa yang penting ibu bapa itu tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam soal mendidik anak-anak. Tidak salah ibu bapa mengharapkan orang lain menjaga anak-anak, khususnya apabila keluar bekerja namun tanggungjawab mendidik anak masih terpikul di bahu ibu bapa.

"Malah dalam Laporan Keselamatan Kehidupan Dalam Talian Norton 2009 yang dilakukan di kalangan 9000 orang dewasa dan kanak-kanak di 12 negara di seluruh dunia mendapati, golongan dewasa melayari Internet tiga jam sehari atau 89 jam sebulan berbanding kanak-kanak, kira-kira 39 jam sebulan. Ini menjelaskan bahawa ICT pada hari ini merupakan sebahagian daripada kehidupan dua golongan ini dan sudah pastinya, golongan remaja.

"Selain komputer berInternet, telefon bimbit turut menjadi kegilaan remaja. Ia mendedahkan remaja kepada kegiatan tidak sihat yang mampu merosakkan pemikiran dan masa depan generasi muda ini. Di samping itu, ibu bapa juga perlulah berhati-hati berkaitan aspek pergaulan anak-anak terutamanya dalam memilih rakan sebaya. Ini kerana pengaruh rakan sebaya amatlah kuat," kata beliau yang berharap sebahagian cabaran-cabaran yang mendepani institusi keluarga dapat di atasi menerusi penglibatan para peserta pada forum dua hari itu.

Pada sesi satu seminar itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman dalam kertas kerjanya bertajuk, 'Profil Keluarga di Malaysia dan Kesannya Kepada Keluarga' turut sependapat dengan Ahmad Sarji.

Oleh itu, tegas beliau kefungsian keluarga dan peranan institusi itu amat penting ke arah pembangunan insan, pembentukan dan perkembangan manusia, pembangunan potensi setiap ahli keluarga dan mencorakkan perkembangan dan kesejahteraan rakyat.

"Institusi keluarga di Malaysia sedang melalui perubahan dan transisi tanpa disedari. Keupayaan keluarga untuk mengharungi arus permodenan dan pembangunan menjadi antara isu utama yang perlu diberi perhatian.

"Maka kita perlu lebih berdaya tahan dalam menangani cabaran-cabaran hidup seperti penjagaan anak terutama bagi pasangan dwi-kerjaya, pengurusan kewangan, keibubapaan anak remaja dan tanggungjawab kepada ibu bapa tua," katanya

Aminah turut menggariskan beberapa kesan kehidupan kekeluargaan yang perlu diambil perhatian di antaranya;

"Peningkatan dalam kumpulan umur bekerja merupakan bonus demografi kepada negara. Penduduk dikatakan berada pada tahap optimum di mana manfaat dapat diperoleh hasil daripada pelaburan ekonomi yang produktif kerana tanggungan ekonomi adalah rendah dan secara relatifnya terhadap ramai pekerja yang menanggung penduduk yang bukan produktif. Pada kesempatan ini, pelaburan ke atas pembangunan sosial perlu diperhebatkan, terutamanya kepada golongan remaja ke arah pembentukan sahsiah diri yang jitu dan resilien.

"Kestabilan institusi perkahwinan perlu dititikberatkan seperti menangani senario kahwin lewat dan perceraian. Kesedaran mengenai perkahwinan dan kepentingan hidup berkeluarga perlu diperluas supaya senario pembujangan tidak menjadi satu budaya dalam masyarakat.

"Pendidikan kemahiran keibubapaan berteraskan tanggungjawab bersama antara suami dan isteri perlu diutamakan agar peranan yang dimainkan lebih signifikan ke arah membina keluarga sejahtera.

"Intervensi untuk membimbing golongan remaja perlu diperhebatkan kerana golongan ini bakal menjadi pewaris di dalam masyarakat negara ini. Langkah ini juga dilihat mampu membendung gejala sosial yang semakin membarah.

"Penerapan nilai-nilai murni dibudayakan dalam masyarakat dan nilai ini perlu disemarakkan sebagai tonggak utama mengukuhkan institusi keluarga agar lebih berdaya tahan, sekali gus menyatupadukan masyarakat.

"Menyedari hakikat bahawa institusi keluarga kini perlu diberi sokongan, perhatian yang khusus dan program-program berbentuk support system perlu dilaksanakan secara istiqamah.

"Warga emas perlu diberi perhatian yang sewajarnya seperti memperbanyakkan prasarana dan kemudahan komuniti yang mesra warga emas. Ia sekali gus membantu mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat.

"Agensi-agensi kerajaan serta pihak berkenaan yang terlibat secara langsung dan tidak dalam perancangan dan penggubalan dasar mahupun perancangan pembangunan negara perlu memberi keutamaan kepada pembangunan sosial dan ekonomi.


Monday, June 15, 2009

pendidikan anak2..^_^

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:30 PM 0 pandangan dari kamu

Photobucket

Jika anak dibesarkan dengan kritikan,

mereka akan belajar mengecam…

Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,
mereka akan belajar berkelahi….
Jika anak dibesarkan dengan rasa takut,
mereka akan belajar menjadi penakut…
Jika anak dibesarkan dengan belas kasihan,
mereka akan belajar untuk menyesali diri…
Jika anak dibesarkan dengan ejekan,
mereka akan belajar menjadi anak yang pemalu…
Jika anak dibesarkan dengan keirihatian,
mereka akan belajar untuk selalu cemburu…
Jika anak dibesarkan dengan rasa malu,
mereka akan belajar untuk merasa bersalah…
Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
mereka akan belajar untuk percaya diri…
Jika anak dibesarkan dengan sikap toleransi,
mereka akan belajar bersabar…

“Children Learn What They live”(Dorothy Law Nolte, Ph.D.)

Pada dasarnya tidak ada sekolah untuk menjadi orang tua yang baik. Tapi percayalah, baik buruknya seorang anak tergantung dari apa yang dialaminya.

Menurut istilah Psikologi bahwa pendidikan adalah proses menumbuhkembangkan seluruh kemampuan dan perilaku manusia melalui pengajaran. Adanya kata pengajaran ini berarti ada suatu proses perubahan tingkah laku sebagai hasil interaksi dengan lingkungan yang disebut dengan belajar.

Adapun tujuan pendidikan menurut Islam adalah agar seseorang dapat memahami tentang kekuasaan Allah SWT (yang tersirat dan tersurat) dengan segala peraturan-peraturan Allah serta mampu menempatkan posisinya sebagai hamba Allah SWT.

Ruang Lingkup

Adapun Ruang lingkup pendidikan secara garis besar dibagi menjadi 5, yaitu:

1. Pendidikan Keimanan

“Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya diwaktu ia memberikan pelajaran kepadanya:”hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesengguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kedzaliman yang nyata.” (Q.S 31:13)

Bagaimana cara mengenalkan Allah SWT dalam kehidupan anak?

  * Menciptakan hubungan yang hangat dan harmonis (bukan memanjakan)
  Jalin hubungan komunikasi yang baik dengan anak, bertutur kata lembut, bertingkah laku positif.
  Hadits Rasulullah : “cintailah anak-anak kecil dan sayangilah mereka…:” (H.R Bukhari)
  “Barang siapa mempunyai anak kecil, hendaklah ia turut berlaku kekanak-kanakkan kepadanya.” (H.R Ibnu Babawaih dan Ibnu Asakir)
  * Menghadirkan sosok Allah melalui aktivitas rutin
  Seperti ketika kita bersin katakan alhamdulillah. Ketika kita memberikan uang jajan katakan bahwa uang itu titipan Allah jadi harus dibelanjakan dengan baik seperti beli roti.
  * Memanfaatkan momen religius
  Seperti Sholat bersama, tarawih bersama di bulan ramadhan, tadarus, buka shaum bareng.
  * Memberi kesan positif tentang Allah dan kenalkan sifat-sifat baik Allah
  Jangan mengatakan “ nanti Allah marah kalau kamu berbohong” tapi katakanlah “ anak yang jujur disayang Allah”.
  * Beri teladan
  Anak akan bersikap baik jika orang tuanya bersikap baik karena anak menjadikan orang tua model atau contoh bagi kehidupannya.
  “hai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan”.(Q.S 61:2-3)
  * Kreatif dan terus belajar
  Sejalan dengan perkembangan anak. Anak akan terus banyak memberikan pertanyaan. Sebagai orang tua tidak boleh merasa bosan dengan pertanyaan anak malah kita harus dengan bijaksana menjawab segala pertanyaannya dengan mengikuti perkembangan anak.

2. Pendidikan Akhlak

Hadits dari Ibnu Abas Rasulullah bersabda:
“… Akrabilah anak-anakmu dan didiklah akhlak mereka.”

Rasulullah saw bersabda:
”Suruhlah anak-anak kamu melakukan shalat ketika mereka telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kalau meninggalkan ketika mereka berumur sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur mereka.” (HR. Abu Daud)

Bagaimana cara megenalkan akhlak kepada anak :

  * Penuhilah kebutuhan emosinya
  Dengan mengungkapkan emosi lewat cara yang baik. Hindari mengekspresikan emosi dengan cara kasar, tidak santun dan tidak bijak. Berikan kasih saying sepenuhnya, agar anak merasakan bahwa ia mendapatkan dukungan.
  Hadits Rasulullah : “ Cintailah anak-anak kecil dan sayangilah mereka …:” (H.R Bukhari)
  * Memberikan pendidikan mengenai yang haq dan bathil
  “Dan janganlah kamu campur adukan yang haq dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu, sedang kamu mengetahui .”(Q.S 2:42)
  Seperti bahwa berbohong itu tidak baik, memberikan sedekah kepada fakir miskin itu baik.
  * Memenuhi janji
  Hadits Rasulullah :”…. Jika engkau menjanjikan sesuatu kepada mereka, penuhilah janji itu. Karena mereka itu hanya dapat melihat, bahwa dirimulah yang memberi rizki kepada mereka.” (H.R Bukhari)
  * Meminta maaf jika melakukan kesalahan
  * Meminta tolong/ mengatakan tolong jika kita memerlukan bantuan.
  * Mengajak anak mengunjungi kerabat

3. Pendidikan intelektual

Menurut kamus Psikologi istilah intelektual berasal dari kata intelek yaitu proses kognitif/berpikir, atau kemampuan menilai dan mempertimbangkan.

Pendidikan intelektual ini disesuaikan dengan kemampuan berpikir anak. Menurut Piaget seorang Psikolog yang membahas tentang teori perkembangan yang terkenal juga dengan Teori Perkembangan Kognitif mengatakan ada 4 periode dalam perkembangan kognitif manusia, yaitu:

Periode 1, 0 tahun – 2 tahun (sensori motorik)

  * Mengorganisasikan tingkah laku fisik seperti menghisap, menggenggam dan memukul pada usia ini cukup dicontohkan melalui seringnya dibacakan ayat-ayat suci al-Quran atau ketika kita beraktivitas membaca bismillah.

Periode 2, 2 tahun – 7 tahun (berpikir Pra Operasional)

  * Anak mulai belajar untuk berpikir dengan menggunakan symbol dan khayalan mereka tapi cara berpikirnya tidak logis dan sistematis.
  Seperti contoh nabi Ibrahim mencari Robbnya.

Periode 3, 7 tahun- 11 tahun (Berpikir Kongkrit Operasional)

  * Anak mengembangkan kapasitas untuk berpikir sistematik
  Contoh : Angin tidak terlihat tetapi dapat dirasakan begitu juga dengan Allah SWT tidak dapat dilihat tetapi ada ciptaannya.

Periode 4, 11 tahun- Dewasa (Formal Operasional)

  * Kapasitas berpikirnya sudah sistematis dalam bentuk abstrak dan konsep

4. Pendidikan fisik

  * Dengan memenuhi kebutuhan makanan yang seimbang, memberi waktu tidur dan aktivitas yang cukup agar pertumbuhan fisiknya baik dan mampu melakukan aktivitas seperti yang disunahkan Rasulullah

“ Ajarilah anak-anakmu memanah, berenang dan menunggang kuda.” (HR. Thabrani)

5. Pendidikan Psikis

“Dan janganlah kamu bersifat lemah dan jangan pula berduka cita, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (QS. 3:139)

  * Memberikan kebutuhan emosi, dengan cara memberikan kasih saying, pengertian, berperilaku santun dan bijak.
  * Menumbuhkan rasa percaya diri
  * Memberikan semangat tidak melemahkan

Referensi :

  1. Abu Fathan, Panduan Wanita Sholehah, 1992: Asaduddin Press.
  2. An-Nabaa’, Fitnah Dalam Perjuangan, 1992, edisi Shafar 1413 H
  3. C.P. Caplin, Kamus Lengkap Psikologi,1995
  4. Crain C. William, Theories of Development Concept and Application, 1992
  5. Syah, Muhibbin. 2001. Psikologi Pendidikan dengan Pendekatan Baru, edisi Revisi. PT Remaja Rosdakarya- Bandung.
  6. Parent Guide, Hadirkan Tuhan dalam Keluarga. Volume II, 2003

sumber>http://dewilenys.wordpress.com/2008/04/15/pendidikan-anak-menurut-islam/

Tuesday, June 9, 2009

bagaimana menangani kenakalan kanak2

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:18 PM 2 pandangan dari kamu

Photobucket

Kenakalan anak-anak kadang kala membuatkan kemarahan anda sebagai ibu bapa memuncak sehingga membuatkan anda akan meninggikan suara, memukul mereka tanpa menghiraukan jiran tetangga dan sebagainya. Justeru, untuk menangani masalah ini, berikut merupakan 7 kaedah bagaimana untuk anda manjaga perilaku kenakalan anak-anak agar anda dapat mengawalnya.


1. Buat Peraturan

Sebagai ibu bapa anda berhak mengatur aktiviti anak-anak. Oleh itu, untuk menjaga kenakalan mereka pastikan anda membuat jadual peraturan yang sederhana. Senaraikan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh.. Bincangkannya bersama anak supaya mereka tidak merasa terkongkong.

2. Pencegahan Awal

Sekiranya anda merasa tingkah laku anak anda di luar kawalan seperti menjerit-menjerit (tanpa sebab), berlari-lari di dalam rumah dan sebagainya berusahalah untuk mengalihkan perhatian mereka kepada perkara lain seperti ajak dia bermain mainan kesukaannya, menonton televisyen dan sebagainya.

3. Fahami Tingkah Laku Si Kecil

Pastikan anda membuat catatan kecil mengenai sikap anak anda yang kurang menyenangkan, Dari catatan tersebut, anda dapat mengetahui pola kenakalan mereka dan cuba pertimbangkan segala kesalahan tersebut berpunca dari salah siapa. Jangan salahkan anak anda sepenuhnya, tanyakan sepenuhnya, tanyakan pada diri, adakah anda telah memberikan sepenuh perhatian kepadanya? Maka cubalah untuk mencari jalan penyelesaiannya.

4. Berdisiplin

Amalkan disiplin yang mudah untuk mereka lakukan. Perhatikan berapa lama anak anda boleh mengikutinya. Misalnya minta anak anda berdiam diri seketika di kerusinya atau dia dilarang untuk bermain barang kesukaannya, mengemas bilik tidur selepas bangun dan beberapa perkara mudah yang lain.

5. Berikan Masa

Ketika kemarahan anda terhadap si kecil memuncak, cuba bertenang dan berikan masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk anda meredakan suasana, Tarik nafas sedalam-salamnya dan cubalah mencari jalan penyelesaian untuk mengubah sikap sikecil

6. Hindari Memukul Ketika Marah

Ketika marah, emosi sedang mengawal segala tindakan sehingga ada kalanya tidak sedar apa yang anda lakukan. Menurut kajian yang dijalankan, memukul anak kerana kenakalannya adalah perkara yang sangat tidak efektif dan tidak dapat membantu anda menyelesaikan masalah. Malahan ia mungkin akan mendatangkan kesan yang mendalam kepada anak-anak. Anda mahukan yang terbaik tetapi sebaliknya akan mereka lakukan.

7. Biarkan Berlalu

Lupakan sebentar kenakalan anak-anak yang telah membuat anda `tension’ dengan berolahraga atau bersiar-siar. Tindakan tersebut sekurang-kurangnya dapat memulihkan perasaan marah anda tadi. Cari sedikit masa untuk anda merehatkan fikiran yang kusut itu.


sumber>http://www.eyenursery.com/psikologi-kanak-kanak/63-bagaimana-menangani-kenakalan-anak-anak.html

Monday, June 8, 2009

tarbiyah para du'at

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:11 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

Dengan mengambil kisah Nabi Allah Sulaiman AS sebagai contoh, dapatlah kita simpulkan bahawa sesebuah jamaah harakah yang berjaya itu mesti memiliki sifat-sifat berikut:

(i) memiliki ‘ilmu dan tarbiyyah yang sahih;
(ii) matlamat perjuangan yang jelas;
(iii) tanzim yang tersusun kemas;
(iv) manhaj perjuangan yang jelas;
(v) barisan kepemimpinan yang berkeupayaan;
(vi) pengikut yang faham, taat dan istiqamah;
(vii) Disiplin yang tegas untuk ahli di pelbagai peringkat.

Dalam pertembungannya dengan musuh-musuh Islam, jama’ah Islam harus meneliti batas keupayaannya. Harus diingat: kekalahan dalam sesuatu pertembungan boleh ditafsirkan sama ada perencanaan musuh terlalu baik ataupun penyusunan organsiasi kita yang lemah. Dan kelemahan kita dapat berlaku melalui tiga cara :

kelemahan dalaman yang sangat rumit atau ancaman luar yang terlalu hebat atau barangkali juga kedua-duanya sekali. Dalam hal ini pimpinan wajib meneliti bersungguh-sungguh segala permasalahan tanzim Jama’ah.

Pimpinan mestilah mempunyai keupayaan mengesannya dari peringkat awal lagi dan sekurang-kurangnya dapat mengawal keadaan. Berdasarkan pengalaman beberapa Jama’ah Islam, adalah didapati masalah dalaman amat rumit untuk diselesaikan begitu sahaja.

Kepemimpinan yang bercelaru menyebabkan organisasi lemah dan pengikut tidak dapat dikawal. Dalam hal ini al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna telah mengingatkan kepada seluruh anggota Al-Ikhwan apabila beliau berkata:

“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh- musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara:

(a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu;
(b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi.[1]

Sesungguhnya jalan da’wah itu memang berliku dan tidak pernah dihampar dengan bunga-bunga yang harum, tetapi jalan yang susah dan panjang.[2] Bukankah Allah SWT telah menegaskan sifat segala ujian dan cabaran da’wah itu sendiri :

“Alif…Lam…Mim…. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: “Kami telah beriman” padahal mereka tidak duji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 1–3)

Amatlah penting bagi kita yang berada di atas jalan da’wah ini, memelihara keaslian da’wah, memelihara martabat Islam yang dibawa dan memelihara kesucian nama Jama’ah Islam yang kita anggotai ini supaya kita, Jama’ah dan Islam yang kita bawa ini tidak menjadi bahan ketawa dan fitnah orang lain.
Dalam pertemuan khas di dalam suatu mu’tamar yang menghimpunkan belia-belia Islam seluruh dunia suatu ketika dulu, al-Ustadh Mustafa Masyhur telah menggariskan beberapa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh para du’at dan mujahid da’wah itu sendiri, di antara lainnya termasuklah:

(i) Menyeleweng dari landasan asal dan kefahaman tentang Islam dan Jama’ah;
(ii) Tidak mengutamakan aspek Tarbiyyah;
(iii) Mendedahkan Jama’ah kepada orang luar;
(iv) Mengenepikan Syura dan nasihat;
(v) Mengutamakan kulit bukan isinya - banyak bertengkar tetapi sedikit kerja;
(vi) Berjalan mengikut kaki tanpa panduan yang sahih;
(g) Cenderung kepada masalah furu’ dan mengenepikan dasar.[3]

Tarbiyyah – Asas Kejayaan Jamaah

Oleh sebab memahami bahawa jalan da’wah itu amat berliku dan dipenuhi ranjau berduri, maka al-Imam Hasan al-Banna telah menggariskan rukun-rukun da’wahnya , peringkat-peringkatnya di mana Rukun Faham sahaja mempunyai dua puluh (20) buah huraian daripada sepuluh (10) Rukun Bay’ah
[4] sebagai asas-asas dan dasar fiqh ad-Da’wah yang wajib (dari segi hukum ‘amal jama’iyy) diikuti oleh setiap mujahid da’wah.

Sesunugguhnya, antara yang Haq dan batil, ada pertentangannya yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus dan hasilnya terserah kepada Allah pada waktu yang akan ditentukan-Nya.[5]

Sesungguhnya tiada panduan dakwah yang lain, selain panduan yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an. Dan tiada jalan dakwah yang lebih sahih daripada jalan yang telah direntasi sendiri oleh baginda Rasulullah SAW yang diperlihatkan daripada sirahnya yang bersih lagi jernih. Di sinilah ilmu dan tarbiyyah memainkan peranan terpenting untuk membentuk insan haraki yang bakal menjadi Jundullah yang bekerja keras untuk jamaah Islam,

Ahli usrah yang telah ditarbiyyah oleh para naqib akan bersedia menghadapi perjuangan membina benteng pertahanan Islam laksana bunyanun marsus yang disebut di dalam al-Quran. Melalui tamrinlah, latihan dan persediaan digarap sebelum bertempur di medan dakwah

Usrah sebagai unit tarbiyyah terpenting berperanan mendidik ahli dan menyediakan barisan kepimpinan akan datang. Melaluinya, jamaah dapat:

(i) Mentarbiyyah ahli supaya memiliki rasa tanggungjawab di hadapan Allah SWT;
(ii) Mentarbiyyah ahli supaya sentiasa bermuqabah terhadap Allah SWT;
(iii) Mewujudkan hubungan langsung ahli kepada al-Qur’an dan sunnah Nabi SAW.

Kesemuanya ini akan membentuk perwatakan ahli ke arah beriltizam dengan akhlak al-Qur’an dan menjauhi maksiat. Maka akan berkembanglah unit-unit usrah ini dalam gabungan usrah yang lebih besar. Ukhuwwah Islamiyyah yang dipupuk menjadi semakin kukuh dan mantap.

Demikianlah, unit-unit usrah tadi akan berhimpun pula dalam program tamrin yang diadakan dari masa ke semasa untuk membentuk dan menyelaraskan fikrah ahli ke arah menuju matlamat jamaah.



Demikianlah pemerkasaan aspek tarbiyyah yang jamaah ingin lahirkan. Jamaah Islam sebagai sebuah organisasi wajib meletakkan al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangan. Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Hizbu’Lah yang dinantikan. Sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai ‘amal-‘amal Islam kerana bagi Islam, “tujuan tidak menghalalkan cara”.

Hanya dengan sedemikian Rahmat Allah SWT akan bersama-sama kita dan nun jauh di sana……Janji Allah SWT menanti kita.

[1]Diungkapkan semula oleh Dr. Yusuf al-Qardawi dalam Harakah Islamiyyah ; Suatu Tuntutan, Shah Alam: KPIITM, 1981, hal. 30-31.

[2]Lihat huraian tentang fiqh ad-Da’wah dalam siri Tariq ad-Da’wah oleh al-Ustadh Mustafa Masyhur, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 1985. Diterbitkan kembali semua siri tulisan tersebut dalam dua jilid yang berasingan dengan judul Min Fiqh ad-Da’wah Mustafa Masyhur Jld. I dan 2.

[3]Kupasan yang mendalam dan amat indah ini telah dihuraikan oleh mujahid da’wah ini dalam tulisannya yang amat penting, Jalan Da’wah: Di antara Keaslian dan Penyelewengan, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1986.
[4]Lihat tulisan-tulisan beliau dalam Majmu’ah al-Rasa’il al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna, Dar ad-Da’wah, 1990.

[5]Mustafa Masyhur, Jalan Da’wah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 1985, hal. 5.

sumber : ihsan dari seorang teman

ingin sekali diri ini

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:06 AM 6 pandangan dari kamu
Photobucket

setelah berpeluang membuat lawatan ke salah sebuah pusat pendidikan khas..autisme..adhd..aku makin jatuh cinta dengan insan2 istimewa ini..aku makin ingin memahami mereka ini..
sekarang...blogger-emoticon.blogspot.com
aku kepingin sekali utk ke hospital bahagia..melihat insan2 yg istimewa di sana..yang bahagia..tanpa kerisauan apa2...blogger-emoticon.blogspot.com

nota kaki : maaf ini bukan entri ilmiah..

Sunday, June 7, 2009

uskut!!!

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:48 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM :
Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
Perhiasan tanpa berhias.
Kehebatan tanpa kerajaan.
Benteng tanpa pagar.
Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat ABU NAIM)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)


Madah Dari Hukama:
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Saturday, June 6, 2009

tag lagi..

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:22 AM 0 pandangan dari kamu
Photobucket
Rules & regulations:
:: DO NOT copy answers
:: tagged questions must be 100% same
:: tag people before doing the tag

sy nak tag

1.faten nadira
2.suhana
3.afzan
4.kak jihan comey
5.ezzati
6.abid
7.kak aida nadia
8.kak ct (ukhwah.com)
9.naheed

::How do you know 1?
-kenal kat iluvislam sbb dy nak masuk uia nilai..kos HS..adik kpd seorg shbt..tapi faten ni tak penah lagi jumpe..walopun sokmo sy g nilai tu..huhu

::what would you do if you never meet 2?
-mmg tak penah jumpe pun suhana ni..

::what would you do if 3 & 4 dated?
-mesti comey giler..sbb dua2 tu comey n sooooo sweet

::would 5 & 6 make a good couple?
-tatau la sbb 2-2 tu tak kenal langsung each other...(i guess la)

::do you think 7 is attractive?
-sure!!! seorg kakak yg sgt2 baikkkk

::would you date 8?
-kalau ade peluang, masa dan ruang..pe salahnya..tak penah jumpe kak ct...huhu

::tell me something about 9
-seorg shbt yg sgt2 baik..memahami..caring..lemah lembut..i love you naheed!!

::what's 1's favourite past time?
-bukak internet kot..haha..main entam je..sbb sokmo balas2 mesej kat iluvislam dulu..sorry dik..ahaks!

::what language does 2 speaks?
-melayu - sabah agaknye..huhu

::who is 3 going out with?
-kalo tgk gambo biasenye ngan kengkawan dy

::how old is 4?
-24 kot..

::when was the last time you talked to 5?
-dua minggu lepas agaknye..kat ym

::who is 6's favorite singer?
-in team n dehearty kot..sbb nama blog dy gitu..ahaks!

::would you date 7?
-ok je..leh g beli buku sesama..both of us suka beli buku..

::is 8 single?
-kawin daa...alhamdulillah

::what's 9's last name?
-azhari..nama ayah dy..


Friday, June 5, 2009

boleh je kalau begini..nak tak nak je..

^_^ lina mursyidah hamzah at 2:38 PM 0 pandangan dari kamu

Photobucket 

Pejuang muslimat.. Ayuh!!


Benarkah Islam mendiskriminasikan wanita dalam berjuang di jalan Allah?

Adakah benar pakaian menutup aurat penghalang pekerjaan ?



Hendak berkata bahawa muslimat ini lemah fizikal, tidak hebat, nah!! lihat gambar-gambar ini, mereka membuktikan kepada dunia ini bahawa menutup aurat ini bukanlah penghalang pekerjaan untuk menjadi tangkas seperti lelaki..


Jadi, kita yang hanya bergelar mahasiswa, belajar di tempat selesa, tinggal di tempat selesa, apa yang menyebabkan kita membuka aurat??


Muslimat atau khususnya mahasiswi Islam seperti ini yang kita ingin dan perlukan..Bukan hanya sekadar memiliki sifat peka dan penyayang semata-mata tetapi juga memiliki jiwa yang kental,tabah serta berani berhadapan dengan segala macam mehnah dan tribulasi dunia ini.Tanpa suara mahasiswi sudah pasti kampus akan menjadi sunyi dan tanpa muslimat yang tabah dalam perjuangan sudah pasti perjuangan ini takkan terbang tinggi kerana merekalah sayapnya.


Perjuangan Islam juga seperti roda yang berputar,pernah berada di atas dan pernah ada di bawah..Kini sudah tiba masanya untuk kita memusingkan roda itu kembali agar berputar naik ke atas. Transformasi perlu dilakukan,peranan dan pelaksanaan perlu dioptimumkan baik dari muslimin mahupun baik dari muslimat sama-sama perlu bersatu menuju keredhaan yang Maha Satu.. 


sumber>http://mmyjordan.blogspot.com/2009/06/pejuang-muslimat-ayuh.html

Tuesday, June 2, 2009

antara fantasi dan realiti

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:00 AM 16 pandangan dari kamu
Photobucket 

kebanyakan kita mempunyai gambaran asas bahawa isteri Solehah kebanyakannya mempunyai karekter seperti dibawah:

1. Rajin baca Al Quran (kalau selalu khatam lagi bagus)
2. Tudung labuh(kalau purdah lagi mantop)
3. lemah lembut tutur kata
4. comei @cantik (tak percaya cuba tanya kaum Adam)
5. Solat berjemaah.
6. Ilmu agama tinggi(ustazah lagi baguih)
7. Pakai Jubah
8. selalu join aktiviti keagamaan
9. Halus budi pekerti
10. pendek kata macam-macam kebaikanlah .


Pada saya setelah membuat pemerhatian , isteri solehah sebenarnya mempunyai makna yang lebih REALITI iaitu:

1. Pandai baca Al Quran memang bagus.tetapi pandai mengurus rumah tangga lagi bagus.sebab apabila mempunyai anak kadangkala masa tu penuh dan kena pandai berasimilasi contohnya bacalah al Quran secara perlahan-lahan semasa menidurkan anak.

2. Tudung labuh sebenarnya bukan criteria wajib bagi wanita solehah.hati yang ditudung dengan iman yang sepatutnya.yang wajib ialah tudung yang menutup aurat.

3. Ya dengan suami dan anak-anak dan keluarga terdekat perlu berlemah lembut, sedikit tegas kepada non mahram

4. comei @cantik?Ini semuanya satu penipuan syaitan dan media, sebab kalau yang dipaparkan dalam media islam atau video klip nasyid semuanya muslimah yang cun dan lawa sahaja…sampai orang warak dan pendakwah pun terpengaruh .hakikatnya tidak begitu.

5. Ya solat berjemaah dengan suami dan anak-anak.hakikatnya kalau dua-dua bekerja dan terpaksa bergilir-gilir menjaga anak yang masih kecil (1-2 tahun) mungkin jarang dapat peluang berjamaah bersama.

6.ya ilmu agama yang tinggi itu bonus…tetapi kepandaian dan pengalaman dalam mengurus kehidupan itu yang lebih baik. Biarlah kurang sedikit ilmu agama asalkan kehidupan terurus, anak terbela, rumah sentiasa kemas

7. Jubah itu satu ciri menutup aurat. Jika memakai pakaian lain yang memenuhi skima menutup aurat juga boleh dikategorikan isteri solehah.sebab dia paham maksud menutup aurat tu.itu yang penting.

8. Masih boleh join aktiviti, namun sekali sekala sebab tuntutan bekerluarga tu lebih mencuri masa. Apa pun dengan kecangihan teknolgi media, masih boleh medengar kuliah di TV atau radio atau internet secara berjemaah bersama suami dan anak-anak.

9 halus budi pekerti ,pendiam ya ini satu karekter yang pasti perlu di transferkan kepada anak –anak.tapi karekter pendiam tak semestinya halus budi pekerti...

10. kesimpulannya manusia tak sempurna. Isteri yang solehah yang sebenar dan sepatutnya ialah yang pandai menguruskan dirinya,agamanya dan keluarga secara bersama, itu sahaja.


Ini pula maksud tipikal tentang SUAMI SOLEH

1 AL hafiz
3. pendakwah.
5. rajin pakai kopiah(berserban lagi baik)
6. rajin solat berjemaah
7. ada janggut
8 pakai baju raihan
9 bekas student U (kalau course agama lain bagus)
10 Bahasakan diri ana anta.
11. involve aktiviti keagamaan.
12 dan banyak lagi persepsi tipikal yang lain


Tapi hakikatanya

1. Al hafiz- Alhafiz pun hantar anak pergi sekolah belajar Al Quran, hakikatnya di zaman ni sukar sebab dengan suami dan isteri yang bekerja.

2. Tak semestinya suami soleh itu pendakwah, tetapi suami yang soleh ialah suami yang pandai menyebarkan kebaikan didalam keluarganya.

5. Serban dan kopiah bukan criteria suami soleh, ini hakikat.

6 Solat berjemaah adalah di tuntut, tetapi kefahaman yang diperolehi dalam solat berjemaah itu tadi mistilah dinikmati keluarganya.

7. janggut adalah sunnah tapi bukan criteria suami soleh hakikat nya kumpulan rock jerman “scorpion” pun ada janggut.

8. suami yang pakai jeans dengan T shirt pun ramai yang soleh, jangan ukur pakaian sahaja.

9. tahap pendidikan mempengaruhi tahap IQ dan kebijakkan tetapi tahap kematangan EQ adalah lebih penting, so jangan pandang rendah orang kerja kampong.

10. ana anta, itu hanya istilah bahasa arab, dan bukan citeria suami soleh.

11. ya involve dalam aktiviti keagamaan itu sangat baik, tetapi sebagai suami soleh ianya perlu memastikan keluarganya tidak terabai ,anak-anak dan isteri mendapat cukup perhatian.kalau tidak dia bukan suami soleh.

12. Kesimpulannya Suami soleh ialah suami yang secara praktikalnya membina keluarga secara Islam yang sebenar dengan konsisten. Itu sahaja.

copy paste from ->http://wsyahida.multiply.com/journal/item/124/Reality_of_Soleh_amp_Solehah

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea