^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Monday, October 24, 2011

IYG [5] - 26 JANUARI 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:34 AM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ni kami 'check out' dari Hotel Ajiad kerana hari ini kami akan dibawa ke satu lagi daerah di Maghribi iaitu Marakesh. Sebelum meninggalkan Casablanca, kami dibawa bersiar-siar di tempat sekitar bandar Casablanca dan kemudian ke Tahiti Beach. Subhanallah, agak cantik tempatnya dengan angin sejuk yang amat sejuk dan kuat. Kami menikmati suasana di pantai.




kemudian, kami dibawa ke Masjid yang dikatakan masjid kedua terbesar di benua Afrika yang dinamakan Masjid Hasan Thani. Juga dikenali sebagai masjid air mata kerana ia dikatakan bahawa masjid ini didirikan di atas tanah-tanah orang miskin.




dan kemudiannya kami dibawa makan tengah hari di sebuah hotel. Alhamdulillah..
setelah mengisi perut, kami meneruskan perjalanan ke Marakesh. Tempat itu sangat sejuk! Turun dari bas menggigil2 kaki . Dan kami dibahagikan kepada bilik-bilik di mana pesertanya bercampur dari pelbagai negara. Selepas tamat urusan pembahagian bilik, kami delegasi Malaysia mengadakan pertemuan ringkas dengan wakil perserta dari Iraq untuk berkongsi dan mendengar cerita daripada beliau mengenai situasi umat Islam di Iraq dan kami juga mengusulkan beberapa cadangan yang boleh digunakan tanpa melibatkan isu keselamatan beliau.
panjang sungguh perjalanan hari ini..^_^




panjangnya perjalanan membuatkan diri ini terfikir bahawa singkatnya waktu untuk menggali segalanya
namun, telah Allah berikan cara yang pelbagai untuk hambaNya dapat mengetahui betapa hebatNya DIA ~

Thursday, October 20, 2011

IYG [4] - 25 Januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:48 AM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, sementara tunggu jam 10.30 pagi ni, boleh la 'update' sekejap blog ni. Pada tarikh yang dinyatakan dalam tajuk 'post' di atas, kami dibawa ke ke Universiti Hasan Thani. Ia terletak di Casablanca. Sekali lagi, di sini memang budayanya dimulakan majlis dengan potongan bacaan ayat suci Al-Quran. Kalau di negara kita, dimulakan dengan Al- Fatihah. Kami diberi penerangan serba sedikit tentang universiti ini. Dengan bantuan penterjemah yang cerdik Wafa dan Abde'illah, dapat la kami faham serba sedikit mengenai universiti ini.
selesai kami menziarahi universiti tersebut, kami bergerak kembali ke Mehdi Aboud Foundation untuk makan tengah hari. Apa yang menariknya menu makan ini, kami dikejutkan dengan hidangan ikan seberat 13 kilogram..ini gambarnya :
tak pernah jumpa ikan sebesar ini di hadapan mata. Alhamdulillah, rezeki kami dapat makan ikan ni. sedap jugak. Selain kenyang perut, kami juga kenyang minda kerana mendapat pengisian daripada Dr Izzudin Tawfiq dan juga Dr Ashraf Uz Zaman. Mereka berkongsi mengenai isu perpecahan umat Islam yang berlaku pada hari ini dan juga persoalan apa yang sudah kita berikan dan lakukan untuk saudara-saudara kita yang negaranya sedang bergejolak seperti Afghanistan, Iraq dan juga Palestin yang tak pernah surut dengan derita saudara kita di sana.

Kemudian, kami dibawa pulang ke Hotel Ajiad tempat kami menginap dan aktiviti persembahan kebudayaan dari negara masing-masing dipersembahkan. Ada yang bernasyid, dan juga ada yg bersajak. Terhibur seketika dengan nasyid-nasyid yang berunsurkan semangat dan juga sajak yang sayu dari peserta Iraq.

Aktiviti seterusnya ialah pembentangan mengenai generasi baru oleh Dr Abdul Fettah Fehdi. Beliau mengatakan bahawa zaman muda amat berkait dengan semangat yang tinggi. Selain itu, Dr Ashraf Uz Zaman Khan menyokong apa yang dikatakan oleh Dr Fettah dan memberikan contoh bagaimana Saidina Ali yang terlibat dengan perjuangan Islam sejak dari usianya yang maish muda. Betapa tenaga dan juga banyak manfaat yang boleh dipakai waktu zaman muda untuk memperjuangkan agama.




semoga anak yang dikandung ini, menjadi pemuda/pemudi yang perjuangkan agama..amiinn

Sunday, July 24, 2011

IYG [3] - 24 Januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:10 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..menjejak hari yang seterusnya, , selepas bersarapan yang bermula jam 8 pagi..kami semua berkumpul untuk bertaaruf. Salah satu perkara yang baru bagi saya dan yang saya suka ialah, di sini majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan pagi ini, kami dihidangkan dengan alunan potongan ayat dari surah Yaasin.

Seronok bila berkenalan dengan ramai orang dan melihat mereka bercakap dengan cara yang matang. terus terang saya katakan, saya menjadi insan yang agak pendiam di dalam program ini. seronok memerhati dan belajar dari mereka. Antara kenalan-kenalan baru saya di program ini datang dari negara Rusia, Turki, Bahrain, Britain, USA, Maghribi, Iraq, Comoros, Niger, Gambia, Indonesia dan jugaYaman.
sesi taaruf dan taklimat
Di sini ada penterjemah yang terdiri daripada 2 orang yang cerdik iaitu wafa dan abd'illah..warga Maghribi yang sangat baik. Seorang bahasa Arab dan seorang Bahasa Inggeris dan hakikatnya kedua-dua mereka fasih kedua-dua bahasa tersebut.

Pada sesi taaruf ini, kami didedahkan oleh wakil UNIW dari Turki tentang sejarah dan tujuan IYG ini diadakan. Ianya lebih kepada mengeratkan hubungan silaturahim, berkenalan, bertukar-tukar buah fikiran dan mengenali negara Maghribi itu sendiri dari segi budaya dan juga kehidupan Muslim di sini. Oleh kerana yang hadir majoritinya golongan 'youth' atau dalam erti kata lain pempimpin masa hadapan, sesuai dengan hasil yang dinanti iaitu untuk memimpin dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.
kubu tinggi di Rabat
Selesai bertaaruf dan sesi taklimat, kami di bawa ke Rabat yang mempunya kubu tinggi yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kemudian, kami dibawa ke Center Alwifaq. Ia merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan untuk menangani isu keluarga dan wanita. Yang istimewanya di sini, kami disambut dan diberi ros merah sekuntum untuk setiap orang baik lelaki mahupun perempuan. Dan dijamu makanan yang namanya adalah 'kus-kus' merupakan makanan tradisional orang-orang Maghribi dan juga buah-buahan yang besar-besar belaka dan sedap serta enak! Alhamdulillah..penerangan dan taklimat mengenai gerakan ini yang begitu menekankan isu keluarga dan juga wanita.









kus-kus buah-buahan
Dalam keadaan cuaca sejuk, hujan turun dan kami berlari meredah hujan dan terus menaiki bas kerana perlu meneruskan lawatan ke Kementerian Luar Negeri untuk mendengar penerangan yang lebih khusus mengenai Maghribi secara mendalam dari aspek politik dan ekonominya. Peserta juga bebas bertanyakan sebarang soalan dan ia diraikan oleh pihak kementerian yang menjawab setiap soalan tersebut dengan baik.
bergambar kenangan di Kementerian Luar

Alhamdulillah..dijamu lagi dengan makanan atau lebih tepat lagi manisan yang berwarna warni dan enak, dan akhirnya kami pulang selepas seharian penuh jadual hingga ke malam hari.



Rasulullah saw bersabda " aku merindui adik beradikku". Kemudian para sahabat berkata " Bukankah kami ini adik beradikmu wahai ya Rasulullah saw". Baginda saw menjawab " Tidak..adik-beradikku adalah mereka yang hidup selepas aku, yang mempercayai aku dan mengikuti ajaran yang aku bawa walaupun mereka tidak pernah melihatku"


Tuesday, June 7, 2011

IYG [2] - 23 Januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:07 PM 0 pandangan dari kamu


سم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah wa syukurillah..

Hampir 12-13 jam berada di airport Doha, dengan diisi bermacam-m
acam aktiviti sekaligus mengeratkan lagi serta merapatkan lagi dan mengenali dengan lebih dekat lagi kami 11 org peserta IYG V, tibalah saatnya kami masuk balik perut kapal terbang di bawah QATAR AIRWAYS [ mereka selalu buat promotion tiket yang murah2] .

Pukul 1 pagi waktu Doha, berangkat ke Tripoli, Libya. 6 jam berada dalam kapal terbang. Aktiviti terlelap, tgk movie, sembang, berfikir dan menulis serta makan dijalankan seperti biasa. Tapi time ni, bila transit sejam kat Libya, kami tak keluar pergi mana-mana. Hanya duduk dalam pesawat dan saya sempat menghantar sms kepada beberapa orang penting untuk memaklumkan keadaan semasa saya. [umi, abah serta encik tunang ].

Lebih kurang pukul 8.25 am waktu Casablanca, Morocco..kami tiba menjejak bumi Maghribi. Sejuk!! Oke~ . Yang membuatkan saya seronok ketika itu, grup kami tak perlu beratur panjang berjela untuk cek segala bagai barang yang kami bawak. Tu pun belum lagi termasuk kotak-kotak yang berisi keperluan informasi, MAKANAN, dan yang dikirim orang dari Malaysia untuk orang-orang di sana. Salah satu factor kami tak payah beratur pada andaian saya adalah sebab kami memakai ‘vest’. Pesan En. Azam, kalau pakai macam tu biasanya lepas dari beratur panjang2. Beg tak diperiksa cuma kotak2 aje yang diperiksa.

bersama mama Ruqayya di hotel Ajiad ^_^

Style rumah di sini berpetak2. Sama macam rumah2 yang saya pergi Mekah dulu dan juga Mesir. [ ke semua negara Arab mcm ni? ]. Oh ya, di airport, kami disambut oleh wakil daripada pihak penganjur IYG IV dan di pihak wakil wanita, kami disambut oleh mama Ruqayya dan juga adik kepada salah seorang peserta, Hafizah..tapi adik dia nama Dila dan kawannya seorang lagi nama azma [ adli kata saya dan azma mcm adik beradik]. Kawan- kawan halim pun ada datang menjemput kami. Meriah2 walopun sejuk ketaq!

Seterusnya kami dibawa menaiki bas menuju ke Hotel Ajiad, hotel tempat kami menginap. Ketika itu terdetik di hati, penginapan kat hotel??? MEWAH! Sepanjang perjalanan dari airport hingga ke hotel, sesi taaruf ringkas bermula antara delegasi kami dan pihak penganjur dan kami diberi taklimat serba sedikit mengenai Casablanca.

sebahagian kami bergambar di hadapan hotel

Saya ni dah la memang jenis kurang ilmu, jadi banyak la juga ilmu baru yang saya dapat. Casablanca yang bermaksud Rumah Putih. Pecahan dari perkataan Casa = rumah, blanca = putih. Bandar ini mempunyai penduduk yang paling ramai walaupun ibu negaranya adalah Rabat. Selain dari itu, Bandar Casablanca ini juga merupakan capital of ecomomic city di Maghribi. Manakala Rabat dikhususkan sebagai pusat pentadbiran di negara itu sesuai dengan peranan ia sebagai ibu negara di Maghribi.

Kami tiba di hotel jam 10.10 pagi dan kami berkenalan dengan 2 orang peserta daripada Bahrain iaitu Abu Bakar dan Ahmad Ali. Kami berehat hingga jam 12.30 tengah hari. Sekitar pukul 12.42, kami mengunjungi Mehdi Aboud Foundation, penganjur IYG V kali ini. Kami dijamu dengan makanan tengah hari dan buah oren yang sangat besar! ~ Alhamdulillah~

Satu lagi informasi yang saya peroleh mengenai salah satu daerah di sini yang bernama Fez. Fez dikenali sebagai pusat sains dan teknologi dan juga banyak university yang dibina di daerah itu. Dan kesemua university yang dibina adalah university Islam! MasyaAllah~

Selesai berada di Mehdi Aboud Foundation, kami berangkat semula ke Sultan Muhammad V airport untuk menjemput delegasi dari Turkey.

sementara menunggu mereka, inilah kerja kami..

di kebun bunga yang cantik~

kak syafa punya kasut sudah sampai di Maghribi..

dari kiri saya, naheed, iman, noura dan hafizah

Dan kemudian kami semua pergi ke rumah Prof Dr Abbas Al- Jarari. Beliau merupakan penasihat kepada Raja Maghribi. Beliau memberikan pengisian yang cukup bermakna buat kami iaitu saya kira lebih kepada pesanan kepada kami selaku anak muda supaya memainkan peranan untuk Islam. Beliau juga berkongsi mengenai kepentingan budaya serta serba sedikit sejarah Morocco, Andalus serta Eropah. Yang menariknya, beliau menghadiahkan sejumlah buku yangs angat banyak kepada kami semua peserta IYG V. [ tapi saya tak sempat ambil buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris, bukan rezeki la tu kan..]

saya sertakan sekali gambar sekitar berada di rumah penasihat Raja Maghribi ini..

sebahagian delgasi Malaysia bergambar kenangan bersama Prof Abbas [ berbaju putih] dan isterinya [ berbaju hijau]



kami dijamu dengan juadah ini..

buku-buku yang diberi kepada kami semua!

bergambar kenangan dengan isteri Prof Abbas dan juga Wafa iaitu penterjemah yang sangat cerdik!

sisters~ one aqidah with various colour!

Dan pastinya saya telah berhadapan dengan masalah jetlag! Sepanjang berada di dalam bas, saya selalu tertidur dan rakan-rakan saya dari Malaysia juga begitu. Proses penyesuaian diri. Bicara mengenai penyesuaian diri, saya dan rakan-rakan amat terkejut melihat tandas yang terdapat di sini. Tandasnya sangat berbeza kerana tiada tempat aliran air mengalir keluar di atas lantai tandas. Jadi, agak mencabar dan pengalaman baru buat kami semua untuk merasai dan menyesuaikan diri dengan ‘gaya hidup baru’ dengan tempat yang paling penting untuk manusia melakukan pembersihan diri..





Satu Akidah sejuta warna..i like it~

Friday, May 20, 2011

IYG [1] - 22 januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:01 PM 0 pandangan dari kamu
Alhamdulillah…dpt juga saya post satu entri ni berkenaan dengan hari pertama program kami. Maaf lewat kpd mereka yang telah saya berjanji..

22 januari 2011

Saya mula bertolak dari rumah seawall jam 5.30 pagi. Subuh pun belum masuk lagi ketika itu. Kira-kira satu jam suku kemudian, tiba di KLIA. Sampai je terus solat dan makan pagi. [ time ni tak ingat mak amirah bawak breakfast, akibatnya makan sikit aje apa yg mak amirah bawa..tp sedappp! ~ Alhamdulillah~ ]

Vest yang dipakai saya ketika menyertai IYG IV

Kejadian yang saya kira agak tak boleh dilupakan. Kami adalah penumpang yang paling lewat check in masuk kapal terbang. Hehe..masih saya ingat lagi ketika itu, saya bersama syed, halim, zara macam malu-malu nak masuk kapal terbang akibat kelewatan yang sangat lewat untuk sebuah penerbangan [ itu yang saya rasa la ]. Mereka menyuruh saya untuk masuk dulu dengan muka senyum

“ lina senyum mesti diorg [ penumpang ] tak jadi marah “

Saya buat muka selamba, masuk dan senyum kat semua yang ada dalam cabin tu. [ malu ketika ini, tau! ] agak kelam kabut kami di pagi itu, keletah 11 orang peserta IYG yang masing-masing ada kerenah dan telatah yang mencuit hati.


Subhanallah~ cantik!

7 jam perjalanan diisi dengan berbagai-bagai perkara oleh kami. Antaranya, makan..tengok movie..mengambil gambar..berbual dengan pramugari..ada juga yang berfikir..dan mungkin juga menulis sesuatu..yang tidur pun ada [ saya la tu ;p] dan yang menariknya, kapal terbang agak lengang dan banyak seat kosong yang bias buat kami duk sorang satu seat tanpa perlu ikut seat di tiket!

Saya lebih suka memilih untuk tidur, makan, tgk movie [ bila tgk senarai movie atas kapal terbang, saya akui saya mmg jenis tak tgk movie sgt..byk movie baru sy tgk] , mengambil gambar dan fikir sorang-sorang + [ sgt merindui orang2 di Malaysia..umi, abah, adik beradik dan … ]

sekitar pukul 1.30 petang waktu di Doha [kami kena transit kat cni dulu ], meninjau2 dan bersiar-siar di airport Doha..best! sbb ada bilik wireless dan yang menarik bagi saya yang jakun sket ni. ada SILENT ROOM! khas untuk orang-orang yang mahu tidur. saya mendapat makluman bahawa penduduk di Qatar berjumlah 7 juta. dan 4 juta daripadanya adalah warga asing yang bekerja di sini. dan ad juga ramai yang boleh bercakap bahasa Melayu! [ tak payah susah-susah nak speaking..heh! ]

saya di salah sebuah tempat dalam airport! eheh

sementara menunggu 12 jam, macam2 perkara yang kami buat..berjalan-jalan sekitar dalam airport, mengambil gambar, membacabuku, tidur, makan dn oh ya! kami berkenalan dengan seorang warga Malaysia yang bernama Farhah. Dia juga menunggu transit utk ke Afrika sebab dia ada kerja sukarelawan. Dia sangat gembira jumpa kami rakyat Malaysia. Dan kami juga banyak menghabiskan masa bersembang dan mengambil gambar [ sekali lagi ].

naheed ngan chupa chups yang besar! [ camne nk makan? ]

Alhamdulillah, begitulah nikmat persaudaraan dalam Islam. bertemu, bermesra bagaikan sudah lama berkenalan. teringat pula saya pada isi ceramah seseorang, kita semua sudah ditemukan di alam roh, sebelum kita lahir..=)

.sebab pertukaran waktu drastik! insyaAllah, hari kedua akan menyusul..maaf ye sebab lewat..again…maaf! ^_^

sebelah naheed itu adalah Farhah, !

Peringatan utk kami yang lewat ketika hari pertama pengembaraan IYG :

1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh
4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.

[ surah Al- ‘Asr]

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea