^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Monday, February 7, 2011

~ tasyakkur~

^_^ lina mursyidah hamzah at 7:10 PM
Alhamdulillah..Allahmdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. wa syukurillah

Alhamdulillah, kerana Allah mengizinkan saya pergi ke bumi Maghribi melalui izin umi abah saya. Mereka berdua pemberi semangat untuk saya lebih gigih berusaha dan memperkasa lagi semangat berdikari mencari sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah, kerana Allah mengizinkan saya pergi ke sana dengan infaq dan sumbangan doa, dana, semangat dan pakaian sejuk dari insan2 yg Allah pilih untuk membantu saya dari sini ke sana.

Alhamdulillah, kerana Allah mengizinkan saya bertemu dan berkenalan dengan manusia-manusia lain yang berbeza bangsa dan Negara tapi mempunyai satu akidah yang sama

Alhamdulillah, kerana Allah mengizinkan saya untuk lebih insaf dan menguatkan jiwa dengan ‘pemandangan-pemandangan’ yang memberi sejuta million makna dalam diri saya.

Alhamdulillah, kerana Allah mengizinkan saya menagih ilmuNya dari orang-orang di sekeliling saya.

Alhamdulillah, kerana Allah memberi saya ruang dan peluang untuk saya kembali memberi manfaat melalui penulisan dengan berkongsi pengalaman di blog ini (soon)

Alhamdulillah..terima kasih untuk segalanya. Moga sentiasa kita semua di bawah rahmatNya.

Alhamdulillah, kerana Allah sentiasa ingatkan saya tentang keindahan dan kesenangan jika sentiasa bersangka baik denganNya..


[ ini dulu ya kerana saya wajib memberi laluan kepada 'assignment' dan 'midterm' yang bertalu-talu]

1 pandangan dari kamu:

Anonymous said...

next!

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea