^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Monday, October 24, 2011

IYG [5] - 26 JANUARI 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:34 AM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hari ni kami 'check out' dari Hotel Ajiad kerana hari ini kami akan dibawa ke satu lagi daerah di Maghribi iaitu Marakesh. Sebelum meninggalkan Casablanca, kami dibawa bersiar-siar di tempat sekitar bandar Casablanca dan kemudian ke Tahiti Beach. Subhanallah, agak cantik tempatnya dengan angin sejuk yang amat sejuk dan kuat. Kami menikmati suasana di pantai.




kemudian, kami dibawa ke Masjid yang dikatakan masjid kedua terbesar di benua Afrika yang dinamakan Masjid Hasan Thani. Juga dikenali sebagai masjid air mata kerana ia dikatakan bahawa masjid ini didirikan di atas tanah-tanah orang miskin.




dan kemudiannya kami dibawa makan tengah hari di sebuah hotel. Alhamdulillah..
setelah mengisi perut, kami meneruskan perjalanan ke Marakesh. Tempat itu sangat sejuk! Turun dari bas menggigil2 kaki . Dan kami dibahagikan kepada bilik-bilik di mana pesertanya bercampur dari pelbagai negara. Selepas tamat urusan pembahagian bilik, kami delegasi Malaysia mengadakan pertemuan ringkas dengan wakil perserta dari Iraq untuk berkongsi dan mendengar cerita daripada beliau mengenai situasi umat Islam di Iraq dan kami juga mengusulkan beberapa cadangan yang boleh digunakan tanpa melibatkan isu keselamatan beliau.
panjang sungguh perjalanan hari ini..^_^




panjangnya perjalanan membuatkan diri ini terfikir bahawa singkatnya waktu untuk menggali segalanya
namun, telah Allah berikan cara yang pelbagai untuk hambaNya dapat mengetahui betapa hebatNya DIA ~

Thursday, October 20, 2011

IYG [4] - 25 Januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:48 AM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, sementara tunggu jam 10.30 pagi ni, boleh la 'update' sekejap blog ni. Pada tarikh yang dinyatakan dalam tajuk 'post' di atas, kami dibawa ke ke Universiti Hasan Thani. Ia terletak di Casablanca. Sekali lagi, di sini memang budayanya dimulakan majlis dengan potongan bacaan ayat suci Al-Quran. Kalau di negara kita, dimulakan dengan Al- Fatihah. Kami diberi penerangan serba sedikit tentang universiti ini. Dengan bantuan penterjemah yang cerdik Wafa dan Abde'illah, dapat la kami faham serba sedikit mengenai universiti ini.
selesai kami menziarahi universiti tersebut, kami bergerak kembali ke Mehdi Aboud Foundation untuk makan tengah hari. Apa yang menariknya menu makan ini, kami dikejutkan dengan hidangan ikan seberat 13 kilogram..ini gambarnya :
tak pernah jumpa ikan sebesar ini di hadapan mata. Alhamdulillah, rezeki kami dapat makan ikan ni. sedap jugak. Selain kenyang perut, kami juga kenyang minda kerana mendapat pengisian daripada Dr Izzudin Tawfiq dan juga Dr Ashraf Uz Zaman. Mereka berkongsi mengenai isu perpecahan umat Islam yang berlaku pada hari ini dan juga persoalan apa yang sudah kita berikan dan lakukan untuk saudara-saudara kita yang negaranya sedang bergejolak seperti Afghanistan, Iraq dan juga Palestin yang tak pernah surut dengan derita saudara kita di sana.

Kemudian, kami dibawa pulang ke Hotel Ajiad tempat kami menginap dan aktiviti persembahan kebudayaan dari negara masing-masing dipersembahkan. Ada yang bernasyid, dan juga ada yg bersajak. Terhibur seketika dengan nasyid-nasyid yang berunsurkan semangat dan juga sajak yang sayu dari peserta Iraq.

Aktiviti seterusnya ialah pembentangan mengenai generasi baru oleh Dr Abdul Fettah Fehdi. Beliau mengatakan bahawa zaman muda amat berkait dengan semangat yang tinggi. Selain itu, Dr Ashraf Uz Zaman Khan menyokong apa yang dikatakan oleh Dr Fettah dan memberikan contoh bagaimana Saidina Ali yang terlibat dengan perjuangan Islam sejak dari usianya yang maish muda. Betapa tenaga dan juga banyak manfaat yang boleh dipakai waktu zaman muda untuk memperjuangkan agama.




semoga anak yang dikandung ini, menjadi pemuda/pemudi yang perjuangkan agama..amiinn

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea