^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Friday, December 21, 2012

nk pegi..nak pegi...

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:54 AM 0 pandangan dari kamu
In the name of Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, melangkah dan sedang meniti hari terakhir internship di sini..actually baru lepas packing order. mcm buhsan2 saje rasa mcm nk mengarut. Hari ni abg exam! Semoga berjaya dan jap lg ptg ni ke..kite g soping buku nak? eheh..

terlalu byk pengorbanan abg dlm masa 4 minggu ni tlg jaga ubaydah di rumah..satu perkara yg jarang sy dgr suami duk tlg jaga anak kat rumah..seb baik la keje ngan pak mertua..dan kpd umi juga yg tlg menjga ubaydah time saya ke UIA menghabiskan sisa2 sbg seorang .. seorang..pelatih kaunselor ;p..umi jaga pagi, abg jaga tgh hari smpai petang..dan sy sgt bersyukur dan beruntung punya suami yang sgt2 supportive penyabar dan tlg jaga ubaydah walopun sy takde..dan beruntung punya umi yg risau concern jika ubaydah dihntr ke umah pengasuh yg tak dikenali..[ohhh, makin kuat rasanya mcm tamau keje..haha ]..tak lupa juga kpd adik beradik  yg tlg tgkkan ubaydah skali..kakteh,kakcik,angah,pipah,apih,amin,azim n mursyid..dan macik bibik fatimah..ramai sungguh penjaga ubaydah di rumah!

buat maksu juga yg jaga ubaydah slama 9 minggu waktu berpraktikal di sekolah..terima kasih smuanya..9 januari sy last day bergelar pelajar UG..dan lepas tu abes da degree..berkira2 nk ke master ke tak memandangkan sy ni MALAS gile nk ikut line akademik..lebih suka santai2 jek. tp suami penyokong n penghasut sgt kuat utk sy sambung lagi master..terpikir2 lg ^_^

sy cuma nk cite dlm belog yg takde org dtg ni bahawa sy sgt syg keluarga sy..! sgt2 memahami dan supportive.. dan abg, anugerah terindah pinjaman Tuhan kpd sy..syukur punya suami sebaik dia~

Wednesday, November 28, 2012

senyum aje ^_^

^_^ lina mursyidah hamzah at 4:29 PM 0 pandangan dari kamu
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

memasuki minggu kedua intern di UIA..client kurang tp still ada cikit aje..client online pun ade.
Ubaydah masih lagi saya kasihankan dia..tahan berlapar susu 3-4 jam..mujur saya boleh balik lunch..n after lunch hour cepat2 balik rumah utk menyusukan Muhammad Ubaydah.. dia mmg kuat! kecik2 lg da kuat tahan susu lama2..cian~

teringat pulak hari pertama lahir, kita niarapkan dy..pandai2 plak dy guna kaki tolak kat cot tu nk terlentangkan balik badan dy..=)

berbaki 3 minggu tamat internship. perancangan saya? saya nk jaga ubaydah..pastu apply mane2 keje yg berbidang pendidikan/kaunseling dan serius berbisnes utk masa depan bersama..

perancangan dakwah? eh, perlu ke nk cite kat org? diam2 dah la..ni kan antara kita dgn Tuhan..saya tak mahu jd golongan yg show off , x mahu nama dicanang2 dan disebut2 penduduk dunia..sbb rasa macam..macam..ntah, tak gemarlah! saya belajar takmo show off show off ni dari suami saya..dia diam je..buat je kejenye..org mengata dia diam..yg penting katanya, dia buat kerja..buat apa nk heboh2 kat org lain..ni kerja yang hanya antara kita dan Tuhan aje..

kalo tak gtau org, mcm mn org nk tau kita wat keje? nnt org kata kita tak wat keje..errr,, maaf! nak ikut org kata ke nk ikut Allah kata? atau nk pujian n sanjungan manusia? buat je keje tu..Allah yg menilai..

jadi, kesimpulannya saya nak majukan bisnes..nak maju dan terus maju di samping nk bekerjaya mcm pendidik..ahaks! doakan~

asar sudah..pasni nk balik..yeay!

Tuesday, November 20, 2012

sementara tunggu pukul 5

^_^ lina mursyidah hamzah at 3:23 PM 0 pandangan dari kamu
in the name of Allah the most gracious the most merciful

alhamdulillah, dah 2 hari berpraktikal sbg kaunselor di uiam ni..eheh! baru 2 hari punnk keycoooo, tp takpelah, blog sy..sy nk tulis ape pun sukatila.. ;p lgpun smntara tunggu jam 5

untung mereka di Palestine yang syahid..abang kata, mereka da 'selesai' dah..
doa, senjata mukmin dan sy yakin amat..suati hari nanti, mungkin generasi saya atau mungkin generasi ubaydah..semoga kawan2 kat palestine bebas dari zionis..bantuan demi bantuan dihulurkan oleh kami saudara2 kalian..dan bantuan direct dr Allah juga menemui kalian..hati dan jiwa besar kalian, anugerah dr Tuhan..

2 hari ini asal tgh hari je balik, bg ubaydah susu..almaklumla, anak umi sorg ni tak mahu susu formula. tak mahu susu yang diperah masuk botol..nak yg fresh dr badan..baguslah ubaydah, minum susu ibu ^_^
tak kesah penat balik tgh hari asalkan dpt bg ubaydah susu..ubaydah makin aktif, makin cerdik..abah ubaydah selalu ckp kat ubaydah nnt bila ubaydah besar, ubaydah kena jd pejuang Islam..

bisnes juga alhamdulillah makin maju, dan os kof, rezeki bukan sy sorg punye, bahagian org len pun ade..kena la bagi kan..tak tipu saya katakan pernah terdetik duit minyak akan cpt habis sbb slalu berulang uia rumah banyak2 kali.. pagi rumah - uia.. tgh hari uia-rumah.. habis lunch hour, rumah - uia, dan balik uia rumah..tapi cepat2 rasionalkan diri, cari punca positif, kan Allah da bg keuntungan bisnes yg banyak..itu mungkin bahagian minyak berulang utk ubaydah..bg hak anak..susu dy ^_^ alhamdulillah..

selalunya kalo tersekat dalam fikiran negatif, cepat2 sy cari balik punca positif dan alhamdulillah, kalo x jumpa, kunci syurga saya yang selalu ingatkan.. positif itu best! untung diri, tak rugi..

Allah kan ada ^_^

Sunday, November 4, 2012

masuk uia balik but as a...

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:10 PM 0 pandangan dari kamu
Assalamualaikum..

insyallah, start minggu depan..12/11 saya dan beberapa orang rakan akan meneruskan internship kaunseling di UIAM gombak selama 5 minggu..

bukan tak dapat ke JKM tapi lebih senang di UIA..cuma yang merisaukan ubaydah..akan dihantar ke tempat baru..dan dugaan beliau..9 jam tanpa susu!

nk buat mcm mn pun x tahu dah..botol mimijumi pun da guna, tetap tak mahu..runsing, usia sebaya dia solid food hanya makanan tambahan tapi dah mcm kena jd makana utama pulak..bertambah kesian sejak2 saya praktikal ni, asal balik je umah amik dy, terus dy akan menyusu setengah jam lamanya sampai dia betul2 'kenyang' dengan susu..of kos, susu ibu!

hopefully dihntr ke tmpt baru ni, ubaydah oke...lepas ni timing opis hour tak mcm sekolah dah..lg haru mengenangkan ubaydah..dan juga menahan sakit bengkak susu..takpe, 6 minggu lagi akan berakhir semuanya..

resume juga harus diperkemas..

Thursday, October 18, 2012

bersyukur jika ada yang menegur

^_^ lina mursyidah hamzah at 2:47 PM 1 pandangan dari kamu
sementara tungu bubur ubaydah masak dan abu ubaydah balik [ call dr td tak dpt2..byk keje la tu ], tetiba rasa nak tulis pasal tegur menegur ni ^_^ sekadar suka2..haruslah untuk diri sendiri terutamanya

seringkali mendengar dan melihat manusia yang pantang, tak boleh ditegur perbuatan kurang elok dari si pelaku. bebrapa faktor yang mungkin membuatkan si pelaku merasa terkilan/terasa hati/ marah/ tak suka apabila menerima teguran insan yang lain..

antara faktornya :
- orang yang menegur tidak tahu kisah sebenar, main tegur je..hujung pangkal cerita tak tahu
- masa dan keadaan untuk menegur tidak sesuai . cthnya, tegur depan orang ramai atau menegur ketika si pelaku sedang mood marah
- ayat menegur yang tidak berhikmah. cthny lebih kepada memerli dan penggunaan kata2 yang tidak enak di dengar [ even niat hanya utk menegur!]
- si pelaku merasa dirinya bagus dan mmg jenis tak boleh ditegur langsung..ada sahaja 'defense mechanism' yang digunakan untuk memfaktakan perlakuannya
[ jika benar, takpe..tapi yg tak benar, dibenarkan juga..itu masalah! ]

dan sebenarnya saya mengoreksi diri tadi..kerana 2 minggu lepas menerima teguran yang cukup baik dari orang yang saya cukup sy hormati..saya muhasabah..dan saya juga melihat status2 di FB yang selalu marah2 bila ada org tegur..

" bajet ko bagus sangat la"

" mcm la ko tu alim sangat nak tegur2 org"

"kenapa tak nak memahami aku ? duk main tegur je kata aku mcm2"

itu antara keluhan2 status2 di FB yang dpt dilihat jika seseorang itu ditegur =)

dan kemudian saya berfikir dan meletakkan diri saya di tempat orang yang ditegur.. dan saya juga tak lari dari ditegur, dah kata manusia, tak ke sinonim dengan kesalahan ? ;p

APA RUGINYA AKU BERLAPANG DADA MENERIMA TEGURAN?

sekurang2nya bila org menegur, saya tahu ada yang peduli tentang saya..

sekurangnya2 bila org menegur, saya tahu dia sayangkan saya dan mahu saya menjadi yang terbaik dan utk itu, mestilah perbaiki kesilapan

sekurang2nya bila org menegur, saya tahu ianya juga merupakan satu peringatan untuk saya yang sentiasa lupa dan perlu diingatkan

sekurang2nya bila org menegur, saya sedar bahawa orang bukan sengaja nak mencari kesalahan tetapi nak membaiki keadaan dalam diri kita

sekurang2nya bila org menegur, saya tak berterusan melakukan kesilapan yang sama

sekurangnya2 bila org menegur, saya belajar berlapang dada, membuka minda dan memguatkan lagi diri untuk be positive

sekurang2nya bila org menegur, itu akan menguatkan lagi ikatan sesama kita sebab org menegur demi kasihkan kita, tak sanggup tgk kita berlama2 dalam kesilapan yang sama

sekurang2nya bila org menegur, Allah pun sayang kita kerana tak biar kita melakukan dosa yang berulangkali sama..

jadi, bersyukur jika ada yang menegur, tanda prihatin Allah pada kita melalui makhluk2Nya..tak rugi, malah beruntunglah mereka yang ditegur kerana mereka disayangi bukanlah ditegur kerana dibenci..

Wednesday, October 17, 2012

alhamdulillah ^_^

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:10 PM 0 pandangan dari kamu
Alhamdulillah..wa syukurillah..ubaydah slama menjangkau 8 bulan..makin aktif dan makin aktif dan makin aktif!!! mmg hero~~

Alhamdulillah, sepanjang 6 minggu praktikal sbg kaunselor sekolah, banyak btul silibus2 baru yang lebih jelas Allah ajarkan melalui sekolah ini..melalui guru2nya..dan terisitmewa, melalui pelajar2nya..makin bersyukur dipilih Allah ke bidang ini, merasakan bahawa bidang ini wadah uk saya yang sudah 'tidak aktif' dengan jemaah..

tak kesah pun sebab dah sedia maklum, Allah menciptakan kepelbagaian dalam semua aspek termasuk manusia. dan atas sebab itulah juga, cara untuk mendekatiNya juga terlalu banyak sesuai utk kita pilih mana yg lebih dekat dan mudah utk kita makin rapat dgn Allah ^_^, menjadi isteri solehah dan ibu mithali juga salah satu caranya..bahkan, yg lebih utama bg seorg wanita adalah keluarganya..dan barulah hal2 lain..

memandangkan pmr sudah habis dan juga sekrang sekolah dilanda mood final exam , membuat saya berfikir, saya harus segera mencari tempat baru. dan JKM gombak tempat yang dipilih. cuma masih menanti jawapan dari pihak atasan ^^, tak sabar rasanya mahu merasai setting baru dan pastinya kes yang baru JIKA diizinkanNya..

pilihan2 yang ada merupakan takdir2 yang wujud utk kita pilih..dan pilihan2 itu atau takdir2 itu, sesuai dengan kita..cuma, tinggal kita mahu pilih yang mana. jika sudah pilih maka bertawakal dan redhalah..dan tenang , lapang menghadapi pilihan itu dalam episod hidup..sebarkan kebahagiaan betapa seronoknya membuat perkara yg Allah suka..

bertalu2 memenangi giveaway juga membuat saya sedar bahawa ia bukan milik saya seorg, ada yang sudah diberi kpd yang lain, bertalu2 juga rezeki perniagaan yang Allah berikan, membuat saya sentiasa alert bahawa itu bukan milik saya seorang..sy hanya perantara, mereka2 yang lain yang lebih layak utknya..dan yg paling afdhal harta itu dikongsi dengan ahli keluarga dahulu baharulah yang lain =)

Alhamdulillah, segala yg Allah beri dan aturkan itu sgt cantik..dan pilihan2 yang tersedia juga indah2..normal jika ada lompong sikit sbb kesempurnaan itu milik Dia. yang lompong2 itu adalah sebahagian dari keindahan menikmati kehidupan yang Allah berikan..nikmati kehidupan dengan kebahagiaan ~

Wednesday, September 12, 2012

12/9/2012

^_^ lina mursyidah hamzah at 7:34 PM 0 pandangan dari kamu
ubaydah

kata mereka, dia cerdik.. sedari umur 1 hari, ditiarapkn nurse dlm baby cot tapi dpt dy telentangkan badn sendiri..nurse kata " panjang akal budak ni, pndai terbalikkn diri" bila menyusu, nurse kata lg " pandai dy mnyusu".. hati mngucap syukur dan berdoa agr kecerdiknny dimanfaat utk Islam..amiinn
hingga kini ada shj pkmbgn kognitif yg ditunjukkn, stiap kali tokmi n tokabah psg quran kat tab, dy akn pluk tab tu dan diam.,tokabah kata ubaydah sedang tadabur quran..dan bila disebut kipas, trus pndang ke siling tgk kipas lama2..tokmi pesan " ubaydah cerdik..cpt bljr, rajin2 perdegrkn ayat quran" moga kami ibu bapanya dpt brikn yg terbaik utk dia

praktikal

kali ni Allah berikan sekolah yg mmg 1 Malaysia..ketara amat jumlah peljr mlyu, cina india =)
Alhmdulillah, ckgu2 sgt baik dan pramah.. pagi2 da kena tinggal ubaydah..petang bru boleh amik =(
x lama..14 minggu shj..tolak minggu ni da 13 minggu ^_^

kaunseling

sgt bersyukur diberikn pluang brada dlm kos ni..client byk jd guru dlm bab khidupn.. dn sbnrnya kaunseling lah yang mendidik sy utk bersangka baik dgn Tuhan.. dgn kaunseling juga la asbab sy trus bljr mmperbaiki diri.. dan menyayngi mereka yang istimewa diberi ujian yg sy sndiri x pernah lalui..bertuah mereka Allah uji sbb sygkn mereka,mnguatkn iman mereka.. say mkin bersyukur mgnali 'kaunseling'

suami

anugerah terbaik yg sy sanjung dan syg..pinjamn Tuhan yang satu ini buat sy muhasabh dan termalu sendiri dgn akhlaknya yg mulia. byk mndidik sy melalui akhlaknya =) Alhamdulillah . tak pernah jumpa yg sbgini rupa, mnjaga keluarga dari noda dan dosa..mngawal utk kbaikn bersama..katnya " tak mahu sy ke neraka.." dn sy bhgi bila dosa berkurang atas bimbingn dy..

bisnes

mngikuti salah satu sunnah Nabi saw byk mmbuka mata saya. dn sy bersyukur Allah berikn rezeki yg x pernah putus. utk ubaydah barangkali..dn utk muslim di luar sana yg mmerlukn..rezeki ini milik kita bersama..moga saham ini mnjadi sahm khirat yg dirahmati..bukn ats nm sy shj..tpi jug atas nama suami dn juga customer2 sy. jika Allh x gerakkan hati customer, mana mungkin saya dapat mmbntu yg lain..sy hny salah seorg pgntara =)



Thursday, August 30, 2012

pengalaman awal menghantar ubaydah ke rumah maksu [pengasuh]

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:07 AM 0 pandangan dari kamu
Hari pertama hantar ubaydah..abah ubaydah bergenang air mata.."lina tak teringat ke ubaydah?"
pada mulanya saya biasa2 aje..tak rasa sedih..tp bila lihat mata suami saya bergenang air mata, sy pun bergenang la jugak..huhu..mane ade org tak ingat anak..

dan hari pertama berlalu dgn agak bad..ubaydah menangis pjg hari..tak mahu botol..[ silap saya tak ajar minum borol berterusan..ajar sbulan 2 je pastu terus DF]..huhu..waktu zohor saya dan suami pergi amik ubaydah sbb maksu call dy menangis tak berenti..cuma stop kejap tertidur akibat keletihan menangis dan kelaparan mungkin..sbb tak minum susu

hari kedua, pergi hntr ubaydah..encik suami tak sanggup nk tunggu lama utk tgk ubaydah berpisah ngan kami [kejap je pun n jarak umah maksu 5 minit je nek kereta]..terus dy letakkan beg di luar pintu dan hny saya yg masuk ke dalam rumah maksu utk bermain kejap dgn ubaydah sblm pergi..kata maksu, hari ni ubaydah still menangis tapi kurang la ckit dr hari pertama..ade la jugak benti kejap2 n masih mencari2 uminya..huhu

dan hari ni hari ketiga..suami sy speti biasa..takkn turun sbb tak sanggup nk berpisah dgn anak..tapi ubaydah ada tunjukkan sikap positif..maksu bukak je pintu mah td, dy sudah tersenyum2 pada maksu..sudah mahu main2 dgn maksu..moga hari ni dy lebih baik dr smlm..dan saya amat terasa dy tiada..sunyi!! tak sabar nk tunggu zohor nak g amik dy..wuwuwu

dan saya juga rasa amat bersyukur dgn peristiwa pengalaman ini, sy tahu bahawa Allah mmg berikan suami yg sgt baik dan yg terbaik buat saya..walopun mula2 tak kenal sgt suami sy, lepas kawen byk yg sy tahu dan dia mmg seorg yg sgt soleh baik dan penyayang..moga Allah sentiasa rahmati dia..dan ubaydah juga ..anak umi yg sgt soleh ^_^

Thursday, August 9, 2012

malam ni 21 Ramadhan

^_^ lina mursyidah hamzah at 4:18 PM 0 pandangan dari kamu
lama benar rasanya tak jenguk blog ni. hehe..

esok genaplah ubaydah 6 bulan..makin banyak development ditunjukkan sesuai dengan peningkatan usia..ade juga yg terlebih sesuai, tp biasalah..lain budak lain perkembangannya..tak boleh compare2..^^,

bisnes Asyrina Online Store pun alhamdulillah..bertambah baik..dlm proses utk ada 'real' store utk mudah pelanggan nk tgk n pilih2 brg..doakan!

malam ini, malam ganjil pertama di Bulan Mulia..angan2ku, moga dipertemu Malam yang mulia..dah berangan, kena la usaha..dan pastinya, jalan utk sampai kepadaNya..jalan yang DIA suka itu banyak sekali tersedia..terpulang pada kita mahu pilih yang mana..yang mampu kita ikut..yang mampu kita lalui..besar atau tidak ganjarannya, bukan kerja kita ^_^

menjadi bualan penduduk langit lebih bermakna dari menjadi bualan penduduk dunia..insyallah. DIA tahu segalanya.. yg menghukum diri ini di luar sana, terpulanglah mahu kata apa, mahu anggap apa, kalian menggelarkan diri kalian daieah tp sayang, tidak berpelakuan seperti daieah..saya tidak kisah apa org kata, saya lebih kisah apa Allah kata.

pesan abang berkali2 kpd saya
" Biar org buat kat kita..tp kita jgn buat kat org..jangan balas apa yg dy buat pd kita"

Awal Ramadhan tahun ni x best..moga pengakhirannya best!!! aminnn

Sunday, July 15, 2012

^________________________^

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:37 AM 0 pandangan dari kamu
Alhamdulillah..setelah sekian lama, blog dah oke balik!

Wednesday, April 25, 2012

UJIAN ~

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:40 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم
 
Saat Ubaydah tengah tidur ni la nak buat macam2 kerja. Kemas dapur, basuh baju, sidai baju, liat baju dannnn blogging! ( takde kaitan dengan tajuk..;p)

Teringat pulak dulu2 ada seorang kakak ni sembang2 kat YM pasal ujian..dy tanya kpd sy..

" Ujian hati kan yang paling susah skali?"

saya diam. Dan agak kurang bersetuju dengan jawapan itu. Maka dengan rendah dirinya saya menjawab mengikut kefahaman saya yang masih mungkin perlu diperbaiki..(alwaysss!! )

" tak jugak kak..bagi saya, sebab saya tak jumpa lagi sumber sohih mengatakan ujian hati adalah ujian paling susah"..

kami berdua diam..dan ketika itu saya berfikir, takde pulak jumpa dalam AlQuran atau Hadith mengenai ujian hati adalah ujian paling susah..tatau la kot2 mungkin ada tapi sy tak perasan ( pembaca yang tahu, kalau saya salah tlg betulkan)

" yang saya tahu,setiap orang diuji dengan kemampuan yang ada. diuji dengan yang sesuai dengan dirinya. diuji untuk Allah ukur imannya. "

kakak tu diam lagi..time tu sy tak keruan. salah ke bicara sy? huhu

" ada org bagi dy ujian hati adalah paling kuat..ada org ujian harta adalah yg paling susah utk dy..ada org diuji sbg org kaya, diuji dengan kesihatan yang sihat ataupun sakit dan macam2 lagi ujian yang SESUAI dengan dirinya"

tiba2 akak tu ckp..

" betul jugak ckp awak tu..ujian yg paling susah tu ikut kesesuaian dan kemampuan setiap insan"

"kalau orang itu kuat hatinya, mungkin dy diuji dengan perkara lain..tapi kan untuk berhdapan dengan ujian tu bermula dengan hati?", kakak itu menyoal lagi..

"betul..sgalanya bermula dari hati..tapi ce andaikan. kalo hati kuat..tapi diuji dengan kesihatan yang sihat di mana kita lupa untuk menggunakan badan yang sihat untuk melakukan kebaikan..key di sini adalah dy diuji dengan kesihatan yang sihat. kita tak kata dy diuji dengan hati..melainkan biasanya kita dgr psl ujian hati ni mcm lebih kpd perasaan. kebiasaanya org memang pandang ujian hati ni adalah yg berkaitan dengan perasaan..hasad la..suka kat org la..sedih la..marah la.." , saya cuba memberi just my humble opinion about this topic..

"betul jugak tu lina..dan ujian itu adalah layak bagi setiap hamba..kerana kita hamba lah kita layak diuji." sambung kakak tu..

saya tersenyum kerana gembira dengan bicara ini dengan dy..skrg dah jarang bleh online ym. online fb pun pakai nset je..payah dah nk berdepan ngan lappy..insyaAllah, ada kesempatan lain, akan dikongsi2 lagi..moga entri ini menjadi peringatan juga buat saya bila saya diuji..^_6


Saturday, April 21, 2012

Ubaydah 2 bulan lebih2

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:19 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم
Perkembangan ubaydah stakat saat ini ialah..

- sudah mula hisap jari2 dy..bila dibaca kat internet rupanya ini cara dy belajar mengenai apa yang ada di sekelilingnya. dan ketika ini dy belajar bahawa " oh..saya ade jariiii..yeay!"

-semakin aktif membebel aka bercakap - ini perkembangan normal budak umur  2 bulan..asal bangun tdo je ajak sembang takpun dy sembang sorang2 dy..asal nyusu je senyum. n pernah jugak time nyusu, dy tetibe benti nyusu n duk menyembang dgn dy. kita kena layan lah untuk bantu perkembangan dy utk berkomunikasi walaupun kami berdua tak faham bahasa yang dituturkan antara satu sama lain ^_^

-selalu sgt nak berdiri ..tak padan dengan umur 2 bulan. kaki da keras tapi tak la suh dy berdiri terus. kui3..n tamau baring kecuali menyusu n tdo..hanya mau duduk dan berdiri..

-menyengih dan gelak pada yang dy kenal mcm mak dy, tok umi dy dan sesiapa yg dy rase nk senyum n pandai agah dy..

- suka mlihat dan pk mcm itu adlh mslh besar adlh kgmaran raut wajah yg dy suka wat..

- tdo pun da okay..alhmdulillah, hrpnya smpai ke besar dy tdo mlm mcm kita tdo..

- kalo org len mkn..dy akan perati jek mkanan org tu n tgk cara org mkn..

skrg tgh mncari video2 islamic yg ada bunyi dan perkataan sbb dy dah boleh diajar mmbaca. stakat ni pkenalkn babytv jek..alquran pilihn utama sjak pntang diperdengarkn..(dlm rahim lg snanye)..

moga ubaydah membesar jd anak yg soleh, insan bermanfaat..


Friday, April 20, 2012

click for more info ~~^_^

^_^ lina mursyidah hamzah at 3:17 PM 2 pandangan dari kamu
Orange and black is a funky combination for a #Sanyo camcorder. Best of all? Its going for only RM779 from @HiShopMY!

Saturday, April 14, 2012

sambungan bengkak susu-edited sbb abg tegur-

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:47 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم
sampai ke hari ni sakit kat situ tak hilang2 n bengkak juga,.datang balik..then terus nak guna kobis. tapi tanak taruk lama2 nanti susu kering. guna cara kobis tu, letak dlm peti sejuk dulu. bila da sejuk, baru keluarkan n amik sehelai utk ditekapkan di tempat bengkak. buat la dalam 3-4 kali kesannya kobis tu jadi panas tapi surut n sakitnya tak berapa kurang. maksudnya, tak surut sangat la..

then jalan2 kat internet lagi n jumpa satu cara iaitu....ni link dy..abg kata etika blogging kena letak alamat blog tu,,terjumpa balik alamat tu, so i put here..

http://www.anakkuwiraku.com/2010/06/kalau-breast-bengkak-tapi-susu-susah.html
GUNA URAT DAUN BETIK...

caranya ialah, cari dulu daun betik..dalam sehelai dua..pastu gunting atau guna pisau ke potong batang halus @ urat yang kat daun tu..then potong kecik2 dalam 2-3 cm , pastu ikatkan kesemua urat2 tu jadi macam kalung..pakai la benang ke tali ke tali rafia pun boley. waktu buat mende alah ni, abg duk gelak je..saya pun pk gak berkesan ke..mcm tak logik je cara ni..tapi try je la kan..ikhtiar..siap potong2 n ikat2 jdkan kalung, then abg pakaikan kat leher..kena pakai mcm pakai rantai, kalung tu tak kena tempat bengkak pun takpe..

pastu terus la nyusukan ubayd dan tertdo kejap..bila bangun2 je..alhamdulillah, sakit n bengkak ilang 100%..kita usaha, Allah tentukan hasil..saya cuba cara ni walopun dlm hati teragak2..usaha gak smpai dah tak boleh usaha..^_^

dan sampai skrg da tak sakit, nak susukan ubayd guna belah yg sakit td pun takde mslh dah..alhamdulillah..pasni kena beringat, minum tak leh minum skali ngan serbuk2..dan makan kena tak leh yg ade mcm serbuk2..serta penyusuan yg seimbang kedua2 belah tempat menyusu..

moga perkongsian pengalaman ni ada manfaatnya pada yang mencari cara utk hilangkan kesakitan bengkak dan utk hilangkan bengkak susu,..

Thursday, April 12, 2012

pengalaman bengkak susu

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:42 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم
sebelum ni pun memang ada bengkak susu tapi tak la seteruk 2 hari lepas. serius sakit yg amat..tersentuh pun rasa sakit. jadi cuba la beberapa cara yang dibaca dalam page hospital bersalin yang dikongsi oleh ibu2 di situ..

1. tuam dengan towel suam..
yang ni punya cara buat start pukul 4 pagi + suh ubaydah menyusu skali. time dy menyusu punya la sakit kat tempat menyusu tu. menahan sakit dengan ketap gigi dan juga main kaki..percubaan ini diteruskan smpai lepas subuh..try pam jugak tapi sikit je susu kuar seems like mcm ade yg tersumbat + sakit sgt time pam susu

2. guna sikat
yang ni cuba sekali.caranya sikat pada breast anda. dalam tengah2 sikat tu. duk pk smlm makan ape la agaknya smpai sakit mcm ni. biasanya breast bengkak akibat susu yang tidak diminum atau tersumbat dek kerana habuk2..habuk2 tu contohnya mcm habuk minuman (serbuk) atau apa2 yang boleh sumbatkan saluran susu..cuba cara ni skali tak berkesan terus tamau cuba dah..ni pun + suh ubaydah menyusu gak..tapi tak jalan..

3. tanya umi
pukul 9 lebih tanya umi mcm mn nk buat. umi ckp guna sikat. sama mcm cara no 2. pastu ckp kat umi dah buat dah tapi tak jalan. umi ckp lagi..buat sekali je mmg tak jalan..cuba buat byk2 kali n sambil2 tu su ubaydah nyusu..then buat lagi la cara sikat..n menyusu ubaydah smbil urut2 bagi susu turun..

4. bukak internet seacrh pasal bengkak susu. n jumpa la byk info, antaranya ada sorg ni lupa website dy..dy share dlm blog dy kata cuba cek2 saluran niple kot2 ada mcm bendasing ke..then buat la jugak cara tu..cuba bersih2kan niple and also cari ade ke bendasing yg halus yang menybabkan saluran susu tersumbat..

5. lepas makan minum air suam
lepas je sesi pembersihan..tatau la ada bendasing ke tak, pegi la makan dgn tahan2 sakit tu..makan la jugak n then minum air suam..then teruskan guna sikat + suh ubaydah menyusu. mmg sakit yg amat tapi tu la kot kalo jadi ubu ni..sakit la mcm mn pun tetap nk bg anak dy susu jugak..( saat ni teringat kat umi..mcm ni upenye susah payahnya..tapi sbb demi anak, tak kisah la ape pun yg berlaku..ni baru sorg..umi dah 9 anak..moga Allah sentiasa pelihara umi..)

6. plan nak guna kobis..
yang ni paling last sbb bahanya guna kobis ni dy akan terus keringkan susu. kalo nak guna pun kena guna kejap je skdr buat surut bengkak. lau guna lama2 dy akan kering susu langsung..dan alhamdulillah, cubaan ni tak jadi buat sbb lepas je minum air suam n sikat serta lepas tu susukan ibaydah, ketulan bengkak da ilang cuma masih lagi rasa breast berat tapi bengkak dah surut dan lama2 hilang..

inilah penglaman saya yang bengkak susu pada 2 hari lepas..moga yang terbaca blog ni dapat manfaatnya, saya share sbb saya nk surutkan bengkak ni pun baca pengalaman orang dlm blog..mungkin posting2 sy skrg da tak byk yg 'ilmiah'. tapi insyaAllah moga2 ada yang dapat manfaatnya..

Saturday, March 31, 2012

ini ditaip di pantai johor

^_^ lina mursyidah hamzah at 2:24 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..dah 50 hari selepas bersalin. Dah lepas dari tempoh pantang 44 hari. first time berpantang..ok la semua. makanan pun sedap jugak. banyak makan ikan selar..pati ikan haruan 16 botol jek dan buah oren sunkist,epal utk sembuhkan luka dalam dan luar. maklumlah, bersalin melalui pembedahan lain sket caranya nak menjaga. tempat bedah kena selalu kering. pakai hair dryer mudah n cepat serta mmg kering utk elak ia bernanah.

bersalin bedah mmg tak sakit tapi lepas tu sakitnya hanya Allah yg tahu. jadi fair lah. orang bersalin normal n czer masing2 punya kesakitan yg berbeza. Allah beri apa yg kita mampu buat dan rasa serta tanggung.so far , belum lagi berurut sgala bagai. set bersalin pun tak makan. just amalkan minyak biji anggur dan juga ubat homopati.

Ubaydah pun makin besar..last cek berat 5.7kg usianya belum sampai 2 bulan. perkembangannya sudah pandai senyum, angkat kepala, ubun2 sudah keras, badan sudah keras, tidur pun da buas, da pandai demand n manja2 nak berdukung n tidur nk org peluk aje..da pandai komunikasi jugak sket2..mcm paham je org ckp ape..pandai genggam n tatau mcm mana satu hari tu sekali je pandai meniarap sendiri. tapi sekali tu je la..then bleh angkat bantal peluk yg panjang tu..sekalii tu je la dy angkat..kena catit smua ni sbb takut lupa n nnt ubaydah leh baca bile dy da besar nanti..

hampir 2 minggu kat kedah..dan genap sminggu pemergian mak mertua tersayang. moga mama tenang di sana dan lina sgt pasti mama mmg sgt tenang dan gembira di sana. ramai orang cakap mama berwajah senyum dan bersih ketika meninggal. Moga syurga milikmu,mama..amiinn

Alfatihah


Wednesday, February 29, 2012

pengalaman bersalin

^_^ lina mursyidah hamzah at 7:27 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..dpt jugak nak update blog versi pengalaman bersalin. Ni pun curi-curi masa sementara ubaydah tengah tido and pakai pun lapto suami untuk tulis entri ni..oke. nak mulakan penceritaan..

9 Februari 2011

Hari ni ada temujanji dengan pakar ong Hospital Selayang untuk booked tarikh untuk czer bersalin. Pergi sekolah dulu ( untuk kali terakhir tanpa diduga ) and kul 9.30 kuar dari sekolah g hospital. Dipendekkan cerita, tibalah gliran untuk berjumpa dengan doktor. Jumpa2..dia scan2 and kata baby mmg besar..pastu dia bagi tarikh czer. Dalam hati ni nak biarlah dia bagi tarikh awal sikit sbb mmg perut besar dah n berat..hehe. Then dia bagi tarikh yg sama ngan due iaitu 23 Februari..pastu dia cek2 kata time tu orang ramai bersalin czer then bagi kami tarikh 27 fenruari..dlm hati ni time tu nk je memberontak tapi mcm terkelu. Balik je dari hospital, membebel2 kat suami n agak mcm merungut jugak la sbb doktor bagi tarikh lambat. Suami sabar mendengar dan membawa makan burger king.

Malam tu sekitar kul 10 lebih, rasa sakit perut pelik n amat. Dalam hati kata ni sakit sbb minum air gas ke yang burger king td. pastu sakit datang kejap2 n tiba2 rasa nk tgk masa. dah berselang2 pulak dlm 10 minit. Takkan la nak bersalin dah kot. teringat pulak siang td duk merungut doctor bagi tarikh lambat. huhu..waktu sakit2 tu tatau nk panggil suami mcm mn sbb dy kat ruang tamu. nset dy tinggal pulak dlm bilik. takdirnya tiba2 dy masuk bilik. ngadu la sakit erut. nak bangun pun susa. pastu bangun perlahan2 dan berjaya berdiri. lepas je berdiri..tiba2 ada air kuar. aish, ni air ketuban ke. G la ruang tamu n tanya umi then umi pun suh g je spital. Pegi spital kena cek2 ape semua ( syukur..smua perempuan..), n bukaan 3cm dah..ade sorg pesakit ni menahan sakit smpai saya pun seriau la jugak dgr, psiko kottt..saya yang senyap dukbaca doa nabi yunus ni pun tergugat gak perasaan. then kena tuka baju ape smua untuk ditolak ke bilik bedah. lama gak nk tunggu sbb ade org lain tgh kena bedah. so tunggu la sambil tahan sakit kontraksi tersebut.

10 februari pukul 1 pagi lebih..sbb baby kuar kul 2 pagi lebih..

bila da ditolak tu sampai ke bilik bedah, tapi kat ruang tamu bilik bedah tu saya menggigil2 pegang selimut sekuat hati. nurse tanya, sejuk ke..saya jwb "takla..sakit". pastu nurse kata.."pelik la awk ni,,tgh sakit tp muka senyum"..ye ke? mane la perasan muka tahan sakit tu senanye tgh senyum!

then masuk la bilik bedah..first time masuk live tgk sgala benda dlm tu. seram sejuk..then kena bius separa badan..pastu utk test kesan bius tu, kat bahu saya dicucuk main2 jarum n kat perut saya pun kena cucuk jugak..n doc tanya ada beza tak sakit kat bahu ngan kat perut..kat bahu mmg rasa la benda tajam sbb bukan kena bius kat ctu tapi kat perut rasa sikit je. pastu dy suruh saya pura2 batuk utk bg kesan bius tu..then dy cucuk skali lagi n suh sy compare tmpt bahu ngan perut, saya kata kat perut tak rasa pape..then bermulalah sesi nk membelah perut. tapi muka sy dihadang, so, tak nampak apa yg doc buat..cuma rasa la perut macam kena godek2..mcm seolah2 org bawak kete yg dy tgh tuka2 gear..mmg rasa..cuma tak rasa sakit langsung. pastu dgr suara baby nangis..anak saya la tu..alhamdulillah, nurse bawak kat saya anak tu n saya cium pipi dy..lepas je pada tu terus sy menggigil kesejukan sampai la dihantar ke wad..

itulah pengalaman bersalin saya. sekian~

Monday, February 6, 2012

update pregnancy ~

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:14 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

4 februari 2012

Sebelum ni abg bertegas nak jugak pergi scan 4D3D dan kami telah membuat temujanji dengan Jezzlyyn kat Klinik Fauziah, Ampang untuk buat scan biarpun baby da besar iaitu 37 minggu. Rupanya ada hikmah ngape abg nak jugak pegi scan. salah satu hikmahNya ialah dapat tau baby punya berat da 3.9kg! oke..sgt berat 3.9kg dalam perut tu baru..belum lagi keluar. sebulan yang lepas pegi scan pun baby berat 2 minggu dari waktu yg sepatutnya..bila da dapat tahu baby berat mcm tu, abg pun call kak hani tanya pendapat dan disarankan untuk saya bersalin secara czer sbbnya risiko kalau saya bersalin normal dan terpaksa buat emergency czer. umi dulu pun paling berat antara kami 9 orang baby 3.2 kg..mama 3.1 kg..tetibe saya masa mengandung lagi 3.9kg..belum keluar lagi tuh! hehe..setelah ditanya pendapat dan ditimbang tara semuanya, kami suami isteri decide untuk saya bersalin secara czer walaupun saya teringin nak rasa bersalin normal [ walaupun sakit..tak kira...teringin jugak nk rasa ! ] abg sgt risaukan saya dan baby..dan saya dapat melihat kerisauan itu dan menyesal sbb tak jaga makan masa preggy..huhu~ (pengajaran untuk saya ambil untuk kelahiran2 yang seterusnya, biiznillah)

5 Februari 2012

Hari ni hari lahir Baginda Saw..angan2 untuk baby lahir tarikh ni tak kesampaian. takpelah, bukan masanya lagi kan..^_^. Hari ni kami berdua pergi ke hospital Selayang untuk tahu cara-cara untuk buat elective czer. Dan seperti biasa layanan nurse kat ctu dan juga doctor di situ sangat la baik. Alhamdulillah..dan doktor scan dy kata dy dapat berat baby dalam perut sekitar 3.4kg. Saya tak pelik sbb julat dah pun diperkatakan waktu scan ngan jezz, lebih kurang 500g..tapi dah 2 kali g scan sebelum ni pun dikatakan berat lebih 2 minggu dari berat yang sepatutnya. tapi takpe, lepas doc scan, nurse suh cek jantung heartbeat baby pulak. duk la ctu sorang2 sbb kat ctu takde pesakit lain pun..n degupan jantungnya tak dgr sgt bukan sbb lemah tapi sbb dy tgk tdo mengiring, kui3..dah habis semua pemeriksaan, nurse suh call hospital hari rabu ni untuk dapatkan appointment hari khamis ni untuk prosedur seterusnya..



Selawat dan Salam ke atas Baginda Muhammad Sollalhu'alaihi Wassalam..selawat sentiasa di bibir hati dan moga ingatan kita semua terhadap Baginda bersifat sentiasa bukan hanya pada 12 Rabi'ulawal sahaja ^_^

Thursday, February 2, 2012

tetibe je rajen..~

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:27 PM 1 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

1/2/2012

pergi sekolah macam biasa. panjat tingkat 3 dan tunggu hingga bilik kaunseling dibuka. perut dah rasa lain macam. sakit macam period pain dan mengeras. tapi cuba bertahan jugak. then, turun tingkat 2 untuk ke suatu tempat [ iaitu toilet ] dan jumpa dengan 2 org lagi pelajar tesl UIAM yang buat praktikal kat tmpt yg sama. oh ya, kami 9 orang dr uia semuanya..TESL, TAASL, ISED dan kaunseling =). Jumpa dina n areefah n sama2 turun breakfast. terjumpa kak hayana [ kaunselor sekolah tersebut] dan beri saya kunci bilik kaunseling.. then naik balik tingkat 3 untuk buka bilik dan letak barang. dan kembali turun ke tingkat bawah sekali bersama areefah n dina utk makan pagi. lepas tu, naik balik tingkat 3 utk buat kerja update logbook dan juga buat brochure utk promot diri dan perkhidmatan kaunseling untuk student. perut sakit? sepanjang hari sakit dan saya hanya mampu bertahan sahaja. takkan la pulak nk main guling2 kat ctu. malu la kat bdk2 prs yg melepak di ctu dan saya mmg bukan jenis sakit je nk guling2 mengamuk2..just tahan aje yang mampu. tengah2 update tu sakit makin menyakit dan baby kurang gerak. tengah hari tu tak daya sangat, terpaksa call hubby and mintak off awal. terus ke klinik UIA. Doc cek2 semua3..katanya perut agak keras and maybe dlm 2-3 hari bersalin..

er...ye ke? tapi sbb anak sulung, payah jugak nk jangka. lalu direfer ke hospital selayang. sebelum ke sana bincang2 dengan hubby dulu. senanya saya takut nak pegi hospital sebab kompem kena cek bukaan which is sangat2 la ngeri dari cerita orang. [ hehe ]. jadi kami melencong sekejap ke giant untuk beli rak baju anak n selipar serta makan tengah hari..

" nak pergi sepital tak ni..cek..risau la baby tu.." abang tanya
" tamau la..takut la nnt kena tu", abang pun dengan risau2..saya tahu dia mahu saya ke hospital tapi saya tak mau lagi..

balik je rumah, terus hubby search segala informasi pasal BERSALIN..dan asyik tanya baby gerak ke tak. dan malamnya saya decide untuk ke hospital. Alhamdulillah, menda yg paling suka bila masuk hospital semalam adalah semua DOC PEREMPUAN yang ada dalam tu..yang cek bukaan pun doc perempuan. sgt bersyukur! hampir sejam juga diperiksa n ditunggu discan segala bagai..dan bukaan baru 1 cm..doc suruh balik n kalo skait2 lagi pergi lagi hospital..

2/2/2012
hari ni pegi uia utk mintak MC..hehe..alhamdulillah dapat. sbbnya badan amatla tak larat untuk ke sekolah pada hari ni. sakit pinggang n belakang hanya Allah yang tahu. Dan hari ni dua kali 'turun tanda'..tapi sakit perut takde pulak. keliru nak g spital ke tak..mula la berangan dan kami pasang impian harapnya anak ni keluar time 12 rabiulawal..^_^ [ tapi lau tak dpt kuar tarikh ni pun takpe, asalkan bayi sihat ]

dan mula berfikir2 nak pegi ke tak walimah syira..time tu mesti jem plus kalo sakit bersalin, camne..huhu..dan dpt call dr mama n kak hani [ mertua n kak ipar] , pelbagai nasihat dan panduan diberikan since kak hani is a doctor..banyak gak la yang dy gtau. plus dengan tanya kak qila serta kak ili..n pagi2 td lagi before g uia, my ummi pun da tanya2 n gtau info smua..so lani, just tunggu masa jek..esok akan pergi skolah macam biasa..panjat turun naik tingkat 3 dan tgk la mcm mana perkembangannya nanti..till then...daaa~

di kesempatan ni, saya nk mohon maaf pada semua yang saya telah guris hatinya~

Saturday, January 28, 2012

IYG [14] -4 Februari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:34 AM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Hari ini merupakan hari terakhakhir kami di bumi Maghribi. Kami bertolak dari rumah pelajar Malaysia pukul 10 pagi menuju ke stesen keretapi untuk ke lapangan terbang. Sesungguhnya layanan pelajar-pelajar Melaysia di sini sangat baik dan juga rakan-rakan IYG. Mereka sangat memuliakan tetamu.

Pukul 5.05 petang waktu di casablanca, kami menaiki kapal terbang menuju ke Tripoli untuk transit selama 1 jam dan kemudiannya ke Qatar dan transit di situ selama 15 jam! 7 orang peserta mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar bandar Doha. Akhirnya kami selamat tiba di Malaysia pada 5 februari 2011 pada jam 8.30 pagi. Alhamdulillah, terima kasih kpd semua ~

IYG [13] -3 Februari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:47 AM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Hari ini kami berada di Fez. Selesai beberapa orang antara kami menukar duit, kami bergerak pergi ke sebuah istana hinggap yang terletak di bandar Idris pertama. Setiap wilayah mempunyai istana hinggap yang tersendiri. Istana hinggap yang kami lawati ini dibina pada tahun 1968. Pada mulanya ia terletak di antara dua kawasan iaitu kawasan yahudi dan Islam. Dahulunya istana ini merupakan sekolah orang Yahudi. Dan ia mempunyai 14 buah pintu. Pada masa lalu juga, muzik sufi akan dipasang di hadapan pintu istana ini. Kawasan yang kami lawati ini dinamakan dengan nama "fes jadial"


Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke kubu romawi. Berikut merupakan gambar-gambar di sekitar kubu romawi.
Kemudian, kami bergerak menuju ke Souq Madinah Qadimah untuk membeli belah dan sempat antara kami singgah di masjid Qarawiyin yang merupakan masjid dan universiti yang tertua di dunia. Menurut jurucakap di masjid itu yang enggan diambil gambarnya, masjid itu dibina kira-kira 245H pada kurun ke 3 iaitu 2 kurun sebelum Alazhar dibina. Masjid ini merupakan masjid terbesar di utara tanah Afrika. Ia dibina sebelum universiti zaitunah di Tunisia. Mempunyai 366 tiang masjid dan 17 buah pintu. Pintu utamanya dinamakan "babul wardi". syarat untuk kemasukan pelajar di situ ialah wajib menghafal quran dan juga kitab alfiyah ibn malik, kitab ibn asyir dan matan-matan yang lain. Mimbar di masjid ini berumur 1000 tahun. Mula digunakan oleh kerajaan murabittin dan masjid ini mempunyai 2 jam matahari yang dinamakan mazwalah. Tidak banyak gambar yang diambil kerana kekurangan bateri dan juga masa yang sangat terhad. Saya dan beberapa rakan lain menemuramah penjaga masjid itu usai kami bersolat zohor di sana.




Selesai berada di SOuq ini, kami bertolak ke Meknez untuk membeli belah dan juga meneruskan perjalanan pulang ke Rabat dan bermalam di rumah pelajar Malaysia.

Friday, January 27, 2012

IYG [12] -2 Februari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 4:01 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Pagi ini kami bersarapan dengan tuan rumah di sebuah restoren bernama Sindila. Seterusnya mendengar taklimat mengenai badan NGO ini. Association aide and secours ini sering memberi bantuan dan penempatan kepada anak-anak yatim. setiap 3 bulan, anak-anak yatim tersebut akan diberi bantuan kewangan. Selain daripada itu, didikan untuk mereka berdikari turut diberi. Seramai 2500 anak yatim telah berjaya dikesan termasuk janda. Bagi golongan yang buta huruf, kelas kemahiran turut diberikan kepada mereka. Aktiviti lain NGO ini ialah mausk ke kawasan-kawasan kampung untuk menternak binatang. Selain itu, urusan pengambilan keluarga angkat bagi anak-anak yatim juga turut diuruskan oleh AAS.

Usai pertemuan di sini, kami meneruskan pengembaraan ke suatu tempat di mana lautan Atlantik dan Mediterranean bertemu. Mentadabbur alam seketika di situ.

Seterusnya kami bergerak ke "cave of hercules".
Kemudian, kami berangkat pula ke tempat yang dikatakan di situ terletaknya maqam Ibn Batutah.



Selesai di maqam ibn Batutah, kami meneruskan perjalanan ke bandar Fez. Sejuk kat sini. Kami singgah dan ziarah rumah salah seorang penganjur IYG kali ini iaitu Mohamad Altronbati. Beliau menyediakan penginapan untuk kami. Pelajar perempuan diberikan penginapan di rumah beliau. Semestinya layanan keluarga beliau amat menggembirakan hati kami. Begitulah ukhwah persaudaraan seaqidah.


setelah penat seharian berjalan, kami berehat untuk mengumpul tenaga untuk aktiviti seterusnya pada esok hari.

IYG [11] - 1 Februari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:42 AM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Kembara diteruskan lagi pagi ini ke Tanjah. Salah satu daerah di bumi Maghribi. Diiringi oleh 3 pelajar dari Malaysia yang, kami menaiki van yang disewa. Sebelum berangkat ke Tanjah, kami berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dan lawatan hormat ke Kedutaan Malaysia di Maghribi.

Kemudian, kami bertolak ke Tanjah dan singgah solat di sebuah tempat yang bernama Asiah. Takdirnya di sini kami bertemu dengan beberapa peserta IYG dari turki dan Morocco. pertemuan yang tidak dirancang kami raikan dengan makan malam di sebuah restoren di Asiah. Usai makan, kami bersama-sama berjalan-jalan menikmati keindahan malam di Asiah.


Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan ke pejabat sebuah NGO diiringi oleh 3 lagi rakan Morocco untuk penginapan malam. Layanan yang diberikan oleh Association Aide and Secours @ Jami'ah Al-'aun sangat baik kepada kami. Orang-orang di sini sangat meraikan tetamu. Dan akhirnya setelah penat seharian berjaulah, kami merehatkan diri untuk agenda seterusnya pada keesokan hari.



Thursday, January 26, 2012

IYG [10] - 31 Januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:30 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Kami peserta perempuan dibawa berjalan-jalan ke sekitar pasar dan kawasan kediaman pelajar perempuan dan menikmati sarapan pagi yang salah satunya diberi nama "laban bilfawakih".

Kemudian semua 11 orang peserta IYG dari Malaysia mengadakan lawatan ke Hasan, makam diraja dan juga Souq Madinah Qadimah di Rabat.

Jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana yang membantu menjadi 'tourist guide' kami di sepanjang perjalanan. Kami juga dibawa berjalan sekitar bandar.

Kami singgah untuk solat di Masjid Sunnah dan mengadakan sedikit perbincangan tentang halatuju perjalanan kami yang masih berbaki lebih kurang 3 hari di bumi Maghribi ini. Selepas itu, peserta-peserta perempuan menghadiri parti yang dijemput oleh salah seorang anak ahli Parlimen Maghribi cuma saya sahaja yang tidak mengikuti parti itu dan pulang bersama adila dan pelajar-pelajar lelaki yang lain ke kediaman tempat kami menginap.

IYG [9] - 30 Januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:32 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Hari ini merupakan hari terakhir program kami. Kami meninggalkan hotel pagi ini dan berpisah ke destinasi masing-masing. PesertaIYG dari Malaysia menaiki bas yang disediakan pihak penganjur menuju ke Rabat di mana di situ terdapat rumah pelaja-pelajar Malaysia. Oleh kerana kami masih mempunyai 4 hari di Morocco, kami berkeputusan untuk membuat perancangan sendiri yang dibantu oleh pelajar Malaysia di sini. Mereka memberikan kami penginapan yang sungguh selesa dan makanan yang sangat sedap.
saat terakhir sebelum masing-masing berpecah ke destinasi masing-masing. Moga perkenalan ini dipanjangkan di dalam doa hingga ke syurga..

IYG [8] - 29 JANUARI 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 5:47 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Setelah semalam kami berpusing-pusing di dataran Djamial Fana, hari ini kami diberi masa yang agak lama untuk membeli belah. Kebanyakan dari kami membeli belah untuk dijadikan buah tangan apabila tiba di Malaysia.


Selepas itu kami pulang semula ke hotel dan mengadakan pertemuan dengan KAMMI dari Indonesia untuk bertukar-tukar pengalaman dan perancangan beberapa program.
Pada sebelah malam, kami meneruskan aktiviti malam kebudayaan. Semua peserta dikehendaki memakai pakaian rasmi negara masing-masing dan kami juga melihat persembahan lakonan daripada peserta Morocco. Usai persembahan, kami meneruskan aktiviti game yang berkisarkan sains, pengetahuan am, soalan berkaitan dengan Al-Quran dan juga mengenai sejarah Islam. Kemudian penyampaian sijil dan cenderahati diadakan. Selepas itu, pembentangan resolusi IYG kali ni dibentangkan oleh tuan rumah iaitu Dr. Abdul Fattah Fehdi.
"Yallah syabab"
malaysian + russian + turkish
dengan orang kuat IYG kali ini yang sentiasa murah dengan senyuman " Abdeillah"

Wednesday, January 25, 2012

IYG [7] - 28 Januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:01 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Hari ini kami dibawa melawat ke tempat yang bersejarah di Marakech. Antaranya maqam-maqam diraja yang diperbuat daripada gula dan marmar. Selain itu kami juga dibawa ke Bahia Palace. Kemudian, para peserta dibawa untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kutubiah. Berikut adalah gambar-gambar di sekitar kawasan tempat kami lawati
di perkarangan maqam raja-raja

Masjid Kutubiah

perkarangan Bahia Palace
Dalam kawasan Bahia Palace

Seterusnya kami dibawa naik ke Eurika, iaitu sebuah tempat yang terletak di atas bukit. Pemandangan di atas bukit sangat cantik dalam keadaan musim sejuk. Kami menikmati makan tengah hari di sebuah rumah di situ dengan hidangan tradisional Morocco iaitu kus-kus daging, roti, teh, kekacang dan juga sempat bernyanyi beramai-ramai. [ haruslah asing lelaki dan perempuan ].

girls only ! menahan kesejukan amat ~

berlatarbelakang ciptaan Allah yg indah [ subhanallah!]


Selepas itu, malamnya kami dibawa ke dataran Djamial Fana. Ini tempat yang menjadi tumpuan pelancong di mana ia ada banyak tempat membeli belah serta banyak juga pertunjukan-pertunjukan berbayar di sini. Ala-ala fun fair! Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh peserta dari Morocco sendiri kerana mmg ramai orang dan dibimbangi kami akan tersesat! Waktu ini, saya hanya mencuci mata sahaja dulu. Ada juga yang sudah membeli dan mengukir inai di tangan. Kemudian, kami dibawa pulang ke hotel dan mendengar taklimat mengenai isu yang berlaku di sempadan Sahara Maghribi dan Algeria. Usai mendengar taklimat itu, kami perserta IYG dari Malaysia mengadakan pertemuan khas dengan wakil UNIW dari Turki untuk membincangkan perkara yang perlu dilakukan untuk penambahbaikkan untuk program di masa akan datang.



sakit sudah semakin kerap..moga cepat dapat dihabiskan amanah untuk menulis tentang ini yang tergendala selama setahun!
 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea