^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Monday, January 16, 2012

IYG [6] - 27 JANUARI 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:49 AM
سم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, selepas bersarapan, kami kesemua peserta mengadakan perkongsian pengalaman sesama kami. mengetahui perkhabaran dari negara-negara lain memberikan satu informasi baru dan memberikan kami peluang untuk mengetahui perkembangan di tempat sahabat-sahabat kami. Dan perkongsian pengalaman ini dilanjutkan sehingga ke waktu makan tengah hari. Selepas makan tengah hari, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan bercampur perserta pelbagai negara. Tujuan pembahagian kumpulan tak lain tak bukan untuk merapatkan lagi hubungan sesama kami dan juga untuk kami sama-sama membincangkan satu isu yang berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan dunia Islam kini. Antara topik-topik yang dibincangkan dan dibahagikan untuk setiap kumpulan ialah

Civil work and liberty
Civil work and independent
Media influence
Islamophobia
Freedom
Civil work in the local view and country view
Civil work and speciality
Civil work and model, create own model
3A's which are autonomy, autofinance and auto management
3 functions civil society
-

itu adalah antara tajuk-tajuk yang kami perlu bincangkan serta perlu disertakan sekali dengan cadangan yang bernas untuk setiap isu. Ini adalah ahli kumpulan saya yang diberi nama kumpulan " Yallah Syabab" yang terdiri daripada Muhd Tishazuan, Mu'tassim Billah, Adli Zakuan, Ayoub, Khoula, Hatice, Usman dan juga Bram. Saya gembira berada di dalam kumpulan ini. Banyak yang saya pelajari dari mereka terutama dalam aspek komunikasi dan juga pengembangan idea


selesai berbincang di dalam kumpulan, sebelah malamnya sebahagian dari perserta bertemu dengan Somad iaitu salah seorang peserta Turki yang terlibat dengan misi kapal Mavi Marmara ke Gaza. Beliau berkongsi pengalaman yang mencemaskan ketika berada di atas kapal tersebut dan beliau juga turut tercedera akibat daripada terkena serpihan tembakan oleh tentera Israel.



teringin sangat nak matii syahid..layakkah? hurm...




0 pandangan dari kamu:

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea