^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Wednesday, February 29, 2012

pengalaman bersalin

^_^ lina mursyidah hamzah at 7:27 PM
سم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..dpt jugak nak update blog versi pengalaman bersalin. Ni pun curi-curi masa sementara ubaydah tengah tido and pakai pun lapto suami untuk tulis entri ni..oke. nak mulakan penceritaan..

9 Februari 2011

Hari ni ada temujanji dengan pakar ong Hospital Selayang untuk booked tarikh untuk czer bersalin. Pergi sekolah dulu ( untuk kali terakhir tanpa diduga ) and kul 9.30 kuar dari sekolah g hospital. Dipendekkan cerita, tibalah gliran untuk berjumpa dengan doktor. Jumpa2..dia scan2 and kata baby mmg besar..pastu dia bagi tarikh czer. Dalam hati ni nak biarlah dia bagi tarikh awal sikit sbb mmg perut besar dah n berat..hehe. Then dia bagi tarikh yg sama ngan due iaitu 23 Februari..pastu dia cek2 kata time tu orang ramai bersalin czer then bagi kami tarikh 27 fenruari..dlm hati ni time tu nk je memberontak tapi mcm terkelu. Balik je dari hospital, membebel2 kat suami n agak mcm merungut jugak la sbb doktor bagi tarikh lambat. Suami sabar mendengar dan membawa makan burger king.

Malam tu sekitar kul 10 lebih, rasa sakit perut pelik n amat. Dalam hati kata ni sakit sbb minum air gas ke yang burger king td. pastu sakit datang kejap2 n tiba2 rasa nk tgk masa. dah berselang2 pulak dlm 10 minit. Takkan la nak bersalin dah kot. teringat pulak siang td duk merungut doctor bagi tarikh lambat. huhu..waktu sakit2 tu tatau nk panggil suami mcm mn sbb dy kat ruang tamu. nset dy tinggal pulak dlm bilik. takdirnya tiba2 dy masuk bilik. ngadu la sakit erut. nak bangun pun susa. pastu bangun perlahan2 dan berjaya berdiri. lepas je berdiri..tiba2 ada air kuar. aish, ni air ketuban ke. G la ruang tamu n tanya umi then umi pun suh g je spital. Pegi spital kena cek2 ape semua ( syukur..smua perempuan..), n bukaan 3cm dah..ade sorg pesakit ni menahan sakit smpai saya pun seriau la jugak dgr, psiko kottt..saya yang senyap dukbaca doa nabi yunus ni pun tergugat gak perasaan. then kena tuka baju ape smua untuk ditolak ke bilik bedah. lama gak nk tunggu sbb ade org lain tgh kena bedah. so tunggu la sambil tahan sakit kontraksi tersebut.

10 februari pukul 1 pagi lebih..sbb baby kuar kul 2 pagi lebih..

bila da ditolak tu sampai ke bilik bedah, tapi kat ruang tamu bilik bedah tu saya menggigil2 pegang selimut sekuat hati. nurse tanya, sejuk ke..saya jwb "takla..sakit". pastu nurse kata.."pelik la awk ni,,tgh sakit tp muka senyum"..ye ke? mane la perasan muka tahan sakit tu senanye tgh senyum!

then masuk la bilik bedah..first time masuk live tgk sgala benda dlm tu. seram sejuk..then kena bius separa badan..pastu utk test kesan bius tu, kat bahu saya dicucuk main2 jarum n kat perut saya pun kena cucuk jugak..n doc tanya ada beza tak sakit kat bahu ngan kat perut..kat bahu mmg rasa la benda tajam sbb bukan kena bius kat ctu tapi kat perut rasa sikit je. pastu dy suruh saya pura2 batuk utk bg kesan bius tu..then dy cucuk skali lagi n suh sy compare tmpt bahu ngan perut, saya kata kat perut tak rasa pape..then bermulalah sesi nk membelah perut. tapi muka sy dihadang, so, tak nampak apa yg doc buat..cuma rasa la perut macam kena godek2..mcm seolah2 org bawak kete yg dy tgh tuka2 gear..mmg rasa..cuma tak rasa sakit langsung. pastu dgr suara baby nangis..anak saya la tu..alhamdulillah, nurse bawak kat saya anak tu n saya cium pipi dy..lepas je pada tu terus sy menggigil kesejukan sampai la dihantar ke wad..

itulah pengalaman bersalin saya. sekian~

0 pandangan dari kamu:

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea