^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Thursday, February 2, 2012

tetibe je rajen..~

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:27 PM
سم الله الرحمن الرحيم

1/2/2012

pergi sekolah macam biasa. panjat tingkat 3 dan tunggu hingga bilik kaunseling dibuka. perut dah rasa lain macam. sakit macam period pain dan mengeras. tapi cuba bertahan jugak. then, turun tingkat 2 untuk ke suatu tempat [ iaitu toilet ] dan jumpa dengan 2 org lagi pelajar tesl UIAM yang buat praktikal kat tmpt yg sama. oh ya, kami 9 orang dr uia semuanya..TESL, TAASL, ISED dan kaunseling =). Jumpa dina n areefah n sama2 turun breakfast. terjumpa kak hayana [ kaunselor sekolah tersebut] dan beri saya kunci bilik kaunseling.. then naik balik tingkat 3 untuk buka bilik dan letak barang. dan kembali turun ke tingkat bawah sekali bersama areefah n dina utk makan pagi. lepas tu, naik balik tingkat 3 utk buat kerja update logbook dan juga buat brochure utk promot diri dan perkhidmatan kaunseling untuk student. perut sakit? sepanjang hari sakit dan saya hanya mampu bertahan sahaja. takkan la pulak nk main guling2 kat ctu. malu la kat bdk2 prs yg melepak di ctu dan saya mmg bukan jenis sakit je nk guling2 mengamuk2..just tahan aje yang mampu. tengah2 update tu sakit makin menyakit dan baby kurang gerak. tengah hari tu tak daya sangat, terpaksa call hubby and mintak off awal. terus ke klinik UIA. Doc cek2 semua3..katanya perut agak keras and maybe dlm 2-3 hari bersalin..

er...ye ke? tapi sbb anak sulung, payah jugak nk jangka. lalu direfer ke hospital selayang. sebelum ke sana bincang2 dengan hubby dulu. senanya saya takut nak pegi hospital sebab kompem kena cek bukaan which is sangat2 la ngeri dari cerita orang. [ hehe ]. jadi kami melencong sekejap ke giant untuk beli rak baju anak n selipar serta makan tengah hari..

" nak pergi sepital tak ni..cek..risau la baby tu.." abang tanya
" tamau la..takut la nnt kena tu", abang pun dengan risau2..saya tahu dia mahu saya ke hospital tapi saya tak mau lagi..

balik je rumah, terus hubby search segala informasi pasal BERSALIN..dan asyik tanya baby gerak ke tak. dan malamnya saya decide untuk ke hospital. Alhamdulillah, menda yg paling suka bila masuk hospital semalam adalah semua DOC PEREMPUAN yang ada dalam tu..yang cek bukaan pun doc perempuan. sgt bersyukur! hampir sejam juga diperiksa n ditunggu discan segala bagai..dan bukaan baru 1 cm..doc suruh balik n kalo skait2 lagi pergi lagi hospital..

2/2/2012
hari ni pegi uia utk mintak MC..hehe..alhamdulillah dapat. sbbnya badan amatla tak larat untuk ke sekolah pada hari ni. sakit pinggang n belakang hanya Allah yang tahu. Dan hari ni dua kali 'turun tanda'..tapi sakit perut takde pulak. keliru nak g spital ke tak..mula la berangan dan kami pasang impian harapnya anak ni keluar time 12 rabiulawal..^_^ [ tapi lau tak dpt kuar tarikh ni pun takpe, asalkan bayi sihat ]

dan mula berfikir2 nak pegi ke tak walimah syira..time tu mesti jem plus kalo sakit bersalin, camne..huhu..dan dpt call dr mama n kak hani [ mertua n kak ipar] , pelbagai nasihat dan panduan diberikan since kak hani is a doctor..banyak gak la yang dy gtau. plus dengan tanya kak qila serta kak ili..n pagi2 td lagi before g uia, my ummi pun da tanya2 n gtau info smua..so lani, just tunggu masa jek..esok akan pergi skolah macam biasa..panjat turun naik tingkat 3 dan tgk la mcm mana perkembangannya nanti..till then...daaa~

di kesempatan ni, saya nk mohon maaf pada semua yang saya telah guris hatinya~

1 pandangan dari kamu:

Ainie said...

Ini adalah cenderahati perkahwinan yang terbaik yang dihantar kepada mu dari Tuhan. Semoga keluarga hidup dalam keadaan yang aman dan bahagia.

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea