^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Monday, February 6, 2012

update pregnancy ~

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:14 PM
سم الله الرحمن الرحيم

4 februari 2012

Sebelum ni abg bertegas nak jugak pergi scan 4D3D dan kami telah membuat temujanji dengan Jezzlyyn kat Klinik Fauziah, Ampang untuk buat scan biarpun baby da besar iaitu 37 minggu. Rupanya ada hikmah ngape abg nak jugak pegi scan. salah satu hikmahNya ialah dapat tau baby punya berat da 3.9kg! oke..sgt berat 3.9kg dalam perut tu baru..belum lagi keluar. sebulan yang lepas pegi scan pun baby berat 2 minggu dari waktu yg sepatutnya..bila da dapat tahu baby berat mcm tu, abg pun call kak hani tanya pendapat dan disarankan untuk saya bersalin secara czer sbbnya risiko kalau saya bersalin normal dan terpaksa buat emergency czer. umi dulu pun paling berat antara kami 9 orang baby 3.2 kg..mama 3.1 kg..tetibe saya masa mengandung lagi 3.9kg..belum keluar lagi tuh! hehe..setelah ditanya pendapat dan ditimbang tara semuanya, kami suami isteri decide untuk saya bersalin secara czer walaupun saya teringin nak rasa bersalin normal [ walaupun sakit..tak kira...teringin jugak nk rasa ! ] abg sgt risaukan saya dan baby..dan saya dapat melihat kerisauan itu dan menyesal sbb tak jaga makan masa preggy..huhu~ (pengajaran untuk saya ambil untuk kelahiran2 yang seterusnya, biiznillah)

5 Februari 2012

Hari ni hari lahir Baginda Saw..angan2 untuk baby lahir tarikh ni tak kesampaian. takpelah, bukan masanya lagi kan..^_^. Hari ni kami berdua pergi ke hospital Selayang untuk tahu cara-cara untuk buat elective czer. Dan seperti biasa layanan nurse kat ctu dan juga doctor di situ sangat la baik. Alhamdulillah..dan doktor scan dy kata dy dapat berat baby dalam perut sekitar 3.4kg. Saya tak pelik sbb julat dah pun diperkatakan waktu scan ngan jezz, lebih kurang 500g..tapi dah 2 kali g scan sebelum ni pun dikatakan berat lebih 2 minggu dari berat yang sepatutnya. tapi takpe, lepas doc scan, nurse suh cek jantung heartbeat baby pulak. duk la ctu sorang2 sbb kat ctu takde pesakit lain pun..n degupan jantungnya tak dgr sgt bukan sbb lemah tapi sbb dy tgk tdo mengiring, kui3..dah habis semua pemeriksaan, nurse suh call hospital hari rabu ni untuk dapatkan appointment hari khamis ni untuk prosedur seterusnya..



Selawat dan Salam ke atas Baginda Muhammad Sollalhu'alaihi Wassalam..selawat sentiasa di bibir hati dan moga ingatan kita semua terhadap Baginda bersifat sentiasa bukan hanya pada 12 Rabi'ulawal sahaja ^_^

0 pandangan dari kamu:

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea