^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Wednesday, April 25, 2012

UJIAN ~

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:40 PM
سم الله الرحمن الرحيم
 
Saat Ubaydah tengah tidur ni la nak buat macam2 kerja. Kemas dapur, basuh baju, sidai baju, liat baju dannnn blogging! ( takde kaitan dengan tajuk..;p)

Teringat pulak dulu2 ada seorang kakak ni sembang2 kat YM pasal ujian..dy tanya kpd sy..

" Ujian hati kan yang paling susah skali?"

saya diam. Dan agak kurang bersetuju dengan jawapan itu. Maka dengan rendah dirinya saya menjawab mengikut kefahaman saya yang masih mungkin perlu diperbaiki..(alwaysss!! )

" tak jugak kak..bagi saya, sebab saya tak jumpa lagi sumber sohih mengatakan ujian hati adalah ujian paling susah"..

kami berdua diam..dan ketika itu saya berfikir, takde pulak jumpa dalam AlQuran atau Hadith mengenai ujian hati adalah ujian paling susah..tatau la kot2 mungkin ada tapi sy tak perasan ( pembaca yang tahu, kalau saya salah tlg betulkan)

" yang saya tahu,setiap orang diuji dengan kemampuan yang ada. diuji dengan yang sesuai dengan dirinya. diuji untuk Allah ukur imannya. "

kakak tu diam lagi..time tu sy tak keruan. salah ke bicara sy? huhu

" ada org bagi dy ujian hati adalah paling kuat..ada org ujian harta adalah yg paling susah utk dy..ada org diuji sbg org kaya, diuji dengan kesihatan yang sihat ataupun sakit dan macam2 lagi ujian yang SESUAI dengan dirinya"

tiba2 akak tu ckp..

" betul jugak ckp awak tu..ujian yg paling susah tu ikut kesesuaian dan kemampuan setiap insan"

"kalau orang itu kuat hatinya, mungkin dy diuji dengan perkara lain..tapi kan untuk berhdapan dengan ujian tu bermula dengan hati?", kakak itu menyoal lagi..

"betul..sgalanya bermula dari hati..tapi ce andaikan. kalo hati kuat..tapi diuji dengan kesihatan yang sihat di mana kita lupa untuk menggunakan badan yang sihat untuk melakukan kebaikan..key di sini adalah dy diuji dengan kesihatan yang sihat. kita tak kata dy diuji dengan hati..melainkan biasanya kita dgr psl ujian hati ni mcm lebih kpd perasaan. kebiasaanya org memang pandang ujian hati ni adalah yg berkaitan dengan perasaan..hasad la..suka kat org la..sedih la..marah la.." , saya cuba memberi just my humble opinion about this topic..

"betul jugak tu lina..dan ujian itu adalah layak bagi setiap hamba..kerana kita hamba lah kita layak diuji." sambung kakak tu..

saya tersenyum kerana gembira dengan bicara ini dengan dy..skrg dah jarang bleh online ym. online fb pun pakai nset je..payah dah nk berdepan ngan lappy..insyaAllah, ada kesempatan lain, akan dikongsi2 lagi..moga entri ini menjadi peringatan juga buat saya bila saya diuji..^_6


0 pandangan dari kamu:

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea