^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Wednesday, October 17, 2012

alhamdulillah ^_^

^_^ lina mursyidah hamzah at 8:10 PM
Alhamdulillah..wa syukurillah..ubaydah slama menjangkau 8 bulan..makin aktif dan makin aktif dan makin aktif!!! mmg hero~~

Alhamdulillah, sepanjang 6 minggu praktikal sbg kaunselor sekolah, banyak btul silibus2 baru yang lebih jelas Allah ajarkan melalui sekolah ini..melalui guru2nya..dan terisitmewa, melalui pelajar2nya..makin bersyukur dipilih Allah ke bidang ini, merasakan bahawa bidang ini wadah uk saya yang sudah 'tidak aktif' dengan jemaah..

tak kesah pun sebab dah sedia maklum, Allah menciptakan kepelbagaian dalam semua aspek termasuk manusia. dan atas sebab itulah juga, cara untuk mendekatiNya juga terlalu banyak sesuai utk kita pilih mana yg lebih dekat dan mudah utk kita makin rapat dgn Allah ^_^, menjadi isteri solehah dan ibu mithali juga salah satu caranya..bahkan, yg lebih utama bg seorg wanita adalah keluarganya..dan barulah hal2 lain..

memandangkan pmr sudah habis dan juga sekrang sekolah dilanda mood final exam , membuat saya berfikir, saya harus segera mencari tempat baru. dan JKM gombak tempat yang dipilih. cuma masih menanti jawapan dari pihak atasan ^^, tak sabar rasanya mahu merasai setting baru dan pastinya kes yang baru JIKA diizinkanNya..

pilihan2 yang ada merupakan takdir2 yang wujud utk kita pilih..dan pilihan2 itu atau takdir2 itu, sesuai dengan kita..cuma, tinggal kita mahu pilih yang mana. jika sudah pilih maka bertawakal dan redhalah..dan tenang , lapang menghadapi pilihan itu dalam episod hidup..sebarkan kebahagiaan betapa seronoknya membuat perkara yg Allah suka..

bertalu2 memenangi giveaway juga membuat saya sedar bahawa ia bukan milik saya seorg, ada yang sudah diberi kpd yang lain, bertalu2 juga rezeki perniagaan yang Allah berikan, membuat saya sentiasa alert bahawa itu bukan milik saya seorang..sy hanya perantara, mereka2 yang lain yang lebih layak utknya..dan yg paling afdhal harta itu dikongsi dengan ahli keluarga dahulu baharulah yang lain =)

Alhamdulillah, segala yg Allah beri dan aturkan itu sgt cantik..dan pilihan2 yang tersedia juga indah2..normal jika ada lompong sikit sbb kesempurnaan itu milik Dia. yang lompong2 itu adalah sebahagian dari keindahan menikmati kehidupan yang Allah berikan..nikmati kehidupan dengan kebahagiaan ~

0 pandangan dari kamu:

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea