^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Thursday, October 18, 2012

bersyukur jika ada yang menegur

^_^ lina mursyidah hamzah at 2:47 PM
sementara tungu bubur ubaydah masak dan abu ubaydah balik [ call dr td tak dpt2..byk keje la tu ], tetiba rasa nak tulis pasal tegur menegur ni ^_^ sekadar suka2..haruslah untuk diri sendiri terutamanya

seringkali mendengar dan melihat manusia yang pantang, tak boleh ditegur perbuatan kurang elok dari si pelaku. bebrapa faktor yang mungkin membuatkan si pelaku merasa terkilan/terasa hati/ marah/ tak suka apabila menerima teguran insan yang lain..

antara faktornya :
- orang yang menegur tidak tahu kisah sebenar, main tegur je..hujung pangkal cerita tak tahu
- masa dan keadaan untuk menegur tidak sesuai . cthnya, tegur depan orang ramai atau menegur ketika si pelaku sedang mood marah
- ayat menegur yang tidak berhikmah. cthny lebih kepada memerli dan penggunaan kata2 yang tidak enak di dengar [ even niat hanya utk menegur!]
- si pelaku merasa dirinya bagus dan mmg jenis tak boleh ditegur langsung..ada sahaja 'defense mechanism' yang digunakan untuk memfaktakan perlakuannya
[ jika benar, takpe..tapi yg tak benar, dibenarkan juga..itu masalah! ]

dan sebenarnya saya mengoreksi diri tadi..kerana 2 minggu lepas menerima teguran yang cukup baik dari orang yang saya cukup sy hormati..saya muhasabah..dan saya juga melihat status2 di FB yang selalu marah2 bila ada org tegur..

" bajet ko bagus sangat la"

" mcm la ko tu alim sangat nak tegur2 org"

"kenapa tak nak memahami aku ? duk main tegur je kata aku mcm2"

itu antara keluhan2 status2 di FB yang dpt dilihat jika seseorang itu ditegur =)

dan kemudian saya berfikir dan meletakkan diri saya di tempat orang yang ditegur.. dan saya juga tak lari dari ditegur, dah kata manusia, tak ke sinonim dengan kesalahan ? ;p

APA RUGINYA AKU BERLAPANG DADA MENERIMA TEGURAN?

sekurang2nya bila org menegur, saya tahu ada yang peduli tentang saya..

sekurangnya2 bila org menegur, saya tahu dia sayangkan saya dan mahu saya menjadi yang terbaik dan utk itu, mestilah perbaiki kesilapan

sekurang2nya bila org menegur, saya tahu ianya juga merupakan satu peringatan untuk saya yang sentiasa lupa dan perlu diingatkan

sekurang2nya bila org menegur, saya sedar bahawa orang bukan sengaja nak mencari kesalahan tetapi nak membaiki keadaan dalam diri kita

sekurang2nya bila org menegur, saya tak berterusan melakukan kesilapan yang sama

sekurangnya2 bila org menegur, saya belajar berlapang dada, membuka minda dan memguatkan lagi diri untuk be positive

sekurang2nya bila org menegur, itu akan menguatkan lagi ikatan sesama kita sebab org menegur demi kasihkan kita, tak sanggup tgk kita berlama2 dalam kesilapan yang sama

sekurang2nya bila org menegur, Allah pun sayang kita kerana tak biar kita melakukan dosa yang berulangkali sama..

jadi, bersyukur jika ada yang menegur, tanda prihatin Allah pada kita melalui makhluk2Nya..tak rugi, malah beruntunglah mereka yang ditegur kerana mereka disayangi bukanlah ditegur kerana dibenci..

1 pandangan dari kamu:

Nor Nadia Syakila Jamal said...

saya dulu seorang yang macam tu, tidak mudah terima tegur sahabat2..

tapi ada kata2 seorang sahabat ni membuat saya fikir dua tiga kali.

Dia sayang saya sebab tu dia tegur,
lagi pulak, ia memperbaiki kita.

Cuma kadang2 tu,
tengok jugak macam mana orang tu tegur :)

Saya suka yang lembut, walaupun menyucuk.

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea