^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Saturday, January 28, 2012

IYG [14] -4 Februari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:34 AM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Hari ini merupakan hari terakhakhir kami di bumi Maghribi. Kami bertolak dari rumah pelajar Malaysia pukul 10 pagi menuju ke stesen keretapi untuk ke lapangan terbang. Sesungguhnya layanan pelajar-pelajar Melaysia di sini sangat baik dan juga rakan-rakan IYG. Mereka sangat memuliakan tetamu.

Pukul 5.05 petang waktu di casablanca, kami menaiki kapal terbang menuju ke Tripoli untuk transit selama 1 jam dan kemudiannya ke Qatar dan transit di situ selama 15 jam! 7 orang peserta mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar bandar Doha. Akhirnya kami selamat tiba di Malaysia pada 5 februari 2011 pada jam 8.30 pagi. Alhamdulillah, terima kasih kpd semua ~

IYG [13] -3 Februari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 10:47 AM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Hari ini kami berada di Fez. Selesai beberapa orang antara kami menukar duit, kami bergerak pergi ke sebuah istana hinggap yang terletak di bandar Idris pertama. Setiap wilayah mempunyai istana hinggap yang tersendiri. Istana hinggap yang kami lawati ini dibina pada tahun 1968. Pada mulanya ia terletak di antara dua kawasan iaitu kawasan yahudi dan Islam. Dahulunya istana ini merupakan sekolah orang Yahudi. Dan ia mempunyai 14 buah pintu. Pada masa lalu juga, muzik sufi akan dipasang di hadapan pintu istana ini. Kawasan yang kami lawati ini dinamakan dengan nama "fes jadial"


Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke kubu romawi. Berikut merupakan gambar-gambar di sekitar kubu romawi.
Kemudian, kami bergerak menuju ke Souq Madinah Qadimah untuk membeli belah dan sempat antara kami singgah di masjid Qarawiyin yang merupakan masjid dan universiti yang tertua di dunia. Menurut jurucakap di masjid itu yang enggan diambil gambarnya, masjid itu dibina kira-kira 245H pada kurun ke 3 iaitu 2 kurun sebelum Alazhar dibina. Masjid ini merupakan masjid terbesar di utara tanah Afrika. Ia dibina sebelum universiti zaitunah di Tunisia. Mempunyai 366 tiang masjid dan 17 buah pintu. Pintu utamanya dinamakan "babul wardi". syarat untuk kemasukan pelajar di situ ialah wajib menghafal quran dan juga kitab alfiyah ibn malik, kitab ibn asyir dan matan-matan yang lain. Mimbar di masjid ini berumur 1000 tahun. Mula digunakan oleh kerajaan murabittin dan masjid ini mempunyai 2 jam matahari yang dinamakan mazwalah. Tidak banyak gambar yang diambil kerana kekurangan bateri dan juga masa yang sangat terhad. Saya dan beberapa rakan lain menemuramah penjaga masjid itu usai kami bersolat zohor di sana.




Selesai berada di SOuq ini, kami bertolak ke Meknez untuk membeli belah dan juga meneruskan perjalanan pulang ke Rabat dan bermalam di rumah pelajar Malaysia.

Friday, January 27, 2012

IYG [12] -2 Februari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 4:01 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Pagi ini kami bersarapan dengan tuan rumah di sebuah restoren bernama Sindila. Seterusnya mendengar taklimat mengenai badan NGO ini. Association aide and secours ini sering memberi bantuan dan penempatan kepada anak-anak yatim. setiap 3 bulan, anak-anak yatim tersebut akan diberi bantuan kewangan. Selain daripada itu, didikan untuk mereka berdikari turut diberi. Seramai 2500 anak yatim telah berjaya dikesan termasuk janda. Bagi golongan yang buta huruf, kelas kemahiran turut diberikan kepada mereka. Aktiviti lain NGO ini ialah mausk ke kawasan-kawasan kampung untuk menternak binatang. Selain itu, urusan pengambilan keluarga angkat bagi anak-anak yatim juga turut diuruskan oleh AAS.

Usai pertemuan di sini, kami meneruskan pengembaraan ke suatu tempat di mana lautan Atlantik dan Mediterranean bertemu. Mentadabbur alam seketika di situ.

Seterusnya kami bergerak ke "cave of hercules".
Kemudian, kami berangkat pula ke tempat yang dikatakan di situ terletaknya maqam Ibn Batutah.



Selesai di maqam ibn Batutah, kami meneruskan perjalanan ke bandar Fez. Sejuk kat sini. Kami singgah dan ziarah rumah salah seorang penganjur IYG kali ini iaitu Mohamad Altronbati. Beliau menyediakan penginapan untuk kami. Pelajar perempuan diberikan penginapan di rumah beliau. Semestinya layanan keluarga beliau amat menggembirakan hati kami. Begitulah ukhwah persaudaraan seaqidah.


setelah penat seharian berjalan, kami berehat untuk mengumpul tenaga untuk aktiviti seterusnya pada esok hari.

IYG [11] - 1 Februari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:42 AM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Kembara diteruskan lagi pagi ini ke Tanjah. Salah satu daerah di bumi Maghribi. Diiringi oleh 3 pelajar dari Malaysia yang, kami menaiki van yang disewa. Sebelum berangkat ke Tanjah, kami berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dan lawatan hormat ke Kedutaan Malaysia di Maghribi.

Kemudian, kami bertolak ke Tanjah dan singgah solat di sebuah tempat yang bernama Asiah. Takdirnya di sini kami bertemu dengan beberapa peserta IYG dari turki dan Morocco. pertemuan yang tidak dirancang kami raikan dengan makan malam di sebuah restoren di Asiah. Usai makan, kami bersama-sama berjalan-jalan menikmati keindahan malam di Asiah.


Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan ke pejabat sebuah NGO diiringi oleh 3 lagi rakan Morocco untuk penginapan malam. Layanan yang diberikan oleh Association Aide and Secours @ Jami'ah Al-'aun sangat baik kepada kami. Orang-orang di sini sangat meraikan tetamu. Dan akhirnya setelah penat seharian berjaulah, kami merehatkan diri untuk agenda seterusnya pada keesokan hari.



Thursday, January 26, 2012

IYG [10] - 31 Januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:30 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Kami peserta perempuan dibawa berjalan-jalan ke sekitar pasar dan kawasan kediaman pelajar perempuan dan menikmati sarapan pagi yang salah satunya diberi nama "laban bilfawakih".

Kemudian semua 11 orang peserta IYG dari Malaysia mengadakan lawatan ke Hasan, makam diraja dan juga Souq Madinah Qadimah di Rabat.

Jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana yang membantu menjadi 'tourist guide' kami di sepanjang perjalanan. Kami juga dibawa berjalan sekitar bandar.

Kami singgah untuk solat di Masjid Sunnah dan mengadakan sedikit perbincangan tentang halatuju perjalanan kami yang masih berbaki lebih kurang 3 hari di bumi Maghribi ini. Selepas itu, peserta-peserta perempuan menghadiri parti yang dijemput oleh salah seorang anak ahli Parlimen Maghribi cuma saya sahaja yang tidak mengikuti parti itu dan pulang bersama adila dan pelajar-pelajar lelaki yang lain ke kediaman tempat kami menginap.

IYG [9] - 30 Januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:32 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Hari ini merupakan hari terakhir program kami. Kami meninggalkan hotel pagi ini dan berpisah ke destinasi masing-masing. PesertaIYG dari Malaysia menaiki bas yang disediakan pihak penganjur menuju ke Rabat di mana di situ terdapat rumah pelaja-pelajar Malaysia. Oleh kerana kami masih mempunyai 4 hari di Morocco, kami berkeputusan untuk membuat perancangan sendiri yang dibantu oleh pelajar Malaysia di sini. Mereka memberikan kami penginapan yang sungguh selesa dan makanan yang sangat sedap.
saat terakhir sebelum masing-masing berpecah ke destinasi masing-masing. Moga perkenalan ini dipanjangkan di dalam doa hingga ke syurga..

IYG [8] - 29 JANUARI 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 5:47 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Setelah semalam kami berpusing-pusing di dataran Djamial Fana, hari ini kami diberi masa yang agak lama untuk membeli belah. Kebanyakan dari kami membeli belah untuk dijadikan buah tangan apabila tiba di Malaysia.


Selepas itu kami pulang semula ke hotel dan mengadakan pertemuan dengan KAMMI dari Indonesia untuk bertukar-tukar pengalaman dan perancangan beberapa program.
Pada sebelah malam, kami meneruskan aktiviti malam kebudayaan. Semua peserta dikehendaki memakai pakaian rasmi negara masing-masing dan kami juga melihat persembahan lakonan daripada peserta Morocco. Usai persembahan, kami meneruskan aktiviti game yang berkisarkan sains, pengetahuan am, soalan berkaitan dengan Al-Quran dan juga mengenai sejarah Islam. Kemudian penyampaian sijil dan cenderahati diadakan. Selepas itu, pembentangan resolusi IYG kali ni dibentangkan oleh tuan rumah iaitu Dr. Abdul Fattah Fehdi.
"Yallah syabab"
malaysian + russian + turkish
dengan orang kuat IYG kali ini yang sentiasa murah dengan senyuman " Abdeillah"

Wednesday, January 25, 2012

IYG [7] - 28 Januari 2011-

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:01 PM 0 pandangan dari kamu
سم الله الرحمن الرحيم

Hari ini kami dibawa melawat ke tempat yang bersejarah di Marakech. Antaranya maqam-maqam diraja yang diperbuat daripada gula dan marmar. Selain itu kami juga dibawa ke Bahia Palace. Kemudian, para peserta dibawa untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kutubiah. Berikut adalah gambar-gambar di sekitar kawasan tempat kami lawati
di perkarangan maqam raja-raja

Masjid Kutubiah

perkarangan Bahia Palace
Dalam kawasan Bahia Palace

Seterusnya kami dibawa naik ke Eurika, iaitu sebuah tempat yang terletak di atas bukit. Pemandangan di atas bukit sangat cantik dalam keadaan musim sejuk. Kami menikmati makan tengah hari di sebuah rumah di situ dengan hidangan tradisional Morocco iaitu kus-kus daging, roti, teh, kekacang dan juga sempat bernyanyi beramai-ramai. [ haruslah asing lelaki dan perempuan ].

girls only ! menahan kesejukan amat ~

berlatarbelakang ciptaan Allah yg indah [ subhanallah!]


Selepas itu, malamnya kami dibawa ke dataran Djamial Fana. Ini tempat yang menjadi tumpuan pelancong di mana ia ada banyak tempat membeli belah serta banyak juga pertunjukan-pertunjukan berbayar di sini. Ala-ala fun fair! Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh peserta dari Morocco sendiri kerana mmg ramai orang dan dibimbangi kami akan tersesat! Waktu ini, saya hanya mencuci mata sahaja dulu. Ada juga yang sudah membeli dan mengukir inai di tangan. Kemudian, kami dibawa pulang ke hotel dan mendengar taklimat mengenai isu yang berlaku di sempadan Sahara Maghribi dan Algeria. Usai mendengar taklimat itu, kami perserta IYG dari Malaysia mengadakan pertemuan khas dengan wakil UNIW dari Turki untuk membincangkan perkara yang perlu dilakukan untuk penambahbaikkan untuk program di masa akan datang.



sakit sudah semakin kerap..moga cepat dapat dihabiskan amanah untuk menulis tentang ini yang tergendala selama setahun!
 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea