^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Monday, July 8, 2013

2 hari sebelum Ramadhan

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:44 PM 0 pandangan dari kamu
Bismillahirrahmanirrahim

jika diizinkan sempat menyambut Ramadhan, maka akan menyambut bulan barakah ini sekali lagi sebagai seseorang yang masih menyusukan anak. Alhamdulillah, rezeki susu badan untuk Ubaydah masih ada hingga saat ini =)

latihan puasa + menyusu + kerja pun sudah dibuat. moga cukup untuk menjadikan diri ini cukup bersedia menghadapi Ramadhan sebagai seorang ibu yang masih menyusu dan seorang wanita yang bekerja. di samping menjadi seorang isteri dan seorang anak =)

Permohonan untuk bertukar status belajar dari part time ke full time telah pun diluluskan oleh senate. Tinggal nak masuk belajar je bulan 9 ni biiznillah. Kesibukan harian dengan bekerja sambil menjaga Ubaydah di pejabat membuatkan masa semakin singkat dirasakan. sungguh sibuk sehingga sedar2 melebihi pukul 5 petang baru balik rumah. sungguh sibuk dengan tanggungjawab2 yang ada. masa untuk diri sendiri? memang tak laaa.. tapi hati puas sebab dapat serve org lain dan dapat penuhi masa yang ada utk org lain.. masa sendiri? dalam kubur sudeyy.. ^_^

mungkin masuk belajar nanti, masa semakin tak terasa berlalu. dan waktu tidur mungkin perlu dikorbankan sedikit. ruang masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mengulangkaji ilmu dan juga menyelesaikan tugasan. makin sibuk , maka makin tidak lah hati dan fikiran memberi ruang pada perkara yang sia2.

Ubaydah makin besar, makin matang dan makin manja. Homeschooling yang telah lama dimulakan sejak dia berusia 6 bulan masih diteruskan sehingga sekarang. hanya buku menjadi keutamaan dy. mainan dah mula suka ckit2. sbb sedar psiko motornya ada yang macam lambat. jadi dibelikan tabung untuknya menabung. sebenarnya untuk latih psikomotor dy. mula2 beli tabung dy tak reti nk pusingkan n tempatkan jari2 dy betul2 ke arah lubang tabung. ibarat lain, nk memusingkan tombol pintu tu, tak boleh la.. jd skrg Alhamdulillah seminggu dah dia dgn tabung, da oke.. kena terus perhatikan perkembangan.


 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea