^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Friday, October 10, 2014

hadiah birthday yang best

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:55 PM 0 pandangan dari kamu
bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, 6 okt lalu genap la umur 26 tahun..moga Allah berkati umur yang sudah diguna ^_^

siangnya kami berjalan di sekitar alor setar, sampai ke malam..malamnya ubaydah terlihat bulan dan tunjukkan pada saya

ubaydah :umi..umi..tgk tu bulan..
saya : ya bulan..
ubaydah : sape yg buat bulan umi?
*saya agak tergamam ketika ini, ubaydah sangat banyak bertanya..jika saya menjawab Allah yg buat bulan apakah soalan seterusnya akan mencabar minda saya? saya bermonolog dan tiba terdengar suara ubaydah menjawab sendiri soalannya yg saya tak jawab lagi
ubaydah : umi,, Allah yang buat bulan.. Dia letak bintang2 kat langit..
*masa ni rasa mcm nk menangis..hadiah besday yang best gile rasa.. Alhamdulillah..dan sy nk clarifykan pada ubaydah betul ke dia tahu maksud sbnr "Pencipta?"
umi : sape yang buat bintang ni ubaydah?
Ubaydah : Allah la yang buat bintang...

terkejut saya dan bersyukur.. saya tak tahu darimana dia belajar semua ni n so suddenly suami saya ingatkan..dulu masa dalam perjalanan nak g talk di putrajaya setahun yang lalu, saya bercerita pada ubaydah langit bulan bintang Allah yg buat..namun, reaksi ubaydah waktu itu senyap..dan pada saya mungkin belum masanya lagi kot.. dan bila saya rujuk pada kawan yang belajar psikologi katanya, ubaydah da absorb pkara ni setahun yang lalu, dan sekarang dia faham apa yang umi dia katakan setahun yang lalu walopun tiada 'follow up' selepas malam setahun yang lalu itu..

maka fahamlah saya, benar kanak2 mudah absorb dan juga akan mengambil masa utk proses artikulasi yang berlaku di mindanya..dan hasilnya adalah sekarang, dan saya selama ini pun saya melakukan try n error untuk mengajar dan mendidik dia perkara yang melibatkan fikiran yang kritikal sesuai dengannya dan aktivit yang kreatif yang sesuai dengan usianya..

Alhamdulillah Alhamdulillah.. Alhamdulillah =)

Tuesday, October 7, 2014

7 jam diisi dengan aktiviti oleh ubaydah

^_^ lina mursyidah hamzah at 6:18 PM 0 pandangan dari kamu
Bismillahirrahmanirrahim

bebaru ni balik kedah untuk raya haji. lebih kurang perjalanan memakan masa 7 jam..amazingly, 7 jam ni ubaydah tak tidur langsung. sebaliknya, dia beraktiviti macam2 dalam kereta dan yang jadi teman beraktiviti adalah uminya.

selalu saya baca di dalam artikel ataupun jurnal2 tentang creative thinking towards children di mana menekankan aspek persediaan material atau bahan atau aktiviti utk si anak stimulate their own thinking as well as their own creativity. for me, masa sepanjang perjalanan tu mmg prepare tab je full bateri sbb ubaydah selalunya tidur dalam perjalanan. kali ini berbeza!

namun, yang menjadi kejutan..even saya tak prepare apa2 aktivit untuk stimulate his thinking, dia sendiri dengan sendirinya mencari dan berimaginasi serta berbual2 dengan saya di dalam kereta. antara aktivit yang dilakukannya adalah imagine dusun buah ada di dalam kereta, atap kereta dijadikan tempat untuk memetik buah..bermacam2 'buah' kami makan antaranya durian, limau, rambutan..he in his own world with his own imagination n creativity dan ubaydah melibatkan saya sekali secara totalnya ke alam yang dia cipta sepanjang 7 jam itu. abahnya yang sedang memandu sekali sekala diganggu olehnya disuruh makan buah-buahan..

antara perkara yang dibualkan dan ditanya oleh ubaydah sepanjang perjalanan ialah tentang apa yang ada di sekeliling, warna..kejadian alam cthnya dia bertanya kenapa hujan, apa akan adi kalau badan kena hujan, lots of topicS yang kami sama2 bualkan..dan saya sebagai ibu yang bz memanfaatkan 7 jam di dalam kereta ni khas untuk ubaydah..

seronok sebenarnya melayan setiap pertanyaannya yang di luar kotak budak seusianya sehingga saya ada yang kelu dengan pertanyaan2 nya..memikirkan jawapan yg betul dan logik yang boleh diterima dek akalnya..

saya suka perjalanan balik kedah kali ini! ^_^

ubaydah yang akan sediakan aktiviti untuk saya..tak perlu saya pening dengan aktiviti apa yang perlu dan yg penting tak pening dengan rengek tangis si kecil yang bosan dalam perjalanan sebab byk kali dgr pengalaman org yg alan auh kena bersabar sbb anak asyik nangis..saya pula kena sabar dengan anak aktif kreatif sgt. saya raikan sahaja kerana ia penting untuk perkembangan IQ,EQ dan juga SQ nya ^_^

Friday, September 19, 2014

nak kongsi sikit input dari parenting talk tadi

^_^ lina mursyidah hamzah at 2:10 PM 0 pandangan dari kamu
alhamdulillah..
hari ni Allah bg kesempatan pada diri untuk attend talk ni. asalnya ia bertarikh 12 sept iaitu minggu lepas namun ditunda ke hari ini. takdirnya pula, minggu lepas saya gusar jika tidak dapat menghadirinya kerena ada hal yang tak dapat dielakkan, Alhamdulillah aturan Allah tak siapa tahu, diizinkanNya untuk saya hadir pada hari ini kerana ia ditunda ^_^


it is rare for me to have opportunity attending parenting course which is FREE. saya selalu tgk poster2 parenting talk yang sangat saya ingin pergi, sangat saya minati panelisnya dan tidak kurang juga sangat saya minati bidang ini personally. namun, saya belum lagi berkemampuan untuk membayar yuran2 yang saya tahu relevan dengan isinya dan inputnya. harga sebuah ilmu orang kata jangan berkira sangat dan ya! andai saya punya wang yang banyak pasti saya berusaha untuk mendapat tempat dalam seminar2 keibu bapaan. aulawiyat dan pengurusan kewangan membuat saya bertindak untuk dahulukan yang benar2 perlu. saya masih boleh access bahan bacaan mengenai ilmu parenting di internet juga =)

di awal seminar ini, saya terpaku dengan ayat 16 dari surah Luqman yang bermaksud :

"(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi."

secara amnya, saya faham melalui ayat ini (maaf sy  bukan bermaksud menafsir quran sesuka hati) namun yang saya faham sekecil2 perkara jangan dipandang ringan dan ada nilaian yang istimewa. samada perkara itu baik atau sebaliknya. dan saya harus tidak melekakan diri dengan mengambil kira perkara kecil itu remeh namun perlu diteliti impaknya yang mungkin menghasilkan natijah yang besar.

BANK OF LOVE & BANK OF TRUST 

seterusnya, En Fakhri menceritakan sedikit input peri penting bank of love dan bank of trust yang dikupas oleh steven covey dalam bukunya 7 habits of highly effective people. kedua aspek 'love' dan 'trust' ini memainkan peranan penting dalam keharmonian sebuah keluarga.

KIDS @ CHILDREN NEED TO BE CONNECTED
dan seperti tajuk talk dalam poster, nak didik anak zaman milenia ini memerlukan pendekatan dan kaedah yang berbeza. sesetengah daripada anak-anak zaman sekarang diajak balik kampung tak mahu, diajak pergi kenduri tak mahu kerana kemudahan internet tiada. begitu kuatnya 'connection' mereka dengan internet sehingga sebahagian dari mereka seolah olah menghadapi 'kehidupan' yang tidak bermakna dan tidak menyeronokkan tanpa internet. Sebenarnya, untuk mengatasi masalah ini, 'connection' antara sesama keluarga, ibu-ayah-anak-adik beradik perlu kuat. bahkan perlu lagi kuat daripada connection mereka dengan internet. connection antara keluarga akan memberikans egalanya sehingga mereka tidak merasa begitu bergantung hidup gembira itu adalah mempunyai connection dengan internet. caranya, menghabiskan masa bersama dengan sesama keluarga lebih kerap termasuk ibu bapa! waktu makan no internet! solat berjemaah dan having a 10 minutes tazkirah session even watching youtube together..i mean tgk ceramah agama sesama, waktu2 ini bonding time tercipta.dan keakraban @connection semakin kuat sesama keluarga, insyaAllah. apabila connection sesama keluarga itu sudah kuat ,maka jika diajak melakukan aktiviti bersama,diajak meluangkan masa bersama, anak2 tidak akan menolak sebab dah merasa seronoknya mempunyai connection yang kuat apabila bersama keluarga.

KESABARAN

isu kesabaran adalah antara isu utama dalam mendidik anak-anak. Pn jamilah berkongsi pengalaman bagaimana seorang ibu membesarkan 11 orang anaknya sehingga kesemua mereka berjaya. apabila ditanya apa formula yang digunakan, ibu tersebut menjawab " bersabar je..takde buat apa pun".

Ya! bersabar memang tak mudah, namun menurut Pn Jamilah, Sabar ni banyak sangat disebut di dalam AlQuran. harus kita sentiasa ingatkan diri sendiri, bila kita diuji atau diberi ujian yang menguji kesabaran, kita kena ingat tiadalah sesuatu itu berlaku melainkan dengan izin Allah. ada sebab kenapa Allah memebri sesuatu untuk diuji kesabaran kita. Apa hasilnya.. Kenapa diuji pun sudah diterangkan di dalam AlQuran secara nyata iaitu untuk mengangkat darjat keimanan. Bila diuji, kita boleh pilih untuk bersabar atau tidak bersabar..jika kita bersabar, kita akan nampak hikmah..hikmah itu merupakan satu anugerah, bila redha, jumpa hikmah maka akan bersyukur. bila tidak sabar hanya perasaan negatif menguasai diri. dengan anak-anak bersabarlah, tidak akan rugi. kalo tidak hasilnya sekarang, mungkin akan datang..tiada kebaikan yang tidak diiktiraf. dan bersabar merupakan satu kebaikan yang sangat terpuji. bersabarlah! ia menguntungkan~

zaman skrg kebanyakan anak2 nak semua benda NOW. cepat, segera. berbeza dengan zaman dahulu nak makan kena tunggu lama dari cari kayu api, belah kayu,hidupkan api,tunggu ianya masak. dan oleh kerana anak2 zaman veteran dan baby boomers tgk parents susah so diorg hesitate nak minta macam2, sabar nakkan sesuatu, usaha sendiri nakkan sesuatu dan nampak belajar itu satu keperluan yang sangat penting untuk membantu perbaiki kehidupan. late gen y > alpha generations semua benda boleh diperoleh dgn pantas dan nak ia diperoleh dgn pantas sbb mereka nampak n tahu parents mereka berduit,even nak pandai pun no need to school because everything they can google tahu lebih daripada parents tahu, makanan pun fastfood ado, instant food ado. semuanya disediakan. kami dihidangkan satu video di mana stiap budak diberi satu marshmellow and mereka diberi arahan utk tunggu 15 minit.kalau dpt tunggu 15 minit tanpa makan marshmelo tu akan dpt 2 lg marshmelo, kebanyakan budak tak dpt tahan rasa nk makan n hanya a few yang boleh bertahan itupun duk hidu,duk tgk (mereka yg tak makan cuba bersabar) n 14 years later, the same child dipanggil utk like a sit in dlm satu exam n budak2 yg dulunya dpt tahan diri dr makan marshmelo 20% lebih cemerlang daripada yg tak dpt tahan diri dr makan marshmelo. very significant to prove sabar itu membentuk satu kebaikan atau sikap yang cemerlang dan pemikiran yang bagus..this experiment done by non muslim about 'sabar'. jadi, ada baiknya utk some parents apply delay kejap apa yang diorg nak..with the intention to make them learn how to sabar. and at the end of sabar beroleh somthing yg good. dalam islam sendiri pun digalakkan minta pertolongan dgn solat dan sabar.. Innallahama'assobirin..begitu byk manfaat sabar sebagai bekalan menghadapi hidup.
ORANG KATA

point ni benar2 menusuk hati saya. saya pernah berkata kpd ubaydah, "eii..malu lah ubaydah nangis2 mcm ni..tgk tu wafa tak nangis pun..nnt orang kata uabyadah manja" "tgk tu, baik je dia duduk sopan-sopan..nanti orang kata ubaydah tak boleh duk diam" dan saya juga pernah melihat dan mendengar ada ibu yang berkata pada anaknya yang bersekolah di sekolah rendah " tgk tu, dia solat..bagusnya dia..nanti apa orang kata kalo tengok adik tak solat"

Sibuk benar saya sebagai ibu duk risau apa orang kata dan menanam doktrin 'apa orang kata' pada ubaydah. salah sama sekali perbuatan saya ini. sebab nanti akan end up ubaydah buat itu ini or benda baik2 hanya kerana nak orang kata dia bagus. A BIG NOOO! n rasa nak lempang diri ni sebab salah kat ctu n bermimpi andai masa diputar kembali, sepatutnya saya ajarkan anak untuk nnt apa Allah kata. supposedly i need to motivate him to please Allah not to please people. insyaAllah fron now onwards, saya mahu lebih berhati-hati dalam perkataan perbuatan yang tidak sepatutnya.. ubah kepada, Ubaydah jom solat..Allah sayang org yg suka solat.. Ubaydah, buang sampah dalam tong sampah..Allah suka orang yang bersih.. Allah suka kita dapat pahala.. every single thing mesti back to Allah. kerana Allah..

PERANAN BAPA

en fakhri juga ada discover beberapa dialog di dalam Al Quran semuanya kecuali satu dialog antara bapa dan anak lelaki. hanya satu dialog bapa dan anak perempuan. antara yang sempat saya salin

-Luqman dan anaknya secara directly dalam surah Luqman
-Nabi Ibrahim dengan Nabi Ismail
-Nabi yusuf dengan bapanya Nabi Yaakub
-Nabi Nuh dengan anak lelakinya juga
-Nabi shuib dengan anak perempuannya

yang ditekankan di sini pointnya ialah, peranan bapa dalam pendidikan anak-anak. majoriti bukan semua ye..majoriti meletakkan tanggungjawab mendidik dan mencorak anak-anak banyak ibu yang lakukan. i mean byk yg kena ibu buat dari ayah buat. walhalnya perlu lebih banyak ayah since ayah ketua keluarga dan ketualah yang mengemudi dan mencorakkan anak-anak secara peribadinya dan DIBANTU oleh ibu. walaupun ibu take a very important role from birth tull 5-6 yo, actually father pun sama jugak kena take part together with the mom. important utk perkembangan emosi dan sosialnya. merasa 'ada' ibu dan ayah..ibu dan ayah sama-sama penting dalam mencorak anak-anak.

MINAT MEMBACA
ada soalan td tanya mcm mn nk tanamkan sikap suka membaca n speakers menjawab based on their experince..yg bestnya speakers ni jwpn diorg semua praktikal yang diorg dah buat..kalo jawapan sec teori mmg byk la..cuma kena try n error kena or sesuai tak ngan keadaan kita..oh okay the answer is :

diorg ckp diorg buat pertandingan membaca buku..including themselves..parents n childrens get involve in this competition..diorg listkan kat whiteboard judul buku yang telah dibaca..yang betul2 baca bukan just tulis judul shj..bg duit kat anak2 diorg utk beli buku yang diorg nak..n bila pilih buku, mest get their (parents) approval dulu bleh beli ke tak..n pn jamilah share anak bongsunya kata dia bukan seorang yg suka membaca so why should i read..n pn jamilah tny buku apa yg dia suka..n pn jamilah bacakan buku tu pada anaknya.bukan terus marah sebaliknya find the solution mcm mn nk bg anaknya minat membaca sikit2..dia sendiri yg bacakan buku untuk anaknya..n pn jamilah kata time anak2 dy kecik, dy bacakan even baby tak paham mende2 tapi bacakan je sama2..bacakan quran, buku..sambil2 menyusu..
 

sampai sini je dulu, kalaua da point yang sy ingat insyAllah akan tambah dari semasa ke semasa. dan saya makin suka dengan dunia parenting. ^_^



Wednesday, September 17, 2014

masuk sem 3

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:48 PM 0 pandangan dari kamu
Alhamdulillah..

dah 2 weeks masuk sem 3, tinggal lagi satu sem, InsyAllah.
sem ni tak byk subjek yang tinggal..tinggal 3 sahaja..walapun tiga sahaja tapi ia amat la berat kerana memerlukan penggunaan otak yang paling maksimum. Dan sem 2 berlalu dgn begitu bahagia, walau terjatuh cikit pointernya 0.1, dimuhasabah balik..5 subjek per sem bukan kemampuan saya dan yang penting saya sudah mencuba dan tahu keupayaan saya =)

Ubaydah semakin membesar dengan sihat dan emosi, intelektualnya juga membesar dengan sihat Alhamdulillah..

Alhamdulillah,
diberi rezeki oleh Allah untuk melalui perjalanan dan merasai pengalaman menjadi seorang Research Assistant kepada seorang pensyarah yang sangat saya kagumi.. dan saya masih lagi bekerja di pejabat ayah saya, masih lagi membuat part time bakery dan Alhamdulillah..tidak disangka2 sebuah koperasi menelefon untuk menawarkan saya letak kek di koperasi tersebut.

Ya! saya masih seorang yang sentiasa sibukkan diri..sejak dari sekolah, universiti dan hingga kini..pembahagian masa Alhamdulillah okay walau kadang2 tersadung sana sini,biasalah, belajar melalui kesilapan,kecuaian ^_^

24 jam bahagialah macam macam mana pun..walau apa carapun. Dia lebih tahu kenapa 24 jam itu sesuai untuk semua manusia sebagai waktu lengkapnya sehari.

Tuesday, August 12, 2014

Perihal Diam

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:31 PM 0 pandangan dari kamu
Bismillahirrahmanirahim

Saya perasan selama ni kalau Ubaydah makan, tak pernah dia tak cakap tak sedap pada makanan. Dia cuma akan geleng kepala tak mahu dan senyap jika dia tidak suka makanan itu atau makanan itu tak kena dengan seleranya.

Dua hari lepas, ada satu makanan yang saya cuba..dan saya katakan 'tak sedap' dan Ubaydah meniru kata2 itu..terus saya tersentak!! Dah terbagi ajaran yang salah pada dia. terus saya makan sekali lagi makanan itu dan katakan pada Ubaydah ia sedap..dan Ubaydah makan makanan itu dan saya tanya sedap tak..dia kembali menjawab sedappp.. fuhhh, sungguh rasa menyesal dan terkilan di hati sbb saya cakap tak sedap depan2 ubaydah.

Saya kata pada suami.. "rasa teruk je cakap mcm tu depan Ubaydah. lps ni kena extra jaga perkataan depan dia..nanti dia tiru..huhu"

Suami membalas " sbb tu zaman Nabi saw dulu, kalau ada perkara yang tak berdosa, tak salah tapi sahabat buat..Nabi saw diam shj. jika tak suka atau tak buat Nabi saw hanya diam. makan makanan tak sedap pun hanya diam. sebab Nabi saw bimbang sahabat akan ikut. bukan ke apa yg Nabi saw buat akan jd ikutan."

Lepas dgr tu terus la hati ni berkata " mmg benarlah Nabi saw sbg qudwah yg terbaik. setiap perbuatan,tutur kata diteliti elok agar tidak diikuti pengikutnya..sama jugak la mcm mak ayah dlm didik anak2..kalau kita persembahkan benda kurang manis/kurang elok kalau anak2 ini meniru tidaklah mereka yang bersalah sebaliknya kita..dan abg sebagai suami mmg selama ni tak pernah komplen masakan saya or sape2 yg tak berkenan di hati, tak pernah kata tak sedap..dia cuma diam dan tak makan makanan itu..

maka benarlah ..jika tidak boleh berkata baik, maka diam itu adalah paling baik.. ^_^ org buat apa yg kita tak suka even benda tu tak dosa pun cuma kita personally tak suka maka, diamlah lebih baik..org buat apa yg baik dan kita suka, pujilah dengan baik..

Friday, June 27, 2014

cerita sem 2

^_^ lina mursyidah hamzah at 1:34 PM 0 pandangan dari kamu
Alhamdulillah

berjaya habiskan dan harungi sem 2..best sgt kali ni sebab subjek semua sgt2 bermanfaat dan praktikal..cuma, dari segi cabaran memang tak boleh langsung buat assignment di rumah kerana asal bukak laptop je ubaydah nak tgk itu dan ini..hehe

penyudahnya siapkan assignment di uia shj..pointer sedikit menurun 0.1 atas faktor mengambil subjek semaksimumnya (5 subjek) dan atas faktor yang samar, tidak diketahui mana silapnya even merayu berkali2 pada pensyarah untuk  berjumpa hanya untuk beritahu di mana silap saya..dan sy akur bila pensyarah tidak mahu berjumpa dan tidak mahu berbincang apa2. maka terkontang kantinglah saya tentang subjek yg satu itu apa yang saya perlu baiki..dan sy redha dan fikirkan alternatif banyak2 kan lagi membaca berkenaan subjek itu, study sendiri.. ;p

Alhamdulillah ubaydah semakin besar dan semakin banyak keletahnya. bicaranya dan perkembangannya. mujur ditakdirkan masuk ke jurusan pendidikan. jadi tidaklah begitu terpengaruh dengan perkembangan anak2 org lain yg sebaya dgn ubaydah yg sudah boleh itu dan ini..yang tidak boleh itu dan ini..yang ubaydah terkurang dari orang dan terlebih dari org..well, ini masa untuk anak2 usia ini explore dan belajar sendiri n let them play n play.. ^_^

bulan sembilan ni masih berbaki 3 subjek sebelum mengambil peperiksaan utk kesemua subjek yang sudah dipelajari dan andai kata lulus peperiksaan itu barulah proceed writing.. =)

Saturday, February 15, 2014

berkahwin sambil belajar

^_^ lina mursyidah hamzah at 9:46 PM 0 pandangan dari kamu
Bismillahirrahmanirrahim..

kali ni rasa terpanggil nak share mengenai berkahwin ketika belajar.Ramai sebenarnya yang bertanya dan saya ceritakan serba ringkas agar ianya benar2 menjadi satu perkongsian.

Awal Perkahwinan

Alhamdulillah saya berkahwin pada umur 23. masih menuntut di UIAM, dalam progress mencapai ijazah pendidikan. tahun ketiga ketika itu seingat saya. Kehidupan di waktu awal2 perkahwinan bagi saya ketika itu, masih boleh diurus. Cuma dari segi kewangan agak 'sesak' tp Alhamdulillah tak la sampai kebulur, rezeki org berkahwin kan bertambah2 kalo tak dari aspek duit, rezeki dr aspek emosi, pengurusan masa dan lain2. Masa saya tak sama macam masa kawan2 sy yg lain. Tp Alhamdulillah masih boleh manage. Allah bg 24 jam sorang..samada kita manfaatkan nikmat waktu ini atau kita bazirkan menjadi perkara sia2. waktu ni saya di short sem praktikal.

Sarat di awal hingga habis semester

Ketika masuk sem 1 tahun keempat, sy mengandung 4/5 bulan kurang pasti. Alhamdulillah sy takde morning sickness.cuma alah bau shj tapi tak selalu muntah2. cuma cepat letih shj. Dalam kelas masih lagi proses pembelajaran seperti biasa. tiada yg beza, cuma bezanya pointer saya tidak turun..cgpa naik, pointer naik, itukan salah satu contoh rezeki kawen awal. berkat doa smua dan mungkin juga berkat status baru. berbekalkan hny tinggal 4 subjek kalo tak silap sy, sy attend kelas ngan sarat2 hingga hujung sem.pembahagian masa? Alhamdulillah terurus! tipulah kalau sy tak merungut kat suami tak dan masa study bagai..tp suami sy ckp " takpe.. Allah akan ganti nanti". dan saya melahirkan anak..extend satu sem sbb bersalin czer.

Life lepas ada anak

masih berbaki 1 semester..setelah 7 bulan bercuti, sy kembali menjadi mahasiswa ngan title ibu muda sekali. time ni internship. dan sy menyusukan anak sy dgn susu badan shj. tak guna botol.buat esaimen, assesment, repot dlm keadaan menyusukan anak. mula2 tak selesa lama2 terbiasa. kan menyusukan anak tu sunnah dan mmg dituntut dlm islam jika berkemampuan? maka saya yakin aturan Tuhan kali ni pasti mahu mengjarkan saya lebih skill utk menjadi org serba boleh.

Habis degree terus sambung MA secara full time

Alhamdulillah berjaya habiskan degree dgn anak sorg. dan yg penting kalo biasnaya student nak tahu...pointer saya tak pernah jatuh malah naik dan naik. Alhamdulillah.. kemudian sy smbung master secara full time..bkerja juga pd opis hour..buat part time bakery..ada anak kecil yg makin membesar..skrg sudah pun di sem 2. dan sy lulus sem 1 dengan pointer yg sukar sy percaya. benarlah perhatian 300% di dalam kelas sgt membantu dalam aspek memahami konsep subjek. esaimen yg diberi mengukuhkan kefahaman yg di terima di dalam kelas. sy boleh siapkan semua esaimen sy on time walaupun waktu saya tak mcm pelajar full time yang lain. saya akui saya byk kali rasa stress takut tak sempat itu tak sempat ini..tapi abg la org yg selalu ingatkan sy katanya " takpe..nnt Allah ganti".. sy byk kali rasa penat amat dgn byk benda yg saya buat.. ada yg berkata kesian, ada yg berkata kuatnya awk..malahan ada juga yg berkata mampu ke awak manage? yg merasanya sy, yg memberi kekuatan itu Tuhan..tanpa apa2 bantuan dari Dia saya tak mampu buat apa2. jgn disangka fokus dlm kelas shj yg membantu..hubungan dgn Tuhan, suami, ibu bapa dan anak juga amat2 membantu.  ada exam does not mean my son perlu berada di tmpt lain (tinggalkan kat fmly agar tidak diganggu)..sy ulangkaji pegang nota smbil menyusukan ubaydah..sampai tertdo2 dgn nota..of course waktu siang mmg hntr ubaydah ke taska sbb sy keje n kelas siang..tapi kalo kelas mlm abahnya akan jaga n play the role very well..support system drpd suami sendiri amat2 membantu..

adik2 or kawan2 yg nak kawen ms blajar tp takde izin mak ayah..dptkan restu mak ayah dulu, sblm kawen mak ayah la org yg paling penting bg kita. bukan paksa mak ayah merestui tp prove kat mereka kita sudah boleh berkahwin walaupun ketika belajar. dah dpt kawen masa belajar, utamakan tugas yg utama, bykkan berbincang dgn suami..mmg suami yg utama, tp mak ayah juga penting even sudah jatuh 'ranking' dlm level ketaatan, jauh di sudut hati, mmg amik masa la nk replace ibu bapa yg diganti dgn suami dlm level ketaatan
dalam soal pembahagian masa, dah tahu kita ni kawen dah, fokuslah dlm kelas dgn fokus yg super extra. berkomitmen dlm grup work dan esaimen dgn baik.di rumah, jalankan tanggungjwb sbg isteri dan ibu sebaik2nya. dah duk umah, sy mmg takde nak ulang2kaji. sy layan anak, buat kek sbg side income. masa sy 24 jam tp sy sempat juga tidur dan berehat. dan ya! perbincangan dan toleransi dr pasangan sgt2 penting. sblm kawen, make sure yg pasangan takkan jd penghalang utama utk kita belajar, buat esaimen dan sbgainya.

part sy, mungkin keadaan sy bernasib baik..bkerja dgn ibu bapa sendiri yg membolehkan sy buat ma full time..pegi kelas waktu opis hour tp keje opis mesti siap. ada suami yg sgt2 supportive..ada anak yg sgt membantu sy faham apa yg sy belajar..sy amik kaunseling degree dulu n skrg amik teaching thinking. kalaupun anda bukan berasa di tmpt sy, still..kita punya status yg sama..isteri,ibu,pekerja, pelajar..anak..

24 jam sgt cukup untuk semua manusia yg memang mahu dan tahu memanfaatkannya. kalo tak cukup, masakan Allah beri 24 jam sehari pada semua. Allah Maha tahu kenapa 24 jam yg diberi, kenapa diturunkan surah Al' Asr sebagai panduan utk menggunakan 24 jam itu.

Wallahu'alam..                                                                                                                                                                                                                                                                        

Thursday, January 30, 2014

takut hadir selepas gembira

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:59 AM 0 pandangan dari kamu
Bismillahirrahmanirahim..

dalam gembira menerima keputusan sem 1, tetibe terasa takut yg amat dan bimbang yg amat..


Wednesday, January 29, 2014

Alhamdulillah..result sem 1 okay!

^_^ lina mursyidah hamzah at 12:30 PM 0 pandangan dari kamu
bismillahirrahmanirrahim..

lebih kurang pukul 1 pagi semalam terdetik rasa nk cek result. berdebar jgn cakap la. sbb yelah, saya ni full time student tp jd jugak full time worker, part time bakery..fulltime jd mak,anak,isteri.. phewww~
masa saya mmg totally different dengan masa org lain yg jd fulltime student juga. ramai juga classmate yg dah kawen ada anak amik fulltime..iranian girls yg sgt osem n kak masyitah.. jujurnya sy salute pd mereka2 yg punya anak suami yg perlu dilayan tetapi dlm masa yg sama memenuhi tuntutan belajar. serius sy salute. saya yg baru first sem ni pun mmg haru biru je smua but Alhamdulillah it's over for sem 1 n Alhamdulillah result yg dpt juga tak dijangka dek hati dan fikiran..

Allah sgt baik dan sgt memberi banyak pada saya. Alhamdulillah.. ^_^ 
sem 2 menanti dengan subjek2 yg tak sbar saya nk belajar..tajuknya amat menarik hati dan minda saya utk diperguna semaksimanya.. insyaAllah..ready for next sem ^_^

bakery masih berjalan sprti biasa.. eheh..keje pun tetap kena keje mcm biasa..anak suami rumah tetap perlu diuruskan seperti biasa..Allah murahkan pinjaman kekuatan lagi sem depan dan kehidupan yg mendatang..amiiiinn..
































Wednesday, January 22, 2014

genap 2 tahun

^_^ lina mursyidah hamzah at 2:19 PM 0 pandangan dari kamu
Alhamdulillah..

genap 2 tahun umur ubaydah dlm tahun hijrah..17 rabiul awal 1433 dilahirkan pagi jumaat =) sempurna juga penyusuan badan sec direct feeding selama 2 tahun hingga saat ini. belum terfikir utk wean off lagi..huhu. sbb bila tgk ubaydah menyusu rasa mcm dia masih lagi my baby boy...menyusubadan, body contact-eye to eye really amazing and wonderful experience for me!

ubaydah sudah banyak perkembangan seiring dgn pertambahan usia. kalau dua2 tangan ada pensil akan melukis pakai 2-2 tangan. mungkin ni fasa biasa bg seorang kanak2 tgh kompius dominan tgn mana. namun bila perhati, ubaydah fleksibel guna 2-2 tgn beraktiviti setakat ni, menulis, melukis,makan,membaling,memegang pasti akan maksimumkan dan gilir2 tgn..kata prof guru saya, adalah tidak mustahil utk seseorang itu ada balance dlm penggunaan otak kiri dan kanan. but it's rare..ia boleh dilatih sejak kecil. terpulang pd ibu bapa samada mahu melatih utk dominan satu belah or dua-dua belah. kami berdua hanya membiarkan sahaja ubaydah guna dan biar dia sendiri identify which one is better fom him. we just guide him to hold things well, draw n write well. dari segi perkembangan sosial juga nampak perubahan mula nak sikit2 kat org..mungkin krn dok taska. perkembangan vocab cepat tangkap.pelat masih tebal but it's okay. teruskan bercakap dgn bhs yg betul. pergi mana2 spjg jalan akan tunjuk dan sebut apa yg dia nampak, and of course as parents mmg kena acknowledge n layan each word and things yang dia tunjuk. praise him and encourage him continuosly. insyaAllah..

kurang seminggu lagi akan dpt result sem 1. kurang 2 minggu lagi akan masuk sem baru. Alhamdulillah dah duduk umah sewa sendiri, so everything must well organized n masih sy dlm 'training' pengurusan..training yang tidak pernah ada penghujung.

bakery jugak semakin tak menang tangan. dengan kesibukan kerja di pejabat dan bakery. menerima tempahan berjadual.every week mesti hantar ke kedai kek yg buat. abah umi byk sgt menolong menyokong. alhamdulillah. di'offer' letak kek di kedai makan mereka. i'm so happy (Alhamdulillah). dikurnia fmly memberS yg sgt2 menyokong each other's interest/passion..guide n train kami... follow n redha dgn each minat kami semua 9 beradik..

2 minggu ni umi abah n 4 adik laki pi umrah..tinggal la kami yg berbaki 5 org plus menantu 3 org menguruskan syarikat dan kedai makan secara 'minor' dengan pantauan dan setiap laporan harus dilapor (mujur ada whatsapp)..byk lg kena blajar n akan terus nk blajar ^_^

Thursday, January 9, 2014

ubaydah dan breastfeeding.

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:27 AM 0 pandangan dari kamu
Alhamdulillah..kurang 2 minggu lagi ubaydah menjengah 2 tahun ikut kalendar Islam..senang nk ingat tarikh lahirnya adalah 5 hari lepas 12 rabiulawal..dulu target nak ubaydah lahir 12 rabiulawal..tp yelah, Allah lebih tahu apa yg terbaik..mcm tu la manusia, target nak yg terbaik terbaik..tp Allah lg tahu apa yg terbaik kan? =)

Alhamdulillah juga, hingga saat ni Ubaydah masih menyusu badan! tanpa diberi susu tepung. saya punya style tak mcm org lain yg buat keep on pumping every certain hour utk pastikan susu sentiasa ada. sejak ubaydah lahir sampai skrg mmg byk kali da bengkak susu. tips saya mudah, sy tak pasti ia praktikal utk org lain atau tak..tp sy punya cara mcm 'derhaka' ckit la dari saranan pakar/kaunselor laktasi. sepanjang saya menyusukan ubaydah, sy amalkan fikiran positif.

pernah susu drop, sy terus amik habbatusauda plus garlic keluaran muslimahshop. sy tak amik berterusan.amik ketika susu drop shj. dan alhamdulillah susu kembali banyak. bg sy, supplement is just supplement..bukan mende yg perlu diambil berterusan. ambil ketika perlu shj [ini mazhab sy..hehe, tak stuju takpe]. Hinggalah saya praktikal, sy kurang terikat ngan menyusu ubaydah..setelah beberapa jam baru lah ubaydah boleh menyusu. ketika itu sy risau amat kalau susu sy akan putus habis. sbb yelah, duk dgr susu ni kena slalu pam..sbb demand ade, supply pun ade la kan..bila sy risau or in negative mood, mula la susu surut..waaaaa, ini tak patut hokay, so sy cepat2 shift mood n be happy buang kegusaran psl susu akan takde..just keep on brestfeeding walopun tak mcm masa org lain bf ada waktu2nya..pam ada waktu2nya..sy bf time ubaydah ada je..

alhamdulillah..even smpai skrg 8 jam sy tak nyusu ubaydah, bila ubaydah ada n menyusu, susunya masih ada, masih byk dan masih pekat.doa banyak. dan hidup positif! mmg susu akan banyak..pikir susu mmg ada utk anak..mmg susu akan byk..susu takde? takpe, cr supplement utk susu,jumpa kaunselor/pakar laktasi..da ade, buat rutin utk susu banyak..mana org yg perlu pam, pam lah..yg perlu menyusu direct, menyusu direct..dan bila da usaha mcm2 tapi takde jugak, maka redha..mungkin stakat itu shj rezekinya..

habis sem 1 ~Alhamdulillah~

^_^ lina mursyidah hamzah at 11:10 AM 0 pandangan dari kamu
alhamdulillah..Alhamdulillah..alhamdulillah..

semalam paper last dapat diselesaikan. soal markah itu bukan kuasa saya. sepanjang satu semester ini, sungguh banyak kali sy 'terjatuh' malah 'tersungkur' hingga sampai rasa tidak mahu meneruskan lagi.
dengan kerja fulltime di syarikat ayah. dengan anak kecil yg perlukan perhatian. dan dengan diri sendiri yang kadang2 ngot nget..eheh!

seinfiniti syukur juga, spjg pengajian sem 1 ni Ubaydah mendapat terlalu byk perhatian dari abahnya. di saat saya ke kelas, abahnya teman bermain dan belajar. suami saya terlalu banyak jasanya dlm saya mengharungi sem ni. asbab saya sambung belajar pun dari suami yang tak pernah putus asa menyuntik aura positif utk sambung belajar. tak pernah memaksa hanya menyuntik sikit demi sedikit. dan semangat itu sy terima dgn ikhlas dan redha kerana bila mula masuk belajar sy rasa sgt seronok! [bercampur2 dah ha tulisan..;p]

umi abah saya juga ant insan yg paling banyak jasa.. merangkap majikan, memberi keizinan sy pergi ke kelas walupun dlm waktu pejabat. formulanya mudah,asalkan kerja siap. kerja pun hanya 'berat' ketika hujung bulan dan awal bulan =). bertuah sbnrnya saya dpt suami yg menyokong belajar,dpt ibu bapa yg benarkan sy kerja sambil belajar. Alhamdulillah..bertuahnya saya!

part time bakery saya lakukan juga utk tambah side income. dengan keadaan ekonomi yang memerlukan saya buat side income. tipulah kalau tak letih..letih mmg letih tp baking adlah minat sy jd sy enjoy melakukannya. cuma jika sy benar2 tak larat sy akan tolak order org.

seiingat saya, 2 minggu terakhir disember yang lepas salah satu ketika di mana sy rasa sgt tegang. hoho..dgn duedate assignments yang banyak dan mencabar pemikiran. serabut sgt rasa ketika itu Alhamdulillah..dpt juga harungi siap on time.

pindah rumah bermula bulan 12 smpai skrg belum pun skali penah tdo di rumah baru. hanya barang2 shj yg dihntr sedikit demi sedikit. insyaAllah minggu depan mungkin boleh dah kot nk masuk fasa sebenar 'hidup berkeluarga'.

doakan saya dpt result ok yang membolehkan sy terus habiskan master. kurang 3.0 ada potensi utk dibuang universiti..doakan saya dpt 4.o pun takpe dah..eheh!

pen off ^_^
 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea