^_^ Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum ^_^

Photobucket

thanks for click it !! ^_^

Sunday, March 29, 2015

sharing pengalaman ubaydah putus susu

^_^ lina mursyidah hamzah at 5:19 PM
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, baru berkesempatan nak main tulis2. kena share sebab yelah perkara ni bagi saya, saya pun main google2 jugak waktu nak putus susu badan. bukan satu dua blog saya study tapi baaaanyak sebab lain orang lain cara ^_^

sebenarnya hari ni genap 3 minggu ubaydah cerai susu secara direct feeding. sebab dia tak pernah nak susu perah masuk botol susu botol apatah lagi. orang tanya saya, dah tu kalau tingal, anak tak minum susu la? saya jawab tak sebab dia sanggup nak tahan sendiri. plus waktu saya mula tinggalkan ubaydah sebab internship tahun akhir ijazah, dia dah umur 7 bulan. dah mula makan. jadi sebab itu agaknya dia boleh tahan dari minum susu dan ubaydah saaaangat suka minum air masak.

okay, masuk balik cerita putus susu..hehe. Proses nak putus susu ni nak mula sejak umur ubaydah 2 tahun setengah lagi sebab ye la, dah besar kan. pastu saya sakiiiit belakang sebab posisi menyusu yang sebegitu, ubaydah tidur memang ngempeng. tapi tak berjaya sebab saya tak kuat emosi. kesian tengok dia merayu nak, menangis nak susu T_T

Info : persediaan mental sangat perlu bagi ibu dan anak! Sungguhhhh

Namun, saya cuba lagi dengan sokongan suami dan kekentalan hati yang sangat tekad ( sebenarnya sebab tak tahan sgt3 dah sakit belakang ), masa tengah tekad ni, umur ubaydah 3 bulan berapa belas hari ntah lupa.. tapi tarikhnya samada 7/3/2015 atau 14/3/2015, yang paling ingat sabtu malam. huhu..

sebelum2 ini, saya sapu macam2 di tempat menyusu antaranya sirap dan ubat tapi ubaydah minta saya lap dan bersihkan. kalau tak, dia yg akan lapkan sendiri -.-'. masa tekad tu, saya saja2 cuba ubat gigi, ubaydah refuse menyusu malam tu tapi sangat2 kesian, dia tak tentu arah nak tidur..guling2, main2, kejap bangun, lompat2..saya dan suami biarkan sahaja. dah 3 tahunn kottt dia menjalani rutin tidur malam ngempeng tiba2 malam tu tak ngempeng..memang kesian. bila akhirnya dia tertidur, dia cari2 jugak susu secara tak sedar sbb dah biasa kan. jd dalam keadaan tak sedar dia memang cari susu. begitulah sampai malam ke 4. macam2 gaya dia nak tidur, berzikir, menyanyi, guling2,  4 hari 4 malam tak menyusu dan sampai lah hari ini alhamdulillah.. ^_^

ubaydah putus susu di usianya 3 tahun. tak pernah minum formula. hanya susu badan secara direct feeding selama 3 tahun. susu lain tolakkk tepiiiii. huhu. sekarang pun dia da boleh tidur sendiri tak 'sengsara' dah time nak tidur cuma sekarang dia kalau nak tidur akan minta saya garu2kan dia dan dia minta pegang tangan saya =)

itu aje sharingnya.. susah, banyak kali dah cuba tapi gagal, tapi cuba lagi alhamdulillah dapat wean off ^_^. dalam tempoh wean off, sy akui sy sgt2 beremosi sgt3..ntah la.. tapi bila ubaydah dapat lalui, saya memilih utk berfikir bahawa ubaydah sbnrnya dah bersedia cuma perlukan saya untuk tolong sama2 laksanakan proses wean off ni . CUMA ya! saya sangat emosi serba tak kena..hmm

sampai sekarang susu saya ada dan belum lagi bengkak susu..huhu. nak buat macam mana pun tatau.

tu je nk share kali ni.. ^_^


0 pandangan dari kamu:

 

perkongsian sebagai peringatan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea